Thursday, August 27, 2009

Apa yang penting?

Kita dikatakn dalam dunia kapitalis apa yang penting bukannya kerjsama. Sebaliknya apa yang penting ialah duit. Memang benar duit bukan segalanya. Tetapi segalanya memerlukan duit. Ini hakikat. Dalam hidup seharian kita, semuanya berkisar tentang duit.

Kita pergi kerja, buat kerja, mintak kerja, cari kerja- sebab nak duit kan? Mungkin ada yang kata sebab minat dan kerjaya. Tetapi tipulah kalau duit bukan faktornya. Kalau tak kenapa semua sibuk nak jadi doktor, engineer, arkitek, akauntan? Sebab gaji besar kan? Cuba kalau kerja arkitek gajinya macam orang kerani, tak adanya budak-budak ni sanggup tak tidur malam terkejar-kejarkan gelaran 'AR' tu. Samalah jugak dengan gelaran 'DR' mahupun 'IR'. Mungkin ada yang kata 'eh mana ada, ibu bapa yang suruh.' Ibu bapa kita pun suruh kita ambil bidang tu sebab bidang tu lumayan. Masyuk. Yelah, nama pun ibu bapa. Mesti nakkan yang terbaik untuk anak-anak.

Kita pergi sekolah, masuk kolej, daftar universiti- pun sebab duit jugak. Sebabnya bila kita belajar, kita dapat ijazah. Bila dapat ijazah, kita boleh kerja best-best. Kerja best-best dapat duit pun best. Sekali lagi, sebab duit jugak. Cuba kalau kita bagi pilihan kat budak-budak ni 'tak payah ada ijazah dah boleh kerja.' Tup tup universiti sunyi dan lengang. Tak ramai orang yang masuk ke universiti kerana ilmu. Betul, tak ramai.. Ilmu apanya kalau universiti dah macam kilang pekerja. Bukannya meneroka cabang ilmu yang baru. Pelajar bagi pandangan lain sikit- dah dikira salah. Tak ikut skemalah. Tak sama dengan bukulah. Pro-pembangkanglah.

Masa nak belajar pun duit jugak yang penting. Orang apply PTPTN- sebab nak duit bukan sebab hobi atau trend semasa. Samalah jugak kenapa pelajar mengejar biasiswa. Boleh jalanlah kalau ada pelajar nak biasiswa kerana alasan 'saya ingin menyumbang kepada negara....bla bla bla....'. Ini tipu besar. Kalau biasiswa tu tak datang dengan duit, harapanlah orang nak mintak.

Itu belum kira lagi kenapa ramai orang bercerai- sebab kebanyakannya tak cukup duit. Kenapa orang sekarang kahwin lambat- sebab nak tunggu duit cukup dulu. Kenapa orang melacur, merompak, mencuri. memeras dan menipu- sebab nak dapat duit dengan cara senang atau dah tersepit.... Kenapa itu, kenapa ini..Pendek kata- duit adalah numero uno, nombor satu.

Sekali pandang bunyinya cukup negatif kan?

Sebenarnya tidak juga. Duit adalah motivasi kepada setiap manusia di muka bumi ini. Duit adalah penggerak. Duit adalah pendorong. Tanpa duit, manusia tidak ada sebab untuk melakukan sesuatu. Yelah, nak kejar apa lagi dalam kehidupan seharian. Buat apa pergi kerja susah-susah dan sesak-sesak. Buat apa belajar sakit kepala sampai tak tidur. Baik buat tak tahu dan jadi malas. Setidak-tidaknya duit menjadi sesuatu alat untuk dikejar.

Okey, orang muslim yang berpandangan sempit mesti akan kata 'kita diciptakan di muka bumi ini untuk beribadahlah. Bukan duit!' Yelah, mencari rezeki (duit) juga adalah ibadah. Kalau tak, macam mana nak bayar zakat. Zakat hanya boleh dibayar jika ada keuntungan. Keuntungan itu duitlah. Lagi satu, tak cari duit, mana nak cekau duit untuk sedekah.

