Monday, October 19, 2009

Hari Malaysia- 16 September

HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Hari Malaysia akan disambut mulai 16 September 2010 sebagai cuti awam untuk seluruh negara.

Dengan demikian, kata Perdana Menteri, rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

*
Ada yang kata langkah ini bagus kerana menghargai kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Tanah Melayu. Ada yang kata lagi ia dapat membuatkan generasi muda kita lebih memahami sejarah penubuhan Malaysia. (maknanya lepas ni kalau nak terapkan nilai sejarah, kita hanya perlu bagi cuti umum.)

Dr Mahathir kata, Malaysia ni banyak sangat cuti umum. Nak tambah lagi buat apa. Ada pulak yang kata langkah ini bertujuan memudahkan Anwar untuk tubuh kerajaan baru pada 16 September. hahaha

Apa pula kata anda?

24 comments:

Anonymous said...

hahahahahahahahahahahahahahahahaha... selepas 46 tahun...hahahahahhahahaha

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum bro

tkde salahnya kita smua rayakn 31 Ogos sebagai Hari Malaysia jugk

perbanyakkan cuti dan nk nk amik ati sabah sarawak bukan begini caranya.

smpai bila kita masih perlu ade pengasingan hari kemerdekaan?

bukanke sama saja Hari Kemerdekaan dan hari Malaysia?

kalo ikut fakta sejarah, Malaysia terima kemerdekaan bukan pd 31 Ogos. itu cuma tarikh rasmi

begitu juga Hari Malaysia.

yg penting smgt kemerdekaan dan bngsa Malaysia dpt kita kukuhkan.

p.c

cuti umum dh byk sgt
produktiviti kurg

dan..
belum tentu cuti akn meningkatkn kesedaran ttg hari Malaysia dikalangan kita.

tido satu pilihan terbaik pd hari cuti.

wallahualam

Sophie said...

Deepo:Bukan.Selepas ketua PKR Sabah bersuara.:P
yusuf:31 ogos tu kemerdekaan Tanah Melayu.Bukan 'Malaysia'.
waahh..dah jadi macam moderator pulak.Boleh ya tuan Basuh Baju.

Cob Nobbler said...

Saya faham perasaan DeePo,sebab dia orang Sarawak.

Ni tak tau la,tapi bila ditanya kepada rakan Sabah/Sarawak saya,mereka berkata,

"Patutnya Sabah dalam negeri Filipina dan patutnya Sarawak dalam negeri Brunei."

Mungkin kalau tengok kepada realiti sekarang,ramai orang Sabah tak nak jadi warga Filipina - tapi rasanya orang Sarawak nak kot jadi warga Brunei - tu berdasarkan kepada kewangan negara - Brunei matawangnya lagi tinggi dengan Malaysia berbanding Peso Filipina.

Tapi persoalan yang jauh lebih penting sebenarnya bukan cuti,tapi sejauh mana dua negeri ni dihargai?Dua negeri ni mempunyai sumber alam yang banyak - petroleum,gas asli,balak,bijih,bauksit macam2.Tapi rakyat masih lagi makan siput babi.

Tapi apa-apapun,semasa saya ke Sarawak tahun 2005,saya pernah pergi ke Kampung Budaya - dan saya tengok corak budaya orang Sarawak sebenarnya tidak ada sifat tamak.Take what you need and respect the nature.

Malangnya,pembotakan hutan dan penyedutan petroleum dari sebelah Semenanjung dan tinggalkan mereka hanya habuk kayu dan asap petrol adalah tidak patut.They deserves to control their own resources.

Mungkin wilayah autonomi adalah lebih baik daripada menjadi negeri.

Johan said...

bagi cuti je belum cukup..sila stop treating dorang mcm second class citizens,time pilihanraya je baru nak pura2 ambik pot..

acap said...

bagi tapi macam x ikhlas..
ada la tu unsur2 politik ka situ

mamai said...

yess cuti lagi best tu...ingat masa anwar declare hari tu depa cakap macam-macam tup-tup depa lak yang buat...hehehehe memang politik....

mungkin kat semanjung hasil bumi dah habis di kaut kot..

