Sunday, May 24, 2009

Antara rokok, cukai, bersenam dan kotaknya


Apa kata anda? Timbang-timbangkan perkara berikut:

1- Negara-negara membangun seperti Malaysia, China, India menyumbang kepada 70% perokok di seluruh dunia. China dengan 320 juta dan India 120 juta.

2- Negara-negara maju seperti Amerika dan Britain mengalami penurunan jumlah perokok. 56% rakyat Amerika merokok pada 1955 tetapi pada 2007 telah mencatat 25.5%. Britain pada 1974 mencatat sebanyak 51% kini sudah menurun kepada 28%.

3- Malah jiran kita Singapura juga mengalami penurunan dari segi jumlah perokok. Satu persoalan menarik: Mengapa negara-negara maju semakin kurang perokok? Adakah ini berkaitan dengan kehidupan yang lebih baik?

4- Ketiga-tiga negara ini memiliki jaringan infrastruktur sukan dan sosial yang bagus. Padang di sana sini. Laluan jalan kaki dan tempat rekreasi begitu banyak. Tanah lapang di tengah kawasan perumahan tidak diambil untuk membina bangunan sebaliknya dijadikan pusat beriadah.

5- Adakah kerana itu rakyat mereka semakin mengamalkan hidup sihat dengan bersenam? Mungkin dengan bermain bola sepak, berjogging, dan pergi ke Gym boleh membantu mengatasi masalah rokok? Atau sebenarnya merokok sebenarnya tidak membahayakan asalkan kita mengeluarkan peluh?

6- Mengapa Malaysia tidak mempelajari daripada Amerika, Britain atau Singapura?

7- Malaysia? Mengharamkan iklan rokok di sana sini. Hasilnya? Cukai berbilion ringgit hilang.

8- Malaysia? Melancarkan kempen Tak Nak. Hasilnya? Poster cantik yang menempek di dinding bangunan.

9- Malaysia? Naikkan cukai rokok setiap kali Bajet dibentangkan. Hasilnya? Harga rokok 7.5 kali ganda lebih mahal daripada harga akhbar.

10- Malaysia? Letak imej ngeri di kotak rokok. Hasilnya? Perokok membuat koleksi peribadi yang disusun di atas meja.

11- Satu cadangan untuk parti politik yang tidak sabar menubuhkan kerajaan. Sila perjuangkan 'harga rokok murah' sebagai manifesto anda. Mungkin dengan cara ini sudah boleh menubuhkan kerajaan tanpa perlu berketuanan atau melompat parti.

ps: Saya tidak merokok.

24 comments:

Ilyana Fauzy said...

Haha. tgh bace nie.. ttbe terpikir satu soalan.. adakah penulis merokok? Heh. jwpn terpampang gak kat bwh nie. bgos2.. jgn terpengaruh ngn mereka...

mamai said...

bro rokok tu barang mewah kat malaysia sekarang BMW jatuh no 2.........

Anonymous said...

Antara punca kegagalan penurunan kadar smokers di M'sia mungkin kerana Kurang Tegas dari sudut penguatkuasaan undang2.Gaya kempen nampak ganas tapi rupanya hampeh..Nak haramkan rokok,kerajaan akan RUGI BESAR jadi buatlah tipu2 sikit macam bersungguh2.
Kepada perokok2,ikut suka le...sendiri mau ingat la..kerajaan tak akan ingat anda..yang iklan tu saje2 aje bagi senang kroni.

kuSut said...

buatlah apa pn...
naikkan harga rokok,
kotak rokok dgn gmbar yg mngerikan,
iklan "tak nak mrokok" sebesar klcc,
kempen anti rokok sampai ke felda,
atau apa saja...

slagi asap rokok masih bwarna putih, slagi itu prmintaan ttp ada...

p/s aku x mrokok jugak...hehe

Unknown said...

aku pun da berenti rokok ni

Anonymous said...

IDEA YG BAGUS UTK MENARIK PENGUNDI...
HAHAHA..
KEMPEN BARANGAN MURAH..
MINYAK MURAH.. BARANGAN DAPUR MURAH..

UTK BAGI KADAR PEROKOK BERKURANG, BUAT ASAP ROKOK BILA HEMBUS JADI MCM ASAP BAS KE TRELER...
SURE ORANG TAK ISAP PUNYA...
KECUALI YG BETUL2 NAK GONEWITTHEWIND.

abu muaz said...

Perokok yang aku tak tahan bau u busuk la.Kalau masuk bilik perokok tak tahan la bro. Tempat abuk tu ada diletak air dan putingnya direndam kedalam. Bau lagi busuk dengan air tu kotor leeee. gila nak mapus para perokok ni.Ambil air rendaman tadi lu orang tergamak keminum????? Baik lu semua hidu enjin asap bas lagi baik daaaa........

