Wednesday, February 3, 2010

Langkah-langkah kreatif dan inovatif

NAJIB LANCAR MALAYSIA KREATIF DAN INOVATIF 2010- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 27 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi melancarkan inisiatif Malaysia Inovatif 2010 ke arah mewujudkan masyarakat kreatif dan berinovatif bagi memperkasakan negara.

*************************************************************************************

Ini adalah keratan iklan sempena tahun Malaysia inovatif dan kreatif. Tapi tak kreatif langsung! Inovatif apatah lagi. Sekali tengok macam iklan Dr Rozmey je.

5 Langkah yang perlu diambil kalau benar-benar nak jadikan Malaysia sebagai negara inovatif dan kreatif:

1) Segala macam iklan-iklan yang mempromosikan agenda dan propaganda kerajaan yang ditayangkan baik di TV, radio, billboard, surat khabar, mahupun di internet mestilah kreatif. Bukan buat iklan yang tangkap muat macam bagi kontrak kat sub-kontraktor sepupu sepapat yang basic graphic design pun takde.

Tapi kreatif yang macam mana? Kreatif macam iklan Petronas. Takpun at least macam iklan potong WiMAX.

Cuba bayangkan kalau ada polisi begini- peh, memang berpeluh-peluh gomen nak cari orang. Tapi sebenarnya anak muda di Malaysia ni ramai je yang kreatif. Budak-budak graphic dah berlambak sekarang. Tengok budak Lim Kok Wing pun dah cukup. Cuma mereka tak ada peluang nak dapat kontrak gomen. Tak ada 'kaki'. Kalau dapat pun, kena ikut 'standard' dan 'formaliti' yang menyekat kreativiti mereka.

Ini iklan gomen yang ikut 'standard' dan 'formaliti'.

Ini pulak iklan yang tak standard.

Mana yang lagi sampai maksudnya? Mana yang lagi kreatif?

2) Drama-drama syok sendiri kat RTM kenalah dihentikan. Kalau nak bagi kontrak kat kroni pun biarlah hasilnya bagus. Siapa kata punca kualiti drama kat Malaysia (baca: RTM) sebab bakat tak banyak? Tengok sahaja program 15Malaysia. Bakat ada, tapi sekali lagi sebab peluang tak ada. Jadi kerajaan kenalah bagi peluang kat budak-budak muda yang lagi kratif bereksperimentasi dengan video kamera mereka.

Sampai bila RTM nak jadi stesen yang hidup segan mati tak reti? Kalau stesen swasta tu boleh kawtim jugaklah. Tapi ini stesen kerajaan- duit rakyat. Memang benar stesen kerajaan bukan berkiblatkan keuntungan. Tapi setidak-tidaknya biarlah duit rakyat tak disia-siakan dengan drama entah apa-apa. Grafik RTM pun nampak 'tua' dan sepuluh tahun ke belakang nak dibandingkan dnegan stesen swasta lain.

Selagi RTM (stesen media kerajaan) tak jadi kreatif dan inovatif, jangan mimpi nak memupuk budaya kreatif dan inovatif di kalangan rakyat.

3) Buku-buku ilmiah yang diterbitkan kerajaan, universiti, DBP dan seangkatan dengannya wajib 'dikreatifkan' kulit depannya. Orang kata 'don't judge a book by its cover'. Tapi sebenanrya bila orang nak beli buku, ornag tengok kulit jugak. Tak ada maknanya tulis buku panjang berjela-jela tapi kulit depan macam Yellow Pages. Lepas tu nak jual tak laku. (Itu belum dibaca isinya pula). Tak percaya?

Cuba kita bandingkan antara ini..........

Dengan ini....

Mana satu yang kita akan baca?

Kalau ini..............

dengan ini pulak?


4- Sesiapa yang ingin berkreativiti tidak perlu dihalang kreativitnya. Ambil contoh mudah- seni graffiti yang kita selalu nampak kat dinding-dinding. Memang benar ada yang main spray conteng-conteng benda mengarut. Tapi itu bukan graffiti- itu conteng. Samalah macam budak kecik conteng dinding kat rumah ataupun budak sangap yang conteng gambar lucah kat belakang pintu tandas awam.

