Sunday, September 27, 2009

Logik Mudah (Simple Logic)

MENUDUH KUCING MEROMPAK BANK- Tukar Tiub

Memandu melebihi had laju, cuaca yang tidak menentu dan pemandu mengantuk merupakan tiga punca utama yang mengakibatkan kemalangan maut pada musim perayaan kali ini.

nota:
macam macam teori keluar tentang kemalangan.
hujan panas ribut pandu laju semua dituduh.
ngantok pun dituduh bersalah. kesian dolah
badawi bukan saja madey tibai jpj bukan tibai sama.

semua ini dikenal pasti sebagai penyebab.

kepala hangguk mana yang buat kajian ini.
mata buta ke ? tak nampak? kereta dan motosikallah yang jadi pembunuh.
woit… kalau ada orang
mati kena tembak apa yang polis cari ?
polis bukan cari almari kipas angin atau tempat abuk rokok.
polis akan cari pistol dan senapang.


kenapa ngoook sangat serban pakai sampai
ke mata ke hingga tak nampak kah kah kah.

p/s: dah ramai mati kenapa tak haramkan macam mercun?

*****************************************************************************
JANGAN BERFIKIR SECARA SIMPLE LOGIC

Hishamuddin Rais kata kereta perlu diharamkan kerana ia membunuh. Logik beliau-tanpa kereta, tak adalah kemalangan. Tak ada kemalangan, tak adalah kematian. Kata beliau lagi, kereta samalah seperti pistol, ia perlu diharamkan kerana ianya alat untuk membunuh. Pandangan ini boleh diterima kalau kita mengikut logik mudah (simple logic).

Tetapi bernarkah pandangan ini? Mari kita menggunakan rasional untuk menilai. (With all due respect to Isham.)

Perkara paling asas yang perlu dilihat ialah tujuan objek-objek ini dicipta. Tujuan kereta dicipta adalah berbeza dengan pistol. Pistol ialah senjata. Kereta bukan senjata kecuali kereta kebal.

Kalau kereta perlu diharamkan kerana ia membunuh, bayangkan betapa banyaknya perkara kita perlu haramkan. Telefon bimbit kena haram sebab ada kes telefon meletup. Sekolah, hospital, lapangan terbang dan rumah tak payah dibina sebab bila nak bina, ada orang akan mati di tapak pembinaan. Makanan perlu diharamkan kerana boleh jadi orang mati sebab salah makan atau terlebih makan. Silap-silap cuaca buruk dan bencana alam juga mungkin patut diharamkan kerana jelas ianya membunuh. Harap-harapnya janganlah pula tuhan cuba diharamkan kerana tuhan yang mengambil nyawa kita.

Bila berlaku kes pembunuhan, memang polis mencari pistol atau senapang atau senjata yang digunakan pembunuh. Samalah juga dengan kemalangan. Polis akan mencari dan melihat kenderaan yang dipandu oleh kedua-dua pihak. Bukannya polis melihat keadaan jalan raya dan lampu isyarat sahaja. (Sesiapa yang pernah eksiden mesti tahu polis akan ambil gambar kereta untuk bahan bukti.)

Mengikut logik Tukar Tiub lagi, kereta dan motosikallah yang jadi pembunuh. Benarkah? Bila berlaku kes pembunuhan, mahkamah akan dakwa pistol atau orang yang gunakan pistol? Bila kemalangan jalan raya, polis akan tangkap kereta atau pemandu? Kalau begini senanglah, bila ada eksiden, tangkap kereta masuk lokap. Bila ada pembunuhan, seret pistol ke tali gantung. Malah bila ada kes rasuah, wang rasuah yang disabitkan kesalahan, bukan perasuah.

Isham Rais pernah mencadangkan, kita tak perlukan kereta kerana ia membunuh. Sebaliknya yang kita perlukan ialah sistem pengangkutan awam yang tersusun dan menyeluruh. Sekali lagi ini logik mudah. Bukankah pengangkutan awam juga membunuh? Ada sahaja kes bas terbabas, dan tren tergelincir. Jadi mengambil kembali logik beliau, adakah pengangkutan awam juga perlu diharamkan? Kalau kereta dah tak boleh digunakan dan pengangkutan awam pun diharamkan, apa lagi yang tinggal? Kaki? Jalan kaki pergi umrah? Kalau mati, adakah kaki pun nak diharamkan?

Di akhirnya tidak semua perkara perlu diharamkan. Memang lumrah setiap objek dicipta ada baik buruknya. Yang perlu kita fahami bukannya selagi mana objek itu ada keburukan, selagi itu ia perlu diharamkan. Sebaliknya selagi
mana manusia yang menggunakannya, selagi itulah akan wujud keburukan. Manusia bukan robot- jauh sekali bukan tuhan yang sempurna sifatnya.

Tulisan ini bukannya untuk mempertikaikan Tukar Tiub tetapi untuk membasuh minda skita upaya tidak selalu berfikir dengan logik yang mudah. Kadangkala sesuatu perkara itu tidak semudah ABC 123.

Untuk melihat sama ada kita sudah berjaya berfikir di luar simple logic, sila baca kedua berita di bawah.

