Sekarang ini gosip-gosip mengenai sistem pendidikan di negara kita masih belum reda. Gosip-gosip ini nampaknya sudah berlanjutan berpuluh tahun lamanya. Saya agak hairan mengapa gosip mengenai sistem pendidikan kita masih belum berakhir? Apa yang ingin dicapai sebenarnya? Bila saya bertanya- jawapan yang muncul ialah 'melahirkan pelajar yang holisitik dalam semua bidang.'
Sekali baca, pernyataan ini cukup comel. Entah apa yang holisitik pun saya tidak faham. Kalau plastik tu dapatlah jugak saya bayangkan rupanya. Lalu saya terfikir sesuatu- Pelajar kita ni kerjanya belajar sahaja ke? Pergi ke sekolah dengan menggalas beg besar-besar. Di dalamnya pula buku teks berkilo-kilo. Balik dari sekolah, kerja latihan bertimbun-timbun. Siang bersekolah malam bertuisyen. Adakah ini hidup seorang pelajar? Hanya belajar semata-mata?
Saya kira sistem pendidikan kita terlepas pandang satu aspek yang sangat penting dalam pendidikan pelajar kita. Aspek itu ialah SUKAN. Sukan di sekolah telah dipinggirkan sama sekali. Sukan telah ditolak ke tepi oleh sains dan matematik. Sukan telah dibungkus oleh Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sukan dilihat sebagai sesuatu aspek yang tidak penting dalam pendidikan seorang pelajar.
Untuk kita melihat kesahihan fakta ini tidak susah. Cuba kita tanya diri kita, adakah sukan diberi keutamaan kepada pelajar-pelajar? Adakah ibu bapa mengiktiraf kepentingan bersukan? Jawapannya tidak. Ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka aktif bersukan. Katanya nanti pelajaran terganggu. Jika kita lihat pun, ibu bapa sanggup berhabis beribu ringgit demi tuisyen bahasa inggeris. Ada yang sanggup memanggil cikgu datang ke rumah lagi untuk mengajar sains dan matematik. Satu persoalan: Ada tak ibu bapa yang sanggup berhabis duit demi anak-anak mereka bersukan? Tidak. Eeelek.
Cuba kita lihat di sekolah pula. Sekolah hanya menghargai pelajar yang pandai. Yang dapat no 1,2,3 baru boleh naik ke pentas. Yang dapat semua A baru dapat hadiah dan sijil. Hasilnya semua pelajar sibuk mengejar 'cemerlang dalam pelajaran sahaja'. Kemudian, setiap kali perhimpunan, ada pengetua atau guru besar mengajak pelajar-pelajar untuk turun bersukan dan memeriahkan padang sekolah? Tak ada.. Semuanya bercakap tentang pelajaran itu pelajaran ini...
Masih tidak percaya? Sila pergi jenguk-jenguk di sekolah. Kira berapa luas padang bolanya. Periksa ada ke tidak tiang gol. Tengok berapa banyak kayu hoki di stor sukan. Cukup ke tidak. Masih elok atau sudah rosak. Satu peringatan: Jangan terkejut kalau terjumpa sekolah yang tiada sebuah padang pun. Perkara ini merupakan fenomena biasa di sekolah-sekolah Malaysia. Yang konfem ada di sekolah Malaysia ialah makmal komputer.
Lepas jenguk di sekolah, sila tanya pula berapa banyakkah masa yang diperuntukkan untuk bersukan di sekolah? Selalunya sejam seminggu, Itupun kadang-kadang masa itu diambil untuk diajar subjek-subjek lain. Kemudian sila perhatikan berapa ramaikah cikgu jasmani yang benar-benar layak untuk mengajar? Sila berasa kagum bila melihat cikgu-cikgu jasmani di sekolah kita hanya berbaju kurung dan bertali leher untuk turun ke padang. Mungkin inilah rahsia kejayaan Malaysia di dalam arena sukan.
Di akhirnya jika kita masih tidak percaya sukan adalah penting dalam sistem pendidikan, sila tanya kepada pelajar-pelajar kita. Soalan yang perlu ditanya ialah 'Apakah subje kkegemaran anda di sekolah?' Saya amat yakin jawapan yang diberi ialah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan- PJK. Penting kan?

22 comments:
Aku lah murid pertama yang akan jawab.."Saya benci sukan dan subjek PJK"....termasuk pendidikan seni(lukisan dan aktiviti kerastangan)...
kerana apa???kerana memang tidak berbakat walau telah mencuba selama berbelas tahun!
BB,tak suma pelajar yang suka,zaman saya sekolah dulu ramai yang menyorok dalam tandas bila waktu pj...zaman sekarang ni,anak2 saya juga kurang berminat kerana cikgu hanya memberi tumpuan kepada mereka yang berbakat sahaja...
Jom lawan badminton.
bowling sukan x? main jgk la..
Salam.
