Monday, July 20, 2009

Prejudis dan Perbezaan

TAK KENAL MANA NAK TAHU

"
Thus coming to the conclusion that they are the most stupid black blocks on earth - they are coloured black and stink like a garbage dump." Reek.

"Boo pendatang boo." Che.

"Melayu balik ke Indonesialah!" Anonymous.

******************************************************************************************************

Sesuatu yang pasti- kita semua memiliki sifat prejudis di dalam diri. Tanyalah sesiapapun- tak kira orang itu liberal, agamawan, konservatif ataupun radikal- rasa prejudis tetap ada. Rasa saya, selagi mana perbezaan wujud, selagi itulah perasaan prejudis ini wujud. Prejudis lahir daripada perbezaan. Dan prejudis hanya dapat diatasi dengan mengetahui perkara yang diprejudiskan itu. Dalam bahasa mudah, kita berkenalan.

Sebelum itu, apa itu prejudis? Kita selalu mendengar perkataan prejudis tetapi pernah atau tidak kita memahami makna perkataan ini?

Prejudis ialah tanggapan awal yang dibuat tanpa berasaskan sebab yang kukuh. Contoh yang paling dekat dapat diambil ialah keadaan berbilang kaum dan agama di negara kita. Begitu banyak prejudis yang muncul tanpa kita sedari. Tidak percaya? Sila lihat.

Orang melayu sering dikatakan malas, dengki, rasis dan perlukan tongkat. Orang cina pula digambarkan merompak ekonomi negara dan ingin menjual hak melayu. Orang india disebut sebagai suka menipu dan cakap berbelit-belit.

Orang Islam dilihat sebagai umat yang mundur dan pengganas. Mereka dilihat menolak kemajuan, kolot dan berpemikiran sempit. Orang kristian dianggap sebagai cuba mengkafirkan orang Islam dan cuba menggugat agama Islam. Bagi orang Islam, orang kristian dan penganut agama lain adalah musuh mereka.

Inilah antara prejudis yang berlaku di dalam hidup kita.

Cuba kita tanya kepada diri kita- apakah tujuan kita dilahirkan di muka bumi ini? Adakah untuk bergaduh? Adakah untuk bersangka buruk? Adakah perlu kita membenci terhadap perkara yang kita tidak ketahui dan kenali? Bukankah kita disuruh 'mengenali' segala perbezaan yang wujud? Jika tidak, mengapa Tuhan jadikan segala perbezaan di dalam kehidupan kita? Untuk kita prejudis atau untuk kita saling memahami?

Sedarlah...

Prejudislah yang menyebabkan perpaduan di Malaysia tidak dapat dicapai. Prejudislah yang menyebabkan kita masih berfikir 'aku melayu, ini tanah aku. Orang cina dan india adalah pendatang.' Prejudislah yang menyebabkan kita menganggap 'orang melayu kejam, zalim dan bersifat rasis.' Prejudislah yang menyebabkan kita berfikir 'cina hendak merampas hak aku.' Prejudislah yang menyebabkan penganut agama Islam dan agama lain bertelagah sesama sendiri.

Semua ini kerana kita tidak mahu mengenali antara satu sama lain.

Orang melayu tidak pernah hendak mengenali orang cina dan india. Tidak pernah hendak mempelajari skil-skil berniaga dari mereka. Orang melayu juga tidak memahami perasaan mereka apabila hak mereka seperti biasiswa dan kerakyatan dinafikan. Disebabkan itu, timbul prejudis seperti 'mencabar hak melayu dan merampas kek ekonomi'. Orang cina pula enggan memahami masalah ekonomi orang melayu. Asyik-asyik mengutuk itu dan ini. Adakah dengan cara mengutuk, masalah orang melayu dapat diselesaikan?

Tidak. Sebaliknya prejudis terus dan akan berlaku....

Kita menjerit terlolong menyanyikan lagu negaraku 'tanah tumpahnya darahku' tetapi berapa ramai kawan kita yang terdiri daripada berbilang bangsa?

Kita sedap menyebut 1Malaysia dan Bangsa Malaysia tetapi pernahkah kita cuba mengetahui dan memahami budaya, perangai dan masalah satu sama lain?

Ingatlah- perbezaan untuk diraikan dan dirayakan. Jadi kenal dulu. Baru kita fahami. (BB)

50 comments:

mamai said...

adat bro mereka perjudis kerana mereka juga takut akan hak mereka yang hilang atau mereka cuba mendapat hak yang bukan hak mereka

kamen55 said...

bro lu patut tgk itu cerita gadoh lah bro... try la download dekat syok.org

abgBro said...

mmg susah nak ilangkan prasaan prejudis ni..nak nak plak kt PDRM ngan SPRM...mmg hamlau derang tuh!

Shahrul Tanaka said...

betol!
kita patut memahami manusia antara 1 sama lain..

abuyusof said...

biarkan mereka jadi prejudis.. asalkan bukan kita.. atau kita pun sama..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

prejudis dimana2..

nadinezuharra said...

prejudis sikap yang akan menghitamkan hati. Hilangkan prejudis namun kekalkan sikap berwaspada dalam setiap penerimaan..

