Thursday, May 27, 2010

Hutang dan Subsidi (Updated)


Hari ini kita semua tahu di eropah negara-negara PIGS (Portugal, Italy, Greece dan Spain) sedang dibelenggu krisis hutang. Negara-negara lain seperti UK, Germany dan France juga bakal kena tempiasnya.

Bagaimana keadaannya di Malaysia pula?

Hutang kita berjumlah RM362 Billion. Adakah jumlah ini begitu besar bagi saiz ekonomi kita?

Jawapannya ya kerana ia merupakan 54% daripada KDNK (Keluaran Kasar Dalam Negeri) Malaysia. Apa maknanya di sini? 54% duit yang dibelanjakan oleh kerajaan diperolehi dengan cara berhutang.

Kenapa berhutang? Kerajaan tidak cukup duit.

Timbul dua persoalan- ke manakah wang ini dibelanjakan? Bagaimana kita dapat mengurangkan hutang?

Pada tahun 2009 sahaja, RM74 billion telah digunakan untuk subsidi. Jumlah ini jika dipecahkan beerti setiap rakyat Malaysia telah disubsidi sebanyak RM12,900. Kita jangan berasa terkejut. Hari ini pendidikan, kesihatan, barang dapur, pengangkutan, bahan api, dan tenaga letrik semuanya disubsidi kerajaan.

Tidak hairanlah 11% daripada perbelanjaan tahunan kerajaan adalah kepada subsidi.

Memandangkan rakyat kita suka bandingkan Malaysia dengan negara-negara maju- mari kita lihat berapa banyakkah perbelanjaan subsidi mereka. Di UK hanya 0.7% perbelanjaan negara disalurkan untuk subsidi. Di France 1.4%, dan di Switzerland 3.5%. Malah di negara yang kurang maju seperti di Indonesia jumlah perbelanjaannya hanya 2.7%.

Secara puratanya kebanyakan negara berbelanja 1.5% untuk subsidi. Oleh itu Malaysia adalah negara yang paling banyak mengsubsidi ekonominya (baca rakyat) di dunia walaupun ada yang kata kita pernah ditadbir oleh diktator selama 22 tahun.

Dengan mengetahui hutang boleh membawa kepada krisis seperti di eropah, bagaimana Malaysia boleh mengurangkan hutang?

Jawapannya melalui subsidi.

Subsidi memang diperlukan. Ini adalah tanggungjawab kerajaan. Adalah kerja gila untuk tidak memberi subsidi langsung. Kalau begitu lebih baik tak payah bayar cukai. Subsidi juga membantu pertumbuhan ekonomi malah melindungi golongan susah.

Tetapi subsidi ada hadnya. Ada perkara yang tidak memerlukan subsidi. Malah subsidi yang melampau boleh memandulkan ekonomi. Contohnya di negara arab. Semua perkara disubsidi sehinggakan nak kahwin pun disubsidi. Tetapi hasilnya- rakyat mereka malas bekerja dan kurang produktif.

Tetapi Malaysia tidak sekaya negara arab, maka tidak boleh nak subsidi hingga ke tahap itu.

Malah sistem subsidi sekarang terdapat begitu banyak ketirisan (leakage) dan tidak sampai ke golongan yang sepatutnya. Ada juga golongan yang sudah dapat subsidi tetapi menyalahgunakannya. Lebih teruk golongan yang tidak layak diberi subsidi juga mendapat subsidi seperti golongan kaya kapitalis. Perkara-perkara ini menyebabkan over-consumption dan over-production.

Kesemua perkara ini memerlukan Malaysia mengurangkan dan mengstruktur kembali subsidi.

Apa yang penting ialah subsidi yang sustainable. Subsidi yang diberikan perlulah membawa pulangan. Di Amerika, subsidi diberikan kepada petani dalam bentuk baja. Hasilnya produktiviti pertanian meningkat di samping membantu golongan itu. Dan ini menjelaskan mengapa negara-negara maju tidak berbelanja banyak untuk subsidi. Berapa jumlah yang dibelanjakan tidak penting tetapi bagaimana ia dibelanjakan yang perlu diambil kira.

