Thursday, September 17, 2009

Lagi Dua Hari

Raya lagi dua hari.
Puasa tinggal dua hari.

Hari ini Mahathir kata dia tak kisah pasal kalungan selipar.
Betullah, kenapa nak bising-bising.
Macamlah sebelum ni tak pernah ada orang hentam dia teruk-teruk.
Malah dulu selamba kodok je Nazri dan Khairy tibai Mahathir.
Tak ada pulak NGO-NGO ngok nak buat laporan polis.
Dasar perlakuan orang politik- bukan boleh ikut sangat.

Hari ini ialah hari selepas 16 September.
Tahun lepas Anwar kata nak tubuh kerajaan baru.
Yang hairannya, dah lebih setahun dah ni.
Kerajaan bayangan pun tak nampak lagi.
Tup tup Perak yang terlepas.
Dasar cakap orang politik- jangan percaya sangat.

Lagi dua hari nak raya.
Tetapi budaya politik kita masih belum lagi boleh dirayakan.
Yang melayu masih tak selesai-selesai dengan isu pengkhianat.
Yang cina tak habis-habis dengan krisis dalaman.
Yang india tak sudah-sudah dengan Samy Vellu.

Hari ini kita dapat tengok betapa bangangnya ahli politik Malaysia.
Seorang pun tak nak cakap pasal pengangkutan awam.
Seoarang pun membisu pasal dasar perumahan.
Seorang pun buat tak tahu tentang dasar pendidikan.
Seorang pun tak ada idea tentang pelan kesihatan.

Lagi dua hari sahaja lagi.
Lagi dua hari kita berpuasa.
Bukan puasa dari lapar sahaga sahaja.
Puasa dari ahli politik yang karut marut ni.

Ingat- politik itu seronok.
Tetapi ahli politik kita yang merosakkannya.

Selamat Berpuasa.

ps: Jangan lupa terawih masih ada.

24 comments:

si nelayan said...

selamat berbuka juga.politik x best lah basuh bju..
sat g,nak basuh baju pkai mesin lah..

Did said...

oit...puasalah!

a kl citizen said...

assalammualaikum

selamat menyambut raya..
untung2 dapat duit raya lagi ya

nami o fish said...

Nko penah dengar lagu "No Samy No Tol" tak?

ala tu lagu zaman dulu..zaman aku darjah 1..hahaha!

betul la,Samy Vellu dah x jadi menteri,baru ada diskaun la,tol percuma lah.Satu hari pun jadi la.hahaha!

piNky LuCiA said...

politik zaman skrg tak de yg bersih.. huhu

abgBro said...

slmt hari raya bro...

aku said...

sok gua balik kampung..
babai bandar,
2 ari lagi gua dpt oksigen segar!

azhar said...

mereka lebih banyak bermain politik dr menolong rakyat..

kesian warga Malaysia..

huhuhuhu

sI tEDI said...

selamat berpuasa di hari2 terakhir.. ya !! jangan lupa terawikh masih ada. jgn sibuk nak buat kuih raya

nami o fish said...

apa kata nko tulis pasal derby Man United vs Man City.kat forum man united tengah hangat bercakap,nko takkan xnak tulis pulak.

Isu tentang musuh lama ni.Ada yang kata Man City bakal takeover tempat Liverpool sebagai musuh paling ketat Man United,amacam?

Kacik Kamarudin said...

politik hanya kenal siapa menang dan siapa kalah.. selamat hari raya

Riise said...

selamat hari raya mat!

mizahanafi said...

xpenah suke politik..bile lepas menang after 5 taun memerintah,menteri ade yang tukar,byk jugak benda2 yang tukar..pahtu xpk rakyat nie mcm mane..

btw.selamat hari raye!

Koyuki said...

kalau pikir pasal politik sangat..raya jadi makin suram..so takyah la pikir..kite pikir pasal biskut raya n duit raya k.. =D

selamat hari raya!!

hatim a.r said...

hmmm mmg bosan politik malaysia.jadi bahan lawak orang luar je la negara kita

'AQILAH said...

politik macam catur..

selamat hari raya!

Shemmi said...

politik
dah bertahun2 aku melupakannya
tidak betah bicara ttgnya
jauh untuk merindukannya
ada apa dengan politik?
ada sampah ada nanah
yang membelah hati-hati manusia
manusia politik.


sekian puisi politik dari aku di bulan ramadhan...

selamat beraya dan basuhlah hati anda seperti anda membasuh baju anda...setiap hari..

cahaya malam said...

Assalamualaikum...

slamat Hari Raya,
maaf zahir batin,
terima kasih kerana sudi menziarahi blog kerdil saya,.
si 'kunang-kunang'..
moga sentiasa dalam kesejahteraan dan kegembiraan dalam acuan keredhaanNya..
insyAllah..

wassalam..

zedmagel said...

SALAM LEBARAN BRO BASUH BAJU,

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATHIN.

Adoi sedapnya mengata orang politik Malaysia Bodoh. Lihat diri sendiri dalam cermin yang besar, muhasabah diri kita sebelum mengata orang. Aik Jangan kita perasan pulak ingat kita dah pandai...he..he..he..

Bro memang pandai, tapi bimbang kita mengatakan orang bodoh dan kita macam pandai.

Geli hati lihat kelakuan bro ni...

PERGI BERAYA DULU LAH BRO...

..nOWa.. said...

politik itu benar, indah dan menarik..yang taiknya adala sebahagian kecil manusia yang menggunakan politik untuk kepentingan yang tersendiri..politik malaysia? still ok lagi..

basuhkan baju aku?

selamat hari raya..=)

Oh Me said...

Kutuk mahathir boleh, Anwar Ibrahim jangan ok....Love that guy

Dia cakap 16 September tapi dia tak kasi tahun bila...

Basuh Baju said...

Semua: haha selamat berpuasa dan hari raya.

Rileklah Zedmadgel. Memang saya tak pandai sangat. sebab saya bukan orang politik. hehe

Ada sebab kenapa tulis begini. Sila lihat dan baca komen2 yg ada, rata2nya daripada anak muda. Dan kebanyakan mereka menyampah dgn politik.

Utk lebih tepat menyampah dgn ahli politik. Bukan dgn politik.

adakah ini sesuatu yg sihat utk negara bila generasi muda mcm kami mula menyampah dan tak ingin tahu pasal politik?

sudah pasti tidak bukan..hehe

koyuki, boleh je tak nak fikir ttg politik, tp harga yg perlu dibsayar di atas ignorance kita adlh sgt mahal. Lagilah org politik buat benda merepek.hehe

apapun, saya agak berjaya buat gencatan politik di bulan ramadhan ni. :)

Ravi CWI said...

Saya setuju, politik sebenarnya untuk mendapatkan idea, kaedah dan pendekatan untuk memperbaiki kehidupan manusia dan mempertahankan persekitaran kita...tetapi ahli-ahli-ahli politik mainstream mempergunakan untuk kepentingan peribadi dan agenda mereka. Ini menunjukkan pentingnya anak muda, pekerja dan golongan tertindas lain bersatu untuk ke arah pembinaan politik untuk memperbaiki kehidupan dan mempertahankan hak dan keperluan masa kini dan masa depan kita.

Selamat hari raya dan selamat bercuti kepada rakan-rakan semua.

Basuh Baju said...

Ravi: Bukan setakat anak muda sahaja yang penting. Orang tua yang berfikiran muda juga perlu. Tanpa pengalaman mereka, segalanya agak payah..

Selamat Hari Raya dan jumpa lagi. :)