Panglipulara® said...

16 september dh cuti, soon hari jadi bik mama pn dapt cuti bro...

balqissy said...

skarang dah 20 oct?

Anonymous said...

nami....TAKDA org sarawak nak jadi org brunei....BRUNEI is worst.. in term of racial segregation... plus their ISLAMIZATION is just cant be accepted by the sarawakian...this was one of the reason why sarawak separated with brunei long time ago

nobody wants to be under the SULTAN control....

and yes, holiday is not the appropriate way to show their appreciation towards us. we dun want anything back, what we the Borneons want is FULLY AUTONOMY in term of natural resources and administration, and RESPECT our culture WITHOUT thinking whether we are still living atas pokok. that's all..

and no, we never live on trees. TQ

Noel St Augustine Meldan said...

Ironies.

Yesterday night, a few of my juniors from Sabah and Sarawak were laughed and mocked by a few LECTUERERS & SENIORS on the fault that they spoke differently.

And today, the Government decides to have 16th September as a day off, marking "the history and significance of 16th for Malaysia."

With this sheer ignorance running deep in our academia and society at large, its basically pointless to have 16th September as a holiday.


Aku rasa, aside from all this political bullshit they've doing, sengaja jeh nak beri Kerajaan cuti extra sehari.

ixora said...

seronok jadi budak sekolah..
cuti lagiii

dandon said...

salam utk tuan punya rumah dan utk semua bloger... m'sia sekarang memang lawak...tahun lepas anwar ibrahim cadangkan cuti umum pada 16 sept, semua pemimpin umno dan bn melatah tapi apasal tak bersuara bila najib umum cuti pada tarikh yg sama...nanti klu najib umum cuti pd birthday big mamapun, semua angguk cam burung terkukur...nampak sangat pemimpin m'sia ni pak turut

Anonymous said...

Deepo,what do u meant by nak kuasa to ur resources.as far as i noe, in sarawak, most of the big company in timber are belong to your CM which is local.
petroleum is manage by PSC, we have shell, Petronas. as PSC,they will pay certain amount of money to government which are include the royalty and profit..its depend on the government on how to use it.

agree, there are people that really live in hardship but bear in mind, the topography of Sarawak and Sabah quite challenging..Even in pahang, where the places are not really accessible, the people are still living in hardship..any comment on that?

dandon,

we cant say all our leader are pak turut, you have to understand, before PM come out with any suggestion, definitely he has to discuss with all the MPs.maybe in the close meeting room, they eat each other heads.we'll never know,
logically,all the MPs they have to follow the leaders or else people will say that Najib capability as a leader is questionable.If you aware of the policy or new rules implementation even in uni, u will understand the whole process.

it is so good to discuss here, this is just an input to broaden our perspective
-shah-

oranglidi said...

wa x puas hati.

lu cakap nk g trip singapore haritu.

tunggu2. x datang plak dah. ceh.

Noel St Augustine Meldan said...

Geographical matters isn't an excuse for people like the Penans to be sub jujated to rape and exploitation nor is it acceptable for Muruts no hide in the jungle for 40 YEARS because their applications for an IC got rejected by a government in their very own land.

1 out of 6 Sabahan is a foreigner as of status quo, you blame that of remoteness of the land?

Schools in Sab ah and Sarawak have no chairs and tables, regardless of how remote they are shouldn't be an excuse for the government to uphold its responsibility.

If we can send a man to space, i doubt its impossible to send a few chairs to Long Pasia.

The "2nd class" attitude adopted by the government in issues relating to Sabah and Sarawak has lead to this pile of mess hapening around us now.

You wont see that kind of approach taken by the government in Pahang or any of your remote states in the peninsular.

Dandon came up with a good point, just ebcause the idea of 16th being made into a holiday was proposed by DSAI, an oppisiiton MP, everybody acted as if it was wrong and even Nazri came out as to say that we already have 31st August, why confuse people with making the 16th a holiday?

