Monday, August 17, 2009

Persoalan di Permatang Pasir

Macam mana kalau calon Barisan lebih berkelayakan, lebih berkebolehan, lebih bijak, lebih hebat dan lebih cool daripada calon Pakatan? Adakah rakyat di sana akan berubah memilih Barisan? Sedangkan parti-parti dalam Barisan sudah kurang kredibilitnya dan semakin ditolak rakyat.

Macam mana pula kalau calon Pakatan tidak hebat, tidak layak, tidak bijak dan tidak ccol seperti calon Barisan? Adakah rakyat di Permatang pasir akan tetap memilih Pakatan? Yelah, Pakatan merupakan gabungan parti poltik yang semakin diterima rakyat terutama golongan muda.

Macam mana agaknya kalau calon Barisan dilihat korup, sombong dan tidak mesra rakyat? Penyokong Barisan masih mahu mengundi calon itu?

Macam mana agaknya kalau calon Pakatan dilihat islamik, bersih dan mesra rakyat? Adakah penyokong Barisan akan berubah sokongan?

Macam mana?



ps: kalau kita terikat dengan parti-parti politik, mesti kita berasa susah nak menjawab persoalan-persoalan ini. Sebab apa? Sebab bagi kita, yang penting ialah parti sendiri menang. Tak kisahlah calon kita bagus ke tidak. Asalkan parti sendiri menang dan parti lawan kalah, walaupun calon mereka jauh lagi bagus. Ini merupakan salah satu contoh di mana minda kita terikat dengan parti-parti politik..

Jadi bagaimana nak jadi bijak dan bebas? Jawapannya: jangan berparti. Jangan terikat dengan Barisan ataupun Pakatan. Dengan cara ini kita dapat menilai calon-calon yang bertanding dengan lebih rasional. Kita akan melihat melangkaui garis parti politik. Siapa yang layak, dialah kita undi. Tak kisahlah dia Pakatan atau Barisan.

Ini barulah kita panggil wakil rakyat. Bukannya wakil parti.

15 comments:

Raja Syahrul Helmi said...

ini pendapat yang amat bernas sekali! alang - alang hapuskan saja sistem kepartian dalam negara ni...

Cob Nobbler said...

Hmm..serba salah.Nak pangkah berpakat tapi berpakat flip flop pulak.Dulu berbaris runtuh rumah kat Berembang geng berpakat merusuh.Dah menang berpakat pulak runtuh rumah kat Buah Pala.

Nak undi berbaris banyak pulak mungkin sang korup.

Tak pergi undi karang 'hantu' tolong undikan.

Senang,rosakkan undi.Lagi bagus.

Hasbullah Pit said...

Sistem demokrasi sekarang membuatkan sokongan ke atas calon ditafsirkan sebagai sokongan terhadap parti.
dan sebaliknya.

Dalam sistem Perwakilan Berkadar MMP, pengundi boleh memilih calon yang bukan parti dia tetapi tetap undi parti yg dia suka.

Unknown said...

tidak setuju! kita perlu berparti.

jika tidak suka perti sedia ada, buat parti baru.

kalau tak mampu buat parti baru, tolong pulihkan parti sedia ada.

Nafastari said...

Hmm... Basuh Baju, saya rasa anda punya cadangan yang baik. Tapi ianya tidak praktikal jika semakin orang kurang berparti atau kebanyakan orang tidak berparti. Biarlah orang yang ingin berparti terus dengan perjuangannya dan yang tidak mahu berparti dengan caranya tersendiri. Mereka ada peranan masing-masing yang tidak boleh dipandang remeh dalam negara yang mengamalkan pilihanraya seperti Malaysia. (Usah diambilkirakan negara yang tidak mempunyai parti politik kerana tentu sekali cara pembentukan negara mereka berbeza dengan konteks kita di Malaysia).

Pemilihan tetap akan berlaku dan mereka tetap harus memilih. Menjadi ahli kepada sesuatu parti tidak bermaksud mereka mereka akan mengundi parti tersebut. Ramai saja orang yang menjadi ahli sesuatu parti tetapi tidak mengundi parti tersebut. Kerana manusia yang matang dan berpendirian akan mempunyai pendirian yang tersendiri sewaktu membuat pemilihan.

Basuh Baju said...

yes, aku dah nampak dah apa yg korg keliru.

aku bukannya mahu mewujudkan sistem tak ada parti lgsg kat malaysia ni.

bila aku ckp kita bukan berpakat atau barisan, bukan bermakna aku nak dua2 parti ni dibubar dan kita semua tak ada parti poltiik.

ini pndgn yg salah.

apa yg aku cuba sampaikan- kita tak perlu pun nak jadi ahli kedua2 pihak ini.

aku petik ayat nafastari "Ramai saja orang yang menjadi ahli sesuatu parti tetapi tidak mengundi parti tersebut."

so, kenapa perlu nak jadi ahli parti? apa rasionalnya?

satu lagi yg kurang jelas kat sini ialah: aku tak kata bila kita tidak berparti yg kita tak perlu mengundi. aku maksudkan bila kita tidak berparti kita akan mengundi dgn lbh bijak.

baca post aku btl2.. kan aku ckp, kalau kita tidak cenderung atau taksub ke mana2 parti, kita akan menilai calon. bukan parti.

faham btl2.

apapun, teruskan memberi pandangan. sebabnya aku pun memperbaiki pandangan aku jg.. :)

Basuh Baju said...

yobsumo: buat parti baru atau baiki parti lama?

mcm mana parti pun, kalau minda rakyat kita tak bebas, tak guna jgk.

ok, apa yg aku mksdkan dgn rakyat ygbebas pemikirannya terutama dlm isu poltik ni?