Guru said...

x banyak...sikit masih ada...

Dari Jalan Kopi said...

mata bertentang mata
hati berdebar tidak terkata
dari mata turun ke hati
dari hati turun ke kaki.

tak kenal maka tak cinta
dah kenal?
John lennon pun bolih jatoh cinta dengan gades bermata sepet Yoko ono.

mari berkenalan dan hilangkan sifat prejudis.

saya masih bujang - hai awek manes!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum

Di dalam buku sejarah KBSM, ada dinyatakan bahawa British dahulu memerintah Malaya dengan menjalankan Dasar Pecah dan Perintah.

Saya ada menonton siri video 10 Tahun Sebelum Merdeka (sebelum ini ada di dalam youtube, saya tak tahu apa nasib dokumentari bebas itu sekarang) mengenai perjuangan pejuang kemerdekaan yang ditolak oleh British.

Berdasarkan temu ramah di dalam dokumentari dan serba sedikit pengetahuan cetek saya dalam bidang sejarah Malaya ni, apa yang dapat disimpulkan:

(a) British berunding dengan UMNO, MCA dan MIC berkenaan kemerdekaan Malaya kerana parti2 tersebut memperjuangkan bangsa masing. Di dalam buku ada dinyatakan, British menetapkan syarat bahawa parti2 ini mestilah menunjukkan kesediaan untuk berbaik-baik sesama mereka, barulah kemerdekaan akan diberi. Bohong! Parti2 yang dianggap kiri seperti KMM, AWAS dan MDU lah yang berfikiran jauh ke hadapan sebenarnya, mereka malahan telah mencadangkan di dalam perlembagaan rakyat bahawa setiap umat di Tanah Melayu tidak kira apa etnik pun (Melayu, Orang Asli, Cina, India, Banjar, Jawa) ini dikenali dengan satu identiti sahaja, iaitu Melayu. Tetapi idea golongan ini ditolak oleh British, mereka dianggap merbahaya. Ini kerana idea mereka ini akan membolehkan sebuah negara bangsa dibentuk, selain itu golongan yang dianggap kiri ini juga kebanyakannya berpendidikan tinggi dan berfahaman sosialis, bertentangan dengan fahaman kapitalis British. Mungkin ketika itu British memikirkan kepentingan ekonomi mereka akan terancam jika semua rakyat di Malaya bersatu menolak penguasaan ekonomi oleh British. Memilih untuk berunding dengan parti2 yang mewakili kepentingan setiap kaum dilihat lebih selamat, kerana British tahu sememangnya mereka tidak akan bersatu selagi setiap kaum mempunyai parti politik masing2.

Dan kesannya..lihatlah sehingga sekarang, kita sentiasa berhadapan dengan prejudis antara lain2 etnik.

Walaubagaimanapun, sekiranya Parti2 berhaluan kiri menang di dalam perjuangan mereka, mungkin kita sudah jadi sebahagian daripada Indonesia, kerana kebanyakan PKMM, AWAS, API semuanya berkiblatkan Indonesia, mereka menjadikan perjuangan rakyat Indonesia sebagai inspirasi. Sukarno pula begitu berpengaruh ketika itu, jadi tidak sukar untuk dia menarik Malaya ke gugusan Indonesia sekiranya golongan2 ini menang dalam perjuangan kemerdekaan mereka.

Kadang kala, apa yang berlaku sudah ada takdirnya.

Minta maaf, menulis komen sepanjang ini di ruangan komen saudara. Saya takut jika terus dipendam, lupa, akhirnya hilang entah ke mana.

Cob Nobbler said...

hmm,ape yang aku kelakarkan,ialah reek kata kat Aril,kawan aku yang dah duduk Canada berapa tahun tu,yang Aril gunakan tongkat kerajaan.

Aku bukan nak kata apa la,aku cuma tak faham - susah sangat ke nak faham konsep "satu bangsa manusia" yang selalu aku cakap tu?

Aku pelik lah - mungkin aku agak naif sikit,kenapa manusia berperang sesama sendiri kerana dia agama lain,bangsa lain,warna kulit lain,parti politik lain?

Walaupun aku bodoh dan naif,sekurang-kurangnya aku benci perkauman dan perperangan.

Susah sangat ke manusia ni nak bersatu?

Hish,manusia adalah haiwan yang paling pelik.Aku panggil kita ni haiwan sebab kita dalam kelompok mamalia iaitu sejenis kelompok haiwan jugak.Jangan rasa jijik dengan perkataan tu sebab kita tak sedar,yang ada haiwan yang boleh bekerjasama dengan lebih baik.

Aku paling kagum dengan haiwan macam semut,atau lebah.Mereka bekerjasama untuk koloni mereka.Semua dapat gula,semua dapat madu.Dorang tak berkira pun sesama sendiri.Biasalah - akan ada pergaduhan sebab nak berebut semut betina - manusia pun begitu,kan?

Tapi kenapa manusia yang dikurniakan akal ni tak nak gunakan akal sedangkan semut dan lebah yang takde akal boleh bersatu padu?

