Monday, May 24, 2010

Dari Australia- AirAsiaX dan MAS

Hari Pertama- 12 Mei 2010

Aku sudah terlewat ke LCCT. Aku kena berada 90 minit sebelum departure time- jam 1.50 tengah hari. Namun jam di tangan sudah jam 12 dan aku masih berada di KL di dalam skybus.

Entah macam mana- seperti pertolongan dari Yang Maha Esa, kaunter check-in AirAsia mengalami kesesakan. Begitu ramai manusia yang mahu ke Melbourne seperti aku. Jadi kaunter terpaksa dibuka. Walaupun aku orang terakhir yang mendaftar masuk, tetapi aku tetap sempat menaiki flight D2722- alhamdulillah.


Ini bukanlah kali pertama aku ke LCCT. Sebelum ini berkali-kali juga aku menjadi pelanggan AirAsia untuk terbang ke mana-mana. Maklumlah 'now everyone can fly'. Namun ini adalah pengalaman pertama aku menggunakan AirAsiaX. Sebagai pelajar, 'now I can fly Xtra looong.'

Sejujurnya aku mengagumi Tony Fernandes- insan yang telah merevolusikan industri penerbangan negara kita. Lebih 70 juta penumpang yang mendapat manfaat daripada konsep penerbangan tambang murah beliau. Daripada hutang RM40 juta ketika diambil alih dengan harga RM1 pada tahun 2001, kini AirAsia mempunyai aset bernilai lebih RM2.63 Billion dan lebih 5000 orang pekerja. Daripada ada satu syarikat AirAsia, kini dah ada AirAsiaX. Ya, memang Tony Fernandes seorang kapitalis. Tapi apa masalahnya? Setidak-tidaknya ini kapitalis yang membantu golongan marhaen seperti aku.


Aku masih ingat ketika AirAsiaX memulakan penerbangan jarak jauh ke London. Ketika tu aku bodoh tak ambik peluang untuk ke sana pada harga yang murah. (Seingat aku promosi masa tu RM699 harga tiket pergi balik campur tax. Giler kan?) Dan begitulah gilernya reaksi orang bila AirAsiaX terbang ke London. Tapi dah menjadi kebiasaan orang Malaysia- semua benda nak skeptik. Masa buat lebuhraya PLUS nak skeptik. Masa buat Proton nak skeptik. Masa nak masuk F1- lagilah skeptik. Jadi ramailah yang cakap model tambang murah ni takkan boleh 'pergi' punya untuk destinasi jauh-jauh yang melebihi 3jam penerbangan.


Tapi apa yang terjadi sekarang?

AirAsiaX siap tambah lagi destinasi ke Tianjin (Beijing), New Delhi, Mumbai dan Abu Dhabi (Dubai). Bila AirAsiaX perkenalkan laluan Abu Dhabi, aku terus sambar tak fikir panjang. Memang murah- dalam RM350 pergi balik campur tax. (Deal terbaik dalam hidup aku). Disebabkan AirAsiaX tambah destinasi jarak jauh macam tambah lauk, MAS pun mula panas. Tak cukup nak kena bersaing di peringkat Asia Tenggara, ni nak bersaing di eropah,asia dan australia pula.


Oleh itu Kerajaan melindungi MAS kerana MAS adalah GLC. Kalau MAS rugi, kerajaan yang rugi (baca rakyat). Oleh itu perlindungan diberikan dengan menghalang AirAsiaX dari terbang ke laluan yang dimonopoli MAS contohnya Sydney dan Seoul. Tetapi ironinya, keuntungan MAS paling banyak di laluan domestik dan Asia Tenggara-di mana MAS kena bersaing dengan AirAsia. Malah MAS telah menambah kekerapan penerbangan. Contohnya di Perth dan Melbourne.

