Apa itu rasuah?
Ketika saya di sekolah rendah dulu, saya ada bertanyakan kepada cikgu tentang perkataan rasuah ini. Jawapan paling mudah yang mampu beliau berikan adalah; rasuah ialah memberi sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang salah. Contoh yang cikgu saya berikan ialah situasi di mana saya didenda kerana datang lewat. Untuk melepaskan diri, saya memberi cikgu saya gula-gula sebagai ganjaran. Inilah pemahaman rasuah ketika saya berumur lebih kurang 9 tahun.
Selepas 10 tahun, saya perhatikan semua orang suka bercakap tentang rasuah. Rasuah dilihat sebagai perkara yang cukup jijik di khalayak awam seperti dadah. Kadang-kadang saya hairan, mengapa selepas 19 tahun saya hidup di bumi ini masalah rasuah masih tidak selesai-selesai? Lalu saya terfikir sebentar tentang rasuah....
Ada rasuah yang menyebabkan kos sesuatu projek naik. Rasuah ini datang dalam bentuk direct nego (runding terus). Kalau kos asal hendak bina masjid kristal sebanyak RM50 juta, dinaikkan hingga RM300 juta. Ada juga rasuah yang menyebabkan jenayah. Rasuah ini berlaku antara Taiko Samseng dengan Ketua Agensi Keselamatan. Kedua pihak tidak mengacau antara satu sama lain. Hanya duduk di tepi-tepi. Tetapi yang menjadi mangsa di tengah ialah orang ramai. Contoh yang paling jelas ialah sindiket pelacuran, dadah, dan curi kereta.
Senang cerita, rasuah ini cukup pelbagai jenisnya. Malah kalau dikatelogkan mungkin ianya mampu menjadi kitab.
Saya mempunyai dua pandangan tentang rasuah. Pertama rasuah tidak boleh dihapuskan tetapi boleh dikurangkan. Kedua selagi mana persahabatan wujud selagi itulah rasuah tetap muncul. Kalau perhatikan, pandangan kedua saya telah menjelaskan mengapa pandangan pertama saya timbul.
Noktah sebentar. Mengapa saya katakan begini? Untuk kita fahami perkara ini tidak susah. Kita wajib bertanya kembali kepada diri kita, Apa Itu Rasuah?
Rasuah pada hari ini bukanlah seperti memberi gula-gula untuk mengelakkan diri daripada didenda. Rasuah dalam konteks kehidupan sebenar jauh lebih besar daripada itu . Dalam bermacam jenis rasuah, ada satu rasuah yang cukup halus untuk dilihat tetapi cukup ramai yang mengikut. Rasuah ini bersangkut paut dengan persahabatan.
Sebagai contoh katakan kita menjadi Pegawai Besar di sesebuah kementerian. Pada masa yang sama kita mempunyai kawan baik yang bekerja sebagai kontraktor juga. Suatu hari, kita ditugaskan untuk memilih kontraktor bagi suatu projek. Kuasa memilih dan meluluskan tender itu ada pada kita. Tiba-tiba kawan baik kita yang juga kontraktor ini pun turut masuk untuk merebut peluang. Ikut logik persahabatan, pastilah kawan baik kita ini akan cuba mempengaruhi keputusan kita.
Saya ingin bertanya; Apakah tindakan anda jika berada dalam situasi ini? Hendak beri projek itu kepadanya atau tidak? Di sini, mungkin ramai yang akan bercakap 'kalau dia tak layak, tak bagilah.' Betul. Pandangan ini tidak salah. Tetapi bagaimana kalau dia layak dan berkebolehan? Adakah anda akan berikan? Saya yakin 99% orang pasti akan memberikan projek itu kepadanya.
(Tak payah tipulah. Asalkan yang tak layak pun anda akan bagi jugak inikan pula yang memang layak)
Jadi selepas mendapat projek itu, pastilah kawan baik anda itu akan memberikan sesuatu kepada anda sebagai ganjaran. Adalah perkara gila dan seorang kawan yang bangang untuk tidak memberi apa-apa ganjaran selepas mendapat apa yang diinginkan. Dalam hal ini, ganjaran ini dipanggil rasuah.
Noktah sebentar. Sila tanya pada diri, apa itu rasuah? Adakah perkara yang saya sebutkan tadi ialah rasuah? Jika ya, maka tepatlah DUA pandangan saya mengenai rasuah kerana selagi mana wujud persahabatan selagi itulah adanya rasuah. Dalam hal ini, bagaimana untuk kita atasinya? Tidak bersahabat? Ini kerja gila. Atau mungkin, kita tidak menganggapnya sebagai rasuah? Siapa tau....