Kita tidak mahu subsidi yang menyebabkan produktiviti berkurang. Subsidi begini hanya menyebabkan duit yang dibelanjakan hangus begitu sahaja.

Untuk mengsusbsidi semua benda- ini memerlukan duit yang banyak. Nak cari duit kena berhutang. Tapi bila berhutang ramai yang marah. Kalau bukan melalui hutang, kerajaan kena cari duit sendiri. Tapi bila GST, mengswastakan GLC, dan keluar lesen judi diperkenalkan- ramai yang marah siap turun berdemo.

Oleh itu kita wjib menerima hakikat kerajaan terpaksa kurangkan dan strukturkan kembali subsidi. (kurangkan bukan hapuskan)

Soalnya sekarang- berapa banyak yang perlu kita kurangkan subsidi? Golongan mana yang tidak patut dapat subsidi? Golongan yang perlu dibantu lebih banyak? Sektor apa yang memerlukan subsidi? Sektor manakah yang tidak perlu? Berapa lama masa yang diperlukan untuk kurangkan subsidi?

Ini bukan soal perlu atau tidak. Ini soal bila dan berapa.

Persoalan ini akan dijawab oleh Idris Jala dan pasukannya hari ini di KLCC sempena hari terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi.

Sebelum turun ke jalan raya membantah pengstrukturan subsidi- sila turun ke KLCC dahulu hari ini jika anda mempunyai pandangan. Jika malas hendak turun beri cadangan, sila fikirkan satu perkara sebelum turun ke jalan raya- "siapa yang paling banyak menerima manfaat mekanisme subsidi sekarang?"

Jika subsidi tidak distrukturkan, Malaysia akan menjadi the next Greece dalam masa 9 tahun. Ketika itu, jangan menyesal karana turun ke jalan raya mebantah perkara yang betul.



ps: basuhbaju sedang berada di KLCC. Lantaklah kalau ada yang nak kata poyo. Tetapi lebih baik menyumbang dari sekadar bersembang. Tak gitu?

pss:
.Jangan tersilap turun ke jalan raya menyokong kapitalis sudahlah ye.

psss: sila baca juga ruangan komen. Mari join sekali sesi diskusi. :)

25 comments:

una210 said...

cepat2!..
abes jer makmal kat klcc tuh,cepat2 tulis,,ak nk baca ape yang kaw dapat ari nih,,

p/s:baru tahu malaysia nih pemurah rupenyer..ahh gitteww

Feezah Hanimoon said...

sokong 99%..tetiba menyibuk.

Thailand n Indon boleh hidup gula harga RM 2.25/kg. Malaysia baru RM1.65/kg. Naik 20sen dah gelabah.

Malaysia tamau hutang lagi!

-:: zeNGoth ::- said...

Dear BB,

You have to look from the bigger picture also. Adakah dgn cara mengurangkan subsidi sahaja akan menyelesaikan masalah hutang negara ? Adakah itu punca utama & penyelesaian ? Ada juga perkara lain yg perlu diketengahkan juga selain subsidi dimana ianya berkaitan dgn hutang negara iaitu R.A.S.U.AH

We all know the root cause of Greece problem is corruption. How come this Mr Roti Jala can say we will end up like Greece unless voters swallow subsidy cuts ! Don't go for the easy way by taxing the rakyat & reducing the subsidies.The salary has not moved much for the last 10 years. We are moving backwards. Indeks rasuah menjunam, tp indeks kompetitif naik ? Gaji dok mcm tu jer, tp perbelanjaan basic makin naik.

Bagaimana dgn urusan perbelanjaan kerajaan yg sangat tidak munasabah ? You name it...submarine deal, RM200 screwdriver, PKFZ, jual tanah negara, serahkan peantar minyak kat Brunei & many more.

