Wednesday, September 16, 2009

F1 1Malaysia

MALAYSIA AKAN MILIKI PASUKAN F1- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 15 Sept. – Pasukan Formula Satu (F1)-1Malaysia yang menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya akan beraksi dalam perlumbaan bertaraf antarabangsa mulai tahun depan.

****************************************************************************

Yang skeptikal akan cakap projek ni membazir wang rakyat dan patut digunakan tolong orang miskin. Yang optimis pulak akan cakap ia bagus untuk kepakaran teknologi, promosi dan pemasaran jenama.

Yang sosialis akan cakap inilah bagaimana kapitalis menggunakan modal untuk memaksimumkan keuntungan mereka. Yang kapitalis pulak akan cakap inilah peluang menjana ekonomi negara dan peluang pekerjaan.

Yang PAS akan cakap projek ini tidak islamik kerana melibatkan sponsor minuman keras dan gadis-gadis litar yang seksi. Yang BN akan cakap projek ini melambangkan perpaduan Malaysia.

Yang berketuanan melayu akan minta kuota 30% dalam projek ni. Yang berketuanan rakyat akan mintak projek ini dimiliknegarakan.

Yang kaki bola akan kata kenapa tak beli Newcastle je untuk bola sepak negara. Yang kaki judi akan kata kenapa tak bina kasino baru untuk perlancongan
.

Yang tua akan cakap baik bina masjid untuk beribadat. Yang muda akan cakap baik bina universiti untuk belajar.

Semua orang ada pendapat masing-masing. Apa pendapat anda?

Jom diskusi!

62 comments:

asilahmuhajer said...

pandangan saya, selagi malaysia takde pelumba yang terlibat dengan F1, tak yah la buat F1 1Malaysia tu.

kereta kita pun takde yang join perlumbaan tu.

lain la kalau perlumbaan tu pakai kereta malaysia yang dipandu orang malaysia. barula betul istilah satu malaysia.kereta lembu pun takpe.

Basuh Baju said...

katanya semuanya made in malaysia. guna enjin lotus. Lotus skrg kan proton punya..

design oleh rakyat malaysia, pasang kat malaysia dan test di malaysia. pemandu pon rakyat malaysia..

so amacam?

Cob Nobbler said...

Cop cop beb,

Nko cakap Lotus skrang kan proton punya.

Pegang jap ayat nko tu.

Sekarang ni,apa manfaat Lotus tu Proton punya?Ada tak rakyat Malaysia dapat belajar daripada teknologi Lotus tu?Dapat tak kita menggunakan teknologi Lotus untuk mempercekapkan kereta buatan Malaysia?So far as I concern,kereta Malaysia masih lagi kemek bila accident,setiap kali pakai air cond cepat rosak,pakai tak sampai 5 tahun kena tukar baru.

Bagi aku la,tak guna ada team F1 sendiri kalau manfaat tu segelintir orang je yang dapat.Setakat dapat mengharumkan nama Malaysia,sorry lah.Harum tapi manfaat orang bawah tak dapat tak guna jugak.

Cob Nobbler said...

Lupa nak cakap.

Ada orang komen compare tulisan aku dengan tulisan nko kat blog aku.Haha,kalau boleh silalah respond bagi pihak empunya diri pulak.

Anonymous said...

Sapo yg kata Lotus tak nyumbang kek proton?Tu Waja Campro, Persona tu mendE? Lotus nyumBang kek bahAgian kejuruteraan otomobilla. takkan kek bhgn memasak kot.

ekau citer kat den KereTa mano yg tak kemek Bila eksiden?

Cob Nobbler said...

Anonymous:

Jang,apo den cubo kato dokek sini,apo manfaat kito dapek kalau ekau sebok nak berF1 sano tapi oghang punyo kereto rosak punah.

Kalau ekau banding kereto Jopun kalau langgar kemik sikit jo ha,tapi kalau proton abih kemek macam tin sadin.

Anonymous said...

hal ini sumpah buat gua hangin. hatta aksi tengok gol hotspurs minit pertama pon tak bikin hati gua panas macamni.

celaka punya motto satumalaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? hakk ptuih!

gua tengok ruangan komen ni macam terlalu kecik, gua takde jiwa nak menaip. maaf.

gua baca di kosmo, everything in malaysia (worker, tmpat penghasilan etc etc), except for the head technical. tapi gua baca froam another source, the team will be base in norfolk, england. gua mahu tunggu kebenaran, baru sumpah seranah.

