Monday, November 23, 2009

Label-label dalam kehidupan

LABEL-LABEL MENYUSAHKAN

Dalam hidup ini kita kerap mendengar pelbagai label yang diberikan kepada individu. Ada pula yang mahu dirinya diberikan label tertentu tanpa perlu menunggu orang lain memberikannya. Antara contoh label ialah sosialis, kapitalis, liberal, konservatif, feminin dan Islamis.
Sebenarnya label-label ini menyusahkan. Mengapa?

LABEL MENUTUP PANDANGAN KITA DARI DIDENGARI

Apabila kita dilabelkan dengan gelaran-gelaran tertentu, ia menyebabkan pandangan kita tidak lagi diterima. Contohnya orang yang dianggap sosialis, apa sahaja yang diperkatakan oleh orang sosialis akan ditolak bulat-bulat oleh mereka yang kapitalis. Tidak kiralah apa yang diperkatakan itu kadangkalanya benar. Oleh itu label membuatkan orang menilai siapa yang bercakap bukan apa yang dicakapkan.

Label juga digunakan untuk menutup pandangan orang lain. Sebenarnya mereka yang melabel orang lain ini tidak ada modal untuk berhujah. Jadi dengan melabel, ia adalah cara termudah untuk melenyapkan mulut pengkritik.

Ini kerana ada sesetengah orang mempunyai prejudis kepada label-label tertentu. Sebab itu ada yang melabel seorang bekas mufti sebagai wahabi.

LABEL MEMBUATKAN KITA TERIKAT DALAM BERFIKIR

Perkara yang paling menyusahkan tentang label ini ialah kita tidak bebas dalam memberikan pandangan. Segala pandangan terpaksa disesuaikan dengan label yang diberikan kepada diri kita. Ini bermakna kita terikat.

Hanya kerana mahukan kita terus dilabel sedemikian kadangkala kita terpaksa tidak bersetuju dengan diri sendiri dalam memberikan pendapat. Kita mungkin berpendapat seperti sosialis dalam sesuatu perkara. Tetapi oleh kerana kita melabel diri sebagai kapitalis, di akhirnya kita hanya diam membisu. Semuanya kerana label.

Walaupun ada yang mengaku sebagai konservatif, tetapi hakikatnya ada kalanya mereka akan liberal di dalam sesetengah perkara. Samalah juga kepada yang mengaku liberal. Mungkin di dalam banyak perkara mereka liberal tetapi adalah mustahil untuk tidak mempunyai pendapat yang konservatif di dalam perkara tertentu.

Ini kerana tidak ada satu pun label yang sesuai di dalam semua keadaan. Ia bukannya 'one fit for all.'

Jadi kita tidak perlu terikut-ikut dengan label.

Tidak kisahlah pandangan itu sosialis, kapitalis, liberal, konservatif, etc. Selagi ianya membawa kepada kemajuan kepada semua, kita gunakan.

Di akhirnya setiap pandangan difikirkan oleh manusia, maka ianya tidak sempurna.

20 comments:

Anonymous said...

makes sense. mcm bila org UMNO dan PKR gaduhla kan. kalo xsetuju dgn UMNO xpsl2 kna label org pkr. org pkr pon sama. ada ke pulak pnggl org yg xsetuju dgn dord sbg anjing umno.

Label mmg cara terbaik nak shu up kan org.hahaa

Shemmi said...

tanya diri sndiri...setiap hari..

apa 'label' kita hari ini?

Johan said...

yang lebih teruk adalah org2 yg confuse..dan yg paling penting jangan hipokrit atau mengambil idea dari org2 yg hipokrit..

mOEha Aziz said...

salam,

wahabi bukannya sesuatu yg buruk cuma berbeza dengan kita yg ada ijtihad ulama'... wallahua'lam

Anonymous said...

Tu la bro...bagi aku same je, kapitalis, sosialis & ape kejadah semua tu...we are still human-beings...still weak...not perfect.

Nak embrace sosialism ke...ape ke...at least jgn nak label² org lain punye feedback seolah² die je yg betul. There's no right or wrong. Only a matter of different opinion. Its how you look at things from different perspective, your personal experience, education & exposure.

What's your take being labeled as a textbook-guy ? hehehe...

-:: BaruBelajar ::-

Johan said...