Basuh Baju, even if the subsidy is at 0% rate...we will still end up like Greece if the core problem of this nation is not fixed. Period. We are not stupid. Dont waste your time cracking your skull & spend millions to pay consultants to find sulutions to reduce our nation deficit if you dont address the main overall issues.

reverie said...

Potong subsidi untuk meningkatkan ekonomi negara ni satu lawak jenaka bagi aku. Kalau betul subsidi tu amat membebankan ekonomi negara, kenapa negara maju yang kurang subsibi macam uk dgn us pun boleh menjadi antara penghutang utama dunia?

Sistem kewangan kapitalism ni memang sistem tambah hutang kalau kau tengok betul-betul. Macam mana us yang pegang takhta external debt terbanyak dunia, waktu pemerintahan bush boleh umumkan bail out sebanyak 700 usd billion. Yang berhutang boleh kasi hutang pula dan tambah hutang sendiri. Persoalannya US berhutang dengan siapa?

Kurangkan subsidi bukan cara yang betul nak cuba-cuba larikan diri dari hutang. Dah memang sistem kapitalis ni bekerja dengan hutang. Buatlah macam mana pun, selagi kau dengan sistem kau bermain dengan hutang. Sampai satu tahap bila kadar hutang sudah maksimum, apa akan jadi? Kadar hutang maksimum tu pula berapa?

Nak ekonomi stabil ni satu je. Balikkan wang sunnah. Berlandaskan nilai emas, perak atau barang dagangan. Wang kertas yang kita guna sekarang bukan ada sandaran pada apa-apa nilai. RInggit kita sandar nilai pada dollar. Dollar sandar nilai pada apa? Bretton woods agreement dah tarik nilai duit kita dan membunuh kebebasan nilai matawang dengan mewajibkan semua negara menggunakan dollar dalam international trade. Jadi sandaran nya adalah pada pasaran US yang luas gn penduduk ramai. Jadi bila yang menjadi sandaran tu sendiri berhutang, rakyat makin susah hidup. Effect dia boleh dilihat pada semua negara. Ini post-capitalism effect. Sistem yang bakal melumpuhkan ekonomi semua negara satu dunia.

Matawang itu sendiri sekarang ni nilainya tak stabil. Duit gaji kau Rm4000 dapat hari ni, dalam masa sebulan mungkin nilainya tak sama dengan Rm4000 lagi. Padahal sepatutnya objektif matawang itu adalah sebagai pengantaraan dalam transaksi yang sama nilainya pada bila-bila masa dan dimana-mana. Macam aku tulis dalam blog aku, kalau beli lembu di Malaysia dengan lembu di Indonesia. Lembu Malaysia lagi mahal. Kenapa? Padahal rasa daging dia sama je. Itu kecacatan sistem yang digunapakai ni.

Kalau kau betul mau tau, pergi la research apa itu wang sunnah. Dalam quran dan hadith ada sebut. Dan salah satu kegemilangan Khilafah Islam dulu juga kerana mereka menggunakan matawang yang tetap nilainya berdasarkan emas,perak dan barang dagangan.

*Aku sekadar kongsi pandangan aku. tak dapat turun KLCC, tulis-tulis sini pun jadi. Something is better than nothing. Tak gitu?

Selamat.

Basuh Baju said...

Zengoth: your point:

1) admittedly corruption is one of the factor that swallowing gov's fund.

but by addressing and restructuring our current mechanism on subsidy- at least we may be able to solve one of the issue that may bring our country down.

The things is our subsidy is not sustainable.

If this trend continues, we have to bear an enormous subsidy bill, which contributes to a rising national debt and creating long-term sustainability issue for our economy.

2) The problem with Greece is not solely about corruption. Their country is going down because their economy wealth is artificial. Their income is not based on services and goods but merely depends on strong currency as they are the member of EU.

Even their new govt that is 200% clean from corruption cannot do anything as they were unable to devalue their currency. Of course they have none since joining EU.