senang shj. rakyat yg boleh melihat sesuatu isu itu dari dua perspektif. maksudnya kalau isu hina Islam baru2 ini- kita akan lihat dari sudut Barisan dan juga Pakatan.

kemudian kita akan buat kesimpulan sendiri ttg siapa yg salah dan siapa yg betul.

masalahnya skrg, ramai rakyat kita terutama generasi lama terlalu taksub dan mudah beremosi dgn sentimen parti.

kalau dia org Barisan, apa yg barisan kata- semuanya betul. begitu jgk dgn org pakatan.

mereka tidak mahu mengaku salah walaupun terbukti salah hanya kerana mereka ahli pakatan.

nampak tak apa yg aku cuba sampaikan?

mgkn kau blh ckp yg kita jadi je ahli mana2 parti tp tak bermakna kita akan undi parti itu.

ya, mmg betul tp soalan aku berapa ramai org begini?

aku masih percaya jumlahnya tak ramai.

Dari Jalan Kopi said...

sumpah. ini yang paling susah aku nk buat. tak berparti dan bebas.

agak-agak lepas ni bolih tak aku melepak di kopitiam dengan brahim ali?

saat omar said...

Undi je pakatan Rakyat habis cerita...pakatan Rakyat kalau letak sesiapa pun boleh menang...orang yang tak tahu eknomi? orang yang tak tahu pasal Socialist?orang yang tak tahu pasal politik? Semua boleh menang....
letak orang bisu orang pekak pun boleh menang....

percaya tak cakap aku?

Basuh Baju said...

Darijalankopi: apa pulak susahnya? tak perlu nak taksub dgn barisan dan pakatan.

ko lepak dgn hassan ali lg best..haha

saat omar: betul. sebab mentaliti rakyat kita, diorg bukannya kisah sgt calon tu menang atau kalah. yg diorang kisahkan ialah parti politik yg mereka sokong menang.

tak kisahlah kalau calon pihak lawan tu lagi bagus. tp kerana calon itu tersalah berada di dalam parti yg kurang popular..

Nafastari said...

[aku petik ayat nafastari "Ramai saja orang yang menjadi ahli sesuatu parti tetapi tidak mengundi parti tersebut."

so, kenapa perlu nak jadi ahli parti? apa rasionalnya?]

Itu kamu kena tanya dengan orang yang berbuat demikian, tapi memang perkara tersebut pernah berlaku. Saya pernah dengar sendiri orang membuat pengakuan seperti itu.

Saya rasa kalau ada orang hendak berparti biarkanlah, dan jika ada orang tidak hendak berparti juga biarkanlah. Kerana jika tiada pendokong dalam sesuatu parti lalu kita pun tidak tahu apa dan ke mana rah tuju parti tersebut.

Saya sendiri belum menjadi ahli mana-mana parti politik, tapi saya dengan jelas tahu apa yang saya mahukan ketika membuat pilihan.

Basuhbaju, saya rasa anda juga keliru. Anda menulis, "aku bukannya mahu mewujudkan sistem tak ada parti lgsg kat malaysia ni.
bila aku ckp kita bukan berpakat atau barisan, bukan bermakna aku nak dua2 parti ni dibubar dan kita semua tak ada parti poltik".
Tetapi kemudian anda juga menulis "apa yg aku cuba sampaikan- kita tak perlu pun nak jadi ahli kedua2 pihak ini".

Jadi, apa sebenarnya pandangan anda? Jika semua orang akan mengikut nasihat anda (supaya tidak berparti), jadi siapa nanti yang tinggal untuk membentuk sesebuah parti supaya rakyat mempunyai pilihan untuk memilih mereka?

Anonymous said...

To Guru kata pilih PAS Masuk Sorga...

Basuh Baju said...

nafastari: hmm..betul juga apa yg ko ckp ttg kekeliruan dlm pndgn aku..

tp kita perlu ambil kira jg situasi yg ko andaikan itu sbnrnya tak mgkn berlaku.

mana mgkn semua org akan tidak berparti. begitu juga mana mgkn jg semua org akan menjadi ahli parti.

aku rasa kita dh berbincg agak lari dari topik yg aku cuba sampaikan.

perkara utama ttg posting ini ialah kita perlu berfikir di luar pengaruh parti politik. Kita perlu menyokong apa yang benar tanpa melihat siapa yang lakukan.

Itu shj..yg ptg, jgn taksub terhadap mana2 parti politik..

Riise said...

bernas idea. ini masalahnya, kita tak berpihak, tapi calon tu berpihak. kalaupun calon tu bangkang ISA, tapi kalau partinya pro-ISA, kemungkinan ISA akan dimansuhkan amatlah tipis. begitu jugalah dengan hal-hal lainnya. calon itu mungkin hebat, tapi kalau partinya sampah, macam mana pula.

balqissy said...

ok, basuh baju. ada sikit nak utarakan di sini. dulu pun, qissy fikir. kenapa nak berparti, tapi bila baca tulisan kamu ni, buat saya tersedar.

kalau kita tak terikat dengan parti. contoh: di kawasan kita tu, calon Umno sangat bagus. memang baik budi pekertinya (haha), sangat bagus dalam menjalankan tanggungjawab kemasyarakatn maksudnya.

tapi, bagaimana pula dengan tempat lain? jadi, Malaysia bagaimana pula? akan diperintah oleh kuasa yang lebih besar.

dan, harus diingat, kuasa boleh makan manusia. hanya manusia yang tawadhu' pada Allah sahaja akan tunduk. yang lain, memang boleh ancur jika kuasa dan duit sudah di depan mata.