Sunday, August 23, 2009

Ya dan Tidak

PERTAHAN KONTRAK SOSIAL

ALOR SETAR 18 Ogos – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah bertitah, negara akan berhadapan dengan bencana dan huru-hara jika kontrak sosial terus dipertikaikan serta dijadikan bahan untuk berpolitik.

***********************************************************************

KITA PERLUKAN KONTRAK SOSIAL YANG BARU

Manusia memang hidup dengan perjanjian. Ini hakikat. Ada perjanjian yang dibuat secara lisan- seperti berjanji hendak menubuhkan kerajaan pada 16 September. Ada perjanjian yang dibuat secara bertulis seperti yang tercatit di perlembagaan. Dan ada pula perjanjian yang dimatikan setem seperti perjanjian biasiswa.

Perjanjian juga boleh datang dari Tuhan. Contohnya kalau kita buat baik, akan dibalas baik. Buat jahat akan dibalas jahat. Ada juga perjanjian dimeterai sesama manusia. Contohnya dalam perkahwinan- akad ialah perjanjian antara suami isteri. Dalam perniagaan, lagilah banyak perjanjian hitam putih yang dibuat antara penjual dan pelanggan. Malah kita lahir ke dunia ini pun melalui perjanjian yang dibuat dengan Tuhan.

Begitulah bentuk-bentuk segala macam perjanjian yang ada di dalam kehidupan kita. Mahu tidak mahu- kita perlu menerimanya. Perjanjian umpama ikatan. Tanpa perjanjian, hidup ini umpama naik kapal terbang yang tak ada GPS. Boleh terbang tetapi tidak tahu arah tuju. Begitulah halnya apabila kita bercakap mengenai kontrak sosial.

*
Baru-baru ini heboh sana sini mengenai kontrak sosial. Belah sini mahukan ia dihapuskan, belah sana mahukan ia dipertahankan. Bagi saya, dua-dua belah perlu dibelah-belah. Ramai yang tidak faham, kontrak sosial adalah satu bentuk perjanjian yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu. Perjanjian inilah yang menjadi asas kepada hubungan antara kaum. Kaum Melayu, Cina dan India telah mencapai kata sepakat dan saling bersetuju dalam beberapa perkara. Hasilnya, ia membawa kepada pembentukan negara Malaysia. Paling penting, ia berjaya mengekalkan hubungan baik antara kaum. (mungkinlah tidak berapa baik, tetapi taklah pula begitu teruk)

Mungkin ada yang berkata kontrak sosial adalah alat yang dibuat oleh British untuk pisah-pisahkan kita. Kata mereka kerana kontrak sosial inilah, perpaduan sebenar Bangsa Malaysia tidak dicapai. Ada kebenarannya di situ. Tetapi cuba kita fikir sejenak, adakah masalah perpaduan di negara kita berpunca daripada wujudnya kontrak sosial?

Jawapannya ya dan tidak.

Tidak. Kerana adanya kontrak sosial ini, setiap kaum tahu had masing-masing dalam memperjuangkan nasib mereka. Yang melayu tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Yang cina pun faham. Yang india juga sedar. Kalau kita lihat pun, Malaysia di awal 60-an dan 70-an begitu harmoni. Mereka tidak bercakap tentang kontrak sosial kerana mereka faham itulah perjanjian yang telah dibuat. Mereka telah bersetuju tentang beberapa perkara. Mereka hidup berlandaskan kontrak sosial. Dari situlah, mereka membina perpaduan.

Ya kerana perjanjian yang dibuat 52 tahun dahulu sudah tidak lagi relevan pada generasi sekarang. Kontrak sosial sekarang dilihat berat sebelah. Mana logik apa yang dipersetujui oleh atuk nenek kita dahulu dibebankan kepada generasi sekarang. Zaman dulu situasinya berbeza dengan situasi sekarang. Kalau dulu, isunya ialah hak kerakyatan dan kemerdekaan. Tapi situasi sekarang, negara dah merdeka dan semua orang pun dah menjadi rakyat yang sama tarafnya. Isunya pun dah berubah.

Sudah menjadi lumrah, mana-mana perjanjian yang tidak adil pasti akan berlaku rasa tidak puas hati dan penentangan. Itu pun yang berlaku sekarang ini. Tapi tak bermakna kerana adanya penentangan bermaksud kita sudah tidak perlukan kontrak sosial. Kita perlu. Cuma yang kita perlukan ialah perjanjian yang baru. Ini pun cara yang terbaik. Biarlah generasi sekarang duduk semeja dan berbincang mengenai perjanjian yang baru. Biarlah perjanjian baru ini dipersetujui oleh semua pihak. Biarlah selepas ini isu kontrak sosial tidak lagi dimainkan. Biarlah tidak ada sesiapa yang rasa tidak puas hati lagi. Biar je lah- apa yang nak ditakutnya?

Hello, perjanjian apa yang tidak pernah berubah? Hukum-hakam agama pun boleh dibincang dan disesuaikan mengikut masa dan tempat. Takkanlah kontrak sosial ni tak boleh dipinda, dibincang dan digantikan dengan kontrak sosial yang baru? Apa yang keramatnya kontrak sosial ini sehingga tak boleh disentuh langsung? Habis tu apa fungsi ahli Parlimen yang diberi kuasa untuk meminda Perlembagaan? Sekadar atas kertas? Kalau begitu lebih baik jadi tuhan dengan menjadikan kontrak sosial sebagai perjanjian yang mutlak. (yelah, perjanjian dari tuhan sahaja yang mutlak dan tidak berubah).

Sedarlah, kita sudah begitu lama terperangkap dengan isu-isu kontrak sosial ini. Rasa saya sudah hampir berbelas tahun lamanya. Takkan dari kecik hingga besar asyik nak berkontrak sosial saja? Ekonomi apa cerita?