When its his boss that proposed that 16th be made a holdiay, he just shuts it up. I can't find another greater example of Pak Tururt'ness as per mentioned above, if there is another definition of it, please enlighten us on that.

Nizam Mahmud said...

tapi rasanya orang Sarawak nak kot jadi warga Brunei - tu berdasarkan kepada kewangan negara - Brunei matawangnya lagi tinggi dengan Malaysia berbanding Peso Filipina.
----

Komen saya: Mengenai Sarawak, saya rasa tidak ramai yang mahu berada di bawah Kesultanan Brunei sekali lagi.

Sejarahnya, Sarawak telah di serahkan kepada Raja Brooke (Nota: Bukan pada British, sila bezakan) oleh Sultan Brunei sendiri dengan tanpa paksaan. Ini adalah kerana Kesultanan Brunei pada masa itu menghadapi masalah dalaman dan masalah luar yang tidak mampu Sultan selesaikan. Masalah perebutan kuasa dan wilayah oleh anggota-anggota keluarga diraja in menyebabkan Sultan menyerahkan Sarawak pada Raja Brooke. Ya, seolah-olah cuci tangan.

Saya percaya bahawa tidak ramai yang mahukan Sarawak balik menjadi jajahan Brunei. Cuma masalahnya, di kawasan-kawasan yang bersepadan dengan Brunei, seperti Miri contohnya, ramai yang mengungkit kenapa rakyat Brunei mampu membeli kereta-kereta import yang harganya ratusan ribu ringgit dan berbelanja mewah.

Ingatlah bahawa Miri dan Brunei itu bersempadan. Jadi rakyat ke dua negara bebas keluar masuk. Jadi perbandingan itu adalah disebabkan oleh jika rakyat Brunei berharta disebabkan oleh hasil minyak, bukankah Miri juga mempunyai hasil minyak yang sama juga? Tetapi perbezaan adalah jelas.

Ada juga yang membincangkan bagaimana, andainya dulu rakyat Sarawak mengambil keputusan untuk tidak membentuk Malaysia bersama-sama Malaya.

Mungkin juga Sarawak akan lambat mencapai kemerdekaan, mungkin juga tahun 70an tetapi mungkin berbaloi sebabnya adalah pendapatan per kapita rakyat Sarawak mungkin banyak berbeza dari sekarang.

Untuk pengetahuan semua, Brunei mencapai kemerdekaan pada tahun 1984. Matawang Brunei adalah Rm1 =Dolar Brunei 2.4, iaitu sama dengan Singapura.

Pendapatan per kapita Brunei adalah lebih kurang USD 51k berbanding Singapura USD48k. Malaysia pula mencatatkan pendapatan per kapita USD 13k.

Kita memang tahu bahawa Brunei adalah kaya disebabkan oleh hasil petroleum. Sarawak juga mempunyai hasil petroleum. Tetapi disebabkan oleh Akta Petronas 1975, maka hasil petroleum sebanyak 95% adalah diambil oleh Petronas sendiri manakala cuma 5% kepada kerajaan Sarawak.

Satu perbandingan adalah gaji anda sebanyak RM10,000 sebulan. Boleh tahan bukan? Tetapi dari gaji anda itu, sebanyak RM9,500 telah diambil dan tinggal RM500 untuk belanja anda.

Begitulah perbandingan hasil petroleum yang banyak di Sarawak dan Sabah ini. Harus di ingat, dari hasil petroleum ini lah kita mendapat menara berkembar, Putrajaya, Litar Sepang dan sebagainya. Manakala Jalan Persekutuan (yang di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan) dari Miri ke Kuching adalah jalan dua hala dan sering pula berlubang dan jarang ditampal.

Adil atau tidak? Yang itu anda jawab sendiri.

Nizam Mahmud said...