Anonymous said...

orang malaysia byk sgt masalah kot sampai terpaksa merokok untuk melepaskan tensen. (perempuan pun dah semakin ramai merokok,selamba je plak tu)

Anonymous said...

aku tak isap rokok.
.
.
.
apa kes, menteri pun banyak isap rokok.

Aida Zahrol said...

smoker are the most sexiest creature ever created :D

Basuh Baju said...

exquisite: aku tak merokok..jgn risau..haha

mamai: rokok makin mahal kan? 7.5 kali ganda dari harga akhbar..haha

duniaku: sebenarnya yg ptt dititk beratkan ialah kesedaran diri utk bersenam.. kemudian sediakan persekitran yg bagus utk orang bersenam..ini kalau kita tgk kat kwsn perumahan pon tak ada padang..

kusut: kalau reka rokok tak ada asap? haha

fxy: baguslah.. :)

dewamuzik: cipta je rokok tak ada asap..haha

Basuh Baju said...

ubaidah: itu tabiat pengotor namanya..tak kesahlah orang tu perokok atau tak, tp kalau pengotor tu mmg pengotor jgk.haha

kakaweasley: tp kalau nak kaata tensen, nape rakyat2 maju spt singapura dan amerika yg rakyatnya sah2 lagi tensen boleh je kurangkan perokok? haha

so camtu, kena cari jalan atasi masalah tensen mereka la kan?

bloggeR: bgs jg tak meroko.. menteri hisap cigar wei..haha

aida: kalau smoker tu muka macam adnan yaakob sexy tak? haha

eL said...

Untuk mula merokok, kita ikut kawan-kawan. Tapi untuk berhenti, kita tak pulak ikut orang lain berhenti. Ini bukan perkara ikut-ikutan walaupun ianya bermula dari ikut-ikutan. Ini perkara "bermula dari diri sendiri". Hanya perokok ada jawapannya. Dalam diri.

Aku said...

tuh la kan...kenapa negara membangun kurang perokok?? Tp perokok2 kt malaysia nih mmg tegar...Harga dh naik ke, letak gmbar2 ngeri tuh sume tak jalan...Membazir duit rakyat ada la buat kempen tu sume..

Basuh Baju said...

itulah sebanya aku mengutarakan isu ini..

kenapa kita tak mengkaji betul2?

buat kempen tak nak= habis duit berjuta2..

haramkan rokok dlm pengiklanan= hilang lagi duit berbilion2 dlm bentuk tajaan dan cukai.

hasilnya?

fahmi said...

salam, merokok sntiasa membahayakan hidup kite. x kire perokok pasif mcm kite yg x merokok tp berada berhampiran dgn perokok aktif yg sedap menyedut puntung berasap itu..
undang2 kena dilaksanakan dgn tegas baru boleh nampak penyelesaiannya. tp jika hanya ada iklan mengerikan, berkata taknak, tp masih lagi ramai yg sedang & bakal merokok.. pasti belum berjaya kempen itu.. haramkan merokok di kawasan awam. kenakan hukuman yg berat, kesian lah kami yg x merokok tp tpaksa tahan dgn asap2 itu..

Anonymous said...

ini bkn blog perokok..

Basuh Baju said...

Fahmi: sebenarnya menghukum perokok ni pun tak mejamin apa2..kita tgk kat sekolah bgaimana bdk2 akan dirotan jika merokok tp hasilnya? diorang still merokok jgk kan?

kita jadikan sesetangah kawasan haram merokok tp ada tak kita wat kawasan yg dibenarkan merokok?

Anonymous said...

Smoking benefits. Check diz out..

1-Smoking provides pleasure in terms of euphoria and, of course, reduced withdrawal symptoms from those addicted to nicotine.

2-Smoking produces decreased tension and an anxiolytic effect – a tranquilising effect and reduced muscle tension. It implies Nesbitt’s paradox - smoking generates physiological and psychological changes normally thought of as incompatible, namely increased arousal and awareness with decreased stress. It stimulates concentration but keeps you calm. A great combination!

3-Smoking also acts as an appetite suppressant by reducing the desire for sweet food and carbohydrates.

4-Nicotine probably helps ADHD sufferers reduce their ‘attentional deficits’.

5-Smoking probably reduces problems associated with Alzheimer’s disease and perhaps schitzophrenia.