@anonymos: knapa mesti hide, knapa tiada nama? heh. campro? *clap*clap*clap*hurrah!!* tahniah pasal berbangga dengan campro. mungkin lu patut lebih banyak buka buku pasal kereta.
pasal kemik, aku rasa analoginya mudah. tidak perlu bandingkan pada kereta mustang, atau maybach. cuba lu ramp kereta toyota vios pada perdana, atau waja. lu tengok mana lagi kemik. sebab seperti harga dan dan jangka hidup proton ditolak tepi. sekian

Basuh Baju said...

kah3 adoi ai..aku mmg akan gelak kalau org ckp nogori..best2..hehe

berbalik pd topik ni, aku rasa betul jgk si tanpa nama tu ckp. ada je manfaat yg proton dpt. mgkn masih tak sehebat kereta bmw dan mercedes..dan kerana itulah proton/lotus masuk ke peringkat F1 supaya dari sana dpt dipelajari teknologi baru..

berbalik pada F1, kita masih tak tahu berapa jumlah yg dikenakan. Dan kita pon tahu nak main game ni konfem2 makan ratus juta..

so nak kata membazir atau tidak- itu masih jadi tanda tanya. Litar Sepang dulu org kata membazir gak tp generate ekonomi..tp skrg dah jadi teruk balik..

apapun, at least, drpd petronas dan air asia buang duit gi byr sponsor kerana nak taruk nama atas body kereta F1 tu baiklah bikin team sendiri.

Basuh Baju said...

nosebleeding: ha, itu yg bikin pening gak..baca kat melayau lain. kat star dan nst lain..kalau betul semua anak tempatan, ok la sket..tp kalau takat bagi duit cmtu je baik tak payah kan..

oit, campro bgs ke x ek? aku bab2 kete ni mmg lemah sket. keh3 tp yg pasti kereta proton mmg byk ketinggalan. It is open secret..

Anonymous said...

isu menyediakan peluang pekerjaan, aku tidak nafikan. mungkin ada benarnya (jia semua pekerja adalah malaysian).

bagus atau tidak, try tanya anonymous. tapi bunyi 'campro' cm dahsyat kan? harharhar. pro!

aku tengah pikir, agak-agaknya top gear ada nak kritik kereta f1malaysia x? agak-agak ada tak diorang nak bubuh bola besi 1 tan kt keta f1malaysia, lepas tu angkat, kasi otuts dua. haha

Iskandar Tiger said...

CUBA KORANG BUKAK SIKIT PEMIKIRAN KORANG PASAL BENDA NIE............

ASILAHMUHAJER BERKATA : SELAGI MALAYSIA TAK ADA PELUMBA YANG TERLIBAT DENGAN F1,TAK PAYAH BUAT F1 1MALAYSIA TU.......

KALAU TAK BUAT SEKARANG BILA NAK BUAT.........B'COZ OF THAT WHY LA KENAPA DATO' SERI NAJIB BUAT PASUKAN F1 1MALAYSIA TU..........JANGAN KITA FIKIR IANYA TIDAK MENDATANGKAN KEUNTUNGAN........KALAU SETAKAT NAK BUAT SAJER.....SAJER...BAIK DIA BUAT TEAM DIA SENDIRI.......DIA ADA DUIT APA KALAU DIA NAK BUAT UNTUK DIRI DIA SENDIRI........

Basuh Baju said...

Top gear mungkin boleh submit design kete mereka sendiri..kui3

Iskandar tiger: Salam (minta maafla, boleh tak tulis dgn huruf kecik. Susahlah nak baca..hehe)

ini bukan soal kalau tak buat sekarang atau tidak. Ini soal perlu atau tidak nak buat..kalau perlu, mesti ada faedahnya kan.

begitu juga kalau tak perlu, mesti ada keburukan..

setakat ni kita agak kabur dgn projek ni. Dan jadi persoalanialah maklumat siar lain2..

mamai said...

sebagai peminat F1 yang tak pernah miss live race macam aku minat liverpool

cuma adakah masanya sesuai untuk Malaysia sertai F1

ingat F1 sukan yang mahal telah banyak pasukan yang terpaksa tarik diri.

seandainya faedah itu benar-benar datang kepada negara dan rakyat aku sokong. cuma aku doubt dengan pegurusanya takut ada yang ambil kesempatan.

cuma jgn dijadikan agenda politik bukan semangat kesukanan yang di cari.

nak promote malaysia bukan hanya dengan cara menyertai F1 ada banyak cara lagi.

kita dah ada sepang F1 cicute dan anjur siri perlumbaan tiap tahun. petronas dah taja BMW sekian lama.

harap ini boleh digunakan sepenunhya bukan masuk poket sepenuhnya.

malaysia masuk atau tidak F1 aku tak kisah.

kalau masuk aku bangga tapi kalau masuk untuk menghabiskan wang negara aku bengang.

