Sudah tamat. Benda inilah yang menyebabkan saya mengabaikan blog ini hampir 2 minggu. Malah beberapa tulisan yang sepatutnya dihantar tidak berjaya disiapkan.
Maaf kepada semua. Dan tahniah kepada UTP! (At least we lost to the champion. :P )
Beralih kepada beberapa isu yang sekian lama saya mahu tulis.
ISU BIASISWA
Ada tiga perkara yang perlu diambil kira. 1. Kos yang tinggi. 2. Pelajar yang tak pulang. 3. Kualiti pelajar di universiti tempatan.
Untuk mengelakkan kos yang tinggi, kerajaan boleh mengfleksibelkan pemberian biasiswa mengikut tangga gaji keluarga pelajar. Bagi pelajar kaya- mereka hanya mahu diberikan tempat belajar di luar negara. Yuran pengajian dan sara hidup biarlah ditanggung sendiri. Untuk pelajar sederhana- mungkin kerajaan boleh tanggung yuran pengajian sahaja dan kos sara hidup dibiayai sendiri. Dan biasiswa penuh- hanya untuk pelajar yang miskin. Setidak-tidaknya langkah ini kalaupun tidak menambahkan bilangan biasiswa- tetapi dapat mengurangkan kos.
Bagaimana kalau denda yang ekstrem dikenakan kepada mereka yang tak pulang selepas dibiayai pengajiannya dengan wang rakyat? Tak bolehkah undang-undang digubal menarik balik hak kerakyatan mereka? Saya tak pasi cara ini berkesan atau tidak tetapi certainly kita perlu hukuman yang lebih berat.
Kalau semua pelajar yang bijak pandai pergi ke luar negara, apa yang tinggal di dalam negara? Jadi bagaimana nak kekalkan pelajar yang bijak? Ikut pengalaman saya sendiri, mungkin kerajaan boleh menawarkan biasiswa yang lumayan di dalam negara kepada pelajar yang cemerlang. Daripada bagi duit cukup-cukup makan untuk pelajar di luar negara, lebih baik tawarkan elaun bulanan yang tinggi kepada mereka untuk belajar di IPT tempatan. Di akhirnya kos biasiswa dalam negara tetap jauh lebih rendah.
ISU JERSI MU
Mufti kata tak elok pakai jersi MU sebab ada gambar setan. Masalahnya siapa yang tahu gambar setan yang sebenar? Dalam cerita Jennifer's Body- Megan Fox digambarkan sebagai setan. Malah ada orang cakap setan ini boleh menyerupai manusia. Jadi bagaimana?
Atau mufti sekarang sokong Liverpool memandangkan sudah tukar penaja dari carslberg kepada standar chartered?
PROJEK MEGA- TAMAN TAMADUN ISLAM
Saya ke Taman Tamadun Islam minggu lepas. Kawasan yang dibina sekali dengan Masjid Kristal ini khabarnya menelan belanja RM500 juta. Tetapi saya perhatikan- di samping masjid kristal yang sudah mula pudar kekristalannya, pengunjung juga tidak ramai. Malah saya tidak nampak apa spill over effectnya kepada kawasan sekitar. Jumlah pekerjaan yang diwujudkan juga tidaklah banyak. Bangunan-bangunan kosong. Samalah dengan Masjid Kristal yang kosong kerana solat jumaat tidak dilakukan di sini.
Ini projek mega yang tidak diperlukan dan gagal.
Tetapi adakah semua projek mega adalah tidak baik dan membazir? Tidak. Saya akan huraikan beberapa projek mega di masa akan datang.
PROJEK GOL
Saya dimaklumkan Projek GOL! akan dibukukan. Walaupun hanya untuk edisi terhad- tetapi inilah buku pertama saya. Saya amat berterima kasih kepada Amir Muhammad dan Danny Lim kerana memberikan saya peluang untuk berkontroversi di projek tersebut. :p
GAMBAR
Ini adalah beberapa gambar yang saya ambil di sekitar Putrajaya. Personally, saya tetap merasakan Putrajaya adalah projek yang bagus, tersusun dan besar potensinya. Sememangnya sekarang ini Putrajaya ibarat bandar hantu dan under utilised. Tetapi sekiranya pusat komersil dan bisnes dibawa masuk di sepanjang boulevard, saya amat yakin bandar ini akan menjadi the next Melbourne.
(ps: saya cadangkan anda semua menaiki Cruise Putrajaya. Barulah anda dapat lihat betapa indahnya bandar ini.)
10 comments:
Projek Masjid Kristal memang menggerunkan apabila mana-mana pelawat datang berkunjung sekarang.
Penyelenggaraan amat teruk. Rosak dan kusam di sana-sini.
Saya amat bersetuju dengan spill-over effect yang BB mention. Seolah-olah Taman Tamadun Islam dibina makhluk asing. Tiba-tiba ada.
Dalam keadaan ekonomi yang makin gering, projek sebegini perlu sentiasa diteliti.
kau ade wide lens ke?
Putrajaya memang cantik
aku suka struktur dan rekaan bangunan n landscape dia
'project GOL nak dibukukan?
wah..tahniah
P/S : Kena Tidur Awal Nih! Esok Ada Kelas Pagi!
dah2,,
pegi pikir cara nk wat library lak,,
eh,ak suka ayat kau cakap pasal jersi mu,,
pandangan y bagus ak kira dari kau
congrats!
sokong tentang jersi MU!
:DD
lagi satu, putrajaya memang best.
setuju jugak!
pasal Jersy: Memang syaitan boleh menyerupai macam-macam. masalahnya nama timangan MU sendiri adalah Red Devil. gambar TU pun merupkan suatu gambaran mereka terhadap SYAITAN.
ermmm..syaitan paling jahat kerjany main bola?? siap ade lambang jelmaan sndri..kah kah kah..
putrajaya under utilised? r u joking?
maybe 5-6 years ago, now it's blooming...
"Tak bolehkah undang-undang digubal menarik balik hak kerakyatan mereka? Saya tak pasi cara ini berkesan atau tidak tetapi certainly kita perlu hukuman yang lebih berat."
Bagus juga cadangan ni BB. Masalahnya ialah jika mereka kata - nak tarik, tariklah. Saya sekarang bergaji 100,000 pounds/US$ setahun, tak mahu balik lagi.
Amacam jika kita saman mereka di mahkamah dan senaraikan nama mereka besar2?
Payah juga. Aiks. Yg peminjam ni tak ada sifat tanggungjawab saya pun tak paham.
Tulisan cantik gambar bagus kedua2 izinkan kita layan pandangan Dan fikiran sendiri
Post a Comment