Sunday, May 2, 2010

Konsert Double Trouble: Search Wings






Saya bukanlah generasi yang membesar dengan muzik rock. Adalah mustahil untuk mereka yang lahir pada tahun 89 melayan muzik rock. Di zaman persekolahan saya, genre nasyid telah mengambil tempat. Saya hanya kenal rock ketika menyertai PLKN 3 tahun yang lepas. Itupun melalui beberapa kenalan yang mereka perolehi kaset rock dari abang-abang mereka. Di universiti sekarang, jangan mimpilah nak jumpa geng yang minat sama. Lagi-lagi gi UIAM.haha Kalaupun ada yang minat muzik rock, itupun setakat band-band jiwang seperti SLAM dan Ukays. Band-band otai macam Search dan Wings sangatlah kurang.

Saya adalah insan yang menilai sesuatu band dan penyanyi itu melalui vokalnya. Lagi-lagi ketika membuat persembahan. Bagi saya inilah asas kepada nyanyian. Lirik dan muzik di nombor dua. Tetapi ini pendapat masing-masinglah. Saya bukanlah pakar pun. Kalau anda tak bersetuju tidak mengapa. Cuma inilah sebabnya mengapa saya meminati Search dan Wings. Bagi saya vokal mereka ketika membuat persembahan cukup mengagumkan. Amy Search dan Awie Wings- keduanya adalah penyanyi yang rare.

*

Malam tadi saya ke sana. Sejujurnya inilah kali pertama saya pergi ke konsert rock. Jadi saya akui saya bukanlah insan yang pakar dan tahu selok belok tentang muzik apatah lagi muzik rock. Yang saya nampak, itu yang saya tahu. Dari pengalaman itu sahajalah pandangan ini diolah.

Jam 7 saya tiba di Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena. Ini kawasan elit. Tempat orang kaya main kuda. Saya agak hairan kenapa penganjur memilih tempat ini sebagai tapak konsert. Tapi nak cari parking tak susah. Letak sahaja kereta di kaki jalan. Cuma yang lecehnya bila nak keluar parking. Ini betul-betul bikin panas.

Kebanyakan penonton datang dengan kereta. Ini memberi gambaran bahawa kebanyakan peminat Search dan Wings adalah mereka yang sudah bekeluarga, kerja mula nak steady dan di dalam lingkungan 30-an ke atas. Mengikut jenis kereta yang dipakai, mereka ini termasuk di dalam middle class income macam saya. Kelas rakyat pertengahan yang membawa kereta nasional dan yang seharga dengannya. Saya dapat bayangkan ketika Search dan Wings ditubuhkan, mereka ini pastilah di kaki bangku persekolahan lagi. Kini masing-masing sudah kerja dan ada yang datang satu famili.

Ini membuatkan saya tersenyum. Kalau dulu konsert rock pasti dipenuhi dengan anak-anak muda sahaja. (sampai dilabel sebagai tempat maksiat). Tetapi kini konsert rock sudah mula ada unsur acara kekeluargaan. Maklumlah yang muda-muda dulu dah jadi bapak orang. Jiwa angry young man pun dah sejuk sikit.haha

Sesekali ada juga kelibat kereta-kereta mahal yang turun sama berkonsert. Kalau dulu konsert rock hanya untuk golongan rakyat marhaen. Tetapi kini sudah mula diterima golongan atasan. Ini tidak menghairankan dan patutlah bukit kiara dipilih sebagai tapak konsert. Sudah pasti ramai peminat Search dan Wings yang sudah berjaya.

Walaupun tak ramai, tetapi golongan anak muda mat-mat motor pun ada. Mereka ini bagi saya adalah golongan muda yang tidak ber'lady gaga' dan tidak ber'bunkface'. Jiwa mereka tidak mudah ditipu dengan High School Musical dan Akademi Fantasia. Ini sekaligus menunjukkan bahawa peminat Search dan Wings merentasi zaman. Sudah turun dari generasi ke genrasi baru. Dulu bapak minat, sekarang anak pula yang follow. Berapa ramai band atau penyanyi di Malaysia yang sehebat begini?

Dan sebab inilah saya turun ke konsert semalam walaupun tidak pernah ke konsert rock. Maklumlah bukan senang nak menyaksikan konsert yang menghimpunkan dua nama gergasi. Kali terakhir konsert ini dilangsungkan pun pada 17 tahun yang lepas. Saya sudah pasti mahu menjadi statistik mereka yang hadir semalam.