Bainun Waheeda said...

Kereta tu ape?

-__0..

(iklan kejap)..

Basuh Baju said...

Mamai: tp lg bgs kan masuk F1 dgn rakyat sendiri berbanding dgn sekadar buang duit sponsor spt yg Petronas dan air asia buat?

aku rasa begitu.

cuma nak justifikasi kan tindakan ni agak payah sebabnya memang betul F1 sukan yg mahal. Sampai BMW dan honda pon tarik diri. Sampai terpaksa diadakan budget cap..

Waheeda_ kereta ialah binatang berkaki empat yg comel namun bisa membunuh.. :)

asilahmuhajer said...

betul gak cakap iskandar tiger tu. kalau tak wat sekarang, bila lagi nak wat kan?

tapi tu la, kan bagus kalau najib wat pakai duit dia sendiri? duit kerajaan guna utk keperluan lain.

**iskandar tiger marah ke? taip pakai huruf besar ni selalunye marah. jgn marah ye? selamat hari raya.maaf zahir batin.

Kena juaL said...

Err.. betapa bangganya apabila aku memikirkan keter F1 1Malaysia bila dok nombor 'BONG'pada tiap2 kali ada race ..Live dari seruruh dunia..pastu kena pintas 2 ,3 lap oleh hampir kesemua pelumba dari pasukan lawan yang bertanding.. Bangga tahap kentut bau asap RON 95..

sang kegelapan said...

Yang optimis pulak akan cakap ia bagus untuk kepakaran teknologi, promosi dan pemasaran jenama - basuh baju


Dan aku seorang yang optimis hanya untuk pembangunan sukan negara..pegi mampos ngan mereka yang nak menangguk di air yg keruh ngan projek2 bile team ini diwujudkan..tp pada aku kita perlukan sedikit optimis di dalam setiap perlakuan..tak cuba tak tahu..kita tak kan gagal kalau selepas mencuba..kita akan gagal selama2nya jika kita gagal sebelum mencuba..tp apepun,macam lu ckp..pendapat masing2..

Cob Nobbler said...

Respond kepada Iskandar Tiger.

DIA ADA DUIT APA KALAU DIA NAK BUAT UNTUK DIRI DIA SENDIRI.

beb,duit sape?

Nak buat F1 ni ratus juta dollar bukan rupiah.

gaji dia dalam list kerajaan RM10,000 je.

kecuali kalau dia rembat duit rakyat dengan komisen kapal selam,dia takkan dapat buat team f1 sendiri john.

Nak bercakap tentang kemajuan sukan pemotoran kat Malaysia ni ek?

Kata orang sebelum sibuk nak buat benda besar eloklah kiranya buat benda kecik dulu.

Tu,mat rempit banyak-banyak tu,bagi mereka peluang race kat litar.ni nak masuk litar kena bayar ratus-ratus,mana rempit mampu.

Orang macam Iskandar Tiger ni bila bercakap tak penah tengok orang bawah tu macam mana.

Serupalah macam Robert Mugabe bina rumah harga US$500 juta tapi rakyat nak minum air pun takde.

p/s:Hari ni hari Malaysia.Rakyat Sabah masih makan siput babi.Dah berapa tahun dah.

Buat yang utama dulu.Kebajikan rakyat utamakan dulu.F1 ni karang-karang bila rakyat dah tak makan siput babi untuk hidup barulah buat.

Shahrul Tanaka said...

gua rasa tak payah la..nanti jadi macam pasukan bola sepak..asyik2 nak last je..

Yuki Yusuf said...

rasa2 dengan penubuhan F1 ni bleh tak kete tu gelek mamat2 indon yang bawak buluh runcing buat sweeping malaysian tu?amacam? kalau bleh la kan..syurga betul..

*hit n run*

noorlara said...

sapepun dia apa partinye kalu dia buat betul, maka betulle kita kena sokong, kalu tak betul, sape bagi hak untuk membetulkan mende yg tak betul...yau betul betul

Redz da Tsar said...

