Thursday, April 30, 2009

Jujur dengan diri

Hari ini aku Taaruf di UIA. Taaruf ialah nama arab bagi orientasi. Hairan. Sejak bila semua perkara mesti diarabkan? Melayu dan arab adalah dua bangsa yang berbeza.

Nak lagi hairan, kita marah kalau orang bercakap dalam bahasa rojak- campur english dan bm. Kononnya mencemar bahasa. Tapi bila orang itu menggunakan bahasa arab seperti ana,anta- kita katakan dia 'Islamik'. Adakah keislaman itu hanya pada istilah dan ganti nama? Satu persoalan.


Waktu taaruf/orientasi tadi, kena pakai baju batik. Ini lagi satu gila. Tau tak baju batik tak cool? Cuba tanya anak muda sekarang, antara baju batik dan t-shirt indie, mana satu yang akan dipakai bila dating?

Ada apa pada baju batik? Dahlah kena butangkan di leher dan lengan- konon nak nampak kemas. Sebab apa nak kemas? Reaktor nak datang. Bodoh. Ini namanya hipokrit. Kemas atau tidak bukan dilihat pada baju batik. Islam sendiri hanya gariskan panduan dalam berpakaian tetapi tidak menyuruh kena pakai itu atau kena sarung ini.


Lepas berbatik, ada pula arahan bangang. Kena letak beg di sebelah kanan kerusi. Ini sudah lebih. Ingat kami budak tadika ke? Apa kaitan letak beg di kanan kerusi dengan daya intelektual? Sekali lagi alasan kemas digunakan. Rasa macam nak nangis pun ada.

Ada cerita lagi kelakar. Tadi kena angkat sumpah atau istilah yang telah diarabkan ialah Bai'ah. Sejujurnya tidak ada masalah tentang sumpah ini. Bakal-bakal doktor bersumpah dengan Socrates Oath. Presiden Amerika bersumpah, PM Malaysia angkat sumpah. Yang jadi kelakarnya kandungan sumpah ini. Kononnya dalam sumpah itu, pelajar tak boleh jadi jahat. Kena ikut peraturan. Ikut code of ethic dan tak boleh membawa pandangan-pandangan lain.

Satu renungan: segala gerakan pembebasan manusia dari zaman Nabi Muhammad, terus kepada Marthin Luther King- semuanya tidak berkisar pada 'code of ethic'. Semuanya menentang arus dunia. Semuanya membawa kepada pandangan-pandangan baru. Dan penentangan dan pandangan ini selalunya dianggap 'jahat'.

Maknanya apa di sini? Pelajar harus dibenarkan untuk meneroka pandangan-pandangan baru. Pelajar tidak boleh dihukum jika pandangannya tidak dipersetujui. Pelajar tidak boleh dibuang hanya kerana dirinya lain dari yang lain. Hanya dengan ini barulah idealisme dapat dihasikan. Sejarah pun telah membuktikannya.

Lepas bersumpah, ada pula ucapan berjela. Tidak salah ucapan berjela. Tetapi ucapan haruslah datang daripada hati. Kerana hati mewakili minda. Dan minda pula ialah buah fikiran. Ucapan tidak seharusnya berasal daripada teks. Berucap menggunakan teks samalah seperti berkahwin tanpa seks. Luar gembira, dalam menderita.

Kebiasaannya ucapan dari teks juga sangat bosan. Sudahlah pelajar-pelajar ini dipaksa duduk dengan 'berbaju-batik-beg-letak-kanan-kerusi' di dalam dewan. Kemudian dapat pula ucapan yang kosong, bosan dan kering tiada air. Jawapannya? Tidur, merungut dan menyampah.

Satu persoalan lagi: dengan rasa menyampah dan benci dipaksa-paksa ini- adakah tujuan dan objektif sesuatu perkara itu dapat dicapai? Sila jawab sendiri.

Noktah sebentar.

Dalam hidup ini kita perlu jujur. Itu sahaja. Jujur dengan diri- terpulang mahu pakai apa. Bukan perlu berbatik atau berkameja. Ini semua hanyalah cara-cara membuat duit secara undang-undang. Jujur dengan diri- tidak perlu bersumpah berjela-jela kalau sumpah itu mengarut. Silap-silap menjadi sumpah si saiful. Jujur dengan diri- jangan takut untuk menjadi yang lain. Hanya 'yang lain' sahaja barulah dikatakan jujur. BB

13 comments:

Tukar Tiub said...

hahahah,

kesian jadi pelajar hari ini.

kesian jadi nak muda.

kesian anak muda yang dituakan

kesian bioloji muda otaknya dikotaikan.

anak muda - akhirnya dunia ini adlah milik mu!

cheers
isham2504

Noel St Augustine Meldan said...