Di dalam stadium, DJ Ismahalil Hamzah cukup pandai menaikkan semangat penonton. 15 ribu orang di dalam stadium pun bersorak kegembiraan. Mereka seolah kehausan sesuatu. Dari mata mereka saya dapat lihat betapa rindunya mereka kepada 2 band ini. Mereka ini pastilah menyimpan seribu satu kenangan di sebalik lagu-lagu Search dan Wings.

Tepat jam 8.45 konsert pun bermula. Lagu Gemuruh menjadi pembuka tirai konsert. Inilah lagu berhantu dari Search dan Wings. Para penonton terus melonjak kegirangan dan turut menyanyikan sekali. Yang mana bawa famili dan sudah berumur, mereka hanya menonton dari tempat duduk stadium. Yang mana masih muda dan bertenaga, mereka berdiri di tengah padang.

Pada mulanya Search dan Wings tampil dengan lagu-lagu yang jarang didengari. Hanya yang betul-betul harcore sahaja hafal lagu-lagu tu. Saya pun tak hafal. Tetapi menjelang pertengahan konsert, barulah lagu-lagu seperti Balada Pemuzik Jalanan, Isi atau Kulit, Gadisku, Fenomena, Opera Hidup, Misteri Mimpi Syakila, Sejati, Taman Rashidah Utama dan Sejati keluar. Masa ini penonton sudah histeria. Sampai ada yang pengsan. Biasalah tu, terlebih seronok agaknya.

Kemudian Amy Search menyanyikan lagu killernya iaitu Isabella. Lagu ini seusia dengan saya. 21 tahun lamanya. Lagu inilah yang merevolusikan era slow rock di Malaysia. Lagu ini diiringi dengan nyalaan lighter dari para penonton. Memang layan sambil tutup mata.

Apapun kemuncak konsert pada malam itu bukanlah di lagu Isabella sebaliknya ketika persembahan drummer dari kedua-dua band. Yazit dari Search dan Black dari Wings masing-masing berentap menunjukkan skil masing-masing. Selama 15 minit penonton dipukaukan dengan dentuman drum mereka. Saya melihat persembahan ini sebagai penghargaan kepada mereka sendiri. Mereka ini adalah unsung heroes. Selalunya kita asyik memfokuskan kepada penyanyi sehingga terlupa bahawa tanpa drummer dan gitaris, tak mungkin band itu akan menjadi seperti ke hari ini.

Kemuncak kedua konsert ini pula ketika Awie dan Amy memberikan penghargaan kepada 'Tok Mat'- bekas menteri penerangan Malaysia yang merupakan musuh utama muzik rock circa 90-an. Tok Mat jugalah yang telah menggunting rambut Awie dan Amy di RTM pada 1992. Jadi di malam itu keduanya secara sinis atau jujur telah berkata 'Tok Mat adalah ayah kami dan kami adalah anak Tok Mat.'

Selepas lebih 20 lagu dinyanyikan, konsert sudah tiba ke pnghujungnya. Amy membawa lagu Rozana manakala Awie menyanyikan Nur Nilam Sari sebagai lagu-lagu terakhir. Saya masih setia menanti lagu Pawana. Tetapi yang keluar ialah gorengan gitar daripada Kid, Joe dan Nasir. Jam di tangan menunjukkan jam 11. Bermakna konsert sudah di penghujung. Namun masih tidak ada tanda-tanda lagu Pawana dan Hukum Karma akan keluar. Saya sedikit frust. Jadi saya mengambil keputusan untuk keluar awal. Saya tidak mahu terperangkap di dalam trafik.

Ketika berjalan keluar daripada stadium, saya melihat abang-abang polis yang bertugas juga menghayunkan kepala melayan konsert ini. Sampai begitu sekali penangan dan pengaruh kedua band ini.
Dari luar saya pandang ke dalam. Saya perhatikan selama 3 jam, penonton tidak henti menyanyi dan bersorak. Begitu lama rupanya standing ovation diberikan. Berbanding persembahan-persembahan di konsert lain, hanya beberapa saat standing ovationnya. :p
.

Sepanjang perjalanan pulang saya pelajari sendiri bagaimana muzik mampu menyatukan manusia. Begitu ramai golongan dari pelbagai generasi dan lapisan kelas masyarakat yang menyokong Search dan Wings. Kalaulah Search dan Wings menjadi parti politik, saya kira parti PAS dan UMNO pun boleh tergugat. Saya juga melihat muzik adalah milik rakyat bukan hak kerajaan untuk mengawal dan menentukan. Sekalipun menteri cuba menghalang, pasti tidak dapat mengatasi kemahuan rakyat. Saya yakin jika Tok Mat masih hidup, pasti beliau akan menyedari hakikat ini semalam.

