Friday, October 9, 2009

Mana dulu?

Metro adalah akhbar murahan. Ini fakta. Muka depan tak sah kalau bukan pasal seks, ajaran sesat, babi, kemalangan, mistik, arak dan dadah.

Ramai pun yang menyampah dengan akhbar ini.

Tapi yang perlu berubah, adakah akhbar metro atau warga kita sendiri? Sebabnya Metro merupakan akhbar terlaris di Malaysia.

Filem Malaysia macam Razak Mohaideen tak payah cakaplah tahap pemikirannya. Tak boleh kalau tanpa lawak bodoh dan membodohkan.

Ramai pun yang tak bangga dengan filem Malaysia.

Tapi yang perlu berubah, adakah filem Razak Mohaideen atau warga kita sendiri? Sebabnya filem-filem David Teoh ni memang laku berjuta-juta. Maknanya ada sambutan.

Jadi daripada dua contoh ni, mana yang kena berubah dulu?

Pembekal atau penerima?

Selamat Diskusi!

27 comments:

squesha said...

em,rsanya yg kena berubah adalah penerima.

pembekal tdk akan menghasilkan sesuatu kalau bkn kerana penerima.

kalau penerima berubah,sdh tentu pembekal pn akan berubah mengikut arus.

Cob Nobbler said...

Tak paradoks ke bile statement nko cakap,"ramai orang menyampah" tapi masih yang menjadikan metro ni akhbar terlaris di malaysia?

"ramai" bagi nko ni - orang2 yang macam kita ke,keseluruhan?

ok get it.maksud nko - dah ramai yang menyampah - tapi lagi ramai yang masih suka dengan berita2 yang macam ni.

ok,sekarang kita pergi ke filem.razak mohaideen atau david teoh filem bodoh.sekarang ni - pernah dengar tak konsep "walaupun orang bodoh tapi kalau nko kaya,orang akan tetap dengar cakap nko?"

walaupun pahit untuk ditelan tapi itulah hakikatnya.george bush presiden amerika tak tau nama ibu negara argentina - tapi ramai rakyat amerika rela mati untuknya - sebab dia kaya.

kita reverse balik tentang kebodohan.apa itu kebodohan?kebodohan itu adalah ketidaktahuan - maksudnya kalau menonton filem razak mohaideen kita akan jadi serba tak tahu.

sekarang ni bukannya orang tak nak tengok cerita yang berfikir.tapi macam aku cakap tadi - orang kat malaysia ni tak diajar berfikir.macam mana dorang nak berfikir.jadi kalau mereka tak tahu untuk berfikir - ajarlah mereka berfikir - agak yang tak tahu tu jadi tahu.agar mereka tak bodoh lagi.

pergi sekolah belajar macam-macam buku - tapi semua kena follow apa yang cikgu cakap.pemikiran kita dah kena bonsai.

jadi,untuk membasmi filem-filem bodoh ni,adalah tugas orang-orang yang tahu berfikir,memberitahu kepada yang tak tahu berfikir cara-cara untuk berfikir,supaya mereka tak dibodohkan lagi.

pembekal atau penerima akan berterusan.orang yang jual produk ubat pelangsing yang ada racun bodoh(tidak tahu) sebab dia tak tahu apa kesan ubat tu.orang yang tukang beli pun bodoh sebab dia tak tahu apa kesan ubat tu.sekarang,tugas orang yang tahu,memberitahu dua-dua sekali(pembekal dan penerima) untuk mereka keluar dari kepompong kebodohan mereka.

jadi,david teo dan razak mohaideen perlu diberitahu tentang kebodohan mereka - begitu juga dengan rakyat.

tapi kalau dah bagitau pun tak nak ambil kisah - itu bodoh sombong namanya.tak dapek den nak nolong.

tinta kasturi said...

penerima,

manakan wujud basuh baju, kalau bajunya tiada.

mm, boleh pas tak macam tu punya bidalan,

kalau ok, aku nak kasi karam singh walia.

gman said...

dua-dua la kena berubah. mesti la seiring...mana bley public je, authority kena la jugak...nanti x seimbang la...

sahabat said...

salam...kita seringkali menyalahkan dan menuding jari pada kesalahan orang lain tapi kita tak sedar yang jari telunjuk ke arah org lain tapi selebihnya menuding diri sendiri...kadang2 kita kena berlapang dada dan menerima yang positif sahaja...wallahu a;lam..