Sebenarnya ini berkaitan dengan efficiency. Bila ada persaingan, baru MAS jadi effisien. Kalau dulu bolehlah caj RM800 pergi balik ke Kota Kinabalu. Tapi bila ada AirAsia, kenalah cari jalan untuk kurangkan kos. Itu yang Idris Jala buat masa turn around MAS daripada rugi kepada untung. Idris Jala perkenalkan "Everyday's Low Fare" sebab beliau ada cara nak turunkan kos tanpa komproni kualiti seperti AirAsia. Tetapi pada masa yang sama MAS tak nak persaingan sebab nak monopoli- nak untung cara senang. Bila MAS untung, kerajaan pun untung . Ini kitaran bisnes yang untung tapi yang sakit ialah pengguna kena bayar mahal.


Namun nak salahkan MAS tak boleh jugak. AirAsia ni asyik nak terbang ke destinasi MAS je. Kalau kita tengok hampir 90% laluan AirAsia overlap dengan MAS. Kenapa overlap? Sebab laluan ni popular. Bagaimana boleh popular? Sebab MAS dah melabur untuk promosikan laluan tersebut. Contohnya MAS dah belanja RM100 juta setahun untuk promosikan Australia, tapi tup tup senang-senang je AirAsia masuk line. Tak ke bikin panas? Well, inilah bisnes kan. So MAS strikes back dengan guna kerajaan tak beri kebenaran kepada AirAsiaX untuk terbang ke Sydney dan Seoul.


Btw, aku adalah mangsa kepada perangai AirAsia yang suka terbang di laluan yang sudah popular sahaja. Macam aku cerita tadi, asalnya aku ke Abu Dhabi. Tetapi memandangkan laluan ini tidak menguntungkan AirAsiaX, laluan ini telah dibatalkan. Aku pula diberi pilihan untuk refund atau terbang ke destinasi lain. Maka aku pun memilih untuk pergi ke Melbourne.

Sebenarnya persaingan antara AirAsia dan MAS ni bukanlah persaingan macam Maybank dan CIMB. Atau Nike dan Adidas. Apa yang berlaku sekarang lebih kepada hotel Seri Malaysia yang 3 bintang dengan hotel Hilton yang 5 bintang. Selagi mana ada permintaan untuk barang murah, selagi itu ada permintaan untuk barang mahal. Ala, macam mercedes dan proton. Ini perkara yang perlu kita faham. Mereka tidak bersaing tetapi saling melengkapi (complement). Kalau di Singapore mereka ada SIA dan Tiger Airways. Kalau di Australia mereka ada Qantas dan JetStar. Di Malaysia kita ada MAS dan AirAsia.

Jika tidak percaya mereka saling melengkapi, AirAsiaX telah berjaya membesarkan pasaran dengan menarik penumpang yang berpendapatan rendah. Sebagai contoh laluan di Perth telah berkembang 66%, Melbourne (+41%), London (+31%) dan Taipei (+57%)- semenjak 2009. Ini menunjukkan AirAsia membesarkan 'kek' bukannya memakan bahagian 'kek' MAS. Malah di laluan yang AirAsia tidak terbang berlaku penurunan dari segi jumlah penumpang. Contohnya Sydney (-20%), Tokyo (-10%), New Delhi (-20%) dan Paris (-15%). Clearly AirAsiaX berjaya membuka pasaran yang baru di laluan yang sama.

Kalau MAS okey je bersaing dengan SIA, Etihad dan Emirates untuk laluan yang sama dan di segmen pasaran yang sama, mengapa perlu menghalang AirAsiaX-syarikat Malaysia? Keduanya boleh membawa masuk pelancong begitu ramai dari pelbagai kelas pendapatan. In fact pada tahun 2009, jumlah pelancong dari Australia naik 25%, UK (+17%), China (+7%) dan Taiwan (+4%).

Di akhirnya kita mahu keduanya memberi manfaat kepada negara. Kita mahu pelancong makin ramai yang datang. Kita pun mahu KLIA boleh beat airport di Changi dan di Suvarnabhumi. Kita nak MAS boleh head-to-head dengan Singapore Airlines. Kita harap lagi ramai rakyat mampu terbang ke seluruh dunia dengan AirAsia.