17 tahun yang lepas, ketika konsert Double Trouble yang pertama berlangsung saya masih kecik. Tidak pernah terfikir 17 tahun berikutnya, di malam 1 Mei 2010 saya akan menjadi sebahagian daripada seajrah Konsert Double Trouble yang kedua.

Kepada Search dan Wings- terima kasih kerana menghiburkan kami. Lu orang memang otai brader!



notakaki: konsert ungu di stadium putra pun 2000 orang yang datang. Konsert Tokio hotel kat OU yang ada bunkface pun 4000 je. Yang pergi buat konsert serentak dengan otai apahal?

notakakikaki: untuk membaca review dari orang dalam. Boleh klik sini.

28 comments:

speedrider said...

tq for sharing this, bro.

zan said...

Terima kasih atas review ni beb..

Tapi rasanya lagu Jerangkap Samar tak dimainkan malam tadi..

Kalau ko singgah booth Sayap-Sayap Wings mesti jumpa aku..hehehe

syauqee said...

lepas baca post ni rasa rugi pulak tak pergi konsert double trouble walaupun gua sekarang kat australia! haha

Basuh Baju said...

speedrider: sama2

zan: sori, aku salah tajuk. member aku salah gitau. haha thanks sebab betulkan.

aku tak sempat nak jejalan kat booth. dahla dalam poket ada rm2 je. nak jejalan pun tak best.haha

syauqee: tnggu double trouble kat australia la. :)

Muhammad Shahrain said...

akhirnye tercapai gak hasrat BB...

my name is Farah~ (^_^)V said...

best nye!! nak g gak tp malangnya tiada teman utk dibawa bersama ;(

Mr. Shcomey™ said...

tak nampak pon kau bb. hehe. time dorang goreng gitar, bulu roma aku meremang. dashyat aura dorang neh. keh3.

jeff said...

bro .. such a honestwriting, diluahkan dari lubuk hati yg paling dalam - tulisan lu sama menggambarkan dengan sendirinya apa yg dikatakan sbg - rock itu merentas zaman.

dan bagi otai rock fan macam gua ni, baca tulisan lu ni bro - aduhai sikkit punya terrasa menussuk hati ..

so .. request permission to appreciate your writing in my space - boleh bro ?

anyway, dari gambar yg diambil tu nampaknya lokasi kita tak jauh sangat malam tu.

Holden Caulfield said...

Tok Mat potong rambut Awie ngan Amy punca rock kapak mati..sebelum direvivalkan oleh XPDC...haha!

sir alex faizal said...

tahniah kerana konsert ini membuktikan otai - otai lama masih menyengat! yeahhh!!

Basuh Baju said...

zan: lagu tu ialah Derap komando. aku baru check..haha

shahrain: tercapai jugakla. pasni aku tertanya2 jgk band apa yg mampu tarik aku ke konsert.haha

farah: itulah pasal. saya ni pun nak cari member utk pergi pun sampai last minute baru dapat.haha takpe, adalah tu kengkawan yg minat. kena cari je.

schomey: bulu roma aku tak meremang sebab peluh. panas woo dlm tu..haha

jeff: terima kasih. lu mesti 30-an ke atas kan?

ambillah tulisan ini. sebarkan pada rockers yg lain. asalkan kredit pada gua..haha

Holden: aku rasa itu salah satu sebab kenapa search dan wings merudum. punca lain adalah diorg pun byk kali berpecah dan bersatu.

malah apa yg aku sempat kaji, lepas je diorg kena gunting rambut, lagi banyak konsert dapat dibuat. jualan album pun tak affected sgt.haha

tak kesahla, skrg ni pun Amy dah botak.hehe

alex: nama pun otai kan..haha

zan said...

Intro / Ides Of March (Instrumental Iron Maiden album Killers)
Gemuruh
Paranoid
Analogi 0.1
Puisi Merdeka
Gema Di Inderaloka

Balada Pemuzik Jalanan (Amy + Wings)
Opera Hidup (Awie + Search)
Alam Barzakh
Mabuk Tujuh Lautan
Sejati
Kau Masih Berdegil

Drum solo
Isi dan Kulit
Isabella
Emmanuelle
Cakap Memang Murah

Medley:
Rozana
Semalam Yang Hangat
Gadisku
Taman Rashidah Utama
Meniti Titian Usang
Mimpi Misteri Syakila (intro solo Intan Ku Kesepian)

Nur Nilam Sari
Guitar solo
Rock n Roll Lu Punya Suka
Pasti

Setlist dari member yang record keseluruhan konsert untuk "bootleg"..

