Saturday, May 23, 2009

Apa Sebab Sebenarnya?

GUNA KBSM TARIK RAKYAT

TEMERLOH 22 Mei - Ahli-ahli dan pemimpin UMNO perlu mengamalkan konsep Kenduri, Bersalin, Sakit dan Mati (KBSM) bagi menarik semula sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, konsep itu ialah dengan menggalakkan ahli dan pemimpin UMNO menghadiri majlis kenduri, menziarahi wanita bersalin, orang sakit dan meninggal dunia di kawasan masing-masing.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hari ini kita akan berdiskusi lagi. Saya amat mengalu-alukan pandangan daripada para pelayar sekalian.

Apakah yang menyebabkan BN/UMNO semakin ditolak rakyat? Adakah kerana rakyat kita sudah menyokong politik berbilang kaum? Kalau benar, apakah Pakatan Rakyat tidak bersifat perkauman? Kalau begitu, mengapa DAP kebanyakan ahlinya dari kaum Cina dan PAS hanya untuk orang melayu Islam?

Atau mungkin UMNO dilihat terlalu rasis? Asyik-asyik menakut-nakutkan orang melayu dengan Ketuanan Melayu agar bersatu. Seolah-olah ketuanan melayu ini seperti rukun Islam- yang wajib dipegang oleh orang melayu. Tidak cukup dengan itu, di Utusan Meloya pula disiarkan berita-berita seperti 'hak melayu dipertikai' dan 'raja melayu dihina'. Untuk apa? Untuk orang melayu semakin membenci orang 'lain'. Adakah kerana UMNO sangat rasis sehingga orang melayu sendiri turut menyampah?

MCA juga tidak kurang rasisnya. Tetapi rasis dalam agama pula. Kalau UMNO dengan ketuanan melayunya, MCA pula dengan fobia negara Islamnya. Melalui akhbar The Star, mereka akan mencabar DAP agar memberi pendirian tentang cadangan Negara Islam PAS. Yang hairannya, tidak ada pula wakil UMNO, DAP, PKR atau PAS bertanyakan kepada MCA apa pula pendirian mereka.

Atau adakah rakyat kita sudah mempunyai nilai kebersamaan dalam hidup bersama-sama? Jika demikian, mengapa bila isu-isu yang melibatkan kaum dibangkitkan semuanya melenting? Mengapa melayu menjerit-jerit bila cadangan kuota 10% UiTM ditimbulkan? Begitu juga kaum cina, mengapa berdolak-dalik bila cadangan Sekolah Satu Sistem dicadangkan? Tidak kurang halnya dengan HINDRAF yang asyik-asyik menjerit tentang hak india itu, hak hindu ini. Daripada ketiga contoh ini, seolah-olah kita menjadi semakin perkauman sejak daripada 8 Mac 2008.

Jadi mengapa BN/UMNO semakin ditolak rakyat?

16 comments:

Anonymous said...

Penipuan, Rasuah, Bodek, Kontrek..
Diorg da x pndai sorok g..
Bende nie mmg akan wujud dlm mne2 parti..
Dlm PKR pn ade sbb yg join PKR pn bekas2 gerombolan gak..
Cuma ianya msh tersorok..
Kalo da trg2 nmpk projek kat kroni die..
X kn lu nak kasi pangkah jgk..
Bg gua bende nie yg bwat org menyirap..

kuSut said...

kita bernaung di bawah satu payung yang sama, berpijak pada bumi yang sama, beza cuma pada warna kulit.mendukung cita2 negara, dikepalai oleh peminmpin yang cuma lantang bersuara.tersembur liur berbahasa bila isu perkauman disentuh, walau ke arah kebaikan.katanya, hak tetap hak.tpi boleh lupa tentang bahasa, nadi bangsa. mengagungkan bahasa penjajah.

aku berbangga dengan bangsa melayu, tidak bermakna tidak memrlukan pejuang dari bangsa lain. jangan nnti kita seperti apartheidisme, golongan ini bagi mereka yang tiada keyakinan.
kita boleh bekerja dengan mereka, belajar dengan mereka, minum kopi dengan mereka, tanpa sedikat menjejas keyakinan dan kepercayaan terhadap bangsa dan agama.apa ada pada melayu, cina dan india???

umno/bn kini goyah. bukan kerna parti itu, tp kerana pmimpinnya yang semakin ditolak umum.

abu muaz said...