Ikut hierarki Moslow pun, manusia ni memang perlukan penghargaan peribadi. Dalam bahasa omputih kita sebut personal gains. Nak tak nak dalam diri kita memang ada perasaan ingin mendapatkan sesuatu. Ingin dihargai. Ingin selesa. Ada yang nak kereta besar, rumah besar, makan besar dan dompet besar. Kalau tak ada duit, mana nak dapat semua benda ni?

Okey-okey. Aku tau mesti ada yang nak kata ' ha itulah masalahnya. Semua orang nak benda besar-besar. Mana cukup nak puaskan nafsu manusia ni. Ingat sumber di muka bumi ni cukup ke?'

Betul. Tapi itu jenis orang yang tamak. Jenis balun tak tengok kiri kanan. Jenis tak fikir orang lain. Individualistik. Tapi adakah masalahnya ialah duit? Tidak. Ini masalah sikap. Bukan duit. Duit adalah alat sahaja. Diri kita sendiri yang menguruskannya. Maknanya terpulanglah pada diri. Betul cara kita belanja- betullah hasil. Salah cara kita belanja- salahlah akibatnya.

Ingat- jangan sampai jadikan duit sebagai tuhan. Itu sahaja. Ingat juga- duit bukan punca segala kejahatan. Puncanya ialah diri manusia. Dan duit bukan manusia. Kalau tak wujud duit pun, manusia tetap buat kejahatan.

Apa yang penting? Kerjasama? Duit? Salah. Yang penting ialah perangai diri sendiri.

27 comments:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

waduh...bab ekonomi nih...hancus wa beb..kapitalis ke imperialis ke...sume tu duit!

Marniyati said...

Salam.
Nah, siapa kata Basuh Baju tidak boleh menulis selain daripada isu politik? Catatan yang bagus.

Hakikat yang terpaksa kita akui adalah sama ada kita sedar atau tidak, kita juga menyokong fahaman kapitalis. Kerja untuk duit. Kerja untuk kaya. Kerja untuk hidup senang, kalaupun tidak mewah.

Paling menyedihkan apabila fahaman kapitalis ini akhirnya 'menelan' erti kemanusiaan yang seharusnya subur dalam diri kita. Pijak, humban dan bunuh orang lain hanya untuk hidup sendiri. Nauzubillah...

<< s| tED| >> said...

tanpa duit manusia mmg tidak boleh beruat apa-apa. makan tdo semuanya duit!!

kadang2 dengan duit juga org boleh dapat pangat turun pangkat.

beli orang jual orang.. :)

Duit adalah Nyawa pada mereka yang tidak berduit!

Che La said...
This comment has been removed by the author.
Che La said...

semua di atas adalah benar belaka

mamai said...

aku kerja sebab aku nak hidup..
kalau aku nak hidup dalam dunia sekarang aku perlu duit

kalau perlu duit aku kena kerja dengan siapa aku kerja itu aku tak kira janji kerja aku sah dan halal...

tapi duit bukan untuk semua tapi kalau nak semua perlua ada duit

mOEha Aziz said...

salam tuan tanah,

duit, duit, duit... entry yg bagus

Junah said...

Salam,

apa cita-cita budak-budak Melayu dan India, "keluar dapat kerja bagus gaji besar".

Apa cita-cita budak2 cina,"keluar jadi bos dapat UNTUNG BESAR".

Hei bukan salah kaum. Sapa usaha dia berjaya.

zedmagel said...

Salam Ramadhan Bro Basuh Baju,

Duit memang perlu, jika tak banyak pun biarlah mewah dengan duit. Saya setuju dengan pandangan dan kupasan bro.

Tapi bukan segalanya kita boleh beli dengan duit. Saya pernah melihat duit dan harta yang bertimbun tidak mampu membeli nyawa dan merawat penyakit. Tidak mampu membeli budi dan dosa sendiri. Duit yang banyak hanya memutuskan perhubungan anak isteri dan adik beradik serta saudara, saya pernah melihatnya di depan mata sendiri.