Basuh Baju said...

zan: terima kasih. alamak, aku salah lagi..haha btw, thanks!

Anonymous said...

umur aku 34thn.. aku dgr muzik rock dari aku form 1 ( 13thn ) ,band mmg lagend,tapi quality takde,masih di takuk lama..Glamer sahaja.. kenapa aku ckp mcm tu?..sound teruk,tak balance langsung.mcm ni ke sound lagend? ker band lagend tak amik port utk sound? janji diorang glamer..opening perasan tak BASS tak tune?..pastu sepanjang konsert 2nd gitar search tak dgr?.. lagu isi dan kulit main frame melodi gitar tak dgr?.. hmm.. aku selalu pegi konsert band indo jugak.. sound superb..sorry,not a good konsert..glamer je lebih..peace..

FeEzAh HaNiMoOn said...

sume konsert nk kene pg tym2 maghrib. buat la lewat ckt. kan lg afdhal~

Anonymous said...

whatever la para bloggers nak cakap. yang penting aku mesti nak g lagi konsert diaorang yg akan di adakan di penang in september. dengar kata, lagu2 yang dinyanyikan pun akan berlainan dari konsert di mont kiara, JB(sometime soon) and stadium merdeka (penutup bulan disember).
tapi diaorang memang ada klas la.
to annymous yang post on 8th may, please lah. tak ada jiwa malaysia langsung la. kalo tak suka tak payah g tengok or paling senang tak payah ambik port!

Anonymous said...

pasal aku jiwa malaysia la aku amik port,patut la tak maju2 industri muzik malaysia dari dulu.mmg aku taknak pegi konsert2 band2 malaysia..takde kualiti..dpt glamer kampung buat per bro..

---anonymous 8 mei.......

zan said...

Anon 8 mei..

Pernah ke tuan berpikir atau sekurang-kurangnya menyiasat dulu sebelum menulis? Kesian kalau terlalu nak tunjuk pandai tapi akhirnya bodoh yang menonjol..

Cara tuan menulis macam semua konsert artis malaysia tuan tonton. Macamkan tau sangat pasal sound sedangkan sound house dengan sound band pun tuan boleh pukul sekali kan?

Anonymous said...

Yes.. ini yg saya mau.. standard..melayu cepat melatah...baca la komen awal2 saya tu..tak paham..tak tau tanyer..jgn terus ckp org bodoh tuan.lebih baik bertanya dari jadi bodoh sombong mcm tuan.
kan saya kate," ker band lagend tak amik port utk sound "..takyah citer pasal sound "house ke ape ker..aku komen pasal aku tau..tak mcm lu..terus ckp org bodoh..ok la.. since ko tak paham ni aku kasik paham :

1 : search/wings tak amik port pasal soundman diorang atau sound diorang.tak kan la joe wing yg dah berzaman main tak tau setting sound kat amp dia kot?..

2 : sounmand mmg tak bagus.

3 : soundman bagus,tapi gear ( kalau ko tak paham gear maknenyer "equipment ". tak bagus.

sorry la tuan..standard konsert malaysia jauh ketinggalan.Mungkin saya bodoh di mata tuan,tapi saya tak hipokrit dan melatah mcm tuan.

--Anon 8may ...

zan said...

Ha..nampak macam pandai..dah ku agak memang patut pun..

1. Sound teruk..tak balance langsung. Macam aku tanya tadi. Tau beza sound band ngan sound house tak? Sekarang yang ko dengar tu sound house..bukan sound band. Macamana boleh nak claim Joe Wings yang dah bertahun main tak reti setting amps? Sekarang ternyata sound yang "kedengaran teruk" tu sound dari speaker, bukan? Bukan sound dari amp dorang. Aku yakin ko bukan salah sorang yang menepek kat belakang stage nak tau sound yang keluar dari amp.

2. Soundman tak bagus. Macam aku cakap, study dulu kalau nak berhujah. Soundman konsert ni ialah yang sama yang buat sound untuk konsert2 indon yang ko bangga2kan tu. Soundman yang sama yang digunakan oleh Dewa, Padi, Slank, Godbless dan lain2. Mereka ni ko kata tak bagus?

3. Gear tak bagus? Marshall Mob Four dan Mesa Boogie Dual Rectifier ko boleh kata tak cukup bagus lagi? Ko nak gear yang macam mana? Dari langit?