Kalau ikut Keutamaan, jelas sangat banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan sebelum membuat pasukan F1 sendiri...

Projek tue dah komfem telan berbillion ringgit yang mana duit-duit itu sepatutnya ada kewajipan yang lain...

benar, penyertaan dalam F1 boleh menaikkan nama negara atau menunjukkan teknologi negara, tetapi apalah yang ongin dibangga jika dari luar Malaysia nampak gah, tetapi banyak infrastruktur awam di Malaysia masih lemah dan tak berfungsi dengan baik...

Alangkah baiknya jika dana itu disalurkan untuk membaiki pengangkutan awam yang sememangnya menjadi masalah utama penduduk Kota? Kenapa tidak gunakan wang itu untuk membantu penduduk yang tak berumah/berumah setinggan? Kenapalah tidak menggunakan wang itu untuk menyalurkan elektrik dan membaiki jalan di kampung2? Dan banyak lagi keutamaan selain dari perkara F1 nie...

Kalaulah kita buat pasukan F1, dan secara percuma kita dapat 'rumah baru untuk 1000 rakyat miskin' atau 'jalan dan elektrik ke kampung pedalaman' atau kemudahan penganggutan awam yang cekap, efisien, kompeten dan mencukupi'dsb takpe la jugak...

Bukan menolak terus pembikinan pasukan F1, tapi kini atau 5 tahun akan datang bukan masanya...

noorlara said...

sapepun dia apa partinye kalu dia buat betul, maka betulle kita kena sokong, kalu tak betul, sape bagi hak untuk membetulkan mende yg tak betul...yau betul betul

ZULKIFLI said...

Kalian tengoklah penganjuran F1 oleh negara kita yang Boleh! Boleh! sahaja ini yang sudah berlanjutan tahun demi tahun demi tahun. Apakah manfaat langsungnya kepada petani, bekas polis, bekas tentera, dll. Kalian tengok Berita Harian hari ini, ada rupa-rupanya bekas polis yang berstatus asnaf yang melayakkan dirinya menerima zakat fitrah. Bekas polis, beb, orang kerajaan. Apa yang F1 tolong. Hasil dah tertera depan mata, masih jugak nak buat. Jadi, tak salah kalau sesiapa pun berfikir bahawa F1 itu untuk KAPITALIS.

fyzi said...

lalalalala

Danial Izzat Zulbahari said...

sebenarnya bnde ni xpyh di isukan yg ada byk golongan yg sokong ataupun tidak.

cuma ada 2 golongan je. yg mnyokong dan yg tidak.

dan yg tidak nilah pastinya org2 yg mindanya tidak berkembang dan sentiasa ingin menafikan kebaikan daripada pelaksanaan program ini.

Perti Pembangkang rasanya belum kuarkan apa2 pendapat psl pelaksanaan team ni. so kita tnggu jelah apa dorang nk ckp.

dah jd lumrah dunia, pembangkang xkan sokong kerajaan, kerajaan x kan sokong pembangkang.

yg ada mutual agreement pn cuma mase isu palestin awal tahun ni je.

pendapat aku kuat mngatakan pembangkang akan tak sokong bnde ni sbb bnde ni akan bawa nama baik kpd negara yakni secara x langsung kerajaan akan dapat nama.

Anonymous said...

Tulisan nami O fish sama dengan Basuh Baju? lainlah..basuh Baju lebih comedy dan lebih terbuka...

just a thought :)

Oh Me said...

Gua sokong kerajaan ..tapi gua rasa tak payahlah F1 ni...ada duit lagi bagus kasi gua bonus!

Besi Karat said...

"kalau tak buat sekarang,bila lagi nak buat?"...apa perlunya kita buat?nak berlagak dengan Singapura?

Basuh Baju said...

asilahmuhajer: najib nak guna duit dia? hehe itu kena semua 27 juta rakyat malaysia bagi dia duit raya baru cukup..hehe

kena jual: ini pon satu masalah jgk. Nak masuk senang. Nak menang yang susah. Toyota pon masih terkial2 lagi.

Sang kegelapan: optimis ni memang kena ada. betul tu. Tapi dalam optimis, perlu ada rasa pesimis. peh- ayat gua..

Nami: nak harapkan pemimpin tgk bawah? ada ke? hehe

So dgn keadaan yg mmg jelas dan terang pemimpin kita tak naka tgk bawah, ko rasa F1 ni cmne?

kalau dia tak buat F1 pun, dia ttp tak akan gunakan duit tu utk bina rumah percuma atau majukan Sabah Sarawak. So cmne?