Tapi percayalah hidup kita akan lebih hina dan dina tanpa duit. Orang kaya lebih di kasih Allah, jika dia dermawan dan tidak kedekut. Orang miskin akan dibenci Allah jika dia miskin dan kikir.

Orang Kaya lebih mudah menuju jalan ke syurga ( bukan masuk syurga macam tok guru cakap ) , jika wang dibeanjakan ke jalan Allah. Orang miskin lebih mudah terjerumus ke neraka jika kemiskinannya membawa kepada kekufuran.

Tapi pandangan bro juga tidak tepat :

Janganlah kita menjadi hamba duit, kita belajar dan menuntut ilmu bukan kerana mencari duit, tetapi kerana norma kehidupan manusia di dunia.

Bukan semestinya mereka DR dan IR mempunyai duit yang banyak, seorang IR dan DR hanya menyewa rumah dan pakai Iswara dan seorang pakcik di kg saya yang tidak bersekolah hanya berkebun sawit memiliki bunglow mewah dan Mercedes / BMW 3 dan 4 buah. Ilmu akan menjana duit dan bukan belajar nak cari duit....

Fikir-fikir bro ....salam dan selamat berbuka puasa.

Basuh Baju said...

zedmagel: bro kata, kita belajar kerana norma kehidupan msyrkt? aik, ni mcm tiru org la kan? sbb apa tiru? sbb kita tgk sape yg belajar kos tertentu akan dpt gaji sekian banyak..jadi mana niat sbnr kita? kan? :)

laaa, sape kata DR, IR mahupun AR yg ada skrg ni hidup mewah..tidak..tp setuju atau tidak mereka ni golongan profesional yg mana gaji mereka kira baguslah dibandingkan dgn kerja lain..

hidup nak mewah ni dtg daripada berniaga..

kalaupun DR, AR, IR ni kaya raya, ia ttp tak salah kan..dh dorg belajar teruk2, itulah ganjarannya..cuma yg jadi masalah, bagaimana org2 yg byk duit ini tidak kira pakcik di kg mahupon DR, IR dan AR membelanjakan wang mereka..

itu shj..

apa yg penting? :)

Lionel Azry said...

kerjasama itu penting! :P

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Baru tengok History Channel Semalam yg berkaitan; "Greed is Capitalist".. good..;-)

endiem said...

wonderpet cakap : "apa yang penting.. kerjasama" nanti lain kali tukar " apa yang penting...duit" tentu tak sedap lirik tu.!!

sang kegelapan said...

tukar itu duit..bina ekonomi negara islam yang tersendiri..bende yang sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil..dan....di akhir hayat dunia nanti segalanya akan kembali ke asalan..

aku said...

duit amat penting..
tapi duit tak boleh beli semua perkara.

nami o fish said...

nko rasa reason d'etre manusia ni adalah wang?

hmm..bagi aku la,penciptaan wang ini bermula apabila orang ingin permudahkan urusan perniagaan.dulu kalau saudagar unta bawak jagung,dia nak bawak balik padi.memang susah,terutamanya nak mengagihkan keuntungan.

Tapi kalau nko baca teori Causality or cause or effect,Aristotle kata,

"things that happen must have reaction and consequences".

Setiap apa yang berlaku,pasti ada reaksi dan akibat.

Kalau Pakatan menang mesti reaksi Muhyiddin makin tension dan akibatnya kita menerima berita bangang dari media.

Kalau ada yang untung,mesti ada yang rugi.

Tak caya?

Cuba pergi Bazar Ramadhan hari ni,survey harga lauk pauk,harga nasi dengan harga air.Nko rasa berbaloi tak nko beli murtabak 3x3 inci berharga RM2.50?

Harga biasa - lagi besar - RM2 je.

Bermakna bila peniaga buat untung,yang ruginya adalah kita.

