Tuesday, September 29, 2009

Logik Mudah Lagi

"alat tu tak salah tapi yang salah orang yang menggunakan alat itu."- Mamai

"manusia adalah faktor utama dalam semua hal."- endiem

"so, sikap manusia la yang kena dibetulkan. bukan salahkan benda, kan?"- asilahmuhajer

"semua benda ada kebaikan dan keburukan tapi kita menyalahgunakan benda tu atau kita cuai"- nyzm

Ini merupakan antara komen di dalam posting yang lepas, (logik mudah). Secara keseluruhannya, ramai yang memberikan komen mengatakan objek /teknologi/benda tidak salah. Yang salah ialah manusia. Objek tidak membawa kepada keburukan melainkan manusia. itu sendiri yang membawanya. Baik dan buruk sesuatu objek itu bukan pada objek itu sebaliknya pada penggunanya iaitu manusia.

Mengambil pandangan ini, mari kita aplikasikan dalan hal politik.

Adakah UMNO itu buruk atau pemimpin UMNO yang teruk?
Adakah PAS itu radikal atau pemimpin PAS yang radikal?
Adakah UMNO itu rasis atau ahlinya yang rasis?
Adakah PAS itu fasis atau ahlinya yang fasis?

Jadi yang perlu ditolak adakah parti UMNO atau pemimpin UMNO yang korup? Yang perlu ditentang adakah parti PAS atau pemimpin PAS yang radikal?

Apa kata anda? Mari kita berfikir......... :)

15 comments:

Iskandar Tiger said...

semuanya sama...........

asilahmuhajer said...

dalam satu2 kumpulan, tak kisah parti apa2 pun.tak semua ahli ada cara berfikir yang sama.

Shemmi said...

ye, aku sedang brfikir...

Oh Me said...

Kenapa PAS dan UMNO je? PKR takde ke? haha....takut ke basuh Baju nak komen PKR?

Cob Nobbler said...

Homo Sapiens adalah nama saintifik untuk speisis manusia.

Homo Sapiens ini dalam bahasa Latinnya adalah "The Knowing Man".

Jadi,jika anda tahu kesilapan anda,jadilah Homo Sapiens yang tahu kesilapan anda - jangan salahkan kereta atau jalanraya.Kalau kereta salah pun salah manusia - sebab manusia yang cipta kereta,kalau jalanraya salah pun manusia gak salah sebab manusia yang bina jalanraya.Tak boleh salahkan cuaca sebab dari sejak zaman dinasour lagi hujan dah turun ke muka bumi ni.

Bercakap pasal parti - parti adalah ciptaan manusia.Tanpa kajian saintifik terhadap politik,politik akan hanya jadi cakap bega umpama Ibrahim Ali di hari hujan.

p/s:manusia yang bijaksana adalah manusia yang tahu kesilapannya - seperti Rio Ferdinand yang mengaku salah apabila cuba membuat skill bodoh di depan Gareth Barry tetapi gagal,mengakibatkan Craig Bellamy menjaringkan gol dalam Manchester Derby.

Besi Karat said...

Buruk atau baik,terpulang kat individu yg kawal/guna/perintah benda tu.Sama la macam parti2 jugak.Baik atau buruk mana pun nama parti tu(tak kira la kerajaan atau pembangkang),bergantung kat individu tu.

Yuki Yusuf said...

erm erm

ntah..

hehe..

kalau bab politikus...jiwa ku kosong terus..ahah

Basuh Baju said...

Iskandar: tak semua sama. Ada juga ahli UMNO yang tidak korup dan tidak rasis. Begitu juga ahli PAS yang moderate dan progresif. hehe

asilah: betul.

shemmi: teruskan berfikir..hehe

Oh me: mungkin aku patut taruk SUPP, Gerakan, PPP, Makkhal Sakti, IPF, DAP dan semua parti yang ada di Malaysia ini..baru adil kan?

Nami: hehe beb, so mungkin sama macam sistem sosialis dan kapitalis jgk. Yang tak betul orang kat dalam tu.

ps: Ferdinand patut bagi duit raya kat owen sbb selamatkannya dari dihambur peminat MU..hehe

Daun said...

ana setuju...

nohas said...

Tidak akan ketemu kesempurnaan di dalam organisasi yg didokong oleh manusia yg tidak sempurna, yang pelbagai rencam..

Agamaku berdiri di antara dua jangan...Jangan Melampau dan Jangan Cenderung Kepada Golongan Yang Zalim..

ali said...

http://baganutama.blogspot.com/
wahai sahabat ku ,mohon link kan link ini di blog mu.

live dari bagan pinang.

Firol said...

tolak semua...

PAKAI HUKUM ALLAH...TU JE JALAN YANG DIREDHAI...

Tak pakai hukum Allah selagi tu la pas ke umno ke pkr sekalipun mesti x akan takde haluan yang tepat.

mamai said...

dengan mudahnya UMNO tak salah tapi mereka yang dalam UMNO tu salah letak kat mana pun kalau tak berubah maka macam gitu juga la dia...

tapi untuk lebih memudahkan dan tidak pening kepala kita tolak UMNO

PAS tidak radikal tapi orang yang dalam PAS itu walau tak semuanya

back to root cause di situ ada jalan peyelesaian....

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum bb

paling pentg ialah bgaimana kita present sesuatu pkr tu.

baik presentation nya...
tggila markahnya

juri=rakyat=kita

KalianSawi said...

Jadi, kalau bukan parti yang buruk tapi orangnya yang buruk.. tukarlah orangnya. Tapi kita kena ingat, penilaian rakyat selalunya berdasarkan perception. Betul atau tidak buruk baik tu, kita tidak tahu 100%.

Contohnya, Perception rakyat terhadap Dr M pada ekonomi krisis 98. Beliau berdegil tidak mahu meminjam dari tabung IMF. Kala itu, ramai kata dia bodoh sombonglah, tak sedar diri lah, nyanyuk lah. Dah jangan kita lupa, yang paling hebat menghentam dia, dan tak lain dan tak bukan = Anwar Ibrahim. Siap buat ceramah, berduyun duyun datang. Menjerit jerit mintak pertolongan Amerika. Sekarang kita nilaikan sendiri. Nasib baik kita tidak meminjam tabung Zionist tu. Kalau tak, rakyat negara ni lah yang susah sampai sekarang. Tanam getah, kelapa sawit , tangkap ikan untuk bayar hutang.

Sekarang, penyokong PKR yang dulu atas pagar sudah mula berfikir. Yang tinggal penyokong tok-tok dan hanya menyokong PKR kerana sentimen bodoh terhadap UMNO.