Zaman sekolah dulu, memang saya suka waktu PJK. Sebab? Itulah masanya boleh berlari dan menjerit sakan sesuka hati tanpa dimarahi. Memang betul, penekanan untuk mata pelajaran ini seringkali diketepi dan biasanya pelajar cemerlang di padang adalah pelajar yang jarang cemerlang dalam kelas akademik. Jikalau pun ada, biasanya hanya boleh dikira dengan jari sebelah tangan sahaja untuk setiap satu sekolah.
Anak saya (7 tahun) hari ini pun suka mata pelajaran PJK, biasalah kanak-kanak memnag suka aktiviti main (PJK hanya istilah saintifik untuk 'main-main sesuka hati')... tetapi setiap kali pulang dari sekolah pada hari Jumaat (PJK hanya ada seminggu sekali, pada pagi Jumaat), pasti dia akan mengadu "Hari ni abang duduk dalam kelas aje, Ma... Tak pergi padang pun.. Cikgu suruh duduk dalam kelas aje"
Apa lagi nak dikata? Heehehe..
aku suka subject sukan berbanding subject lain...
pasal sukan tak payah nak ada test lagi pun tak perlu bawa buku just bawa baju...
bersukan menguatkan minda....
dibenci... kerana guru2 yg mengajarnya bukan guru2 pjk yg terlatih... tengok kat mana2, yg mengajar pjk adalah guru2 tempelan yang nak mencukupkan waktu mengajar. bukan salah cikgu... tetapi salah pengagihan guru ke sekolah2
pengalaman saya semasa bersekolah tahun 70an dulu, cikgu yg mengajar memang cikgu pjk terlatih, cik kathy... best.. diajarnya teknik2 bermain netbal, bola keranjang, hoki, ping-pong, tak pandai main pun tak apa, tapi ada pendedahan....
sekarang...? mmm, hampas.. cikgu pjk adalah 5 orang, nak ajar 2000 pelajar... camana, terrpaksalah ustazah ajar, cikgu sc ajar, cikgu bm tolong ajar...
Teringat kata-kata guru sukan sekolah aku dulu yg memang kaki bola.
"Ramai budak2 sekolah yg berbakat dalam bola sepak, juga cemerlang dlm akademik. Selalunya bila masuk U, mereka lebih menumpukan pada akademik, dan kian lupakan sukan. Kalo nak bersukan semula pun mungkin setelah bekerja nanti. Sayang sekali. Sebab kesannya nnt, tinggallah budak2 kurang "cerdik" sahaja yg akan bergelumang dlm dunia sukan. Sebab tu sukan negara kita payah nak maju. Sebab tu jgk kita tgk pemain bola kita, selalu "main mcm x ada otak". Abis, apa nak buat, otak diaorg mmg bukan kategori "atasan" sejak sekolah lagi. Yg otak2 "atasan" semuanya dah fokus pada kecemerlangan akademik demi masa depan".
Aku fikir-fikir balik, mmg logik la ckp cikgu aku tu. Dia berfikiran jauh ke depan. Sukan juga adalah sejenis cara beradu kepintaran. Kalo harap bakat aje semata-mata, susah tu...
Beb,
Persatuan Sukan pun menteri-menteri,raja-raja yang pegang.
So,mana nak datang atlit cemerlang?
Kat Europe Michel Platini player Juventus boleh jadi Presiden UEFA.
Kat Malaysia Sultan Ahmad Shah player Genting PC(Poker Club) jadi presiden FAM.
Manalah nak maju beb..hahaha!
BB,
kalau ikut pengetahuan saya dan cerita2 orang, kalau di SBP tu budak yang sukan mcm orang gila tulah budak yang cemerlang dlm akademik. sbb kalau result kantoi cikgu x bagi wakil sekolah. tak tau la plak sekolah luar...
persoalan-nya kalau ikut pendpt saya la, selepas habis sekolah, bakat sukan itu diketepikan dah. tu yang hasil kita tak nampak tu. imho jela..

hehe... Aku sokong... Aspek sukan amat penting... Walaupun tidak speenting Sains dan Matematik, tapi sukan sepatutnya menjadi teras dan asas kepada kecemerlangan seseorang pelajar...
Takkan nak tengok rakyat tak sihat + tak pandai bersukan dan hanya tahu membuta waktu petang di rumah... Betul tak?