Bagi aku reason d'etre kita di muka bumi ini adalah untuk mengenal Tuhan.

tak kiralah Tuhan apa nko sembah.Kalau atheist Tuhan mereka adalah sains dan Big Bang.

Tapi kalau nko kata reason d'etre kita di sini sebab wang,hmm..dari lahir sampai ke mati hidup dengan wang,

aku tak tau la kita bergantung harap dengan siapa.Wang ke Tuhan.

p/s:Jangan sembah wang.Wang bukan segala-galanya.

Basuh Baju said...

Nami: Bermakna bila peniaga buat untung,yang ruginya adalah kita.

aik? apa yg ruginya? Kalau ko kata peniaga jual murtabak, kita nak rugi apanya bila beli. Kita dapat murtabak lah. Dia dapat duit..hehe

peniaga jual mahal? Kita ada pilihan. Kita boleh beli di kedai yg murah.

beb, pasal raison d'etre tu aku silap..hoho mmg salah. bukan sebab utk wujud..

aint-super-woman said...

Duit memang sangat perlu. Tapi buruknya kalau manusia jadi MATA DUITAN. Buruknya kalau duit jadi TUAN. Hancussss gua cakap lu... :)

miss GAZA said...

alahai zmn skarang..

no money no talk..

eh!

apa yg penting??

bangunberdiri said...

jum lepak sunway sabtu ni,
nko free x?

Syahrul Helmi Mohd said...

aku akan buat mcm fight club tu hancurkan ekonomi seluruh dunia bior sume x payah pakai duit... memburu mcm dulu. lagipon aku rasa baru aje manusia ni guna duit. beratus ribu thn sebelum ni x pakai pun duit. diorang pakai lembing nak makan. tp aku tetap nak duit sebab aku nak ngorat pompuan, hehehe

mendewa said...

Memang ada benarnya catatan saudara.
Kita selalunya lupa untuk mencari reda Allah dalam kehidupan ini. Oleh yang demikian, pandangan mata dan hati selalu melihat kebendaan terlebih dahulu.

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

"Ingat- jangan sampai jadikan duit sebagai tuhan. Itu sahaja."

Brutally truth. People of 1Malaya should come here and read your blog, then only they will open their eyes.

imHepPie said...

haihhh tringin nk tgk wonder pets lak tetiba..

slalu tbayangkn algkh beshnya kalo daun pokok yg jatuh tuh btuka jdik dwet..alngkh bahgianya idop..ngeh2..

Ikanbilis said...

Aper yg pnting?


KEJE...sAME!


..yang penting adalah Kesihatan/nyawa..

duit banyak tapi saket..tak guna jugak..

duit banyak tapi tension..tak guna jugak..

duit banyak..tapi banyak hutang..masalah jugak..


~ jangan jadi hamba duit

karl said...

Salam.

Duit cuma sekadar salah satu simbolik kuasa. Kuasa untuk membeli, kuasa untuk merasuah, kuasa untuk mengayat awek, kuasa untuk mengupah tok bomoh untuk menyantau orang.

Lebih banyak duit, lebih banyak kuasa yang boleh dimiliki.Zaman sebelum wang kertas dicetak, manusia memuja emas dan perak.

Manusia dikurniakan akal yang patut digunakan sehabis mungkin untuk menilai di mana letak duduknya sesuatu perkara. Akal tanpa panduan hidup (dalam konteks Muslim, syariah Islam lah) akan pincang juga. Tak adil menyalahkan kertas bercetak di atas kepincangan akal manusia dalam menentukan mana yang hak dan batil.

Basuh Baju said...

ramai yg kata jgn jadi hamba duit..tp benarkah apa yg kita kata itu dtg dari hati?


betul..duit bukan yg plg ptg..tu yg sy ckp- yg ptg ialah diri kita sndiri..ada byk duit, tingkatkanlah kesihatan..ada duit, tambahkan ilmu..ada duit- bykkan beramal utk hati tenang..

:)