PUTRAJAYA 14 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta media tidak memutarbelitkan kenyataannya mengenai masyarakat Cina yang tidak menghargai jasa Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak baru-baru ini.
“Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai TPM, (saya) tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?” katanya.
“Saya rasa akhbar bahasa Cina tersalah lapor, sehingga saya dipandang serong oleh masyarakat Cina. Itu adalah sesuatu yang serius. Kalau mereka tak faham bahasa melayu, kita boleh hantar mereka ke sekolah.” katanya. - Bernama
Malasah nak cakap banyak. Sila baca berita ini yang dikutip dari Mingguan Meloya. Sila tanya pada diri sendiri, siapa yang tak faham bahasa melayu. Media Cina atau Muhyiddin? Siapa yang kena pergi sekolah, Media Cina atau Muhyiddin? Selamat bertanya.
KUASA PENENTU MELAYU AKAN BERPECAH- Utusan Meloya 12 April 2009
Tetapi bukankah setiap kali pilihan raya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1juta diberikan ,tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN?
MUHYIDDIN: Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'ok', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah.
Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi. Tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, jelas menunjukkan tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan daripada kaum Cina.

3 comments:
mohyiden tgh cakap bahasa ape tu? betul la die yang cakap cina tak hargai die... ni mesti cakap bahasa ppmsi nih..
dia mana blajo PPSMI. tu yg dia xfhm..hahaha
dah cakap tp tak nak ngaku. kalau dia betul tak cakap, maknanya Utusan Meloya lah yang putar belit. patutnya hantar Utusan gi sekolah..hahaha
Aku akan tulis satu artikel tentang Melayu.Tungguuuu...
Post a Comment