Ahh...


Oaths, Pledges Of Alligiances..We all have to do it sooner or later. I remember mine maso awal awal masuk Uni. (Lamalah konon,padhal it was 3 semesters ago.)

Well, i guess it is up to you to see how it is.

Accordingly,selagi tak bakar Bangunan Akademik-Rusuh Kat Kolej-Pasang Bendera Parti Kat Bilik-"Membangkitkan" Sentimen2 Panas-Balik Sblom Pukul 11-Tak Bedua-dua Kat sepanjang persisiran Kampus-Sebar Fitnah-Pakai "SOPAN" dan sebagainya..your pretty much well off.

Ironically, masa recite Rukun Negara..They usually skipp straight to the part of "MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut..."

They hardly recite the principles anymore.


Shame isn't it?

PenaKiri said...

pening sebab diorang tak faham anak muda..

mungkin diorang dilahirkan terus tua..

atau mungkin, mentuakan yang muda tu jalanya..

fahmi said...

assalamualaikum.. wah.. teruk la ini mcm.. rule bukan2 kne ikut.. kalah sekolah.. sume bnde dikontrol... adoyai...

Cob Nobbler said...

hahaha..

satu lagi assembly line untuk mengkambingkan manusia..

satu lagi barisan untuk penyembelihan minda..

satu lagi semester,satu lagi tahun,satu lagi puak baju batik dan satu lagi Akujanji.

aku tak tau apa yang dipelajari oleh pelajar ni,cara berfikir?

Haha..tapi si ketua kampung Tanah Hujung kata,kita kena berfikir di luar kotak.

macam mana nak berfikir di luar kotak kalau pemikiran yang 'lain macam' terus dibuang dan diberhenti.

anyway,hari ni Hari Buruh.Salam salute.

p/s:bile nko nak lepak ngan aku?alahai,bukan jauh bonar je gombak tu.

Anonymous said...

gua kesian nengok lu bos..
kalo gua ape2 event yg bangang2..
gua sowh bbdk yg rjin jer sign..
sng cite.. nak g watpe..
x btambah ilmu pon..
dgr teks diorg da bley tdo..

Anonymous said...

xde benda yg jujur kalau anda hidup di dunia kapitalisma....

"i see everthing-hackers"

kuSut said...

hahaha...
dunia kita kongsi brsama...
praturannya banyk...
x smua dunia brpihak dgn kita...
walaupn x suka dgn sajak shakespeare,
tp nak lulus kena baca jugak...
huuu...itu hampeh

Basuh Baju said...

Tukar tiub,
tq kerana memberi komen.. macam tak percaya seorang yang otai membaca blog ini.

Noel: thats why I said, nothings wrong with oath. Maksus tu yg penting. Kalau mengarut, tak payah lah bersumpah..

penakiri: itulah masalahnya.. dulu masa dorg muda, bukan main bising itu ini,. tp bila diri dah tua, nak buat apa yang diorg tak suka kat kita yg muda ni..adoi..

Basuh Baju said...

fahmi: W'salam, itula.. nak letak beg pun kena perfect. konon2 reaktor nak datang.. apa daaa..

Nami: Fikir di luar kotak. selalu dengar benda ni. tapi kalau fikir di luar kotak bermakna jadi lain dari yg lain kan..

tp bila pelajar mula lain sikit dengan gov je, mulalah dituduh itu ini.

ps: Nami, aku ada projek baik. bagi email ko..

Ikhtilaf: sian kat aku.hahaha nk suruh org lain depa lak takut. konon2 tuhan nampak..adoi ai..

asrullita: betul tu. sebab itu dalam hidup kena jadi manusia jujur..

Hanggokan said...

kahkahkah...
nasib baik takde etika sikat rambut sisir belah tepi kanan. kahkahkah!
ini leceh brader!!

fndrocka said...

yang si pelajar pun jadi tak jujur

bila exam tak tahu buat

mula nak tiru san sini.

huuu.

manusia perlu lebih people-oriented..
jangan JADI ROBOT

takky said...

ape yang ditulis mmg masuk akal....
org zaman skunk mmg banyak hipokrik....

but unfortunately sometime we need to hipokrik...
just sebab nak jage hati org yg syg n rapat dgn kite...

n sometime terpakse...
rase sgt BERSALAH but terpakse buat demi kebaikan...

hope x marah dgn ape yg aku tulis....