6-(Smoking also provides libertarians with the opportunity to parrot on about their rights to freedom of choice, even if they make mistakes, and the opportunity to attack anti-smoking fascists like me).

fahmi said...

hmmm... betul juga tu.. tp, xkan pasal sorang yg berasap, xkan asap2 tu nk bagi org lain yg x merokok ni sedut juga.. sbnanye merokok tu agak2 la kat tmpat mana kan.. kdg2 dorang ni org baru nk makan, tp dh tcemar dgn asap rokok org sblah.. tu yg rasa nk maki je.. kawasan persendirian nk merokok mcm kat umah xpela, tp klu kat tmpt awam, jgnla.. igt2 la org lain.. budak2 merokok? sedih tgok, tp cikgu nk hukum lbey2 x boleh..
benda ni psikologi.. sbnanye leh dikawal perasaan merokok ni, tp kenalah ikut masa, tmpat & keadaan utk merokok tu pun.. time bulan puasa elok je puasa, x mintak rokok pun.. budak2 ni kne main psiko sket, bru leh dorang pikir.. klu stakst rotan je, makin kuat berasap adela...

Redz da Tsar said...

Yeap...

Aku teringin nak komen...
Tentang kata-kata "perokok pasif ada dua kli ganda risiko kanser dari perokok aktif"...

Sebenarnye, itu hanya sekadar teori... Cubalah anda cari di mana-mana... Mereka hanya berkata-kata tanpa sebarang bukti...

Kalaulah benar teori itu, maka komfemla 70 persen penghidap kanser kat Malaysia ni ialah perokok pasif...

Silibus Australia menyatakan itu hanyalah teori...

Bagi aku, konspirasi untuk membawa perokok pasif kepada aktif...

p/s: aku perokok tapi aku nak berenti merokok

asilahmuhajer said...

kan best kalau rokok tu macam mercun. bila bakar je meletup.

hahaha. cadangan ntahapa2.

suami saya merokok. tak tau camne nak bagi dia berhenti.

Anonymous said...

merokok atau perokok bkn la msaalah utama utuk dibincangkan akan tetapi menjadi tanggung jawap perokok menghormati dan yang menjadi mangsa perokok secara sedar atau tidak..secara individu perokok perlu menghormati kapeda y bukan perokok dengan tidak merokok berdekatan dgn y tidak merokok...
dan y tidak merokok jagn la dok gatai berada dikawasan y dibenarkan merokok dengan sengaja atau xbersebab y penting igin menyalahkan perokok bkn ker altenatif laluan laen byk..bg ruang pada prokok sbb dh byk ruang n keadaan formal y tidak membenarkan prokok utk mrokok...skira msh melakukan nya itu cri pyakit nme nyer bkn bkn...
dan y lebih pnting kt sini kbanyakan prokok kt malaysia nie lebih mementgkan gaye dari ketagihan merokok.. klau dilihat ramai y aq tgk prangai semacam pelik kononnya klau isap rokok murahan dri indonesia (kretek) saket tekak la konon nyer elergik la macam alasan spye mengelakkan dr membli rokok murah y xbergaye mewah poorahhh...
byak altenatif laen y boleh dipakai gune seperti membeli rokok balut dah byak gile kt pasaran...
murah dan boleh tahan lame...
1 pek yang berharge rm5 dah bleh tahan hampir 2 mggu e2 bg yang tegar klau y acap jer mby tahan sebulan...
xgle save nme nyer 2kan...'
biras membe aq uncle seng isap rokok balut smenjak mude...
bnyak klebihan y die dapat selain 1 keburukan pyakit ..
blanje kurang pada rokok..
slain mendidik menjadi org y sabar..nk isap knebalut dlu klau kt umah bini die tolong balutkan byak2 kan ker harmoni hubunagan rumah tge 2..ag 1 uncle nie rajin n tak berkerja didalam ruang ligkup y berhawa dingin so keadaan fizikal n organ dalan nya amat kuat untuk menampung jumlah narkotik yang diserap kedalam jantung dengan kerja2 bengkel yang berat menntut jantung mengepam dengan kuat agar memastikan keseimbngan tubuh badan melawan pyakit.. dibandingkan org y mempunyai metabolisma badan y rendah dan beorbisiti y tiggi dan tidak menghisap rokok lebih mudah menjemput pelbagai penyakit dan ajal dengan cepat pada usia muda...
so kt cn xder alasan kate membazir dgn hanya bermodalkan rm 10 ke 20 jer sebulan dibandingkan membeli rokok kotak rm8 sehari kot...
yang menjadi bodoh nyer dah tau harge rokok naik so berbalik lah pada cre datuk nenek kte menikmati rokok dengan anisiatif sendri dri menjadi bodoh memboikot dengan membli...
haram jadah sungguh org y cam nie...
nie bukan ktagih rokok nie krtagih gaye...
brenti la jd poser..2 klau mule koram nk blaja isap rokok dlu bleh la...
nie apejadah nyer...
henti membeli rokok kotak n mule membeli rokok balut...
sahut amlan demokarasi sebenar 'roll your own'
D.I.Y....

Sire Johhny Deep said...

teringat satu ceramah yang teman dengor dolo....

orang isap rokok, kawannya ngan jin... sebab asap makanan jin!!

huhu.....