Sunday, April 19, 2009

Satu idea bodoh

GUBAL AKTA LARANG ADUN LETAK JAWATAN- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 18 April - Kerajaan disaran menggubal undang-undang bagi memastikan anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak meletakkan jawatan.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, langkah itu wajar bagi mengelakkan berlakunya kekerapan pilihan raya kecil yang banyak membazirkan masa, wang serta tidak menghormati sistem demokrasi.

Satu lagi idea mengarut. hahaha Baru sekarang nak cakap pasal pembaziran duit? hahaha

Sebenarnya tak mahal pun kos untuk SPR jalankan PRK. Yang jadi mahal bila beribu-ribu polis diletakkan. hahaha Kenapa sampai perlu letak 6000 anggota polis masa PRK Kuala Terengganu dulu? Malaysia zon perang kah? hahaha

Tak hormati sistem demokrasi? hahaha Faham tak demokrasi itu apa? Jangan sedap je cakap. Demokrasi ialah hak untuk memilih. kalau ada undang-undang ni lagilah tak wujud demokrasi. Sebab dah tiada hak untuk memilih. hahaha

Susahlah kalau ada undang-undang ni nanti. Macam mana kalau ada ADUN atau Ahli Parlimen yang didapati bersalah dalam kes rasuah atau jenayah? Masih nak kekalkan ADUN tu?

Macam mana kalau ada ADUN mati? Undang-undang ni boleh menghalangnya dari letak jawatan? hahahaha

5 comments:

Cob Nobbler said...

Pada hemat saya kita perlu menggubal undang-undang untuk melarang Yang Berhormat daripada mati dari tempoh penggal pentadbiran.

Diam jap.

Di Indonesia,kalau wakil DPR(macam wakil Parlimen la) mati,dia akan diganti oleh orang baru,sebab rakyat mengundi parti,bukan orang.

Kenapa la bengap sangat.Contoh jiran sebelah kan ada.Ntah apa-apa.

Senang cite tak payah ada pilihanraya,jimat langsung.Tiap 5 tahun RM200 juta habis.Tu baru SPR,polis konfirm up lagi.TV3 lagi la.

Rakyat tetap miskin.Kat Baling makan belalang,kat Terengganu makan siput rumput.

Basuh Baju said...

aku setuju dgn idea ko..pilihanraya kita buat 5 tahun sekali.

lepas tu kalau eakil parti (bukan wakil rakyat) yang mati ke, bersalah ke, kita gantikan dengan orang lain..
Parti yg pegang seat tu yg pilih dari ahlinya

tp akan timbul masalah orang yg dipilih tu mungkin tak diterima dengan baik oleh rakyat..so cmne?

aku rasa PRK ttp diadakan.. tp pemilihan calon tu kita buat sistem baru. parti tu ptt kuarkan pengumuman 'sape2 rasa nak jadi calon, sila berkempen selama 2 minggu.'

selama 2 minggu, bakal2 yg berangan nak jadi calon ni bolehlah berkempen. masa berkempen tu rakyat kat kawasan tu 'dera' ar cukup2 dorg ni. hahaha

then, parti tu amek ar feedback org ramai. sape yg dpt feedback plg popular, dia jadi calon parti tu.. at least barulah dinamakan wakil rakyat (adalah jugak unsur rakyat tu kan?)

amcam nami?

Cob Nobbler said...

Aku rasa kena buat hukuman sebat di khalayak bagi sesiapa yang didapati rasuah,barulah YB2 ni tak rasuah.

yang tu lebih afdal rasanya..

fahmi said...

assalamualaikum.. hah? akta larang letak jawatan?? idea ni dpt dr mana ni?? mntang2 baru mnang jawatan, mulelah sume nk bersuara... tp bagila idea yg bernas... ini pakai suke2 je.. klu x bley berenti, kne fired jelah baru leh berenti?? aduh2... x menghormati demokrasi?? x hormat ke x reti demokrasi ni?? ntahape2... diam lebih bermakna berbanding cakap ntahape2..

Khazinatul Asrar said...

org yg baru dpt jawatan g2 la..
xbg pe2 komen or diam je..t org kate x wat keje lak...
ni kes nak tunjuk dorg wat keje la..
keje memeningkan kepala rakyat...
lol tol