3) "The salary has not moved much for the last 10 years. We are moving backwards. Indeks rasuah menjunam, tp indeks kompetitif naik ? Gaji dok mcm tu jer, tp perbelanjaan basic makin naik."

That's why we need new economic model and Government transformation programme. These are the issues that are being addressed as we speak right now. Go download the book and read it bro :)

4) "Bagaimana dgn urusan perbelanjaan kerajaan yg sangat tidak munasabah ?" agreed. Benda2 ni yang membazirkan duit kerajaan.

But the way you say it macam negara kita the only country kat dunia ni yg 1001 benda tak betul. We must be fair. You can't expect the gov address all the things in one shot.

The point is- are you agree or not the need to rationalize our current mechanism on subsidy?



ps: the core problem of this nation problem is, people are not willing to share their ideas/solutions with policy makers but at the same time demanded they need to be consulted.

Irony, no?

Basuh Baju said...

Reverie: Aku tak nak sound macam pro-mahathir ttp utk menjawab komen kau, inilah yang mahathir dok cakapkan.

The currency is based on assumption. That's why Tun cadangkan penggunaan dinar emas. Biar sekarang ni mata wang disandarkan pada emas macam era bretton woods.

So aku setuju dengan kau pasal sistem tu. Cuma kau mungkin nak tukar terus sistem kapitalis sedangkan aku nak baiki apa kelemahan dalam sistem kapitalis ni.

Pasal pengurangan subsidi- kau rasa perlu ke kita nak subsidi org kaya yg dapat diskaun 7% beli kondo mewah kat KL?

Kau rasa perlu tak nak subsidi org yg naik ferrari isi minyak harga rm1.80 sen macam org yg naik kapcai?

Kau kan anti kapitalis- so kau rasa ptut tak kita subsidi org yg menjadi kapitalis ni?

Aku sgt setuju pengurangan subsidi tp biarlah pengurangan tu kena kat org yg tak patut dapat subsidi.

Yang orang susah, miskin, marhaen- aku ttp kata- mereka perlukan subsidi.


ps: bukan sahaja time kegemilangan Islam yg guna matawang sunnah tu tp masa zaman sebelum Ronald Reagan lagi currency based on emas.

yusuf mujahidin ™ said...

Salam BB

aku nk tggu apa isi conference kt KLCC ni..
nt tlg update cept2 ya..


kalo bgtau awl2, blh aku dtg..cis..bosan dok umah tkde pe nk wt

Basuh Baju said...

Yusof: sorry. aku nak update malam tadi tp tertidur la pulak..haha

ok, nnti aku update. perlukan masa utk analyze data dan pelan Idris Jala ni.

kena gak jadi kritikal kat dia. :)

joe penang said...

Secara dasarnya aku bersetuju. Dengan syarat.
Hentikanlah projek membazir cam taja F1 tuh.Rasuah dalam tender kerajaan dibenteras.
Asal pm/agong mai rasmi adalah live kat tv1/2. Apa lagi.
Kalu nak jimat hapuskan semua subsidi? Boleh! Gantikan kerjaan sedia ada.
Patutnya buat jawatankuasa pemandu/makmal jimatkan belanja kerajaan secara menyeluruh. Bukan takat pikiaq nak hapus susidi je.

p/s: PWTC sewa sehari cuma RM5 ribu je! Murahnya. Atau ada subsidi untuk kroni? Kayap la PWTC lama2 camni...

Cob Nobbler said...

Basuh Baju:Pembetulan.