Masalahnya sekarang, pihak berkuasa macam DBKL ni suka saman budak-budak yang bergraffiti. Lepas saman, pergi padam pulak tu. Okey, mungkin ada kawasan atau dinding-dinding yang tak sesuai. Kalau camtu, bagila kawasan khas yang sesuai untuk sesiapa yang nak bergraffiti. Rasanya kalau bagi kawasan khas pun budak-budak ni dah cukup hepi kerana dapat mempamerkan hasil seni mereka. Di samping itu, dapat jugaklah naikkan imej Kuala Lumpur sebagai bandar yang kreatif. Tak gitu?

Ini adalah dinding-dinding tanpa graffiti..........

Ini pula dinding-dinding yang ada graffiti......

Yang mana lagi kreatif dan inovatif?

5- Pemimpin pun perlu kreatif dan inovatif juga dalam memberi ucapan. Bukan sekadar pemimpin politik, tapi pemimpin mana-mana persatuan sekalipun baik di universiti atau di jalan raya. Sering kita pergi ke majlis-majlis 'formal' dan kita tertidur. Puncanya kerana ucapan yang diberikan oleh pemimpin sangatlah bosan. Kenapa boleh jadi bosan?

Jawapannya sebab baca teks. Okeylah, tak semua orang ada bakat dalam pengucapan awam seperti Anwar Ibrahim. Tapi at least dengan tak baca teks- ucapan anda jujur dari hati. Apa yang anda rasa, anda cakap. Lagipun bukankah sebagai seorang pemimpin kemahiran berinteraksi itu penting? Kalau asyik fikir 'tak ada teks tak boleh berucap' sampai bila lagi nak jadi kreatif?

Teks itu perlu bukan untuk dibaca tetapi untuk rujukan dan panduan. Jadi, bagaimana kalau kita wajibkan siapa pemimpin yang nak berucap mestilah tak bawak teks panjang berjela. Atau kalau nak bawak teks jugak- tak payah berucap. Buat je fotokopi bagi kat semua hadirin yang datang.

15 comments:

Jay Harun said...

setuju. kalo buat keje design dgn gomen..lahaaiiii.....rasa macam nak gantung diri....

deus X machina said...

Nice entry bro!!

Pasal iklan tu, aku sangat bersetuju. Grafik yang sangat membosankan dan terlalu ketinggalan zaman, macam mana lah mesej-mesej (atau propaganda) kerajaan nak sampai kepada masyarakat.

Pasal drama tu, aku tak berapa nak tahu, sebab aku pun jarang tengok RTM, RTM tu selalunya kalau nak layan liga super baru aku tengok..erk888

Aku juga setuju pasal grafiti tu. Apa lah salahnya kalau kerajaan membenarkan mereka bergrafiti di tembok-tembok tu. Sangat kreatif sebenarnya dan mampu menarik pelancong.

Lastly, sememangnya pengucapan awam Anwar Ibrahim tiada tandingannya. Bilakah Najib berani nak berdebat dengan beliau??erk888

Asparados said...

uhhh yeahh!akhirnya aku memang gembira dengan penantian sekian lama!

penulisan penuh makna bergini yang aku tunggu dari kau anak muda!

adik muda yang berdaya-reka-cipta!!! (kata bahasa melayu yang sesuai menggantikan inovatif dan kreatif)

teruskan berkarya!walau dirempuh kau masih terus ampuh!!maafkan keceluparan aku sebelum ini..

Cob Nobbler said...

Don't judge a book by it's cover beb..kah kah kah!

Kadang2,blog punyalah gempak,ada macam-macam graphic,flash pun ada tapi isi hampeh,tak guna gak beb.

Nko kena tengok,apa yang nak dikreatifkan tu.Kalau setakat cover buku,atau billboard,tu bukanlah kreatif yang nak dimaksudkan tu.

Kreativiti dimana kita sebagai rakyat bebas berfikir tanpa dihalang satu pun.Of course nak mencapai benda tu satu perkara yang sukar.Nak fikir boxer apa yang Saiful pakai masa diliwat pun susah,nak bayangkan Saiful bertuala pun lagi susah.Tapi - kreativiti yang dimaksudkan ialah bagaimana nko nak express perasaan nko,minda nko terhadap masyarakat ni.