Lionel: Tp kalau F1 jd last pon still belas2..tak macam boa, seratus lebih..haha

koyuki: alahai kereta F1 tu punyalah ringan..nak langgar apanya..hehe

woit! ko geram sgt kenapa? rileklah. kita ada otak dan rasional..keh3

Redz Tsar: ok, nak test sket pndgn kau..hehe

skrg ni kerajaan dah belanja RM7b utk lrt. dah peruntuk berbillion utk rumah kos rendah.

so cmne? boleh tak F1 ni dibuat?

Zulkifli: mgkn bila kerajaan dah untung, baru boleh tlg2 bekas pesara tentera? hehe

tp soalnya boleh untung ke projek ni?

danial: sebolehnya jgn jadikan isu ini antara kerajaan dan pembangkang shj lah. cuba luaskan perspektif.

Mgkn kita tidak bersetuju ttp bukan bermakna kita pembangkang. Kalau begitu lah katanya, Dr M tu dah kira pembangkanglah sebab banyak benda dia tak setuju.. :)

Tanpa nama: gua lebih humor ttp nami lg byk ideanya. gua runcit2 shj.. :p

Oh me: nak bonus je, prestasi bgmna?hehe

Besi karat: Pastu singapore pon masuk dan jadi lagi gempak..hehe

mOEha Aziz said...

salam,

semua ada pro & con... bila ada baik mesti yg buruknya akan ikut serta... jd secara peribadi, nak tunggu dan lihat... ;)

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum.

semua nk 1Malaysia susah a..

selagi rakyat miskin rmai, jgn guna duit rakyat utk perhiasan atau pembaziran mcmni...

manfaatnya tk dpt pd org2 susah di kampung dan org2 susah di bandar..

zahirlunatik said...

angkat je la...
asl bole bg keutungan kat negara ok la 2...
rakyat gak senang...

Basuh Baju said...

ok, ini pandangan aku (dgn seberapa maklumat yg aku sempat kumpul)..

1- situasi nak masuk F1 ni boleh diibaratkan macam masa mula2 malaysia nak buat projek kereta nasional.

2- masa dulu mana ada org berani nak fikir dan ada yg kata mengarut dan membazir je.

3- tp tgklah skrg, suka atau tidak, proton dah membantu kpd rakyat malaysia dari segi kepakaran, (dulu tak tau lgsg bina kereta, skrg dah boleh), peluang kerja, pelaburan, pertumbuhan ekonomi dan vendor2.

4- berbalik kepada F1 ni, ideanya bagus. Memang sukan ini mahal dan ada yg kata membazir. Even byk lg benda yg ptt diselesaikan.

5- tp mengambil kira kerajaan yg ada dan jg sektor korporat yg mmg payah nak selesaikan benda2 sebegini, aku agak setuju dgn projek F1.


6- Aku bukanlah minat sgt F1 ni. tp aku dpt bygkan kalau kena gayanya, bidang kejuruteraan kita dpt dimajukan. Org kata ini salah satu reversed engineering. (dan aku ada baca gak artikel ni). Kita boleh belajar byk teknologi dlm F1. Ia bukan sekadar aspek glamor shj.

7- Aku juga agak setuju dgn cara ni at least duit yg kita labur nnti adalah jgk returnya. Daripada simply buang duit gi taja tak tentu hala semata2 nak tampal logo.

8- Tp aku hanya akan setuju jika projek ni betul2 dibangunkan oleh rakyat Malaysia dan telus dalam aspek belanjawannya. Mknanya kena gitau rakyat Malaysia apa yg nak dicapai, apa sasarannya, berapa tahun, berapa bajet. Benda2 cmni kena jelas.

9- Dah alang2 masuk, biarlah berjaya. Jgn masuk setahun dua jadi bahan kutukan dan tetiba tarik diri. Duit hangus, teknologi ke mana dan imej ke mana.

10- Amacam? :)

Muhammad Rahimi Bin Hasan said...

biar je la buat F1 tu,,

aku sebagai rakyat menyokong penuh usaha ni,,bkn ntuk negara lain, negara kita jugak..

kalau asyik nak bantah ,,bila kerja nak siap,,

aku sebagai pelajar pulak melihat bende ni sebagai perangsang untuk kita pulak yg menggerakkan industri otomobil dari dalam universiti,,

aku sebagai pro pembangkang pulak melihat perkara ni boleh dijadikan isu untuk meraih undi,,ada projek ni,ada isu pihak pembangkang,,untung dekat pembangkng jugak,,

biar la buat F1 ni, xkan nak naik kereta lembu je,tradisi tu tradisi, kemajuan jgn dihalang walaupun ambik tenaga luar,,ni kan proses belajar,, prosessss faham tak proses,,

sabar je lah tunggu hasilnya.

