Friday, September 18, 2009

Ceritalah........


Ceritanya begini. Tidak begitu lama dahulu, ketika Dr Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri, segalanya cukup indah. Waktu itu Michael Jackson masih ligat menari. Proton belum cuba hendak memasuki F1. Nurul Izzah pun masih belum berpunya. Ketika di waktu inilah kisah saya bermula. Kisah saya menyambut Syawal sebagai kanak-kanak.

Kami sekeluarga tidak sesenang mana. Kami tidak memiliki banyak. Tetapi alam kami penuh dengan kegembiraan. Zaman itu- zaman yang telah pergi- zaman yang telah ditelan masa.

Saya masih ingat lagi perjalanan pulang ke kampung. Bagi saya ia adalah pesta terhebat di Malaysia. Malah sehingga kini. Bayangkan begitu banyak kereta di jalan raya. Masing-masing ingin tiba ke destinasi. Di dalam kereta, lagu raya dimainkan. Kami sekeluarga akan menyanyi bersama-sama sebagai tanda keseronokan. Selalunya lagu Balik Kampung yang paling umph.

Dalam banyak-banyak balik kampung, saya cukup suka kalau kami bergerak pulang pada waktu malam. Bagi saya ia tidak panas dan tidak bosan. Dan saat paling seronok apabila ayah berhenti di R&R untuk sahur. Di sinilah kemuncak pesta. Manusia di sana sini muncul. Ada melayu, ada cina dan ada india. Saya tidak tahu mengapa-tetapi saya suka suasana ini. Seolah-olah raya ini untuk semua.


Bila tiba di kampung, saya yang paling gembira. Sebagai kanak-kanak, inilah masanya untuk saya berpesta dan berseronok. Waktu inilah saya akan bertemu dengan sedara-mara yang lain. Kami akan merancang bersama aktiviti untuk dilakukan pada raya ini. Bagi saya berpesta seorang diri adalah pesta yang gagal- syok sendiri dan bosan. Oleh itu bersama sedara mara saya meraikan hari raya dengan cara kami.

Malam raya kami akan ke surau. Bukan sebagai kanak-kanak yang warak tetapi sekadar mahu mengikut takbir rumah ke rumah. Setiap rumah yang kami singgahi, segalanya lumayan dengan pelbagai makanan dan manis-manisan. Jika ada rezeki, kamai akan diberikan duit raya. Walaupun tidak banyak- selalunya 50 sen- tetapi itu sudah cukup membuatkan kami tersenyum kegembiraan.

Kemudian kami bertakbir. Sambil berbaris sambil kami tersenyum dan mata menoleh ke kiri dan ke kanan untuk meniru-niru perbuatan orang dewasa. Bagitulah khusyuknya kami kanak-kanak. Kami juga tidak faham apa makna ayat-ayat yang sedang dibacakan. Bila orang dewasa selawat kami selawat bila takbir kami takbir. Tidak lebih dari itu.

Tetapi saya yakin pastilah Yang Maha Esa mengetahui niat suci kami untuk menyambut bulan raya yang paling mengembirakan.


Selesai takbir, malam kami tidak terhenti setakat itu sahaja. Kami akan menggunakan duit yang terkumpul tadi untuk membeli mercun dan bunga api. Di depan rumah opah- mercun diletupkan. Di depan rumah opah- bunga api dibakar. Seperti biasa, kami akan dimarahi oleh pakcik makcik. Tetapi kami tidak ambil pot sangat. Maklumlah lumrah kanak-kanak yang tak makan saman. Bagi kami makin dilarang makin kami buat. Cakaplah macam mana pun.

Di pagi raya saya akan berbaju baru. Kalau tidak baru pun, pakaian yang paling cantik. Bila sampai pagi raya jugaklah, saya akan berasa aneh. Saya selalu tertanya-tanya mengapa perlu bersalam-salaman dan meminta maaf. Mungkin saya masih kecil untuk memahami erti syawal. Tetapi yang saya tahu apabila bersalam, saya dapat duit.

Ada ketikanya saya lihat ibu saya menangis ketika bersalam dengan opah. Saya selalu bergurau dengan ibu dengan memberikannya tisu. Lantas saya diketuk.

Hari raya ketika kanak-kanak juga adalah hari untuk mengumpul duit. Mungkin bunyinya agak kapitalis, tetapi inilah hakikatnya. Saya dan sedara mara yang lain akan berlawan mengumpul duit raya. Kami akan pusing seluruh kampung untuk beraya. Kadang-kadang kami tak pernah kenal pun tuan empunya rumahnya siapa. Tetapi kerana duit raya, perasaan malu ditolak ke tepi.

Pernah juga kami terus menyerbu ke rumah meminta duit raya. Selalunya kalau ayah tahu, pasti saya akan dipukul. Katanya itu perangai tidak sopan. Saya yang masih kecil ini sekadar mengangguk tanda tidak akan berbuat lagi. Dan menjelang malam, selepas penat berhari raya, kami akan mengira duit. Kira punya kira, audit punya audit, masing-masing akan memberitahu jumlah kutipan sendiri. Untuk rekod saya sentiasa menang dalam kutipan kerana saya akan campurkan duit simpanan saya sekali.

Bila selesai mengira duit, barulah kami akan masuk tidur.

Noktah Sebentar.

Ini ialah coretan silam saya. Lagi sehari, saya akan beraya lagi. Di kampung saya, takbir rumah ke rumah sudah tiada. Mercun dan bunga api pun sudah diharamkan. Dan saya juga tidak pasti saya masih layak untuk mendapat duit raya lagi. Apapun, setiap kali saya teringat akan kisah raya di zaman kanak-kanank, ia sudah cukup untuk membuatkan saya tersenyum.