Nota kaki: Tulisan ini tidak bermakna saya menyokong rasuah. Sebaliknya sebagai mencabar pemikiran kita. Bukan pembebasan utama adalah pembebasan minda?

13 comments:
rasuah ni tgk niat org yg nk bagi tu la.. klu sblum layak dh bg mcm2 tu rasuah kan? tp klu dh layak sume baru bagi sumting itu kire mcm token @ penghargaan?? patut si pembuat keputusan itu x dibenarkan utk menerima apa2 seblum @ selepas buat kputusan baru lah proses rasuah tu susah nk blaku..
Masa aku darjah 2 dulu,aku tengok ada satu simpulan bahasa,
"Makan suap".
Aku pun pikir la,makan suap ni ape ke bendenye?
Aku rujuk balik,maksudnya.."oh,rasuah."
Tapi fikiran aku masa darjah 2 pun berkata,
"Eh,kalau makan tak bersuap,macam mana nak makan?"
Aku rasa simpulan bahasa KBSM yang buat semua orang kata,"takpe kalau makan suap.."
Orang yang cipta pepatah pun ntah apa2.
Fahmi: itulah masalahnya. dapat sebelum atau selepas, ia tetap rasuah (dlm konteks undang2 di Mas a kan)..
Apa yg aku cuba sampaikan, adakah rasuah jenis inidikira rasuah?
yela, ibarat kau nak bagi gula-gula. tp ada 1 je. Kalau ada 10 org mintak, ko nak bagi kat sape? dlm nak pilih tu, tgk2 ada pulak sorg tu kawan baik ko..so cmne?
Nami: hahaha aku setuju. Lagi2 manusia mana yang tak suka disuapkan bukan?
ko rasa dlm situasi ni, adakah ia sesuai dikatakan rasuah?
sbb aku cuba bersikap realistik. mmglah dari segi idealisme nya, ia adalah rasuah sbb menerima ganjaran..
tp nnti bila kita dh keje (aku belajar lagi), mestinya akan ada dlm situasi ni..
Senang je john.Guna akal kau.
Nko bila kerja kerajaan,tu bukan harta nko.Tu harta rakyat.
Kalau ada geng2 subcon member nko,nko kene kenang yang tu duit rakyat,bukan duit mak bapak nko.
Kalau company nko sendiri,sukati nko la nak bagi contract kat sape2 pun.
Tu je nko fikir.
Camni la,kalau gula-gula tu nko punya,sukati nko nak bagi sape.Bagilah kat member baik nko.
Tapi kalau gula-gula tu orang suruh wakilkan nko bagikan,nko bagilah kepada siapa yang hak,sebab gula2 tu bukan nko yang punya,Ahmad Albab yang punya,eh silap,rakyat yang punya.
Fikir tu je beb.
ok good.. bgs logik tu..
aku timbulkan pertanyaan ni sbb aku fhm sgt cmne rasuah berlaku. (inillah akibatnya kalau pakcik2 kontraktor)
mknanya kat sini, kita pilih kawan kita KERANA dia layak dan kalau dia cuba memberi ganjaran ke apa2 ke, kita tolak..kan?
Macam ni la,kita tolong member sebab member.Kalau kita ada member tukang bikin rumah,rumah kita bagi kat member tolong modify ke,pasang grill ke.Kalau member kita seorang bisnes catering,time kita kawin atau member lain kawin,kita suruh dia buat masak2.
Kalau macam tu,takde sape nak marah.
Tapi katakan kau jadi orang kerajaan,kau bukannya buat kerja untuk diri kau,tapi kau buat untuk rakyat,untuk masyarakat.Jadi,kalau kau rasa member kau ni boleh buat kerja,lepas tu tak makan duit rakyat banyak,ye takpe nko angkat la.Tapi kalau member nko takat boleh buat jamban sekolah,nko jangan la bagi kontrak bina World Trade Center.Tak payah kapal terbang lalu,burung langgar pun dah runtuh.
See,nko faham tak istilah "tolong member" dengan "kronisme".
Aku rasa takde sape nak marah nko kalau nko lantik member nko jadi kontraktor bila bangunan tu takde rosak2 atau memudahkan orang awam,serta tak makan duit rakyat.
Yang rakyat marah ialah member nko makan duit banyak lepas tu bangunan sekolah runtuh la,bumbung bocor la.Yang tu yang rakyat marah.