***************************************************************************
KHAIRY: Pakatan tak mampu mentadbir- Berita Harian

Putrajaya, SEPT 26: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin percaya isu SELCAT dan Dr Hassan Ali membuktikan wujudnya perpecahan dalam kerajaan negeri Selangor sekaligus membuktikan Pakatan Pembangkang tidak mampu untuk mentadbir di peringkat persekutuan.

BN sedang menuju perpecahan- Suara Keadilan

Kuala Lumpur, 26 Sept: Dengan UMNO masih lagi tercari-cari calon bagi PRK Bagan Pinang, MCA dan MIC turut 'membantu' dengan krisis dalaman mereka. Situasi ini bertambah teruk dengan prestasi buruk parti komponen yang lain seperti Gerakan dan PPP. Hal ini menunjukkan BN sudah berada di ambang perpecahan.

*******************************************************************************
Lihat bagaimana orang politik kita pun guna logik mudah buat kesimpulan. Apa kata anda? Sila beri komen dan pandangan BUKAN dengan simple logic.. hehe

12 comments:

macha_sezs said...

susah sebenarnya bila orang yang selalu kita dengar pendapat mereka melalui media massa dan cetak orng yang berfikiran dangkal. main cakap lepas. cakap tak fikir dulu.

jadi kita harus menapis segala yang kita terima.

zaman sekarang bukan macam dulu. mentaliti manusia berubah.

mamai said...

apa kata haramkan sahaja orang dari memandu kereta atau motosikal sebab yang menyebabkan kematian tu pemamandukan. macam orang yang membunuh gunakan pistol juga...alat tu tak salah tapi yang salah orang yang menggunakan alat itu.

dah macam bangau oh bangau la pulak....

so basuh baju apa cadangan pulak...

endiem said...

alat dicipta untuk memudahkan manusia.. manusia adalah faktor utama dalam semua hal.

Yuki Yusuf said...

teknologi. apakata salahkan teknologi. mana bleh~

**ada mati. ada idup.lain la kalau immortal. logik dan mudah**

Besi Karat said...

haram kan kereta?bermakna hilang la satu pengangkutan awam,teksi.Hilang jugak la pekerjaan,pemandu teksi,pengusaha teksi..

Anonymous said...

aku rasa mcm mahu review ttg lesen memandu.

apa yg diajar disekolah memandu cuma undang2 jalanraya, dan cara membawa kenderaan. keselamatan jalanraya dan teknik yang betul ketika dalam kecemasan? "lu pikr la sendiri", kata mereka. itu pendapat aku.

lampodi said...

aku rasa itu lebih semacam satire.

Penulisan isham memang macam itu, dia mengajak pro-kontra satu2 hal. Akhirnya, berjaya mengajak pembaca berfikir. Baguslah.

Bainun Waheeda said...

kite naik raleigh la balik kampung!

lagi jiwa..huhu

asilahmuhajer said...

best la kupasan tuan rumah. seronok membacanya.

semua benda yang disebutkan dalam entry tu (kereta, motosikal,pistol), benda2 tu takkan berfungsi tanpa tangan manusia.

so, sikap manusia la yang kena dibetulkan. bukan salahkan benda, kan?

tapi tu la, pepatah org lama, it's easier to lift a mountain than change a person's behaviour.

aku said...

keta kebal sebijik brapa ringgit ye..?

nyzm said...

naik unta je pergi umrah hahaha

semua benda ada kebaikan dan keburukan tapi kita menyalahgunakan benda tu atau kita cuai

pablo said...

salam.
oh, maaf, saya terlambat untuk berkongsi pandangan dalam masukan ini. dan selamat hari raya buat BB.

pada pandangan saya, tidaklah saya melihat saudara HR mencadangkan penharaman kereta, sebaliknya beliau sekadar secara sarkastik mengatakan demikian.
hal ini kerana (saya rasakan) HR memandang sinis pengharaman mercun yang dibuat oleh kerajaan beberapa tahun yang lalu. pengharaman mercun ini telah menyebabkan berlaku kegiatan penyeludupan, rasuah, dan sebagainya kerana permintaan terhadap bahan itu masih tinggi dalam kalangan masyarakat melayu terutamanya semasa menyambut eid mubarak. kesan lambakan mercun ini pula tidak seberapa dibandingkan dengan kesan lambakan kereta dilebuhraya pada musim perayaan.

HR, berdasarkan yang sering disebutkannya, amat bersetuju sekiranya kerajaan membangunkan pengangkutan awam sebaik mungkin. hal ini, jika hendak dilaksanakan pastilah akan memakan kos kewangan yang tinggi, tetapi kos manusia (baca: nyawa) yang perlu ditanggung sekiranya "musim kemalangan" seperti ini masih berlarutan amatlah merugikan.

pendek kata, pengangkutan awam yang maju dapat mengatasi masalah ini dalam jangka panjang, sekaligus menguntungkan kedua-dua pihak kerajaan dan rakyat amnya.

sekadar berkongsi gubahan pendapat HR menurut pandangan saya. selamat hari raya, maaf zahir dan batin.