Bukan Ronald Reagan,tapi Richard Nixon.Sila baca artikel Nixon Shock.tq.

p/s:aku di sini tak nak argue tulisan nko,sekadar membetulkan fakta.tq.

joegrimjow said...

subsidi ni pon depa duk main isu
klu pembangkang memerintah
rakyat xdapat subsidi
hehe


stuju dngn atas tu
rasuah terlalu banyak
benteras yg tu dengan praktikal
maksud praktikal, buat, bukan cakap

ni sibuk bergegar cakap nak benteras, CPI tetap turun dari tahun ke tahun, rasuah meningkat2

stuju juga dengan beberapa point
jgn bg subsidi banyak

tp klu cakap negara berhutang sebab subsidi
tak stuju

Anonymous said...

dulu u kata kuasa membeli rakyat malaysia tinggi. now what this makes us?

sorry but i think you and namiofish have grow cynical to people of different opinions. debaters have this syndrome mostly.

Harvin Dhillon said...

Well the easiest way to solve the problem and dont go bankrupt in 9 years is to change the government.

zeNGoth hit it right on the head there. It is estimated we are wasting 25billion on corruption annually.

Sure subsidies must be reduced but first the government must reduce the corruption and spending on ridicules items. We got such a high defensive budget but what is it for? Are we at war with anyone? Is there a possibility of going to war with anyone? Just look at PKFZ, 5Billion down the drain, and this is just one example over the years BN has been in power. It all started with Mahathir and his cronies, all the bailout and loopsided contracts that favour certain individuals rather than the people.

If we had a clean government, we wouldnt be worrying much about this. The NEP was a good idea but it has given rise to cronyism and patronage. It started well but deviated and is the root of all the problems we are having from economic stagnation to racial harmony. It must be scraped. We need a competitive economy as we need to survive not only in Malaysia but the world. We dont need an artificial bubble around us.

A new government might be just as bad or even worse but we can always vote them out. We must show that in the end of the day we are the one that determined the government. Then and only then will the government truly serve us. They will perform cause they will be scared for their lives of being voted out.

At the moment, BN is content and feeling safe, hence the bad corruption and total disregard for the happiness of the people. We need to get them to feel some heat.

Do register to vote and apply the heat to BN!!!

muzikri said...

haha
dan semua news carry the same thing
malaysia akan muflis klu terus kasi subsidi
bnda nie,long term prospect,btul,
short term,stil,we do nothing to control it
dlu ckp kurangkan subsidi petrol ntuk baiki public transport,tp cm sucks jgk
n now to avoid malaysia from goin broke...haha
its better the country to be broke, than the people.
neway,wat is nation compare to its people?

Wenger J. Khairy said...

The RM 70 billion is highly erroneous. Subsidy is paying for something to reduce its cost. All over the world, the Government pays for education, defence and with the exception of the United States, they also operate a public health care system called a universal health care system.

So what nonsense is this?

I have examined every single detail in the 2010 Government budget.
When the Government says its subsidizing transport it means it is giving money to toll companies, and paying off the loan for KLIA.

But people are generally ignorant over here. They just accept what rubbish is spoken.

Riise said...

setuju kurangkan subsidi. potong lah pula spending tu.(damn, bunyi cam republican ah plak) apa punca Malaysia macam ni ah sekarang, aku takde fakta. mungkinkah disebabkan oleh projek2 mega PM sebelum Badawi, sekarang kerajaan Najib pula kena tempiasnya?

btw, aku tak suka cara mat ni yang gunakan apa yang aku consider scare tactics, menakut-nakutkan rakyat untuk mendapat sokongan memotong subsidi.

Amerika subsidi pertanian banyak, betul. Tapi tengok bagaimana kapitalis meng-capitalize subsidi itu dan petani pula jadi mangsa mereka. pendek cerita tonton saje Food Inc.

Basuh Baju said...

Joe Penang, Harvin Dhellon:

Kalau tukar kerajaan, kerajaan baru takde langsung subsidi atau semua benda disubsidi?

setakat ni tak nampak lagilah pelan subsidi if Pakatan memerintah negara. yang kita nampak statement2 mengutuk dan menyalahkan je.

Ternanti2 jugak Anwar atau Hadi awang turun tadi. tapi yang datang Kit Siang je.