Masih tidak percaya kita perlukan Kontrak Sosial yang baru lagi?

13 comments:

fahmi said...

sokong. elok diperbaharui pun kontrak yg lama tu... nnt kalau dh perbaharui, insyaAllah lebih elok la Msia kita nnt.. benda tu penting psl kita ade rakyat pelbagai kaum, kalau xde, penindasan pasti mudah berlaku.
anyway, kudos BB!

Ahmad Belia said...

bro, salam ramadhan jugak. kontrak sosial? pehh, brat nak pikir ni..

mOEha Aziz said...

salam,

ubah atau tidak, hasilnya akan tetap sama... bukan rakyat yang bermasalah... perpaduan dan harmoni kaum tak penah goyah sebelum lahirnya mereka yang ada agenda tersendiri mahupun peribadi... wallahua'lam

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Basuh Basuh,

"pelaksanaan yang harus tersusun, dan yang tahu mereka generasi bukan asal secara tulen di bumi ini perlulah tahu had-had yang telah mereka peroleh",

"itu sahaja".

bangunberdiri said...

"generasi bukan asal secara tulen di bumi ini...."

aku amek petikan komen di atas... bermakna kaum yang bernama melayu ini juga asalnya pendatang.. parameswara yang datang ke melaka berasal dari palembang... jadi siapa yang benar2 generasi tulen di sini?
kita sering di takut2kan dengan penguasaan bangsa lain ke atas kaum melayu... yang melayu pulak lupa asal usul keturunan mereka juga bukan penduduk tanah asal di sini... knp kita tak belajar hidup berkongsi? satu bangsa manusia, yang hormat pada agama,bangsa,budaya dan bahasa masing-masing... knp mesti ada hak melayu dan had bagi orang cina dan india?

Guru said...

mana yang baik elok dipertahan, yang kurang baik diperbaiki

imHepPie said...

apekah???

kontrak sosial??hadoyai..mende pe neh...

Cob Nobbler said...

Mungkin agak cliche kalau aku ambil contoh dari salah satu watak P.Ramlee "Abdul Wahub".

"Kalau ayahanda tak kena apa-apa ini bermakna ini perjanjian berat sebelah".

Mungkin raja-raja ini mahu rakyat semua memegang kepada janji hasil dari sokongan rakyat terhadap pemimpin-pemimpin yang menandatangani kontrak sosial ni.

Apapun,yang menyokong pemimpin-pemimpin ni ramai yang dah takde.Dalam data statistik penduduk Malaysia sekarang,cuma 20 peratus je penduduk yang lahir sebelum merdeka.Itu pun ramai yang bayi lagi masa perjanjian tu.Bermakna yang lain sama ada dah meninggal dunia atau sudah 70 tahun ke atas.

Basuh Baju,kalau nko tengok mana-mana kontrak pun,pasti ada renew atau terminate.Kalau nak renew,mestilah mengikut keadaan semasa.Steven Gerrard player Liverpool yang dah berapa tahun main kat Liverpool pun dah 3 kali upgrade gaji.Kalau gaji tak satisfied,jadilah macam Ronaldo,blah je dari MU pergi Real Madrid.

Masalahnya kat sini,rakyat nak renew,tapi dorang kat atas tu tak nak.Kalau dah tak nak tu,

terminate aje lah!apa susah2.

Oh Me said...

ye terminate je kontrak sosial ni...Ni bumi Allah bukannya Melayu sorang je punya..

Melayu takkan tak makan tanpa kontrak social ni..

melayu boleh hidup tanpa kontrak sosial ni...Sampai bila nak jadi bangsa yang makan suap je...

Basuh Baju said...

oh me: aku tak berpandangan kita perlu kontrak sosial utk manjakan org melayu..

aku rasa kita perlu kontrak sosial sebab ia mengikat kita dari bertindak secara ekstrimis.

cthnya: bila ada kontrak sosial ini, msg2 tau apa hadnya dan juga tahu apa hak mereka.

mslhnya skrg had dan hak yg dipersetujui dulu sudah tak relevan. itu je..

Nami: nak review pon payah. nak terminate lg pyh bro. kalau kontrak pemain bola tu adalah jgk tarikh luput. kontrak sosial ni sampai tahun berapa? haha

Mukminin. said...

akad - penghalalan antara bukan muhrim dgn ikatan yg sah

Taklik - perjanjian antara suami kepada isteri...


sekian.

Raja Syahrul Helmi said...

apakah kandungan kontrak itu? aku x pernah tgk. antara siapa dgn siapa? ada dalam perlembagaan ke?

Oh Me said...

"aku tak berpandangan kita perlu kontrak sosial utk manjakan org melayu.."

ya aku pun setuju...Ibarat nak mengajar anak berenang. Kita kena berani lepaskan budak tu berenang dilaut dalam...setakat nak ajar di berenang di pesisir laut, sampai bila di nak mahir ?

begitu jugalah tentang kontrak sosial ni...

Semua pun tau, nak kasi sesuatu bangsa tu pandai , bijak dan berani kita kena lepaskan mereka survive sendiri...

Bangsa2 yang bersusah payah ,struggle adalah bangsa yang akan berjaya dikemudian hari. Dan bangsa yang dimanjakan sekarang, sampai bila dia susah nak berdikari...

Semua orang tahu tentang itu...tapi kerajaan takut nak 'lepaskan' sistem kontrak sosial tu sebab ianya bersangkut paut dengan politik dan kuasa...Kita kena faham yang tu...Or in other words, kita kena faham kenapa kontrak sosial tu harus 'wujud'

selamat Berbuka :)