Hanggokan said...

Aku stuju pendapat Redz da Tsar n Nami. Sorilah,En Idzham Danial. Pendapat kau sangat salah utk terms 'mereka yg tidak berkembang pemikirannya' kerana tidak menyokong. Rakyat sekarang lebih terbuka...bukan pada parti saja tetapi lebih kepada pemimpin/individu. Kita lihatlah individu yg handle projek ni bolih dipercayai atau tidak. Dlm topik ini...rasionalnya,masih belom sesuai. kerana dgn sgt pastinya aku akan ckp keuntungan hanya kepada golongan tertentu. tolong usulkan satu kertas kerja yg dpt meyakinkan rakyat dpt manfaat dari projek ini. ini kerana pengalaman dari industri pemotoron kita,proton...kenapa sanggup tekan rakyat dgn harga kereta yg tak munasabah? utk keuntungan golongan tertentu? :) sila bandingkan harga kereta kita dan negara jiran.
Tolong yakinkan aku! projek ini celah mane yg akan memberi manfaatnya? aku x nak dengar harum atau ilmu pemotoran. itu sudah lama kita ada. aduh...pjg pulak...byk nak bebel nih. stop jek lah.

Raja Syahrul Helmi said...

aku sebagai peminat moto GP lg suka kalau buat team motor. Malaysia kaya dengan pelumba2 motor dan kalangan diorang termasuklah golongan bawahan mcm mat2 rempit tu. Kalau untuk 1 malaysia rasanya Moto GP lebih baik. Lgpun bukanke F1 sekarang dah x popular dan byk kontroversi? Moto GP tgh catat rekod crowd sebab Rossi perform maut, hehe... apapun sume bergantung pd tujuan dancara kita guna. Baik tujuan, caranya, baiklah hasilnya. Mcm pisau; boleh guna potong ayam atau potong kepala org kan? terpulang kpd tangan... dan sebab aku x pecaya Najib tu aku rasa tgn dia memang tgn menjahanam, hehehe. Selamat Hari Raya basuh baju:)

macha_sezs said...

hahaha.

mana tempat nak klik "like" kat sini?

disebabkan aku rasa dah ramai bagi pendapat masing2, aku mals dah nak taip pepanjang.

disebabkan aku suka entry mcm ni. aku link ko.

semerah_darah said...

f1?
bagus lah gak..
yg x bagusnye..
mesti ade sedara najib dapat komisyen..
ipar rosmah dapat tender..
tue yang x best..

hasrat murni..
mahu jana ekonomi..
tingkat pendapatan..
buka mata dunia tentang malaysia..

sekarag pun dunia dah bukak mate..
ada kena c4..
ade kena Isa..
ade buat reformasi..
kereta kenari buatan malaysia kena kutuk dalam top gear..
ok pe..?

heee..
basuh baju..
gua respek lu lah..
boleh x lu tanding mp kawasan gua?
jang berpakat..
jangan berbaris..
parti bersih ok?
;)
slamat ari Raye..!

nahmy said...

tak payah nak panjang2 diskus...semua ikut suka ati diorang je. lagipun duit dari saham wawasan 1 Malaysia dah byk dpt dr rakyat...so apa lagi! kita tengok kan je le..

StefenshaW said...

try dulu bro...

kalao menang banyak kali...

confirm kereta nasional orang luar nak beli...

yng pasti org malaysia pun x minat ngan kenari yng kene kutuk dalam top gear tuu...

tapi x pe..kita kayuh pelan-pelan...

nanti...maju jugak...

pasal rancangan nie...

aku rase lebih baik kite try MotoGP...

kat Malaysia nih banyak budak-budak yng handal berlumba...

selalu mat-mat rempit asyik kene tangkap jer...

baik buat projek besar sket pasal Mat Rempit nie...

mane tahu ? ade mat rempit daripade kawasan ceruk mane ntah,
dasyat gle...
pastu Rossi pulak mintak autograf kat dia..

rancangan aku nie korang pikir baik2...

maju jugakkan sektor Permotoran negara...

sekurang-kurangnye, Mat Rempit nih dapat jugak pembelaan..

