Friday, October 23, 2009

Undang-undang dan moral

- Pihak MARA membelanjakan lebih RM80,000 bagi dua unit laptop (komputer riba) berjenama Acer Aspire 5052 sedangkan harga pasaran hanya RM4,500 sahaja untuk seunit laptop jenis dan spesifikasi tersebut di pasaran awam.

- Kementerian Pelajaran membelanjakan sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah, sedangkan pokok kemboja dan pinang merah bagi jumlah yang sama, masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.

Ramai yang beranggapan undang-undang adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Masalah sosial seperti rempit mahu diatasi dengan mengetatkan undang-undang. Moral manusia juga mahu dibentuk dengan undang-undang. Itu belum dikira lagi dengan golongan yang mengenakan undang-undang sendiri kepada golongan lain. Sebenarnya pandangan ini ada benar dan ada salahnya.


Memang benar tanpa undang-undang kita akan hidup seperti koboi- buat apa sahaja yang mahu. Tetapi ada kalanya undang-undang yang dibuat untuk menyelesaikan masalah sebaliknya mendatangkan masalah pula. Ini terjadi kerana apa yang sah di sisi undang-undang tidak semestinya perkara yang bagus. Jauh sekali beretika dan bermoral.

Minggu ini kita terbaca Laporan Ketua Audit Negara tentan perbelanjaan negara dan negeri. Saya tak pasti adakah kita perlu terperanjat dengan pendedahan-pendedahan yang dibuat. Rasanya hampir saban tahun kita telah mendengar ada barang dibeli berpuluh kali ganda dari harga pasaran. Kita juga sudah sedia maklum mendengar tuntutan tak berasas yang dibuat kepada kerajaan (baca duit rakyat). Mungkin yang perlu kita terperanjat ialah mengapa tiada tindakan yang diambil.

Di satu sisi memang kerana kelemahan penguatkuasaan dan pendakwaan. Tetapi kita perlu faham mereka yang dikatakan menyeleweng duit kerajaan ini melakukan segala urusan 'buat-duit-macam-duit-dia' di dalam konteks undang-undang. Maknanya urusan mereka sah kerana telah melalui segala prosedur yang ditetapkan. Contohnya seperti dapatkan kelulusan pegawai, hantar borang dan mintak cop.

Jadi secara undang-undangnya mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun membeli laptop sebijik RM40,000. Tetapi adakah ini beretika dan bermoral?

Jawapannya tidak. Mereka menipu dan memanipulasi undang-undang yang pada asalnya untuk mengatasi masalah salah urus dana oleh orang kerajaan.

Di sini kita dapat lihat undang-undang boleh menjadi penyelesaian masalah tetapi juga manusia boleh memanipulasi undnag-undang tersebut.

Yang ironinya, kemudian orang-orang ini jugaklah yang akan menyalahkan sistem kerana membenarkan rasuah, salah laku dan salah urus dana. Nampaknya mereka mengharapkan sistem yang mengubah mereka bukannya mereka mengubah diri sendiri.

Apa yang penting bukannya setiap tindakan kita sah atau tidak di sisi undang-undang. Tetapi adakah ia bermoral dan beretika. Tak guna buat benda betul ikut undang-undang tetapi benda tu sebenarnya membawa kepada keburukan dan menyusahkan orang ramai.

10 comments:

Anonymous said...

Etika dan moral patut datang daripada didikan dan pendidikan, bukannya penguatkuasaan. Ini pendapat aku la

Di sekolah, universiti dan sebagainya (hak milik awam), memang selalu sangat kita tengok orang bukak kipas, lampu dan sebagainya dan malas nak tutup (kipas nak bukak mesti full speed punya!) sebab "alah, bukan duit aku..". Bila dah masuk kerja nanti bolehla beli laptop harga RM40K pulak, ye tak? "alah, bukan duit aku.."

-Naj

misz benida said...

aku skong kta2 insan xbrnma tu..
hehe..

Lun said...

laptop RM40,000
rasne super computer tu haha

Riise said...

macam mana pula undang-undang dalam konteks ni menjadi penyebab masalah. katakan pula tiada undang-undang tersebut, benda ini tidak berlaku ke?

ini kerja orang yang nak buat2 nampak macam buat kerja(memang perangai kebanyakan orang Malaysia), nak buat tembok, pastu tembok ada lubang besar, serupa je macam tak buat kan. kalau nak buat undang-undang tu biarlah takde ruang untuk dimanipulasikan

Basuh Baju said...

undang2 mmg boleh dimanipulasikan. tiada undang2 yang lengkap..

kat china kalau rasuah kena tembak. tapi kenapa masih ada yang rasuah? undang2 tak cukup ketat? atau tak cukup lengkap?

mmg kalau takde undang2 akan lagi teruk. tp ada undang2 pun manusia ttp boleh cari jalan nak buat benda tak bermoral.

sbb itu di entri ini saya cuba tunjukkan bagaimana sikap manusia tu sendiri yang penting. Bukan bergantung apa yang sah dan tidak sah dari segi undnag2. :)

Anonymous said...

all I have to say that your writing is like Chedet n Hishamuddin Rais. :p

btw I really admire your writing. Not everyone with such a young age can write about current affair based on rational not emotional.

keep it up Mr BB.

mamai said...

undang-undang pada mereka yang mempunyai kuasa dan mereka itu adalah orang yang tidak moral. kita bercakap tentang moral tapi kita juga yang memesongkan akidah

Johan said...

di sini,aku nak bezakan 'moral' dan 'etika'..sebenarnya 'etika' boleh dikira satu sistem undang2 jugak..contoh,seorang peguam wajib memberi khidmat guaman terbaik kat clients dia walaupun ada client tu sndiri telah memberitahu yg dia memang buat salah..mempertahnkan sorang yg bersalah adalah tak bermoral tapi peguam tu trikat kepada etika guaman..

etika adalah sebenarnya 'enforced' atau dipaksa ke atas kita tapi moral bergantung kepada pegangan individu..

M-Yusof said...

undang-undang yg carca-marba ciptaan satu pihak, hanya menyeksakan satu pihak, sedang satu pihak yg lain masih boleh duduk goyang kaki walau besar mana pun kesalahan yg mereka lakukan..

Anonymous said...

pd pndpt aku...sketat mana pn undg2 mesti ade lacuna.. thats y dlm agama kite bkn saje diajar untuk patuh pd undang2 smata.. tp konsep moral n etika pn kene dbentuk dr kecik lg..

"tidak mlanggar undg2 xsemestinya mematuhi etika, tp mematuhi etika pasti jauh dr mlanggar undg2" petikan: http://www.docstoc.com/docs/4075830/hubungkait-antara-moral-etika-dan-undang-undang