Thursday, September 17, 2009

F1 1Malaysia- Satu Pandangan Lain


Apabila F1 cuba di-1Malaysiakan, ramai yang berpendapat projek ini membazir. Kebimbangan ini ada benarnya.

Kalau kita rajin menggoogle, kita akan dapati, pasukan otai seperti Ferrari dan McLaren membelanjakan lebih USD400 juta. Pasukan runcit-runcit seperti Toro Rosso pula sebanyak USD75 juta.

Bagaimanapun mulai musim depan, FIA telah mengumumkan 'budget cap' kepada setiap pasukan sebanyak USD40 juta. Langkah ini bertujuan untuk menjimatkan kos operasi pasukan F1. Tetapi 'budget cap' ini tidak mencakupi bayaran gaji dan enjin.

Menurut pakcik google lagi, Ferrari mengeluarkan wang sebanyak USD44 juta bagi gaji dan USD175 juta untuk enjin. Tetapi Torro Roso misalnya hanya membayar USD5 juta untuk gaji dan USD15 juta untuk enjin.

Jadi kita dapat lihat perbezaan kos yang sangat ketara bagi setiap pasukan elit dan runcit. Harus diingat, kos yang dipetik tidak termasuk dengan kos pembinaan ibu pejabat pasukan yang mungkin menelan belanja beratus juta ringgit lagi..

Adakah berbelanja lebih membawa kepada hasil yang baik? Tidak semestinya.

Honda dan Toyota juga mengeluarkan lebih USD380 juta tetapi masih gagal menyaingi Ferrari dan McLaren. Tetapi Force India-pasukan baru berbelanja hampir USD1.2 billion untuk mencapai prestasi hebat seperti disaksikan sekarang.

Adakah berkemungkinan untuk mencapai prestasi hebat dengan bajet yang rendah? (lebih kurang USD40 juta-USD60 juta)

Setakat ini masih tiada rekod. Pasukan Minardi yang berbelanja di bawah USD35 juta telah gagal dan terpaksa dijual. Pasukan Brown yang khabarnya bajet rendah juga masih belum mengeluarkan penyata kewangan. Mungkin di sini kita nampak rasional mengapa Tony Fernandes- jaguh kos rendah dipilih sebagai pengurus pasukan.

Ada yang berkata projek ini mampu meningkatkan imej negara dan syarikat-syarikat yang terbabit. Tetapi imej hanya akan menjadi bagus sekiranya pasukan F1 kita memberikan persembahan yang baik. Kalau setakat cukupkan korum sahaja, bukan sahaja imej tidak meningkat sebaliknya menjatuhkan lagi. Sekali lagi percaturannya besar.

Bagi yang menyokong atas dasar projek ini akan menyumbang kepada teknologi Proton, kita patut sedar akan satu perkara. Tidak semua otai-otai pengeluar kenderaan memasuki F1. Mitsubishi, Audi, VW dan Ford tidak ambil pot tentang F1. Malah Hyundai dan Kia- jenama kereta yang sudah menjadi global ini pun tidak berminat dengan F1. Mungkin kerana kos yang mahal atau mungkin kerana teknologi yang bakal diperolehi tidak bersesuaian dengan kenderaan mereka?

Mungkin kita tidak patut bersifat pesimis mengenai projek F1 1Malaysia. Tetapi optimis membabi buta tanpa melihat kepada realiti sebenar mungkin akan menyebabkan kita membayar harga yang mahal kelak.

Dengan duit beratus juta dan imej negara dipertaruhkan, apa yang pasti ianya projek yang berisiko tinggi.

Peh- dah macam review pengulas sukan je..

15 comments:

sang kegelapan said...

btul..walaupun gua ni optimistic tp gua rasa mane yang perlu disegerakan kita segerakan dulu...contohnya kemiskinan dan kadar pengangguran..laburkan dulu duit banyak2 kat situ sebelum labur dalam sukan yang belum pasti dapat menjanjikan pulangan yang lumayan buat kita..

sang kegelapan said...

lupe lak..1 lagi..gua ucapkan selamat hari raye untuk lu..

Oh Me said...

Alahai..Sang Kegelapan ni lagi....

nohas said...

USD 1.2 billion utk pasukan baru? Agaknya F1 1Malaysia berapa billion ler pulak?

M'sia ni sentiasa ingin dipandang tinggi di mata dunia tapi in term ranking of competitive places to do business, tercorot di belakang Singapore & Hong Kong.

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, Selamat Hari Raya..

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Basuh Baju,

"salam Syawal yang jernih".

Yuki Yusuf said...

Kalau untuk cukupkan korum..bajet ciput kot..

tapi kalau belanja lebih pon..still rank paling bawah?? Erm..