Besi Karat said...

kalau ikut bisnes,selagi ada permintaan,selagi tu ada pengeluar dan pasaran.jadinya,ikut logik mudah bak kata ko,warga itu sendiri la.

karatz said...

penerima menerima apa sahaja yang diberi.kau campak duit,ambil.kau buat filem jahanam pon,ambil jgk.

ramai yg xsuka filem melayu.bukan sebab yang buat filem tu bodoh.tapi cerita yang dia buat tu nampak bodoh pada penerima.aku pun sama,tapi last2 filem yang bodoh tu aku tengok jugak,metro pon aku baca jugak.bkn sebab aku suka.tapi itu yang disogok.

cuma baca metro sbb murah dan tengok filem melayu sebab bosan.lagi kalau filem razak tu takde apek senario sbg pelakon aku takkan tengok.sbb yang aku minat cuma apek,bukan razak mohaideen.
disinilah cerdiknya pengarah kalau buat filem.pilihan pelakon yang mampu buat dia kaya walaupun cite dia buat tu amat bangang sekalipon.

pembekal yang perlu mengubah sebenarnya.itu pun kalau mereka tidak terus mahu membodohkan kita untuk selama2nya.

Anonymous said...

Nami- pembekal tak bodoh sebab dorang pandai mengeksploitasi kebodohan penerima..

sanggup ke yang tahu berfikir nak sedarkan yg tak tahu?ramai yang pandai ni gunakan kepandaian untuk menindas yang bodoh untuk kepentingan sendiri..

Johan said...

oops,yang anon. atas ni ialah aku..

Hanggokan said...

penerima dulu.
baru pembekal.

Guru said...

assalammualaikum

minda anak2 kita sekarang perlu di ubah

Anonymous said...

penerima perlu berubah.kalau penerima tak tadah tangan...pemberi nak bagi pun tak sampai..

abgBro said...

bro...kedua2 nye berasaskan perniagaan dan terbukti ade pengikut, peminat dan pelanggan.Mereka telah berjaya mengaut keuntungan, perlukah mereka berubah? Rasanya mereka tidak akan berubah...

Basuh Baju said...

Nusyahidah: tapi ada kes penerima dah berubah, cuma pembekal buat degil tak nak berubah. cthnya macam parti politik Malaysia. ramai nak perubahan. tapi dua2 pihak buat wayang ttg perubahan..hehe

Nami: paradoks? aku bagi fact je. Yang paradoks/ironi ialah warga kita sendiri. Tak suka filem razak, metro, mastika- tapi masih beli.

sebenarnya david teoh dan razak bukan bodoh mana. Bukan tak boleh buat filem cerdik. Tapi diorang tunduk kepada pengguna.

Pengguna pulak, dalam bising2 kualiti filem Malaysia, masih tengok lagi. Bila tanya kenapa- 'dah filem cenggini je ada'..

tapi benarkah?

Mungkin hakikatnya tak ramai rakyat kita yang boleh berfikir dengan berfikir.

so bagi ko, mana dulu. Pembekal atau penerima?

tinta kasturi: pembekal= baju penerima=basuh? haha kalau baju takde, macam mana nak basuh. Tapi kalau tak basuh, macam mana baju nak bersih kan?

jadi yang mana dulu? Baju dulu kan.hehe

gman: memang dua2 kena berubah. tapi mana dulu? (kalau nak kata dua2 serentak, macam kurang logik. Sebabnya penerima ni berkait dengan pembekal. Masing2 akan follow masing2. Kalau penerima berubah, pembekal berubah. Begitu juga sebaliknya.)

Basuh Baju said...

sahabat: so daripada komen kau, kita sendiri iaitu penerima yang patut berubah la kan?

Besi karat: kadang2 kena guna logik mudah beb. Sebabnya memang mudah pun nak buat kesimpulan sesuatu perkara. hehe

Karatz: penerima mmg amik segala yg dicampak. Tapi bagaimana penerima yg ada piihan utk tidak ambil?

cth macam duit. Kalau kau campak je, ada juga yang tak nak ambil sebab mungkin dikatakan rasuah.haha

filem Malaysia tak bodoh tapi nampak bodoh? hmm...yeke?

aku tak salahkan apek walaupun lawaknya lawak murahan. yang aku salahkan yang mengerahnya berbuat demikian. kata pelakon kan. hehe

so bagi ko, kalau pembekal mencampakkan benda yang bagus dan best, orang akan berubah dan ameklah?

tapi, kenapa filem2 bagus kat Malaysia susah nak hidup? Kenapa walaupun dah campak, tapi tak ramai orang yang ambil? :)

Johan: penerima masih tak ramai memanipulasi pembekal? - begini kot situasi di Malaysia?

Basuh Baju said...