Aku terfikir- apa salahnya AirAsia diberi kebenaran untuk terbang ke mana-mana destinasi. MAS pun akan menjadi lebih effisien seperti di laluan domestik dan ASEAN. Kerajaan boleh bagi subsidi untuk promosikan laluan-laluan baru seperti Vienna, Moscow, Nagoya, Manchester, etc,etc. Dengan ini KLIA boleh menjadi hub penerbangan Asia Tenggara.

*
Ketika flight D2722 hendak berlepas dari LCCT menuju ke Melbourne.- aku tersentak dari lamunan. Aku pandang ke luar tingkap- makin lama makin hilang pandangan tanah airku. Dan aku pun memulakan percutian ke nation of immigrant- Australia.


Seterusnya: pengalaman di Sydney.

11 comments:

hans said...

den baca habis entry ekau B.B
memang best
banyak info dapat
betul juga tu
saling lengkap melengkapi
tapi dengar kata sekarang MAS rugi teruk kan
sampai elaun pelajar2 MAS pun dikurangkan
ku dengar tu akhir tahun lepas
tak tahu la kalau dah elok ker apa ker skrg

hai said...

biasa la,dlm bisnes mesti ada persaingan...cara mana nak buat untung,kena fikir la strategi yang kreatif...apa2 pun yang penting,memberi keuntungan pada pengguna....rasanya kalau x de tambang murah,rakyat2 marhaen cam kita ni x merasa nak naik flight kot...abis2 pun,tunggu gi haji je la!!

qishie said...

cool.
aku rasa mas kena pandai ambik hati pelanggan yang departure dari surabaya la. kalau dah harga 2 kali ganda compared to AA, memang banyak la pelanggan lari ke AA.

Basuh Baju said...

hans: MAS masih untung utk suku pertama tahun ni dlm 300j lebih tapi mainly sebab dapat pampasan dari Airbus sbb flight baru lewat tiba.

Hai: kalau di Indonesia, lion air diberi kebenaran utk bawa penumpang pergi haji bersama dengan Garuda. Agaknya kalau di Malaysia, MAS dan AirAsia terbang sama2 ok x?

Qishie: pengguna MAS tak lari sebab those yg pernah dan selesa naik MAS akan stick pada MAS sebab kualiti dan keselesaannya.

Pelanggan AirAsia adalah dari those yang sblm ni tak berkemampuan nak naik flight.

Kita mungkin boleh assume ada pelanggan MAS yg lari ke AirAsia tapi jumlahnya tak banyak.

Ingat, MAS bersaing dgn SIA, Emirates dan Qantas. Bukan dgn AA. :)

reverie said...

Bila monopoli, buat kerja pun memang macam tahi. Air Asia kencang pasal kena lawan MAS. Astro macam mana? monopoli, bayaran kadang-kadang tak masuk akal. Tapi servis kira ok la. TM net? Hancai. Tak ada major upgrade. Jauh beza benar dengan UK sini. Internet tu laju pasal berlambak kompeni kau boleh pilih. Begitu juga untuk Gas dan Electricity, banyak kompeni boleh pilih. Maka jadi murah. Aku sokong kau. Soalnya aku rasa bab ini bukan kapitalism yang jadi masalah. Yang jadi masalah apabila diamalkan kapitalism dgn eksklusiviti iaitu monopoli. Kerana itu bagus juga bila air asia keluar untuk bersaing dengan mas. Flight industry tak ada masalah sangat aku rasa. Cuba tengok industri lain. Kilang-kilang. Betapa kapitalism itu membunuh kemanusiaan dengan alasan kemajuan dan kekayaan. Buruh dapat gaji sikit atas dasar nak tarik investor lagi. Walhal buruh tu memburuh 12 jam berturut-turut. Sistem yang mengayakan segolongan orang dengan mengorbankan rakyat marhaen lain. Mungkin kita tak kena direct effect dia sebab mak ayah kita tak perlu memburuh dikilang selama 12 jam tapi dapat bayaran Rm650 saja bulan-bulan. Bila sakit, cuti tanpa gaji. Sistem kapitalis ini sistem berhambakan duit semata-mata namun duit itu bukan untuk semua rakyat tapi eksklusif untuk segolongan.Kau setuju kenyataan aku ni?

Sy's Den said...

