Thursday, June 3, 2010

Noktah Sebentar- Rombakan Kabinet

Orang cina selalu berkata yang mereka inginkan adalah meritokrasi. Hanya yang layak sahaja diberikan peluang. Mereka tidak gemar akan sistem kuota. Bagi mereka, kuota ini untuk golongan yang lemah.

Kita semua tahu MCA kalah teruk di dalam pilihanraya lepas. Calon-calon cina MCA telah ditolak oleh rakyat.

Tetapi semalam begitu ramai wakil MCA yang dilantik ke dalam kabinet. Ini semua kerana mengikut kuota- konsep perkongsian kuasa. Sayangnya mereka ini terpaksa dilantik sebagai senator kerana telah kalah pilihanraya. Bukankah ini dikira sebagai tidak layak?

Adakah ini meritokrasi atau kuota? Siapakah golongan yang lemah sekarang?

9 comments:

Cob Nobbler said...

Bagi aku - jawatan Senator hanya untuk terus mengukuhkan kuasa BN.Bukan untuk "bring balance in power" lagi dalam konteks Malaysia ni.

Yang kalah pilihanraya - pun boleh jadi menteri - jadi senator.Yang tak pernah masuk pilihanraya pun jadi senator - buat dasar.

What's a point buat pilihanraya kalau semua menteri boleh dilantik sebagai Senator?

p/s:buat je macam US,rakyat pilih Senator.

mOEha Aziz said...

salam bb,

terminologi... manusia akan guna apa saja perkataan untuk kepentingan sendiri... keluar lah apa pun terminologi ianya tak akan berfungsi membawa makna yang tercatat dalam kamus... bak kata cikgu hasib (ahmad high school 98); baca ikut konteks... :)

hans said...

betul la macam si holden Caulfield cakap tu

Anonymous said...

ini takde kaitan dgn meritokrasi atau kuota..ini membodek..

Oh Me said...

Kalau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri takkan jadi semua masalah ni.....

Anonymous said...

oh me,
kalau anuar ibrahim jadi PM, lagi hampeh! semua anak beranak, bini saudara mara jadi menteri macam sekarang kat PKR..ha..ha..haa..

saudara anuar

Sy's Den said...

Ahhh...Malaysia, sebagaimana biasa.

Basuh Baju said...

Holden: utk mengukuhkan kuasa BN? well, kalau sesipa yg memerintah pun akan cuba kekalkan kuasa mereka..haha

the point is pilihanraya utk memilih wakil rkayat di parlimen bukan wakil rakyat di kabinet.

di USA memang rakyat pilih senator tp setiausaha (menteri2) dipilih bukan di kalangan ahli2 dewan kongres mahupun senat.

Johan: utk membodek kaum cina dan india? utk membodek MIC atau MCA?

Pendidik Minda said...

saudara anuar,
anda bolehlah lihat kerjaya2 anak beranak adik beradik menteri2 sekarang nie ya...

kalau 'dia' buat macam tu pun apa salahnya, skarang ni pun terang2 depan mata...

jgn butakan mata bila boleh melihat,
jgn pekakkan telinga bila boleh mendengar,
jgn bisukan mulut bila boleh berbicara,
dan...
jgn dungunkan akal bila boleh berfikir =)