PenaKiri said...

satu bilion setahun.. bukan malaysia taja..
air asia.. naza.. proton..
hahah.. proton tu glc bukan kerajaan ker? air asia tu kwsp banyak saham bukan kerajaan ker? naza lak sekarang dapat buat banyak kontrek.. saper bagi projek?

Basuh Baju said...

sang kegelapan: selamat hari raya.

nohas: surat khbar hari ni melaporkan, setahun kosnya adalah RM1 billion. Katanya duit ni datang dari pelabur, syarikat korporat dan proton.

yg herannya hari ini jugak dilaporkan syarikat F1 BMW telah dijual sebanyak RM480 juta kepada syarikat switzerland.

Bagi aku, kenapa tak beli BMW je? at least, prestasi dah terjamin. Pastu boleh je amek kepakaran enjin BMW tu utk proton dan juga masukkan beberapa anak tempatan dalam pasukan utk belajar..

Cob Nobbler said...

Ni kalau nko nak cakap perspektif F1 la ni?

Aku fan McLaren Mercedes.Dulu kini selamanya.Dari Ayarton Senna,Mika Hakkinen sampai Lewis Hamilton.Dalam sejarah aku menonton F1 dari kecip sampai besar,cuma Ferrari dan McLaren saja yang power.Williams,sekali-sekala.Renault,tu pun ada Fernando Alonso.

Jadi,daripada nkoram sibuk nak buat F1 ni,adalah lebih baik nko buat team MotoGP.Sebab raw talent berlambak.Pergi highway KESAS,pergi Jalan Tun Ismail.Penuh rempit yang berbakat.

Barulah 1Malaysia,sebab kerajaan boleh support teknologi,raw talent boleh nko angkut dari rempit ni.Mekanik-mekanik rempit ni pun nko ajar sekali.Barulah function 1Malaysia tu berfungsi.

Kalau F1 sape la nak join.Helmet pun satu harga nak dekat ratus ribu dollar.

wargadunia said...

suka aku dengan review ni. apapun Malaysia dah 52 tahun merdeka dan dah bersedia untuk meneroka sesuatu yang tidak pernah diteroka lagi. Apa-apapun belum cuba belum tahu. Weh, budak-budak belajar naik beskal pun nangis-nangis dulu pasal jatuh baru senyum melebar bila dah pandai. Dulupun orang kata Putrajaya projek membazir.

Riise said...

Tony jaguh kos rendah mungkin. tapi AirAsia sekarang sudah 7billion in debt. ada sebab jenama2 besar pengeluar kereta tak masuk F1, dan yang masuk sudah pun keluar atau mahu keluar.

Kalaupun team ni menang besar, apa dapat? Nama je? aku tgk BBC, dia interview mat Lotus, dia berbangga yang Lotus akan kembali bersaing dalam F1, satu haprak pun x sebut nama Malaysia.
takkanlah pasukan ini nak ambil mat Malaysia bekerja, hanya kerana mereka orang Malaysia, mestilah ambil yang dah berpengalaman dalam F1.

hentikanlah projek2 besar ala zaman mahathir ni.

@zk@m said...

1 billion setahun utk menaja team F1..... knapakah penaja2 ini tidak menaja team2 bola sepak kita yg merudum itu???hahaha...... bazirkan duit pada F1 yg nanti akan habis duit negara...duit negara=duit rakyat...... hmmm..... harga proton akan naik ngan alasan kita menghasilkan kereta bertaraf F1....tu pasal bnyk eksiden kat jalan kete proton....hahahaha

Basuh Baju said...

warga dunia: dulu pon org kata putrajaya adalah membazir-- skrg pon sy kata ia membazir..hehe tp bukan kerana kosnya semata2..ttp membazir kerana tidak begitu digunakan sepenuhnya..

@zk@m: taja bola? kalau setakat taja je mana boleh maju. hehe

ada ke org nak tgk bola Malaysia. Baiklah taja F1 camtu. At least, utk tujuan promosi.hehe

Nami: team GP 1 Malaysia? aku rasa itu lagi bagus. tak berapa mahal dan pastinya ia akan mengambil hati mat2 rempit malaysia..hehe

Basuh Baju said...

warga dunia: dulu pon org kata putrajaya adalah membazir-- skrg pon sy kata ia membazir..hehe tp bukan kerana kosnya semata2..ttp membazir kerana tidak begitu digunakan sepenuhnya..

@zk@m: taja bola? kalau setakat taja je mana boleh maju. hehe

ada ke org nak tgk bola Malaysia. Baiklah taja F1 camtu. At least, utk tujuan promosi.hehe

Nami: team GP 1 Malaysia? aku rasa itu lagi bagus. tak berapa mahal dan pastinya ia akan mengambil hati mat2 rempit malaysia..hehe

Anonymous said...

faktor alam sekitar jangan lupa