Takrif Rasuah sebenar terletak kepada Najib Rosmah dan Mahathir! Dia yang akan tentukan pada SPRM sama ada ianya rasuah atau tidak! Kerana itu banyak yang lepas dari rasuah termasuklah yang ampunya kuasa menentukan rasuah atau tidak itu sendiri!
kahkahkah...
bagus tajuk anda ini. aku juga sering berfikir perkara sama kerana aku juga terlibat dalam tender2 bidang minyak dan gas. apa yang fahmi sebut itu benar, tapi di Malaysia, ia di anggap rasuah.
1. Hadiah - Kesan - Kontrak
2. Kontrak - Kesan - Hadiah
Bagi mengaburi mata orang ramai, 'persahabatan' biasanya guna kaedah 2. Kaedah 1 hanya utk permulaan bg yang baru kenal dan cuba 'bersahabat'. Konteks bagaimana flow rasuah itu diselindung, ia sgt kompleks utk diperjelaskan. Tetapi ada berbagai cara ia berlaku contohnya dalam tender terselit 'Management Cost' dgn angka yang tidak munasabah. Sila tanya pacik2 kontraktor, mereka sudah tentu arif tentang ini.
*kahkahkah*
so kita dah dapatkan penyelesaian di sini.. tak kisahlah kawan atau tidak, yang penting dia layak untuk kerja itu.. tp jgnlah sampai semua kontrak nak bagi kat kawan wlpn dia layak.. bagi peluang jgk yg kat lain utk buktikan yg diorg pun layak jugak utk buat kerja..
dan plg penting, jgnlah cuba nak naikkan kos, nak mark up harga..ingat, itu duit rakyat..
Did: ko keje kat ne?keje apa?
assalamualaikum, ohh kire rasuah gak ye bile gitu.. tp aku setuju sgt dgn bro nami ckp tuh.. kite kne pikir yg itu bukan hak kite, jd tanggungjwb kite nk pilih org paling layak & berhak utk sesuatu tuh xkire sama ada dia tu kite knal atau x.. kite kne jd pro & jgn bias sebab sedara, kawan, atau dpt ape2, tp keputusan kite buat tu mestilah dapat kpd org yg betul2 berhak & layak kriteria..
rasuah ni kire dlm zalim gakla kan sebab x bagi mereka yg layak utk sesuatu perkara.. dosa besar weh
Rasuah tu dosa (haram). Hadiah ok (harus). Sedekah tu bagus (sunat).
Jadi soal bagi & terima suapan/sogokan nih bergantung kpd byk faktor. Memang zahirnya persahabatan dgn orang atasan akan mengundang penglibatan elemen rasuah,hadiah & sedekah.
Kontraktor yg layan pegawai kerajaan spt. DO atau jurutera JKR, makan minum sebelum submit borang nak tender tertentu..belum tentu tu rasuah kalo setakat nak tau 'hint'& tanya pasal kerja dlm tender apa-2..kira cam hadiah jer atau sedekah pun boleh..hehe...
ok betul ia jadi rasuah ler kalo niat belanja kawan dia tu, untuk pujuk/pengaruhi pegawai kawan dia tu bagi 'lorongan atau pass' istimewa untuk dia untuk dpt tender projek tu.. Pastu pegawai pun siap janji lak tu..sah rasuah atau 'makan suap' ler tu.
Dah dpt & siapakan kerja pun boleh jadi rasuah & hadiah gak.. Rasuah pasal pemberi niat nak dpt lagi projek... kot nak jadi hadiah pun sbg ucapan terima kasih (konon) biar dgn niat tak apa ler tak dpt dah projek apa..tak marah/kecik hati sikit pun kalo tak dpt lg tender dpr. penerima 'hadiah'. Boleh tak marah? hehe..lagi pun logiknya, sapa nak bagi hadiah/rasuah kalo kita tak ada kepentingan spt. kuasa penentu nak dpt/tak dpt sesuatu imbuhan/projek etc.? Ada kontraktor nak bagi rasuah kat pengemis jalanan? tak ada bukan? Kot dia baik dia bg ler hadiah singgit 2, belanja makan minum ker..tu sah hadiah & sedekah.
Sbb kepentingan dia hanya membantu yg perlu (si lapar, si miskin dll) & imbuhan akhirat saja. Ada DS Najib sesaja nak jadi mempertahankan (selama mungkin nak jawatan nih) Menteri Pertahanan jika dia tak ada kepentingan? Takkan setakat nak guna C4 ajer...hehe
Post a Comment