Tuesday, September 29, 2009

F1 1Malaysia- Sepantas Lalu

1) Tony Fernandes merupakan Bos dan pemilik pasukan. Rakan kongsinya ialah anak Naza dan juga satu syarikat permotoran dari UK.

2) Kos permulaan sebanyak RM168 juta dan bajet untuk perlumbaan tahun hadapan ialah RM308 juta. Jauh lagi kurang daripada RM1 billion seperti yang dicanangkan.

3) Dana akan diperolehi daripada pelabur dalam dan luar negara. Syarikat-syarikat seperti Naza, Genting, MAS dan Petronas dijemput untuk melabur. (sebagai timbal balik, syarikat-syarikat ini dapat mempromosikan jenama mereka). Kerajaan tidak mempunyai bahagian di dalam projek ini- secara langsung mahupun tidak.

4) Enjin Lotus akan digunakan. Ibu pejabat pasukan di Norfolk, UK buat sementara. Dan akan berpindah sepenuhnya ke SIC dalam masa dua tahun.

5) Kos untuk membina ibu pejabat pasukan yang lengkap dengan pusat kajian di Sepang hanya menelan belanja RM60 juta. Bukan berbillion seperti yang dilaporkan. Sekali lagi laporan tersasar.

6) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan turut bekerjasama di dalam projek ini.

7) Iklan pekerjaan untuk menyertai pasukan ini telah diterbitkan di akhbar-akhbar Malaysia. Sebanyak 250 tempat kosong disediakan daripada Ketua Aerodinamik hinggalah kepada Pegawai Akhbar. Setakat ini lebih 6000 permohonan telah diterima.

8) Kemungkinan besar Raikkonen dan Alonso dipilih sebagai pemandu. Pemandu Malaysia tidak dibenarkan lagi kerana dikhuatiri kereta akan selalu terbabas. Maklumlah Ops Sikap pun gagal.

9 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum

moga F1 1Malaysia tk jd penyebab statistik ops sikap meningkt thn dpn..

ttg F1..

demi malaysia..
apa slhnya

Unknown said...

Baguslah kalau macam tu.
setidak-tidaknya 'duduk sama rendah berdiri sama tinggi' dan bertepatan dengan slogan yang lama dah tak dengar..'Malaysia Boleh!' Ayoh..

pOr said...

Pemandu malaysia gila pedal minyak.. kehkehkeh

Cob Nobbler said...

Macam entry aku pasal Tennis Malaysian Open la.

Hadiah wang tunai US$1 juta,sama dengan RM3.5 juta.Confirm pemain tenis Malaysia awal-awal dah out - sebab kat Malaysia ni gelanggang tenis boleh dikira.

Alangkah baiknya RM3.5 juta tu nko pergi bina court tennis untuk anak-anak,beli raket tenis ke ape.Ni bagi buta-buta je kat orang.

Sama la dengan F1.Weh,contohilah negara Brazil.Walaupun miskin - tapi cuba tengok,bolasepak jangan cakap,F1 ada Barrichello,lumba renang,menembak,semua dia ada.

Pembangunan grassroot lebih penting dari glamor dalam sukan.Sebab dari grassrootlah Ronaldinho dan Barrichello orang Brazil orang sanggup bayar atas bakat yang dia ada.

Cuba tengok Nicol Ann David,dia dapat World No 1 sebab mak bapak dia mampu nak majukan permainan skuasy dia,dari segi latihan,pemakanan etc.Yang miskin macam mana?

Kalau dalam kes F1 atau MotoGP - jadilah mat kereta dan mat rempit yang hanya menambahkan statistik Ops Sikap.

p/s:daripada bayar Raikkonen atau Alonso tu baik bina gelanggang go-kart untuk anak-anak muda.Memanglah dari segi kapitalisnya tak menguntungkan,tapi jangka masa panjang - siapa tahu World Champion lepas ni orang Malaysia?

Basuh Baju said...

hehehe sebenarnya aku nak ckp pasal F1 1Malaysia je..bukan ops sikap atau kemalangan..

apa yg aku tulis ialah beberapa fakta mengenai perkembangan projek ini. Masa aku tulis dulu perkara2 mcm kos ni masih kabur dan telah disalah lapor lagi.

so sekarang, dgn beberapa penjelasan ni aku kira projek ni justified nak dilaksanakan. And more or less I support it.

Sebabnya kerajaan tak keluarkan duit pun secara langsung. Kalau ada pun secara tidak langsung iaitu melalui GLC dan Petronas. Adalah lebih baik GLC dan Petronas labur duit kat team ni daripada simply tabur duit kat team lain. Betul x?

Keduanya, tgk sndiri drpd sambutan org Malaysia yg berebut2 nak masuk team. 6000 orang mohon kurang dari seminggu. Maknanya apa kat sini?

macha_sezs said...

aku kurang sokong nak join F1 ni..derang pun dalam keadaan tak stabil sekarang ni.

tak kisah la.

encik tony kan pandai tukar apa sahaja kepada keuntungan.

Besi Karat said...

harap2 jangan 1,2 musim je team 1Malaysia ni join F1.

Anonymous said...

Wow. the entry is not even an analysis but just a simple breakdown of the issue. you rock. This is a lot better than Melayu Menyumpah.


Analnonymous

Anonymous said...

En. basuh baju,

aku baru je baca blog kau dan apa yang aku boleh cakap ialah syabas!

kenapa aku cakap camni, sebab kau guna otak dan buat research sebelum buat keputusan. tak kira la sokong atau tidak.

tak macam sesetengah orang. bila govt announced, terus main bangkang. bila tanya kenapa, derang cakap membazir. tapi tau ke kos berapa? jangkaan peningkatan pendapatan berapa?

dalam dunia perniagaan sekarang, tak semua benda murah dan senang nak dapat. nak untung lagi banyak, kena labur lagi banyak.

lagi satu, jangan terlalu fokus sangat pasal kena ada pemandu malaysia. itu terlalu short sighted. cuba fikir balik dulu masa zaman tengku razaleigh nak bukak petronas. berapa kerat petroleum engineer kita ada?? dan cuba tgk balik zaman sekarang. makin lama makin ramai aku tgk orang malaysia nak amik petroleum engineering kat uni.