Sunday, March 7, 2010

Utusan: ooooo Utusan

Saya adalah insan yang rajin membaca surat khabar. Setiap hari tanpa gagal saya akan membaca NST dan The Star. Ops, jangan salah sangka- saya hanya membaca- bukan mempercayai. Membaca dan mempercayai apa yang dibaca adalah dua perkara yang berbeza. Ia samalah seperti kita menonton rancangan Senario- kita tahu lawaknya lawak bodoh tetapi masih kita tonton. Sebab kalau tak tonton macam mana nak tahu bodoh ke tidak kan?

Sudah lama saya tidak membaca Utusan Meloya. Akhbar ini dikatakan sebagai penyebar fikiran rakyat. Kalau inilah tahap fikiran yang ingin disebarkan, bayangkan betapa bodohnya rakyat Malaysia akan jadi. Sebab itulah saya berhenti dari membaca. Takut menjadi bodoh.

Hari ini saya punyai kekuatan untuk menguji fikiran saya. Saya membaca Utusan. Sudah tentu saya hanya baca. Saya tidak mungkin akan membeli akhbar ini. Akhbar bernama Utusan Meloya ini berjaya mengekalkan prestasi tanpa gagal sebagai akhbar paling tak laku di kedai runcit, kedai mamak mahupun di 7-eleven. Saya kagum. Ops, kekaguman saya bukan kepada Utusan sebaliknya kepada warga kita yang membuat keputusan untuk tidak menjadi bodoh dengan tidak membelinya.

Berbalik kepada pembacaan saya- saya dapati Utusan memang tidak berubah dan saya berani bertaruh Utusan tetap akan menjadi akhbar paling sampah selepas bacaria, perdana dan kahbar-akhbar separa seks yang lain. Mengapa saya berkata demikian?

Mari kita baca artikel-artikel yang disiarkan di Utusan setiap hari Ahad selama 3 minggu ini.

*

Minggu Pertama: 21/02/2010

HOMOSEKSUAL MENAKUTKAN- klik sini

Minggu Kedua: 28/02/2010

KISAH GAY DI MALAYSIA- klik sini

KEBANGKITAN ANTI-HOMOSEKSUAL- klik sini

Minggu Ketiga: 07/03/2010

PERKAHWINAN TERLARANG- klik sini

*

(Untuk perhatian: semenjak 3 minggu yang lepas, 'kebetulan' pula kes sodomi Anwar Ibrahim sedang berlangsung. Entah macam mana Utusan berminat mengutarakan isu mengenai gay dan homoseksual pula. Rasanya hanya yang bodoh sahaja tidak faham tujuan mengapa Utusan menyiarkan artikel-artikel di atas.)

Kepada Utusan- Rakyat Tidak Bodoh.



ps: artikel ini pasal integriti Utusan bukan pasal Anwar atau sodomi.

pss: saya berjanji akan kembali rajin mengupdate blog mulai esok. Terima Kasih kepada semua.

19 comments:

joegrimjow said...

adakah utusan bodoh?
hehe

kan banyak lagi brite yg boleh siar
cite tu jugak la nak siarkan

crazy_labelle said...

msian xsukekan kualiti...
so, kalo siarkan yg berkualiti2, tp xjual wat pe?

Farazila said...

sy bc kosmo jer..

ekceli sy x baca pon suratkhabar..

deus X machina said...

Utusan masa zaman Said Zahari jadi pengarang memang sangat terbaik
Selepas UMNO membeli kepentingan dalam Utusan, maka kebodohan Utusan semakin melampau-lampau hinggalah sekarang.

Hanya keputusan 4D jek berita yang boleh dipercayai dalam Utusan
erk888

nafastari said...

Saya juga sangat jelik dengan utusan. Saya sudah pun join page anti-utusan kat FB!! :-)

Anonymous said...

eh engkau ke kat tv yg aku tengok bagi pidato pasal vampire ke ape ke tu?....yanng sekali dgn budak foreign tu..muka cam sama je huhu...

Anonymous said...