Cane ni? hehe

Holden: tq betulkan fakta. Tapi masa Reagen dah bermula era deregulasi. Nixon yang tamatkan. haha

Joegrimjaw: masalahnya mmg negara berhutang sbb byk subsidi. Ini yg berlaku di negara kita.

sebab itu kita kata ia tidak sustainable.

analoginya macam kau pijam duit jiran utk support makan minum anak kau. Belum sempat kau nak habis bayar hutang, kau hutang lagi sebab anak kau mmg sentiasa akan makan. betul tak?

Kitaran ini berlanjutan bertahun lamanya.

Tak ke ini membebankan kau yg berhutang dgn jiran?

Apapun, aku setuju point bahawa negara kita mmg byk kehilangan duit kerana ketirisan dan rasuah. :)

Tanpa Nama: yela hri tu saya cakap kuasa membeli tinggi pada tahun bila?

itu di zaman era 90-an..sekarang dah 2010. :)

Basuh Baju said...

Muzikir: pasal dulu nak kurangkan subsidi utk improve public transport tu mmg tak boleh pakai. Aku pun bengang.

tp itu di zaman Pak Lah- kau tanyalah si Wenger J Kahiry tu..haha

btw, kalau negara bankrup rakyat pun akan bankrup jgk bro. cuba kat tempat kau keje bankrup, apa kesannya? :p

Basuh Baju said...

Wenger J Khairy:

granted government around the world pay for healthcare, education, etc,etc..These are basically what the gov should subsidize. I'm all for it.

Again- you made my point. You've said about toll and paying loan for KLIA- ha, benda2 camnilah yang tak sustainable dan perlu dikurangkan.

Byk lagi cth macam IPP, diskaun perumahan, subsidi petrol yg terlalu murah, subsidi gas, etc,etc.

You nak kurangkan semua kos utk apa? utk teruskan gaji pekerja kita tetap rendah? utk bagi golongan kaya terus bayar harga murah?

Apa manfaatnya bayar pampasan tol beratus juta setiap tahun? utk bagi pengguna kenderaan jimat berpuluh ringgit sebulan?

Apa gunanya subsidi harga gas dari Petronas berbilion ringgit? Utk bagi IPP buat untung atas angin?

You selalu kata Pak Lah PM yang bagus sebab berjaya kurangkan defisit ketika di era beliau. ttp bila kerajaan skrg cuba buat apa yg Pak Lah buat, you're very cynical.

Why? I'm just wondering.

Wenger J. Khairy said...

Hello Enche Basuh Baju,
I think I was being very cynical of this RM 70 billion number bermaksud aku TAK MENYOKONG konsep duit rakyat yg digunakkan utk membayar syarikat KRONI spt PLUS, IPP dan MEMBIAYAI projek MEGA spt KLIA dan Kompleks Sukan Negara sampai 7 generasi. (Tahniah TUN DR MAHATHIR)

So yg aku menyampah adalah pendekataan mengaburi mata rakyat dengan menggunakkan istilah subsidi dimana sebenarnya wang rakyat diperas dan digunakkan utk membayar KRONI dimana kontrek tersebut dimeterai semasa zaman pemerintahaan TUN DR MAHATHIR!

Tiada sebarang kontrek yg dipersetujui Pak Lah yg bersifat sebegini. Hanya kontrek semasa zaman TUN DR MAHATHIR adalah kontrek padang jarak padang terkukur dimana syarikat tersebut akan digulakan sehingga negara menjadi negara bangkrap.

Takkan benda mcm ni pun tak paham. Patut pun kena perli oleh Mat Salleh semasa di Australia

Wenger J. Khairy said...

