Thursday, May 21, 2009

Manusia, candu dan giannya


(Tulisan ini pernah disiarkan di The Malaysian Insider dan juga di blog ini pada sebulan yang lepas. Tujuan diterbitkan kembali untuk kita sama-sama berdiskusi dan menilai kembali peranan kita sebagai rakyat. Selamat berdiskusi! )

Saya cukup yakin sekiranya Karl Marx datang ke Malaysia, pasti beliau akan menangis dan terduduk. Karl Marx akan menyesal kerana mengatakan 'agama ialah candu manusia'. Hal ini tidak ada sangkut paut dengan Islam Hadhari atau jauh sekali daripada ketuanan Islam. Karl Marx menangis kerana di Malaysia rakyatnya lebih gian terhadap sesuatu. Gian ini jauh lagi hebat daripada gian candu, duit, wanita mahupun gian agama-seperti didakwa beliau.

Maka saya dengan bangganya menyatakan di Malaysia 'politik ialah candu manusia'.

Untuk kita fahami pandangan saya tidak susah. Kita wajib melihat kembali bagaimana struktur candu dan gian ini berfungsi.

Apabila ada candu, pasti akan muncul pembekal candu. Pembekal ini pula selalunya bertopeng-topeng dan tidak mudah dikenali. Malah candu yang mereka bekalkan juga berbeza-beza rasanya.

Ada pembekal yang bertopengkan melayu. Candu ini cukup ekslusif- hanya mereka yang ber'peri' dan ber'bumi' sahaja yang layak membeli. Candu yang mereka bekalkan membuatkan kita berasa 'tuan' di bumi ini dan yang lain sebagai pendatang. Candu ini juga akan menakut-nakutkan kita sekiranya kita tidak lagi membeli candu politik mereka. Hal ini saling tak ubah macam pengedar candu yang betul. Siang menjual malam mengugut.

Ada juga pembekal yang berjubahkan Islam. Pembekal ini merupakan pesaing kuat kepada pembekal bertopengkan melayu. Tetapi candu yang dijual mereka lagi syok. Candu mereka mampu membawa kita ke syurga dan neraka apabila kita merasainya. Satu perkara yang berbeza ialah pembekal candu ini tidak mengugut kita untuk membelinya sebaliknya cukup sekadar mengingatkan tentang pahala dan dosa.

Baru-baru ini muncul lagi satu pembekal candu. Pembekal ini mendakwa berjiwakan rakyat. Satu perkara menarik tentang pembekal candu ini ialah mereka cukup bijak dalam menjual. Candu mereka tidak ekslusif seperti pembekal-pembekal di atas. Sebaliknya untuk semua golongan. Candu ini pula mampu memberi kita harapan dan janji. Harapan ini boleh datang pada 16 september tetapi boleh juga berubah pada tarikh yang lain.

Noktah Sebentar.

Satu persoalan timbul- jika ada pembekal, pasti ada pembeli. Siapa pembelinya? Jawapannya ialah kita. Kita itu ialah rakyat. Jika tidak percaya, sila lihat di akhbar,TV, dan blog. Hampir semuanya gian kerana telah mengambil candu daripada pembekal-pembekal tadi. Penagih candu Islam akan mengutuk penagih candu melayu yang mereka tidak cukup Islam. Penagih candu melayu pula akan menuduh penagih candu rakyat pengkhianat melayu. Masing-masing mendakwa candu merekalah terbaik.

Contoh yang paling jelas ialah ketika pilihan raya berlangsung. Setiap pembekal berusaha bersungguh-sungguh menjual candu. Bermacam taktik digunakan. Ada yang ingin dilihat lebih bersih daripada sabun breeze. Ada yang mahu dinampak lebih Islam dari kapal selam. Malah kalau boleh bersunat sekali lagi pun mereka akan bersunat. Dan... kita pula terus gian dan seronok dengan candu-candu mereka. Tanpa kita sedari kita telah ditipu.

Satu peringatan di sini; pembekal candu tidak gian malah menjadi kaya raya. Penagih candu yang gian dan papa kedana.

Noktah Sebentar.

Sekiranya Karl Marx dapat membuka blog ini di dalam kubur, mungkin beliau akan terfikir satu perkara selepas membaca tulisan ini. Dan saya sangat yakin perkara itu ialah mengajak saya untuk menulis Das Capital bersama. Dan jika perkara ini benar-benar berlaku, mungkin saya akan gian untuk terus menulis.

(Ketika artikel ini ditulis, ekonomi dunia berada dalam keadaan SANGAT BAIK dan MAKMUR. Semua orang ada pekerjaan. Semua orang cukup duit. Agaknya sebab inilah mereka tidak kisah menjadi gian.)