Najib...dia ade fikir ke ?

Anonymous said...

Deyyy....buat la team Malaysia MotoGP...lagi masyukkk da deii. F1 dah x mcm dulu la..kontroversi memanjang. Honda yg sgt establish tu pun da tarik diri...pikirla sendiri

- gOTh -

Luca DK said...

abis kalo pru13 nanti bn kalah? kena tukar nama team ar?

kena buat pertandigan "namakan pasukan f1 m'sia" pastu..

utk skang, jgn lupe tepek sticker "satu lagi projek kerajaan barisan nasional" kat kete tu nnt.

bangunberdiri said...

"tp tgklah skrg, suka atau tidak, proton dah membantu kpd rakyat malaysia dari segi kepakaran, (dulu tak tau lgsg bina kereta, skrg dah boleh), peluang kerja, pelaburan, pertumbuhan ekonomi dan vendor2."

aku setuju dgn pendapat basuh baju tentang yang satu ini, daripada apa yang aku di fahamkan, realitinya polisi proton telah banyak membantu rakyat malaysia. hampir 80 ribu peluang pekerjaan dapat di berikan kepada rakyat malaysia sepanjang usia kelahiran proton sampai ke hari ini...

Masalah mula timbul apabila bercakap pasal pelaburan ni... proton bekerjasama dengan mitsubishi masa mula2 ditubuhkan dulu, sehinggakan projek usahasama antara jurutera tempatan proton dan jurutera mitsubishi mampu melahirkan proton wira untuk malaysia dan lancer evolution I & II untuk negara jepun. sebab tu kalau korang perasan body kereta wira menyerupai bentuk body model awal keluaran evo.

yang tambah masalah lagi apabila polisi kerajaaan terutama dizamaan mahathir yang sama sekali langsung tidak membantu prestasi proton. penglibatan vendor2 kroni yang bertuhankan untung dan berukun imankan duit telah menjahanamkan proton.sampai satu tahap mitsubishi terpaksa tinggalkan perjuangan proton sendirian yng bertuankan kroni2 rakus dan tamak.

bangunberdiri said...

yang baru2 ni kita tgk proton telahpn mggunakan enjin campro...
bermula dpd proton gen2... terlalu banyak sangat masalah dan membebankan pembeli khususnya rakyat malaysia... bab kualiti jgn cakap la.. tapi rakyat takde pilihan.. nak beli kereta import kebanyakanya mahal dan tak mampu di miliki...

tidak ada ketelusan dalam pentadbiran proton untuk rakyat malaysia... dan akhirnya mcm nko(basuh baju) pernah cakap... kita hanya diberi pilihan yang bangang...terpaksa pilih kereta tempatan sebab kemampuan bukan sebab kualiti

Epool Razak said...

sebagai seorang yang tidak suka langsung pada sukan lumba kereta dan sukan bola sepak, aku syorkan supaya lebih baik dibawa kumpulan Slayer atau Iron Maiden buat konsert di Malaysia..bila lagi mahu melihat susuk-susuk hebat dalam dunia muzik ini beraksi di Malaysia kan?

selamat beraidilfitri basuh baju..semoaga makan tapai nasi banyak-banyak di pagi raya..slluurrpp!!!

Anonymous said...

Tak sangka kjaan 1M masih punya byk duit dlm bab2 gini. Akak minat gak tgk F1 ni.. :)

Yuki Yusuf said...

Ringan tapi lebih laju dr basikal kan?

ntah..tak penah emo pasal diorang ni..tapi sekali pikir rakyat diorang punyalah perangai cam neraka kat sini..panas jugak

zedmagel said...

Salam Lebaran
Bro Basuh Baju,

SETUJU JIKA, KERETA MALAYSIA DAN PEMAMDU ORANG MALAYSIA.

KALAU KERETA MALAYSIA, PEMANDU ORANG BRAZIL BUAT NGABISKAN BOREH JO...

deennasour said...

terkujat aku bro bila baca komen ko 50 komen. gile makin panas blog kau.
blog aku lepas down. aku terus down.
hahaa.

cuba bangkit tapi down balik lepas moto baru ilang.
omg.

aku tertarik dgn ni "Yang berketuanan melayu akan minta kuota 30% dalam projek ni. Yang berketuanan rakyat akan mintak projek ini dimiliknegarakan.
"

hehehee. kau memang bagus.