Kao tanyalah TUN DR MAHATHIR berapa hutang luar negara semasa dia meletakkan jawatan. Berapa rizab? Kenapa dia tergamak meminjam US dollar dari Bank Jepun, Bank Eropah, Bannk Antarabangsa lain, melalui Bon terbitan dengan kadar tinggi,
Tanya Tun Dr Mahathir berapa yg perlu dibayar oleh kerajaan SELAIN RM 8 billion yg disedekahkan kpd kroninya? Tanya dia berapa BILLION DOLLAR AMERIKA yg terpaksa dilabur didalam MAS? Siapa tanggung? Siapa yg bayar riba dan principal. Tu pun bayar dalam US Dolar?

SIAPA YG BAYAR?
Tu pun dikatakan SUBSIDI!

Nilah peninggallan

Udang said...

Apabila nak bagi sesuatu kat rakyat, panggil SUBSIDI.

Kalau nak bagi sesuatu kat korporat, kroni boleh pulak panggil INSENTIF, PEMBIAYAAN DLL.

Perangai macam HARAM !!

Kalau tak reti memerintah turun la Najib !!

Basuh Baju said...

Wenger J Khairy: Mahathir want to consolidate his power. Yup, memang dia ada kroni. Dari kroni tu dia dapatkan sokongan.

But please be fair- ada projek mega dia yg mengkayakan negara sekalipun diberi pada kroni.

Amek contoh PLUS- the only single factor yg turn around our economy masa kegawatan 85.

"I looked at the U.S. in 1929," Daim told TIME. "What they did was build highways. We had excess cement, 60,000 Malay graduates looking for work, and we had a car industry producing cars no one wanted." The idea for the North-South Highway was born. "That highway," Daim says, "was the biggest single factor in turning the country around."

Pasal kroni ni aku tak perlu nak jadi his apologist macam seorang menantu yg mempertahankan pak mertuanya.

Tun ada blog dan dia pun ada tulis pasal kroni. Kau kan rajin komen di blog dia. Aku pasti kau mesti ada baca.

Cuma aku tanya kau la- since kita tahu Mahthir ada kroni, so did Pak Lah.

Jangan tipulah zaman Pak Lah takde perjanjian bersifat kroni.

Patrick Lim tu mende? Scomi tu apa kes? ECM Libra tu apahal?

Bandingkan dgn PLUS, KLCC, Sepang- mana yg lebih benefit our country?

Kau tanya siapa punya peninggalan kan. Yup- memang trend subsidi ni dihebatkan lagi oleh Mahathir. Jangan kata MAS- hinggakan harga barang dapur pun Mahathir subsidi.

Dia punya cara tu berkesan time tu je. Zaman berubah bro, cara tu dah tak lagi sustainable.

Cakap pasal peninggalan ni, siapa yg pandai sangat naikkan harga minyak sekaligus sampai merosakkan ekonomi?

siapa yg jadi PM sampai imej kerajaan begitu teruk?

Siapa yang tinggalkan semua ni?

ps: entri terbaru rocky bru- http://rockybru.com.my/2010/05/pantai-returned-sin-atoned.html

apa cer bro? di zaman siapa? Ini nak kira subsidi ke?

Basuh Baju said...

Wenger J Khairy:

The point is- you can always whacking Tun Mahathir. You can simply blaming him for everything under the sun that happened under his government.

But remember, I can do the same also by over-kill Pak Lah- questioning all his mismanagement for the past 5 years.

Tapi apa yang kita dapat daripada saling salah-menyalahkan?

Nothing.

Lets move forward. Byk lagi isu yg kita perlu sama2 berdiskusi.

ps: tak penat ke nak bergaduh2 kat blog pasal dua org pemimpin yg dah bersara? :)

Anonymous said...

aku ingat kalau mahathir mati baru aman malaysia....kenapa la pariah ni mengacau fikiran semua rakyat malaysia
javascript:void(0)
cukuplah ditipu, takkan selamnya ditipu...jumpa ular dengan mahathir, ketuk kepala basuh baju....kah kah kah

terima kasih sebab pandai buat cerita bohong

dari 70million subsidi hanya separuh untuk rakyat....selebihnya untuk kawan2 tun al kutty

rujuk blog sakmongkol entri terbaru