Thursday, April 30, 2009

Satu lagi idea bernas.....untuk menang.

CADANGAN BOLEH DIPERTIMBANG DI PARLIMEN- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 29 April - Cadangan supaya calon yang mendapat undi kedua tertinggi dilantik menjadi wakil rakyat dalam mengisi kekosongan kerusi penyandang yang meletak jawatan tanpa sebab kukuh boleh dipertimbangkan oleh Parlimen.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, sewajarnya perlu ada perbincangan di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat berhubung cadangan itu bagi mengelak pembaziran wang rakyat untuk mengadakan pilihan raya semula.

Beliau mengulas kolum Cuit Utusan Malaysia hari ini yang mengesyorkan supaya dilakukan pindaan terhadap akta pilihan raya untuk membolehkan individu yang mendapat undi kedua tertinggi dilantik menjadi wakil rakyat dalam mengisi kekosongan kerusi penyandang yang meletak jawatan tanpa sebab kukuh.

Hahaha Sejak bila yang kalah boleh jadi wakil rakyat? hahaha macam-macamlah. Kalau camni konfemlah BN akan terus memerintah sebab yang kedua tertinggi ini selalunya calon BN..haha

oit! Mana ada orang letak jawatan tak ada sebab. Itu orang gila. Mesti punya ada sebab. Kukuh atau tidak macam mana nak kira? Guna dacing? Atau guna keris? haha

Kenapa takut sangat nak pilihan raya? Parti yang takut ni selalunya tak ada keyakinan diterima rakyat. hahaha Membazir? Sejak bila BN cakap pandai cakap pasal membazir? Ini macam Samy Vellu cakap pasal tuhan..haha

Mengulas kolum utusan? hahahaha Cakap Utusan nak dengar. Cakap rakyat tak nak dengar..haha Utusan dan rakyat siapa lagi penting? Mestilah Utusan sebab utusan menyebar fikrah rakyat.hahahaha

Lepas ni gubal undang-undang siapa sikit penyokong diisytihar menang.haha Kalau kalah jugak buat undang-undang siapa tak bertanding pun boleh menang..hahah

7 comments:

HBM Consultant said...

Satu lagi idea bernas... untuk membuat rakyat marah. Sangat marah!

Mereka tidak fahamkah, kekalahan calon itu menunjukkan penolakkan rakyat? Sudah ditolak, masih tetap mahu dilantik?

Sungguh benar bagai dikata, hidung tidak mancung pipi pula tersorong-sorong! Ops, lupa... penyokong ppsmi mana faham peribahasa! Hehehee

Dari Jalan Kopi said...

agree to disagree kahkahkah!!
idea bengap!!

buatlah apa saja asalkan yang baik

Cob Nobbler said...

hahahahahahhahahahahahahahahahaa!!

aku tak boleh kata apa lagi..

Basuh Baju,lawak mr bean mana nko kutip ni...

tu la,dulu belajar kat universiti sibuk tolong aspirasi.sibuk kat opis HEP.

ponteng kelas HEP boleh tolong support,boleh bagi surat pengecualian.

dah besar2 kan dah bangang.hahahaha!

p/s:tanya kat John McCain,kalau Obama tiba2 mati,dia jadi Presiden ke,Joe Biden?

dia kenal tak Joe Biden tu sape?hahaha!

Hanggokan said...

kahkahkah!
ini lebih kelakar dari MR.Bean!
aku rasa nak cadangkan sape calon tak bertanding bolih jadi wakil rakyat! kahkahkah!
jimat duit rakyat? aku pon takde duit la skarang...kahkahkah!

Seladang said...

Manusia sebelum gila dia bercakap merapu dulu - macam tulah juga dengan Bn atau SPR yang menjadi kompenan Bn cara tak langsung!

fahmi said...

assalamualaikum.. ni satu lagi idea keluar tp x pakai otak dulu.. byk baca utusan kot.. byk makan semut xjd cnggini... cm ni letihla.. sume dacingla menang kan kalau ade rule baru mcm ni.. hadoi... mcmana la nk pimpin kite kalau idea cm ni leh dikeluarkan..

kuSut said...

apa puya idea la...
nak cari ktua klas bole la wat cam ni...hahhaa