Untuk pengetahuan semua, Brunei mencapai kemerdekaan pada tahun 1984. Matawang Brunei adalah Rm1 =Dolar Brunei 2.4, iaitu sama dengan Singapura
-------

Sedikit ralat:

matawang Brunei adalah 1 Dolar Brunei = RM2.42 iaitu sama dengan Singapura

Unknown said...

saya kata, cuti jangan ditolak. buat apa nak runsing runsing.

bofoyengfeng said...

membodek barangkali. yah..gua rasa ini gula-gula cap bodek namanya. tapi orang dah bagi...kebbass sajala..

Khazinatul Asrar said...

Kenapa setelah separuh abad merdeka baru teringat pada Sarawakian and Sabahan??
walhal mereka memang da cuti pun 16 ri bulan tuh..
Ini cam seolah-olah sudah terhantuk baru terngadah...

Anonymous said...

nami..
kajilah dulu.
jangan ikut sedap mulut jer..
kawan-kawan sarawak nko bukan speak for whole us.
- budk sarawak sejati-

Cob Nobbler said...

to Anonymous:

Dah kebanyakan kawan-kawan aku yang Sabah Sarawak bercakap macam tu nak aku buat macam mana?

Takkan aku kena buat Suruhanjaya Cobbold untuk menentukan pendapat orang Sabah Sarawak?

Aku dah cakap kan,KEBANYAKAN KAWAN AKU - bukan KEBANYAKAN ORANG DI SANA.

Marahlah kawan-kawan Sabah Sarawak aku.Kenapa nak marah aku?

guong said...

Ada cuti atau tidak, tiada bezanya sebab Sabah dan Sarawak sudah lama menjadikan 16 September sebagai cuti umum di sana.

16 September ini signifikan kerana ia bukan sekadar tarikh pembentukan Malaysia tapi peringatan tentang perjanjian antara Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu (dan Singapura) semasa membentuk gagasan ini.

Perlu diingatkan, Sabah dan Sarawak BUKAN mendapat kemerdekaan melalui 'menyertai' gagasan Malaysia. Tarikh kemerdekaan Sabah adalah 31 Ogos 1963 sementara Sarawak ialah 22 Julai 1963.Malah istilah 'menyertai' itu sendiri adalah tidak tepat. Lebih tepat adalah 'menubuhkan'.

Ada yang mengatakan kenapa harus dirayakan? adakah jika Singapura menyertai semula Malaysia pada 1 Jan 2020 maka tarikh itu juga akan dijadikan cuti? (ok, mungkin bukan dalam blog ini..)
Namun itu bukan persoalannya, tetapi perjanjian yang dimeterai dahulu sudah hilang. Sabah dengan 20-perkara dan Sarawak 18-perkara. Di mana perjanjian ini sekarang? Malah pasti ramai rakyat Malaysia, lebih spesifik, rakyat Semenanjung Malaysia tidak mengetahui akan hal ini.

Menurut perjanjian, status Sabah dan Sarawak bukan sebagai negeri tetapi sebagai 2 badan kerajaan yang berbeza dan mempunyai autonomi terhadap hal2 pentadbiran masing. Tapi di mana Sabah dan Sarawak sekarang? telah menjadi 'negeri'.

Malah salah satu dari kandungan 20-perkara ialah Sabah boleh mempertimbangkan samada mahu kekal atau keluar dari Malaysia setelah 30 tahun tetapi poin itu sudah hilang.(?) Hal ini pernah disuarakan oleh Jefferey Kitingan, Maximus Ongkili dahulu dan akibatnya, ISA.

Lazimnya, apabila Sabah dan Sarawak menyuarakan hal ini, wujud suara2 sumbang yang mengatakan "keluar aje la dari Malaysia, buat bising je".

Sudah pernah untuk cuba direalisasikan 20 tahun dahulu. Cuba teka siapa yang menghalang gerakan mengeluarkan Sabah dari Malaysia ini?

cuti pada 16 September tanpa ada kesedaran terhadap fakta sejarahnya tidak lebih dari hanya sekadar 'cuti umum'.