Standard konsert Malaysia memang jauh tertinggal pasal dorang bikin konsert guna duit sendiri. Band2 indon yang ko agung2 tu semua datang berjemput dengan syarikat korporat. Belanja besar. Kalau dah bajet besar memang macam2 barang yang dorang boleh bawak. Dan untuk kami yang masih support konsert artis tempatan, ni je cara kami nak tunjuk sokongan untuk buka mata pihak korporat untuk sokong industri tempatan pulak.

Tak kira la berapa lama ko dengar muzik rock tempatan tapi kalau macam ni la ko punya pemikiran..gmemang patut pun.

Dan cuba belajar jadi berani untuk letak nama sendiri kalau nak komen kat blog orang. Cakap degar-degar tapi kalau kecut telor nak letak nama pun tak guna bai!

To basuh baju. Sori komen panjang2..

Anonymous said...

Tuan Zan,

letak nama tak letak nama tu bukan hal..yg ko nak tau kenapa? nak buat ape?
aku pegi jugak tgk konsert siti,m.nasir,Sure heboh,pakai house speaker sama je aku tgk..sound ok?...dgr sebijik sebijik..??haa.. paa hal?..konsert AF pun wa pernah tgk..(minat muzik punya pasal la,nk expirience )..dgr semua sound.. dgr gak sebijik sebijik??..apa komen lu??....
lu ni mesti geng2 diorang.. mmg tak bole terima keritikan..bukan lu nak tanya, " apa yg bole ko bantu untuk mutu kami?area mana yg lu tak puas hati?. ".. tau nak tabur jerr..pasal lu mmg geng diorang...masa konsert KORN,gua sempat borak dgn soundman dia ( masa dia tgh lepak la,gua je terhegeh hegeh nk borak dgn dia,gua bkn ade backstage pass pun mcm org2 lain tu)...dia geleng kepala,dia kate "gear" kita tak cukup,semua "gear" out of date.. tapi??.. bila KORn main.. cantekk plak sound?..aku tgk benda alah yg tergantung kat tepi stage tu samer jer..tak tau la kalau brand lain..takkan aku nak belek kan?..habis kalau sound tak klr dari house takkan nak klr dari monitor kasik audience dgr plak?..

so,ulasan dia,band tak amik port pasal sound,pandai2 la soundman kasik bikin..dgn soundman mmg takde expirience..bkn tak reti.. takde expirience.. tu jer..tapi tak bole compare la..psl kat luar tu soundman mmg full time crk makan.. kat sini part time jer.. baru tau satu dua tarik turun dah jadi soundman..tapi mcm aku kate tadi la.. tak cukup expirience itu aje..pastu ahlil ahlil band2 yg lagend ni amik port la sikit pasal benda2 ni..jgn buat dek jer..ni nak buat kat JB plak.. ish.. malu aku dgn org2 s'pore kalau sound camni.. band lagend wey..take pride laa..

kepada tuan tanah blog,gua pun mintak maaf,it's my humble opinion utk memajukan industri,sape yg tak suka gua peduli ape..janji aku tak ckp yg betul dan aku tau,bkn aku sorang je yg pendapat mcm ni..ramai lagi..

---anon 8 may----

amira karmila said...

check out these Double Trouble T-shirts!
you'll love it

http://www.amirakarmila.com/2010/04/pre-order-double-trouble.html

hanna said...

ap yg korg dpt dgn bergaduh2, pnggik org bodoh,kutuk-mngutuk..buang masa..bg komentar mmbina skit.. brlah sdap hati ceq mmbaca..

peace..!!

promosi baju..

http://www.amirakarmila.com/2010/04/pre-order-double-trouble.html

amira karmila said...

TQ TQ SPREAD THE LOVE !

Anonymous said...

Tu la..sape yg start panggil org bodoh ek?..saya kasik komentar yg membina la tu..takkan benda tak betul nak komentar yg elok2 pulak..kena la terima kritikan..baru membina..

---anon 8may...

ruhaz said...

konsert akan bersambung ke JB pulak
5hb JUNE 2010

mari ramai2 rockkan JAY BEE!!!!

Anonymous said...

alah bro...releks lah..tak yah gaduh2... apa barang gado2 pasal sound lah apa lah... janji kite semua happy...and frackly speak, almost people yang dtg konsert tu nak tenguk performances both 'otai band' nie... takde mase lah nak pikir2 sound dia ok ke tak... janji layaaannn.....

Nerzhul said...

you rock!! \m/