Kalaulah RTM punya graphic improve pun,it won't impress me unless dia sendiri dengan radikalnya mempersembahkan Second Combat atau Koffin Kanser dalam Hiburan Minggu Ini.Kalau tukar setting,warna warni tapi masih Yang Berbahagia Datuk Paduka Seri Yang Terutama Tan Sri Tun Toh Puan Siti Nurhaliza lagi yang nyanyi,mampos la anak muda nak tengok.

joe penang said...

Dua perkara penting yg perlu diubah. Ubah cara kita berfikir dan jangan politikkan semua perkara, insya Allah

Kita yg sedikit ini memang tak mampu. Tapi at least kita berusaha kan?

gascoigne said...

well done BB....setuju bebenor dengan iklan kreatif tu..buku2 DBP tak kreatif lansung.Macamana orang nak berminat membacanya? Ini kerana orang-orang kat Dawana (yang handle publishing dan cover buku) sibuk layan blog dan buat short film....

Bukan kita takde org kreatif, ada. Tapi dah semua projek DBP dah dibagi ke Dawama tu...tak seriuslah mereka semua buat kerja. kalau dulu open tander ni serius sikit kerjanya.

Sedih, sedih....

asilahmuhajer said...

entri panjang tapi menarik sebab ada gambar.

bab kreatif, saya setuju sangat. bila buat advertisment, kena pilih yang boleh sampaikn info dgn tepat dan ringkas. yang penting, tak membosankan.

bab akhir tu saya paling suka. kalau berucap baca teks, baik fotostat je. lagi best kalau boleh baca sama2. hahaha. tak pernah terfikir lak idea camni.

RABUN said...

he he he aku tak rasa Goverment akan tukar jadi kreatif lebih lebih lagi RTM, Tak pernah terfikir langsung.....

deennasour said...

aku antara orang yang bertanggungjawab utk buat iklan kat tv utk mosti yang malaysia inovatif 2010 tu.sampai tgh malam ke pagi buat. seriusly tekanan.
gado antara nak buat dgn produksi kerajaan or suruh limwkokwing buat.

mmg mosti byk link dgn limkokwing buat projek. dgr2 lah. tak tau betol ke tidak.

hal rtm tu,
tunggu pakcik2 dari rtm pencen, mungkin akan berubah la rtm tu.

pasal drama rtm, rtm nak tolong drama2 yang direject oleh tv swasta. dasar baik hati.

ps : ada sebab semuanya napa diorang tak bagus.

hans said...

aku bosan dgn iklan2 government

izzati noris said...

hahahah :)
setuju sangat!
kerajaan memang selalu suka galakkan benda yang diorang sendiri tak amal. cakap tek serupa bikin.

if they were to employ your five suggestions, so much can and will be improved.

wargadunia said...

sokong
kerajaan terlalu rasmi sangat. dah macam robot rasanya

hahnin said...

ok..
boleh diterima...x semestinyer boleh dipakai, byk sgt pantang larang tuk nenek...huhu

FaMY said...

Hahaha.. BB, u read my mind..! Dah lama tul nak ckp kat org pasal fotostet speech tu. Rimas betul, if it's not from the heart, people would hardly listen. I even doubt that the menteri's pun actually paid any attention kat speech mcm tu.

And come on, when will RTM come to an era dimana suara sebutan baku (I call it suara RTM) akan dikurangkan penggunaannya? Mungkin tak ada yg salah tentang kadar intonasi yg digunakan, tp kalau rancangan 'remaja' petang2 pun duk ckp baku semacam, saya tak rasa ada remaja yg akan tengok. (atau mungkin resepsi TV swasta xdpt kot kat rumah diorang... Macam motel2 kat Cameron..)

p.s: Dah 3 bulan tak bukak langsung RTM.. Mungkinkah sesuatu telah berubah?? Err..

Anonymous said...

hahaha...!!!! aku ske... ayat ko,idup segan,mati tak reti..=)