Friday, April 9, 2010

Pendapatan Tinggi


15000 PEKERJA POS NAIK GAJI- Utusan

KUALA LUMPUR 6 April - Seramai 15,000 kakitangan Pos Malaysia Berhad termasuk 1,880 posmen dan kerani pos bakal menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai ini.

*
HARGA SETEM NAIK MULAI 1 JULAI- mStar

KUALA LUMPUR: Harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuat kuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapannya.

*
Beberapa hari yang lepas, abang-abang posmen naik gaji. Walaupun tidaklah naik sampai ke tahap gaji menteri, tapi setidak-tidaknya ini berita yang gembira. Tak tahulah kalau ada yang tak gembira bila gaji naik.

Pada masa yang sama, harga setem turut naik hampir 100%. Kalau dulu nak hantar surat hanya kena 30 sen, sekarang 60 sen. Maka ramailah yang tidak puas hati dan tidak gembira dengan berita ini.

Bagi saya- ini cukup menghairankan. Golongan ini bukan main kompelin pekerja dibayar gaji rendah. Tetapi apabila mereka kena membayar lebih sedikit bagi manfaat golongan pekerja, mereka tak mahu. Mereka kata ada cara lain lagi. Masalahnya cara yang bagaimana?

Kita kena faham tentang satu perkara- gaji tinggi memerlukan pendapatan yang tinggi. Kalau tidak, bagaimana nak bayar gaji yang dinaikkan tu?

Macam ni lah, kalau kita ada RM10, takkan kita boleh bagi RM15 kan? Jadi nak tak nak kita kena cari jalan macam mana nak tambah RM10 supaya kita boleh bagi RM15.

Pos Malaysia cuba meningkatkan pendapatan mereka dengan menaikkan harga setem. Malah harga setem sekarang terlalu rendah sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengsubsidi sehingga RM32 juta setahun. Jadi mana lagi baik- RM32 juta untuk naikkan gaji 15000 pekerja atau RM32 juta untuk 27 juta rakyat Malaysia hantar surat 30 sen?

Sebenarnya ada juga cara lain bagaimana meningkatkan gaji tanpa perlu menaikkan harga setem. Caranya ialah dengan membuang pekerja. Tetapi adakah kita sanggup 'membayar' harga beribu orang dibuang kerja?

Kepada mereka yang tidak puas hati- kalau kita mahukan perubahan, kita juga kena bersedia menerima perubahan. Kalau kita mahukan pekerja gaji tinggi, kita juga kena bersedia membayar barangan dengan harga yang tinggi. Kalau tidak bersedia, senang sahaja jawapannya- jangan guna setem. Guna email.

9 comments:

Cob Nobbler said...

Macam ni lah.
How about kurangkan elaun CEO-CEO,kurangkan elaun keraian pegawai,kurangkan lawatan ke luar negara,dan yang paling penting,bila menteri datang office tak payah buat makan grand-grand.

Dengan itu barulah tak ralat nak hantar surat naik harga,baru rakyat faham,ooo..memang dah naik harga rupanya..

Anonymous said...

Dulu polis ..naik gaji,..pastu tentera..pastu cikgu-cikgu...then elaun imam pun naik ( hal-hal lama )..sekarang giliran posmen pula...rezeki masing-masing..

yat said...

pada holden caulfield,

saya rasa itu management duit, dalam dunia ni semua haraga barang akan naik xdr yg akan turun (kecuali beberapa alatan macam komputer jek)....

najihah said...

Kalau mahu kahwin..apa susah..

kita hantar BERITA kat fb jer..satu dunia tahu..HAHA

AM said...

Holden Caufield: Idea tu, silap hari boleh jadi counterproductive. CEO di Malaysia gajinya tak setinggi CEO di negara luar. Takkan kita nak kacau banyak benda sebab ada golongan yang complain nak hantar surat cinta setem dah jadi mahal. Golongan ni adalah mereka yang hanya tahu merintih dan merungut. Cadangan baikpulih nya, satu pun tadak. Kalau cutdown gaji sana sini nanti complain negara kita tak maju sebab per capita income rendah pulak. Aisehman.

BB: Setuju. Plus, aku terbaca somewhere yang kerajaan dah tanggung rugi sampai RM500 juta sebab PosMalaysia. Kalau tak sampai 500juta pun, 32uta still banyak

reverie said...

budaya subsidi bakal membunuh semangat berjuang untuk yang lebih baik dalam masyarakat kita. Macam yang sedang berlaku di UK ni.

Aiman Ariff said...

haha. bagus2. guna emel, harga broadband pun makin lama makin murah.

Besi Karat said...

AM - Haah la CEO malaysia gajinya tak tinggi kan?boleh pakai BMW 5siri je kan.anak CEO 3 orang,tapi boleh buat rumah 10 bilik je kan?

Holden Caulfield,ko tak fikir ke?dah la gaji CEO sikit macam AM cakap,kerja berat pulak tu,nak tunjuk2,arah2 anak buah ko ingat senang ke?nak sain dokumen lagi.nak beli pen parker lagi.ko ingat murah ke?Ko tau tak dulu kat tempat keje lama aku,CEO nak datang melawat pejabat terus beli karpet baru(nilai dalam rm15 ribu tu).Ko tgk betapa pentingnya CEO ni.berani lagi ko cadangkan nak kurangkan elaun2 CEO?!

Hazrul D. Nizam said...

Saya menyokong kenaikan harga setem kerana saya berpendapat harga apa-apa barang pun perlu mengikut harga pasaran / market price.
Cuma nak perbetulkan pandangan sebilangan pihak yg Pos Malaysia mengalami kerugian; sebenarnya Pos Malaysia adalah antara syarikat yg mempunyai cash / tunai yg paling tinggi di Bursa Malaysia. Kadar keuntungan syarikat juga agak baik. Ini petikan dari akhbar The Star;

"For the financial year ended Dec 31, 2009, Pos Malaysia posted a net profit of RM75.4mil, or 14.04 sen per share, on revenue of RM902.6mil.

Rujuk http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/4/5/business/5987486&sec=business