Hai: PJK bukan utk yg berbakat sahaja. Bersukan ni utk budak2 bergembira, belajar skil2 sprt kerjsama, leadership, etc...
kalau hendak belajar kerana berbakat shj, camtu sape pelajar yg lemah dalam math, xpyh bljr math..hehe
yg ptg- cikgu jgnla pilih dan layan yg berbakat je..kan? :)
DIK AN: Badminton? tutup mata sambil pakai singlet je..haha
batu seremban ar kalau berani..haha
lalink7: bowling dan golf ni aku tak tau lah nak cakap sukan ke tak. kalau nak kata sukan ni benda yg berpeluh2- berkebun pon bersukan jgk la kan?
tp bagi aku at last- tujuan bersukan ni utk sihatkan badan dan minda. aku rasa bowling ni sihatkan minda juga. dapat hilang stress..wlpn kadang2 merabakkan poket..haha
Marni: Salam,
Itulah pentingnya bersukan ni. Bakat atau tidak- itu soal no 2.. yg kita mahu, biar pelajar kita berpeluh2, dan cerdaskan minda.. ni kalau asyik tatap buku dan papan putih je- mana ada life kan :)
Kalau dah camtu kesnya Cik Marni: biarkan anak2 main di waktu petang. Kalau diorang tak nak- paksa juga sprti saya paksa adek2 saya..hehe yelah,asyik main game je. tak elok.. :)
Mamai: aku pun suka jgk. paling best tak payah salin baju. pakai je baju sukan tu terus sampai balik.hehe
a kl citizen: maknanya guru2 tak cukup ke atau tak ada guru2 yang dilatih utk mengajar PJK? apapun, yg plg penting- jgnla masa sukan tu diambil utk diajar subjek2 lain. dahla pelajar frust tak dapat pjk, pastu kena belajar bukak buku lg..hehe
haa pandangan seorang guru....
kalau diikut sistem pendidikan sekarang memang agak meminggirkan dunia sukan..tak percaya??tengok jelah mutu sukan negara...
Ada sesetengah sekolah yang memberi perhatian bidang ni...ada sekolah yang langsung tak ambik endah pun.
sekolah sukan pun tak nampak pun hasil terbaik lagi.
Abang terer: kenapa ek kalau kat Mas ni yg cerdik tak pandai bersukan, yg tak cerdik pandai bersukan?
aku rasa ini stgima masyarakat ar yg memandang budak2 kuat main ni jenis tak bijak..
ada pndgn?
ps: tp aku setuju ar pemain bola Mas main takde otak..haha
Nami: sama lla jgk kat sekolah ni pengetua jadi penasihat atau penaung.. semua nak kena green light pengetua baru boleh on..haha
Gman: so mknanya sape tak pandai, wlpn dia berbakat, tak dipilih jadi wakil ke? ini parah ni. apa kaitan kan..
aku rasa masalah yg terer bersukan akan stop pas sekolah sebab:
1- diorang takde tempat dan kelab. Lepas spm je duduk rumah. nak gi main bola- padang takde. kalau ada pon jenis 50 orang dtg main.. pastu, kalau ada tempat pon takde geng. nak ada geng kena masuk kelab. tapi kelab yg ada semua dinaungi org2 politik dan tua..haha
2- pndgn kita sndiri jgk. kita tak pernah fikir yg sukan tu penting. semua anggap sukan ni kelas kedua..
Redz: betul. kalau pandai tahap langit pon tp xde life duduk tercongok depan buku pun apa citer kan..haha
Ada sesetengah guru tak minat langsung bagi komitmen...
Dan satu lagi kerje guru sekarang banyak kearah pengkeranian ,bukan nak ajar sukan nak ngajar pun belum tentu sempurna
Firol: anda seorang guru ke?
so ada tak cikgu2 ni dilatih utk mengajar PJK kat sekolah atau tangkap muat je?
owh..ada dengar jgk.. kerja guru sekarang dah bukan mengajar dah.. tgk masa sekolah pon boleh nampak.. guru sibuk je memanjang..bila tanya- kena isi itu, isi ini..entah apa yg diisikan pun tak faham..hehe
kenapa tak gaji kerani je? atau memang tak boleh?
Nami o fish : Gua sokong...
Basuhbaju: Bukan stigma. Bukan budak2 kuat main tu tak bijak. Tapi banyak juga sebenarnya budak2 bijak yg pandai main. Tapi sampai satu tahap, diaorg buat choices utk lebih tumpu kepada "kebijakan" dan melupakan "main", kerana sukan di Mas kurg menjamin masa depan.
Actually ini realiti aku sendiri. Dulu masa school aku main bola dan takraw. Dua2 leh wakil negeri. Tapi aku pilih takraw. Then bila time2 masuk menengah atas, aku fokus pada akademik, nak skor SPM. Parent aku pun suh slowkan sukan tu, x ke mana katanya. Lain la main golf ke tennis ke, leh la kaya haha. So sampai situ je la sport aku, sampai aku dah keje pun, malas nak aktif balik. Tapi byk ketika yg aku komen2 member yg main sport, bagi improve skill diaorg. Sebabnya aku tgk diaorg main mmg harap bakat semata2, x pandai pakai otak huhu... Diaorg pun ada tya, nape x aku je yg main? Huh, aku x leh jawab hahaha....
abang terer: maknanya sukan kat malaysia ni tak ke mana la ye?
betul la tu. kalau dah budaya sukan di sekolah pun terbiar..apatah lagi budaya sukan di negara kita..
jom main futsal mahu tak? ;)
Lionel: jom! ada team ke?
Post a Comment