19 comments:

bangunberdiri said...

nice artikel bro...

zaman kanak-kanak mmg indah, mmg cun... hari raya dizaman kita kanak-kanak mmg meriah.... sekarang, kemeriahan dan keindahan itu masih kekal menjadi milik kanak-kanak.. sedangkan kita, telah jauh meninggalkan zaman itu...

cahaya malam said...

salam..

bro..
tiba-tiba hati ini didakap sayu kenangan lalu,
semakin kita maju,
macam semakin tidak meriah rasenya,
yang pasti,
anak muda seperti saudara,
memang dinanti,
pemikir generasi kini,

nice entri bro..
Slamat Hari Raye..
;)
wassalam..

Yuki Yusuf said...

dulu kalau time raya..time ni la paling seronok..paling ditunggu..duit raya dpt banyak..
tapi sekarang da tak memberi apa2 makna..mood raya selalu takde..
Suasana hepi pagi raya takkan sama macam dulu bila keriangan itu selama2 nya dirampas..takkan dikembalikan..tapi bersyukur kerana masih hidup dan berupaya untuk menikmati hari raya..

**duit raya still dapat..makin banyak..berkoyan2**

Unknown said...

Raya zaman kanak-kanak, terasa syok sebab dapat itu dan ini termasuklah duit raya. Bila dah bekerja, raya kini seolah-olah memberikan itu dan ini termasuklah duit raya.

Namun saya belum memahami mengapa musim raya perlu bersedih, sedangkan raya adalah hari yang digalakkan untuk bergembira.

mamai said...

cakap ler kau tak sabar nak balik raya hehehehe

selamat hari raya
blog jangan raya pulak

Shahrul Tanaka said...

Nurul Izah gua punya..lu jangan macam2!

squesha said...

zaman kanak-kanak mmg best.hari raya paling dinanti-nantikan.skrg,bila dah besar,tak rasa apa-apa pun.yg pasti,zaman itu akan dirindui oleh sesiapa sahaja.

selamat hari raya BasuhBaju! =)

Nahum said...

halamak, aku nak nangis ah..kisah lu ni sebijik mcm kisah aku jugak..part yg paling best: balik kg, takbir rumah ke rumah, mercun & duit raya..,

Cob Nobbler said...

Rumah kampung aku pun dah bukan kayu lagi.Dah batu.

endiem said...

selamat hari raya, maaf zahir batin

lonelyroseblack said...

time goes fast..kita hanya mampu mengingat.. :)

salam aidilfitri.. :)

Unknown said...

hari rayer yg klise..
hehehe..
namun walau diulang beribu kali sekalipun tetap mengimbau nostalgik!
happy eid mubarak!
kullu a'min wa antum bikhair..
pandai plak aku ckp bahasa arab : )

green said...

untung bagi kita yang dapat merasa tu semua..

raya bagi ku dulu maksudnye ada di rumah bersama keluarga sepnajang/ almast the whole ramadhan.

ni tak..
eesok nak raya..pagi ni br dpt balik..

zaman dah berubah~

fatah85 said...

salam syawal. ;)

Hanggokan said...

yeah...betul2 syok!
masa kicik2 dulu..sewaktu terperangkap dalam jem,aku selalu terserempak dgn orang2 india dan cina. lalu hati kecil berkata kenapa diorang ni sebuk2 nak raya,kan dah jem? kahkahkah! bodohnya aku. Jalan jem tandanya kita semua meraikan aidilfitri bersama-sama...kahkahkah! oleh itu,cerialah!

Ashley Ahmed said...

Salam,

moga kita gunakan penaakulan akal sendiri berdasarkan bukti dan jgn percaya pada sesiapa pun, semoga Malaysia selamat dan jgn jd mcm negara jiran bapa islam bini kristian anak hindu semua atas nm kebebasan.

Eid mubarak semoga ibadah di bulan ramadhan diterima.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

slamat raya..

Basuh Baju said...

bangunberdiri: zmn kanak2 mmg indah..tp sbnrnya zmn remaja juga indah. kita jg yg tak sedar..nnti bila tiba zaman tua, baru kenang zmn remaja pulak..haha

cahaya malam: hari raya jg utk gembira..sayu2 ni kejap je..hehe tq bro :) selamat hari raya..


koyuki: dulu kita dah puas menerima..skrg giliran kita jg yg memberi..tp aku masih menerima la..masih muda..hehe

anuar manshor: sedih atau gembira ni tiap2 hari ada kan.. kdg2 ada org yg ada kenangan pahit di hari raya..mgkn kerana itu mereka bersedih..apapun, raya tetap raya beb..hehe

mamai: haha aku skrg dah ada di kg..best2..

jgn risau, blog tak raya :)

lionel: ameklah..gua ttp maya karin..hehe selamat hari raya!

nursyahidah: selamat hari raya :)

kanak2 tiap2 hari macam raya je hidup mereka..hehe

Basuh Baju said...

Nahum: jgn nangis beb..amek tisu dulu..pastu makan ketupat..dah kenyang takdela sedih2 ni..hehe

Nami: batu pun ttp kampung kan? :p

endiem: selamat hari raya..

lonelyroseblack: masa bersifat relatif..kdg2 lama kdg2 sekejap..puasa lama..tp raya kejap..haha

selamat hari raya..

M-yusof: amin..(apsal aku amin?)haha

IMCurtain: tq..

green: keje ke? xpela, ada gak kngn raya time kerja..hehe

did: jelas ko rasis masa kecik..kui3

selamat hari raya bro! makan2 tu jgn kah3 je..hehe

junah: hari raya beb..mesti bebas..kui3 main mercun, ngorat awek..haha

akupentoi: selamat...