Shemmi said...

xnk komen apa..

tapi..model kereta tu..emh..kaler2 dia...emh..cam bangang jek!

hahahaha...

najibulia said...

basuh baju buyers..wa tgk byk ke arah KERAjaan..baik xyh buat ni..

pada wa mmg membazir btol..bebulu je wa dgr bile diluluskan..wa rs lu blom rs real life ni mcm mane lg..bile lu da rs idup ni mcm mana..baru lu tau la k..f1 mesia taik!!!!guna duit aku tu..sial tol..aku xhalalkn dunia akhirat..

Anonymous said...

bincang mende...kerajaan bukan peduli pun pendapat korang....klu dia mau wat....pi mai pi mai kot mana pun....dia wat jugak....kerajaan ni macam budak-budak...kalau nak satu benda...terketar-ketar kepala nak benda tu sampai dapat....dah...x payah bincang dah....pergi basuh baju masing-masing....

Unknown said...

Whatever~ me actually can't be bothered nomore with this government. Lain la aku dapat 'my share'.. dpt kerja ker, dpt apa-2 biznez dlm pojek tu ker.

Memang ada banyak bagus negara kita buat team sendiri. Pada DS Najib sendiri, at least, dia dapat nama gah, dipuji memberi idea se'hebat' ni sbg PM. Duit? Every1 can guess how much he SHALL get. sure he'll. Some others too. Kita ni kalo boleh dapat kerja apa-2 posts dlm pojek tu dah kira untung dah. Nampaknya Technical Director(? whatever!) no vacancy yet.

Duit Petronas diperah lagi untuk kepentingan 'bersama'. Ya, bagus untuk industri automobil negara. Buktinya, kita dah leh buat enjin sendiri (Campro huh?) dasat dah tu.. Betul Campro hebat? After all these years? Lambat betul transfer teknologi,atau, Malaysian experts tak involved? Nothing gained? a bit? Untuk semua rakyat lain apa dapat? ya perasaan bangga. Tumpang gembira. Dapat tengok F1 "Made in Malaysia" (konon) ..Great!

hehe

Basuh Baju said...

Basuh Baju bias? hehe

memanglah. Kalau kita beri pandangan, kita akan berat kpd pandangan kita sahja. Susah nak jadi neutral ni. Even takde pon pandangan yg benar2 neutral.

Kalau nak cakap belit2, tak ada stand, jadi ahli politiklah.. :)

tanpa nama: kerajaan mmg tak akan dgr suara kami. Jauh sekali mengambil kita pendapat kami. Tapi itu tidak bermakna kita perlu diam dan buat tak tahu sahaja.

Apa gunanya minda kalau bukan utk berfikir. Apa gunanaya fikiran kalau bukan utk berbincang. Dan apa guna berbincang utk kebaikan.

Tak gitu? :)

Deen: jgnlah down. Kalau ko blog utk popular, mmglah pyh. Jadi jujur je apa yg ko nak sampaikan.

ps: beb, aku ternanti2 review filem ko.

tapir_angkasawan said...

Karamjit tu merayu2 mintak sponsor
Juara AsiaPac tu
ken ke tu dah cukup bagus nak promosi Malaysia
sekurang2 kita dah ada kepakaran dalam rally tu

kalau betul2 nak promote malaysia, tu suruh keparat2 tu buat dana 1malaysia beli setan merah manchester tu
lawan taikoon rusia abramowich tu
pastu kasi jersey setan merah belang2 mcm bendera malaysia
patriotik kan???

ni semua jalan nak masuk poket
hark thuih

Anonymous said...

salam

aku ni hard core fan top gear. kalau betul malaysia masuk F1, aku harap2 sgt la keta F1 msia tu tak masuk dan kne carut dalam top gear nnt. malu dowh!!

Anonymous said...

aku sokong F1 1Malaysia....ada kemajuan utk negara...tak sabar nak tgk tahun depan keta jalur gemilang dok dekat pole position..ahaksss

Zulu Syam said...

Sebelum masuk F1....selesaikan dulu masaalah POWER WINDOW/CENTRAL LOCKING/GEARBOX kereta PROTON dulu

Zulu Syam said...

Sebenar-benarnya. BUKAN..Made In Malaysia tetapi....Packaging In Malaysia

Anonymous said...

kan ke bagus kalu yg dibelanjakan kat team F1 digunakan untuk upgrade lagi pengangkutan awam kat Malaysia nih.. kalau masuk race placing last sekali kejadahnyer