Did: ok. tapi kenapa penerima? haha

A kl citizen: minda kena berubah. Betul. Kena rangsang mereka supaya diajar berfikir. Sekarang ni org suka tgk filem Malaysia memang tahu filem tu filem bodoh dan tak cerdik. Tapi itu pun yang mereka mahu. Filem yang tak memerlukan mereka berfikir. Begitu juga dengan bahan bacaa. Suka baca metro walaupun mengarut tapi kerana malas nak fikir berat2.

fndrocka: tapi kalau penerima ttp tak nak berubah? Maksudnya penerima ttp nak akhbar tak intelek, filem tak berfikir bagaimana? At the xpense of our own intellectual.

Bukanke kat sini pembekal kena berubah dulu? :)

Abg BRO: kat sini kelemahan sistem kapitalisme yg berasaskan keuntungan. Sebab nak untung mudah, guna cara dgn membodohkan penerima.

Sedangkan boleh je untung dengan cara bijakkan penerima.

mamai said...

bila ada permintaan baru ada penawaran.

orang yang pandai buat duit bila dia tahu nak jadikan pewarannya kepada bentuk permintaan.

dan orang yang selalu buat duit tahu bila ada permintaan.

orang yang bodoh biasanya cerdik untuk memperbodohkan orang lain.....

tapi orang yang cerdik bisanya tak sanggup memperbodohkan orang yang bodoh

Unknown said...

semua tu aku tak buat. tgk Razak punya movie, beli Metro dan juga aku rasa patut tambah, baca Mastika.

yg kena berubah. mentaliti pembeli. dan ia bermula dari parents turun ke anak. tp tak salah kalau anak influence parents. benda ni senang je ubah kalau satu family tu lebih terbuka untuk perubahan.

Patriot Garang said...

Instead of complaining on mentality wargenegara kita.

Apa yang kita boleh buat untuk ubah diorang?

Mendidik adalah salah satu cara terbaik.

Jadi mari.

Sama-sama adakan kempen kesedaran :

Sebarkanlah...

- Gossip tak baik.

- Jaga tepi kain tak baik.

- Judgemental dan Condescending tak baik.

- Dok kecoh dan memperbesar-besarkan hal-hal kecik tak mendatangkan sebarang manfaat.

- Percaya benda-benda kurafat hanya mendatangkan dosa.


Apa lagi ye bro?

Kita kena ingat.

Tiada PENERIMA. Maka terhapuslah PEMBEKALnya.

Metro jaja hal2.. yang disebutkan diatas. Gossip. Hal-hal remeh temeh. Manipulasi sikap orang melayu yang judgemental dan suka menghukum.


Macam kata bro. Anonymous kat atas.

Pembekal tak bodoh. Dioranglah yang paling bijak. Sebab mampu memanipulasi persekitaran mereka.

p/s : Tak suka la mengutuk je tanpa memberi idea yang membina.

Anonymous said...

gua rasa tertarik nak komen pasal ada cite pasal harian metro.

masih segar lagi ingatan ketika kena tangkap masa tahun baru di paul's place pada 2006. esok harinya, jadi muka depan harian metro. terus harian metro menjadi musuh utama scene underground.

kalau mau diskus pasal betapa sempitnya pemikiran rakyat malaysia - sebagai fan hisham rais - kau pun paham iaitu proses pembodohan rakyat malaysia sudah 52 tahun berjalan. ini jawapannya.

Johan said...

anonymous yg kena tgkap kat Paul's Place-

mungkin gua knl lu kot hehe..sebelum insiden tu pun underground scene dah jd 'musuh negara'..ingat tak 'black metal' ni mula2 kecoh masa 2001?..semua ahli2 politik meloncat2 untuk naikkan saham politik dorang padahal bukannnya faham genre2 musik pon..paling lawak sampai ada seorang politikus bengap gi cipta terma 'pink metal' untuk mat rempit hahaha..
dengan mudahnya ramai yg percaya bulat2 apa metro ni tulis..

banyak suara2 yang cakap "stop blaming the system"..sebelum sesiapa nak cakap macam tu,kita kena sedar yang the system is making scapegoats out of its manifestations..dari kita salahkan orang bodoh,napa tak fikir dulu apa yang membodohkan orang tu..

Anonymous said...

yang menyampah tu la org suka

Pancasara said...

Aiyah...kenapa benci sangat dengan Metro?

Kalau tak suka baca, then be it...tak payah la sampai nak kritik sapa yg baca Metro tu sampah la, kuno la...

Paper The Sun kat England tu pon taraf Metro jugak...toilet paper...tapi kalau ada orang buka selak baca paper tu kat sini mesti masing2 kagum terlopong terliur tengok kan? nampak educated sangat konon-kononnya.