KBSM.....

K....kita semua tahu

B....bahawa BN sedang menuju kekuburan

S.....sentiasa kalah dalam pilihanraya

M....malunya setelah usia 63tahun

azhar said...

apa salah kita cuba tukar pemerintahan kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat ??

BN banyak isu yang tak sedap di dengar..tak payah lah disenaraikan..mungkin semua dah tahu..

kita tukar dan tengok mcm mana pemerintahan Pakatan Rakyat pulak..
8 Mac,beberapa negeri dah dapat kepada Pakatan Rakyat..Macam mana warga Kedah , Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan rasa ??Andai kata memuaskan hati teruskan sokongan untuk membawa Pakatan Rakyat memerintah negara pula..kalau tidak..kembalilah kepada BN..

apa salah ke menukar kerajaan??(tak berapa sedap cerita pasal kaum nie..bangsa itu ,ketuanan itu , hak kaum ini & ntahapahapa lagi)

zahirlunatik said...

adoi!!
semakin radikal la pulak..
tp aku memang nmpak de byk masalah perkauman sejak kebelakangn ni..

Cob Nobbler said...

KBSM??

Ada lagi akronim bodoh ni lagi hahaha!

Cob Nobbler said...

apa salah kita cuba tukar pemerintahan kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat ??

Pembetulan.

Apa salahnya kita cuba tukar pemerintahan kerajaan dari BN kepada Rakyat.Bukan Pakatan Rakyat.

Sebab Pakatan Rakyat bergabung bukan kerana rakyat,tapi sebab nak kuasa.

Rakyat marhein di Selangor masih lagi tertindas.Perumahan Kos Rendah Puchong diwakili dua orang kuat Pakatan Rakyat Teresa Kok dan Gobind Singh Deo,tapi sampah tak terkutip berbulan-bulan.

Rakyat yang tidak ada bi-partisan,yang memburuh,yang bekerja dari The Curve hingga buruh jalan raya,tanya mereka,mereka nak tak Pakatan Rakyat.

Tak,mereka jawab "sesiapa yang membela nasib kami".

Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat adalah sama.Dua-dua akan bercerita tentang pelaburan asing,bercerita tentang investor,dan memanggil pakar-pakar kewangan dunia.DUA-DUA KAPITALIS.

Biar kaum marhein yang bersuara sebab kaum marhein yang membina dan memburuh setiap hari di negara ini.Bukan pak-pak ceramah ni.

S.YanaZ said...

Yg ditolak ialah pemimpinnya.
Kalau pemimpin PKR mengaruttt, rakyat yg celik hati akan tolak juga.
Sama mcm yg berlaku pd BN.

hai said...

Aku ni tak pandai sangat nak komen pasal agama,tapi kenapa cina2 ni takut sangat dengan negara Islam..setau aku le hukum hudud ke atau apa2 hukuman dalam islam hanya melibatkan org2 islam, tak de kena mengena ngan diorang pun,lain la dia cina mualaf...
Mengapa melayu menjerit-jerit bila cadangan kuota 10% UiTM di timbulkan?Tapi tak de org melayu yang marah pun bila mrsm dah lama melaksanakan pemberian kuota 10% tu...
Apakah yang menyebabkan BN/UMNO semakin ditolak rakyat?
faktor utamanya mungkin pemimpin,dan kepimpinannya...rakyat maukan cakap serupa bikin...kepimpinan melalui teladannya..amanah,bersih dan cekap...

hai said...

Aku ni tak pandai sangat nak komen pasal agama,tapi kenapa cina2 ni takut sangat dengan negara Islam..setau aku le hukum hudud ke atau apa2 hukuman dalam islam hanya melibatkan org2 islam, tak de kena mengena ngan diorang pun,lain la dia cina mualaf...
Mengapa melayu menjerit-jerit bila cadangan kuota 10% UiTM di timbulkan?Tapi tak de org melayu yang marah pun bila mrsm dah lama melaksanakan pemberian kuota 10% tu...
Apakah yang menyebabkan BN/UMNO semakin ditolak rakyat?
faktor utamanya mungkin pemimpin,dan kepimpinannya...rakyat maukan cakap serupa bikin...kepimpinan melalui teladannya..amanah,bersih dan cekap...