14 comments:

Cob Nobbler said...

Hmm,good article.

Aku rasa ini satu respond(x tau la,maybe ye maybe tak) dari artikel aku "Gaduh Sampai Lebam" kan?

Karl Marx nak ajak tulis buku 'Das Kapital' dengan nko?Asal x ajak aku sekali hehehe!

Anyway,apa kata kita lepak sambil perkena teh tarik gelas besar,sambil membincangkan tentang 'Capital R'.Apa itu Capital R?Refer kat comment si Ez the Conspirator dalam entry 'Gaduh Sampai Lebam'.

Haha!

HBM Consultant said...

Hari ini terasa seperti hanya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai sahaja negeri yang wujud di Tanah Melayu.

Tempoh hari, terasa seolah-olah Kuala Terengganu (sebelumnya, hanya Permatang Pauh) yang wujud di Tanah MElayu.

Penduduk negeri lain seolah terpinggir.

Sesekali terfikir juga hendak suruh ADUN atau Ahli Parlimen kami 'lompat parti' (sebab tidak baik pula hendak mendoakan mereka pendek umur, bukan?) supaya kewujudan kami pula disedari.

Aduhai...

Basuh Baju said...

Nami: Yup, ini adalah respon krp artikel ko. hehe

Knpe karl marx xajak ko? mgkn sebab dia takut kena tibai dgn ko smpai lebam..haha

bila Ez tu nk dtg mas? boleh kita jmpa 3. syok gak. ko ddk mana?

Basuh Baju said...

marni: betul ckp anda.. kalaulah kita punya wakil rakyat dh berpindah dunia, mesti best. dpt macam2. dpt perhatian, dapat jalan baru..hehehe

Anonymous said...

(Ketika artikel ini ditulis, ekonomi dunia berada dalam keadaan SANGAT BAIK dan MAKMUR. Semua orang ada pekerjaan. Semua orang cukup duit. Agaknya sebab inilah mereka tidak kisah menjadi gian.)

Walamak, lu sarcastic ar brader.. gua suka! 1000% setuju tulisan lu mcm Isham. anak murid ke?

Cob Nobbler said...

Dia dah jadi citizen of Canada dah pun Basuh Baju.

Aku sekarang student USM,lagi berapa hari je aku nak chow.Nak bermastautin kat KL.

Karl Marx kena tibai ngan aku?Huih..dia otai beb..

tapi tak seotai Soekarno bagi aku..haha!

Basuh Baju said...

alamak dh jadi rakyat stphen harper pulak..hmmm.. bgs2. dtg ar KL. bila2 bley jmpa..

Sukarno mmg otai. selamba kodok je tibai tunku abd rahman guna cencorong. haha

zahirlunatik said...

ko ni betol ke umo 19..
radikal benar ko ni..
aku hal2 politik mmg xtau...
syabas!

Anonymous said...

Crita pasal politik itu Candu.Orang yang hisap candu ini lama-lama merana badan dan boleh mati dengan tak dapat apa2 pun.kalau terlampau ketagihan politik macam negara kita hari ini bukan silap lagi itu tanda-tanda nak tergadai segala maruah dan segala-galanya.Orang yang 'kecanduan' dan 'kegianan' ini BUKANLAH SEMPURNA AKALnye.

mamai said...

wa ada candu baru sekarang....hari sah esok tak sah....

Anonymous said...

aku sokong istilah pejual candu tu.

mereka semua ada salah masing2. makin lama aku makin bosan dengan penjual candu2 ni.

bising.

baik tutup mulut dan pergi buat kerja. aku nak beli candu pun senang nanti.

bokbon said...

Ada candu yang menjadi ada candu yang tidak menjadi..tapi lama-lama bila dah gian, menyusahkan diri sampai ada yang terberak kat khalayak ramai.

Terberak dalam seluar sudah acap kita dengar.

Basuh Baju said...

zahirlunatik: betul la. aku baru 19..dlm menuju ke 20 thn..haha

setiap org ada minat dan pengethuan ttg sesuatu. :)

duniaku: jadi kita sebagai pembeli candu, adakah sanggup untuk kita bebas dari ketagihan ini?

mamai: candu ni bermacam2 jenis pun. setiap hari ada je produk terbaru. sampai letih kita nak belinya..

macha: betul. dah letih dah dgn penjual2 candu ni. kita sbg pembeli dah bosan dan serik. sebab yg efeknya kita sebagai rakyat. yg jual ni kenyang perut senang hati je..

bokbon:kita kenalah bijak dalam menolak candu ini. jgn mudah tertipu antara isu rakyat atau permainan politik mereka..

Cob Nobbler said...

Naikkan balik blog ni?
huih..
hahaha!