Orang zaman sekarang dah tak peduli dah pemimpin tu Islamik ke tak kan? gay ke straight...

yg penting pemimpin tu hensem dan pandai bercakap tu je...rebel penting dalam menilai integriti seseorang pemimpin....

Utusan nak tunjukkan yang gay tu haram. tapi orang kita dah tak pikir akhlak tu penting....

AM said...

Basuh Baju,
Tindakan yang betul untuk tidak membiarkan diri disuap dengan propaganda

Anonymous,
Anda kurang betul. Kerna orang kini masih mementingkan integriti serta akhlak lah, maka media yang menjadi tali barut sesetengah pihak menjual cerita-cerita aib yang menjatuhkan pemimpin. Kerna berfikir bahawa gossip sells, maka kisah dalam kamar juga dihebah.
Pun begitu mujrlah bukan semua rakyat cepat melatah dan percaya bulat-bulat.

Yang berpidato itu bukan si Basuh Baju. Itu budak UIA nama Shazwan.

-AM

hans said...

utusan dulu hebat tapi skrg tidak

yat said...

utusan ngan harakah sama jek.....satu UMNO baik 100%, satu lagi PAS baik 100%.....

aku tgk result bola liga malaysia jek baca utusan.....

Anonymous said...

semua akhbar sama ja.masing-masing perjuangkan apa yang diorang sokong.

Sama la macam akhbar cina...harakah...pkr...bukan utusan ja.

Kalau harap utusan ja nak bebas..tapi akhbar lain pun 'bias'..tak jadi jugak.

Aku tengok ko ni lebih kepada alternatif..macam 15 malaysia...lepas tu tunjuk contoh2 sebagai perbandingan (iklan..cover buku)...aku rasa..benda-benda kreatif ni..ada jugak tempatnya.Sesetengah benda kena ikut protokol.

ok..aku rasa buang masa nak balah menda ni.masing-masing ada pendapat.

setel.

Nahum said...

akhbar2 macam harakah, suara keadilan tu semua wujud disebabkan utusan lah..kalau utusan menyiarkan berita2 yang benar dan seimbang, harakah ni semua org tak ambil pot pun..ntah2 blog2 pun tak laku kalau utusan tidak berat sebelah..utusan berapa kali kena saman daaaa

Anonymous said...

rajin update mulai besok? ikut kalendar planet mana tu? FYI hari ni 10 Mac 2010.

Basuh Baju said...

tanpa nama: haha, ini yg payah bila berjanji ini. amat payah nak cari masa skrg.

tq kerana mengingatkan! :)

zikeryhassan said...

media sekarang susah nak dipercayai.

AM said...

janji memang selalu makan diri

yusuf mujahidin ™ said...

salam

aku rs kalo utusan nk siar psl hal2 bkaitan hukum sex sejnis dn sbgainya, bgsla..

kita amik positif la tang tu..dh mmg btoi pn seks luar nikah tu haram..sex sjenis tu apetah lg..

**walopn kebetulan dgn kes mahkamah..ape mslhnya? bkn terbukti pn lg sape salah..

rakyat tk bodo..dorg blh nilai. dh dorg bli utusan, knela terima propa utusan..kalo tanak bc sal propa, tkyah bli..

tkyah nk berdebat sapa lebih telus..

sama saja..

pi mai pimai tangtu...
masyarakat ttp tk bkembang..
dok tulis psl ketelusn tp depa pn sama..

dn aku rs lg..

malaysian mmg kna ada alternatif lain slain BN dn PR

bak kata sestengh org, Islam dulu..parti kemudian..

kalo DAP tetiba bwk Islam yg sbnr, ape slhnya kita skong..

cyruscope said...

kengkadang terpikir gak.. org melayu bunuh suratkhabar melayu.. hmm

FaMY said...

Teringat hari yang saya decide nk beli Utusan tak lama dulu. Beli2, penuh dgn wajah2 pemimpin UMNO. Ooo... Perhimpunan Agung UMNO.. Lantas surat khabar tersebut digunakan untuk lap tingkap bilik pd ptg itu.. Tingkap tampak lebih bersih :D Selebihnya masuk ke tong kitar semula.