Basuh Baju said...

Ikhtilaf: maknanya faktornya bukan isu perkauman atau tidak bukan? ttp menjurus kepada ekonomi.. betul x?

kusut: pergh ayat..mmg bakal cikgu ni.. :)

maslaah di mana2 ceruk pon. ahli politik ni mmg akan gunakan perkara2 spt bahasa, kaum utk menarik sokongan je.. luar cakap lain, niat di hati lain..

ubaidah: kreatif la ungkapan tu..:p

azhar: mmg tak salah kita menukar kerajaan.. apatah lagi mmg kita boleh pon nak tukar sbb kita negara demokrasi..

persoalan di sini, situasi politik kita yg menyukarkan utk kita lihat siapa yg lagi bagus.

cth plg jelas, sila tgk PRK yg akan berlangsung, kedua2 pihak akan menggunakan taktik 'siapa lagi buruk'..bukan tampil dgn agenda siapa lg bagus..jadi bagaimana kita nk tgk sape lg bgs di sini?

Basuh Baju said...

zahirlunatik: nnti aku tulis jgk entry ringan2la..haha

apa masalah perkauman yg kau nmpk?

Nami: aku setuju. mmg kalau kita tgk anak2 muda dan juga mereka yg berkelas pertengahan dan rendah taraf ekonominya, bila ditanya ttg ekonomi semuanya menjawab 'yg menjaga periuk nasi kami'..

aku lihat jika situasi politik kita masih teruk teruk dan kotor, tak mustahil golongan2 yg atas pagar dan jg yg dah muall dgn benda2 ni akan bertambah byk dan akan menendang kedua2nya..

syanaz: betul tu. semuanya berkisar pd pemimpin.. tp harus diingat pemimpin jadi begitu kerana terikat dgn parti. cthnya UMNO. ada je orang UMNO yang toleransi dan tidak rasis..tp kerana UMNO itu sendiri yg menekankan perjuangan bangsa berlebihan, maka tidak dapat tidak dirinya terikut2.. jadi di sini siapa yg ptt diubah? parti atau pemimpin?

Basuh Baju said...

Hai: isunya mengapa ornag cina takut dgn hudud kerana UMNO/MCA telah memerikan imej yg salah ttg hukum ini. sebenarnya kalau kita tgk, undang2 sivil kita sendiri hampir kebanyakannya berteraskan islam. cuma nama je beza..

samalah jugak dalam isu UiTM, nmpak tak bagaimana isu ini digunakan utk menjadi bahan politik? sbb itu kita sebagai rakyat perlu bijak dalam menilai apa jua tindakan ahli2 politik tanpa mengira parti mana..

Aku said...

Penat dh dengan politik kt malaysia nih...Melayu ni tak sedar2 lgke yg cina ngn india nih bertepuk tgn jer tgk kite gaduh2, pecah belah..Diorg tgu masa jer...Kesian la kt anak2 dan cucu2 kite nnt ble malaysia nih dh jd mcm singapore...Melayu ditindas..

Basuh Baju said...

Aku: tq di atas pndgn..

sekdar nak bertanya: apa yg berlaku kpd melayu di singapura? sbb sy pernah ke sana dan berbual dgn mereka, ttp rata2 anak2 muda di sana berpuas hati dgn taraf hidup mereka. cthnya seperti sistem perumahan, pendidikan dan juga mereka terpaksa berusaha dan menjadi rajin jika ingin berjaya..

mungkin kita boleh bertukar pendapat.. :)

fahmi said...

salam, BN mengarut kerana mereka dilihat tidak lagi bantu kita semua rakyat biasa tp hanya mereka yg ada kaitan dgn BN saja dpt bantuan itu.. siapa yg join dpt lah, siapa x join tu xdptla.. aku pi kem belia baru blik ni dpt baju, ilmu.. tp adakah ia beri manfaat besar kpd aku? rasanya tidak?? sebab aku x rasa yg bila balik peserta2nya akn berubah secara total.