Kita kena ingat dan terima hakikat, dunia skang revolves around money. Everything is about money.

Industri cetak/filem kita tak besar mana...jadi editor/producer kita sentiasa dalam dilema untuk dahulukan keuntungan atau nilai intelektual dalam satu-satu produk.

Prof Madya Razak Mohaideen tak bodoh...in fact he's a very clever man. Dia pergunakan kelemahan yg ada dalam khalayak masyarakat kita untuk kaut keuntungan bagi pihak dia.

Dia buat filem untuk khalayak, untuk nilai komersial. Sebab dia faham benar kalau dia buat filem yang perlukan penonton berfikir mendalam masa tengok, filem tu akan flop automatically dan dia akan rugi.

Metro pun sama...penulis,wartawan dan editor akhbar tu tahu tahap mana pemikiran dan selera org kita...and they took advantage on that for money.

Kita tak boleh salahkan Metro semata-mata....sebab dah memang org kita suka benda2 macam tu.

On a bright sight (apart from cita seks ranjang merapu yg jadi sajian harian tu) Metro guna bahasa yg mudah dalam paper dia. Kisah masyarakat setempat, kemalangan dilaporkan dengan ringkas dan agak baik.

Jadi, tak payahlah nak anti sangat dengan Metro ni. Kalau rasa paper ni bodoh, just abaikan paper ni...end of story...

Basuh Baju said...

Suhaimi:

siapa yg kata the sun akhbar yg bagus? dan paling penting siapa yg kata pembaca metro sampah dan kuno?

yg dikritik ialah akhbar itu.

apapun, point anda ada benarnya. masyarakat kita telah dieksploitasi kebodohannya oleh tokey2 filem dan akhbar. Setuju?

Tapi adakah dengan menerima hakikat itu bermakna kita patut membiarkan warga kita terus hanyut dan lalai dengan minda yang tidak kritis dan analitikal?

walaupun UK ada the sun dan banyak lagi program TV yang mengarut, tapi fikrah warganya sudah jauh ke hadapan.

sistem pendidikannya membenarkan warganya berfikir bukan sekadar menghafal maklumat.

sistem politiknya jauh lagi matang dan berintegriti dari negara kita.

takkan hanya kerana warga kita suka baca metro dan mastika, terus kita kata 'tak payah berubahlah, dah diorng suka.'

at what expense?

di sini membuktikan memang benar orang kita masih tidak suka berfikir.

memang benar metro guna bahasa mudah. tapi bahasa mudah yang merangsang nafsu. kan?

kenapa kalau kemalangan tu, mesti nak cari unsur mistik dan pelik?

tu belum kira pasal seks lagi.

ini yg dikatakan laporan agak baik? hahahahaha

hamba said...

ayam ke telur yang keluar dulu...?? kalo boleh selesai soalan ni.. baru boleh jumpa jawapan!

Pancasara said...

Saya takda banyak masa sangat...tapi saya akan explain my point sedaya yang boleh...

First, u said Metro akhbar murahan...secara automatik saudara
telah menjurus bahawa pembaca Metro jugak pembaca murahan.

This is simple logik...sama jugak kalau seseorang tu imply bahawa produk jenama "ayam" adalah produk sampah. Jadi pengguna atau pembeli produk tu akan turut sama dikelompokkan dalam pengguna kelas bawahan yang menggunakan produk yang bertaraf sampah.

Sebab orang yang berfikir atau berkelas tinggi takkan guna produk yang berkelas bawahan.

You got my point?

Saya tak menyokong Metro...cuma saya tak berapa setuju dengan orang yang merasakan diri mereka akan appear lebih intelektual dengan mengkritik dan merendahkan sesuatu...dalam kes ni akhbar Metro.

Kalau betul kita nak warga kita berfikiran kelas dunia, then kita patut tiru amalan yang digunapakai di barat...free up everything, let them read everything.

Masyarakat akan nilai sendiri yang mana buruk dan yang mana baik bagi mereka.

Saya sendiri dah dekat 10 tahun tak beli Metro...taktau macam mana isi kandungan paper tu skang.

Just skip part laporan seks tu...bukan banyak sangat pun...concentrate pada ruangan agama, kaunseling, atau laporan setempat. Bukan every perenggan atau laporan dalam tu penuh
berunsur seks atau mistik.

Suma ni dilaporkan dengan bahasa yang mudah difahami oleh orang2 kampung macam saya...tapi taktaulah bagi pihak saudara macam mana.

OK?...

fatah85 said...

tukang cetak kot.