Monday, March 30, 2009

Pak Lah kata tak sihat- Utusan Meloya

KEPALA BATAS 29 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bimbang melihat bilangan calon yang ramai bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada pilihan raya kecil 7 April ini.

Perdana Menteri berkata, apabila 15 calon bertanding bagi merebut satu kerusi, ia turut membayangkan sokongan yang akan diperoleh oleh calon itu tidak begitu meyakinkan.

"Seramai 15 calon bertanding menunjukkan ia sesuatu (perkara) yang tidak sihat.

"Sedangkan dalam UMNO, kita mempunyai disiplin yang jauh lebih baik daripada parti pembangkang. Justeru, kita hanya ada satu sahaja calon BN yang bertanding di Bukit Selambau," katanya.

Alamak Pak Lah oi... tak sihat apanya? hahaha Tak sihat untuk UMNO ke? Takut kalah ke? hahaha

Itu petanda sihatlah untuk demokrasi. Siapa nak bertanding, bertandinglah..

Dalam UMNO ada disiplin? hahaha kenapa UMNO pulak? 13 lagi tu calon bebas. Apa kaitan UMNO? Hahaha

Kalau tak sihat jumpalah doktor. Tapi jangan jumpa Khir Toyo dan Ibrahim Ali. Ini doktor gigi.hahaha Nak jumpa, jumpa Dr Mahathir. Ini baru doktor..

1 comment:

Rambouillet said...

Memula bace statement Pak Lah..nak gelak pun ade..
cam da terdesak sgt nak menang...