Anon-
masalahnya ramai yg tak betul2 faham apa yg dorg tak setuju/tentang..ramai yg misinformed or just plain confused..

mcm ni lah,kita tak boleh amik tahu just on things yg kita minat/agree on je..sbelum kita nak menentang/tak setuju dengan something,pergi selidik dan fahami dulu hal yg kita tak setuju tu..bukan depend on your own assumptions je..

kalau tak,what the heck ko cuma grasping at straws..only when you know what you are against,baru ko boleh decide what are you for..

dalam sejarah pemikiran manusia,benda mcm ni dah jadi basic..Sun Tzu lebih 2000 tahun lepas dah ckp bkn know yourself je,kena know your enemy..

Cob Nobbler said...

aiseyyy..jangan lu layan Black Label sudah.

Macam ni,tujuan Blogger.com ni murni sebenarnya - tapi dah jadi medan perang.Tak puas hati tembak sini,tembak sana.

Masing-masing ada label sendiri - ada yang Black Label,ada yang Jack Daniel - tapi tak payahlah nak wujudkan rivalry ke ape..

Minggu derby rivalry kat England dah sampai - Merseyside dengan London this week - tapi rivalry terbesar dunia - El Clasico pun dah dekat.

p/s:beb,bila mau lepak tengok bola?Tak pernah lepak dengan nko tengok bola..nak tau gak nko ni peminat Rooney ke Fletcher hahahaha!

Darren Fletcher patut pakai jersi nombor 7 beb.

Redz da Tsar said...

Bila manusia tidak mahu berbeza pendapat atau menganggap pendpaatnye saje yang betul, maka terjadilah label-melabel... Hehe

Glory Beb.. Label aku Man United

Ez Puella Sapiens said...

You nak tau tak,semua makhluk dilabelkan.Macam you,Homo Sapiens.Macam kucing,dipanggil Felis Catus.

Everybody got label,you got problem with label?

Unknown said...

kadang-kadang manusia melabel manusia yang lain dgn label pada sisi songsang, walhal mereka sendiri kurang "bergaul-rapat" dgn apa yang mereka label tersebut..

..isme-..isme adalah ciptaan manusia,tiada yang sempurna..

labellah apa pun..aku self-liberte..

tinta kasturi said...

label islam?

Anonymous said...

Ez Puella, itu nama spesies. Cara kita kenal sesuatu berdasarkan sifat-sifat fizikal, disiplin psikologi, karenah dan sebagainya. Yang dimaksudkan label di sini, bagi saya berbeza. Label dalam posting ni (sekurang-kurangnya pada fahaman saya) lebih kepada 'penjenamaan' dan 'langganan kepada ideologi tertentu' (subscribing to an ideology).

Kalau kita tengok kapal terbang contohnya, kita akan ada idea 'benda ni boleh terbang'. Banyak mana kapal terbang kita tengok pun kita akan ada idea yang sama.

Tapi kalau kapal terbang tu ada label 'Air Asia' contohnya, kita akan ada idea 'tambang murah'. Dengan kata lain, kapal terbang tu melanggan kepada idea tertentu.

Label dalam bentuk nama spesis, kalau boleh dinamakan dan/atau dianggap label, bukan sesuatu yang besar di sini. Label dalam bentuk langganan kepada sesuatu ideologi, itu yang kita harus berhati-hati. Sesuatu yang kita dapat secara pilihan, bukannya nasib (by choice not by chance).

Betul ke, Basuh Baju?

-Naj

koolmokcikZ said...

agree with you there Naj

Ez Puella Sapiens said...

BB,check your gmail email.

Cheers.

Anonymous said...

agreed.

imperfections in this world is unavoidable, since it originates from imperfect minds.

which is why for the most part,
we have to expect imperfection,
and be pragmatic about how the world works.

fuse imperfection with pragmatism.
that's the way to go.

umi said...

sgt setuju.label2 ni menyusahkan je

RABUN said...

label halal kat makanan pn belum tentu halal...Hanya Allah jer tahu hati manusia...

Unknown said...

really?

first time ziarah ni...jemput2 la dtg ke laman saya ea~

Cob Nobbler said...

Macam mana?Lawan Besiktas pun berhempas pulas ke hahaha!

Nak lawan Barca kena bawak tasbih macam manager Rubin Kazan dulu..huahua!

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

slamat raya korban..