Baru2 ni aku naik MAS balik Kota Kinabalu, Airbus baper x ingat.

Fleet besar, tp kosong giler.

Nasib menu dia boleh tahan ( Haha ).

Ahmad Mimpi said...

Salam

bisnes perlukan persaingan.
monopoli membuatkan bisnes menjadi kurg atau lgsung tk efisien.

mcm Astro..
senang2 je nk naikkan bil, potong siaran bila2 ms tnpa kompromi..
tp bila ujan, service teruk gk. kita tkda pilihan lain selain melanggan - bg rakyat marhaen mcm aku yg tk mampu nk amik lesen parabola..

aku rs KTM pn patut dipecahkn tradisi monopoli..servis lahanat gler..

skrg kita dh tgk MAS makin baik
walopn secara teorinya, MAS tk bersaing dgn AA. tp bila adanya AA yg memecah monopoli MAS dgn kelas tiket utk golongan elit sj, maka industri penerbangan makin menarik dn MAS akan jd sgt kompetitif utk bersaing dgn SIA, Qantas malah dgn Garuda sekalipn

tgk sj pengendali telekomunikasi skrg - maxis, digi, celcom

pengguna dpt byk faedah..

TM net pulak makin baik dgn pelbagai pakej lpas P1wimax mencabar..tula indahnya persaingan sihat!

kapitalism tu tk dpt dielak tapi kita masih ade alternatif. aku yakin kita boleh berjaya dgn acuan sendiri

dunia ni bukan lg golongan yg kuat sj akan berjaya

siapa yg kreatif dn pndai gunakan peluang, dialah yg akan berjaya

peace

HBM Consultant said...

Saya masih menunggu saingan untuk TNB... hehehe...

Chempaka said...

Nice post!!!! sungguh ilmiah ku rasa bila baca post ni.... Anyway salam singgah....

Feezah Hanimoon said...

salam... blog jumping :)

I think many dreams came true with AirAsia right? It's considered affordable and acceptably convenience for short distance journey. Me too have chosen Air Asia for AOR-KUL trip. It's obviously cheaper. Haha. But there are times I realize that people trust Air Asia too much. Last time when I wanted to book a round trip ticket, total charge was nearly 300 bugs including luggage. When I checked with MAS, the cheapest price they could offer at that time was just around 220 bugs. I really recommend people to check both price when making purchase.

For long distance trip for example going to Europe. Bless for Malaysians at UK. But I've heard that there's no mini TV in economy class for AirAsiaX. Is it true? With 13 hours of direct flight, I'll be dead without one. Haha. Seriously, comfort comes first when choosing airline for long trips. 2 times heavy meals with intermediate snacks, wider personal space and entertainment channel are really a bless up in the sky :) If AirAsiaX are to give these specialties, then it would be no longer a low cost carrier I guest.

3rd point is, in my opinion MAS cabin crew has a wayyyy better attitude in customer service. I regularly see the ladies in red with various hair styles fighting over small things in front of customers. They're also mumbling quite often in front of me. That should really be improved.

One more thing, it is an advantage for AirAsia when operating flights to Bandung. MAS doesn't have one right? :)

Just my two cents k.. Worth-to-read blog you have (^^,)

Basuh Baju said...

@reverie: betul. aku tak setuju monopoli TM, TNB.

asalnya kerajaan bagi monopoli pada mereka sbb melalui penswastaan, kerajaan akan dpt byk untung melalui keuntungan mereka.

tp bila mana monopoli menghasilkan perkhidmatan yg macam tahi, kita patut buka ruang monopoli tersebut.

@ mimpi basah: betul. Somehow AirAsia berjaya menjadikan MAS lebih kompetitf utk lawan dgn SIA, Qantas, etc,etc.

KTM kau nak pecah monopoli camne? ada tren lain lalu kajang? haha

@syden: dah tak ramai org mampu la kot flight jadi kosong?

@Faezah: mmg takde pon benda2 yg awak sebut. Jangan kata in flight entertainment, makanan dan luggage pon kena add-on.

but again, thats why kita panggil mereka no-frills airline...hehe