Satu soalan yang naif dan agak bodoh untuk aku kongsi bersama.

alex sebastian said...

bagus sekali nukilan anda tentang sikap prejudis and perbezaan.. sememangnya kita telah dibesarkan dengan suasana yang berbeza, sebagai contoh.Saya tinggal di Ipoh. Dan hanya satu kaum yang mendominasi penduduk di satu kawasan itu.Kg.Manjoi iaitu kg terbesar di Malaysia mempunyai peratusan penduduk Melayu yang amat tinggi sekitar 93%.Manakala di Buntong pula kebanyakkan penduduknya pula daripada kaum bukan melayu dan komposisi orang melayu di kawasan itu adalah amat rendah sekitar 3% sahaja.Jadi, bayangkanlah integriti yang boleh dibina jika kita tinggal sperti itu.

Ancaman yang disebutkan juga adalah benar kerana ramai beranggapan bahawa agama mereka akan pupus atau berpendapat agama mereka "besar" atau "agung".. Tidak salah dalam beranggapan begitu namun pada masa yang sama tidak harus juga memandang rendah terhadap agama yang lain.

Kita seharusnya bersyukur kerana dapat tinggal dengan pelbagai etnik manusia yang jarang boleh dilihat di negara lain.Egoism merupakan racun yang telah membinasakan perpaduan di negara ini.

Paan Ovrtd said...

Sedikit ancaman adalah bentuk kejahatan anti-stereotype yang mengajak manusia berfikir. Prejudis salah satunya.

Abg Din said...

boleh ke kita di malaysia ni beramai-ramai pergi kerja naik basikal? macam negara yang boleh berbuat begitu. kalau boleh alangkah bestnya....

Anonymous said...

teruskan prejudis itu maka kan terbina sebuah bangsa-kau yang tepu.

reek said...

karl said...

"mereka malahan telah mencadangkan di dalam perlembagaan rakyat bahawa setiap umat di Tanah Melayu tidak kira apa etnik pun (Melayu, Orang Asli, Cina, India, Banjar, Jawa) ini dikenali dengan satu identiti sahaja, iaitu Melayu."

to hell with your ketuanan Melayu, even U yourself replace Melayu with meloya, why the hell we want to drop our ethnicity and carry your name?

kuSut said...

manusia xkan lari dari prejudis. itu lumrah kita insan biasa. walau punya akal, kerana itu lahir prejudis ni. pak menteri yang melolong 1malaysia juga masih dilihat prejudis...

nice writing...

DaliaLiyana said...

prejudis....?? susah kot nak hilangpkan perassan tu...

Lambaian Moscow (Angkatan GPSSP-81) said...

salam dari Wilayah Separa Sedar....


BWAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH.....

*maafkan aku, aku hanya tertawa lucu dan kasihan kepada kerajaan...makin ramai anak muda yang menuju pencerahan...ini adalah berita buruk buat mereka...dan teruskan memberi khabar buruk kepada mereka...

shabas!bravo!viva!hidup!

blackpurple @ jowopinter said...

Aku pun macam ada rasa tengah prejudis dengan kau ni.. Hehehe!

Unknown said...

Biasalah tu..dah lumrah kejadian manusia sedemikian rupa..Hanya dgn Agama (Islam) sahaja manusia dapat bersatu.!!!

endiem said...

prejudis adalah senjata bagi semua orang.. Manusia perlu ada sifat prejudis bagi keselamatan diri..tapi kita jangan ikutkan sangat sifat tersebut dan gunakan akal yang diberi bagi menilai sesuatu.

Anonymous said...

reek said...

to hell with your ketuanan Melayu, even U yourself replace Melayu with meloya, why the hell we want to drop our ethnicity and carry your name?

please refer a documentary, titled "Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka" (go to youtube whatever), then you'll understand what i mean. It's just like, for USA's citizens, either they're black, hispanic @ caucasian they're recognized as American. So the concept proposed by the party (again, watch the documentary first) is just the same. But we're living in different condition right now and most of us, including you, refuse to be recognized as one identical ethnic's identity, you still want to retain your own ethnic identity.

Ikanbilis said...

Bagaimana untuk menyatukan manusia?

salah satunya dengan muzik..

echah_syed said...

salam kenal.thnx singgah & tinggal jejak kat persis pearl :)

sgt PREJUDIS dgn ko sbb baru 1st sem tapi tahap pemikiran sgt impresif..ermmm :p

azhar said...

melihat perbezaan..menjadikan kita prejudis..

melihat persamaan menjadikan kita lebih bersatu

Abang said...

Bagaimana menyatukan manusia? Byk kaedah. Tapi paling berkesan bagi aku adalah agama. Muhajirin dan Ansar juga bersatu kerana agama. Dalam Islam kan semua penganutnya adalah bersaudara :)...

Joe said...

tak payah nak tgk dalam satu negara. dalam satu ofis pun ada prejudis dan kutuk mengutuk.

satu perkara yg wajib dalam pendirian masyarakat berbilang bangsa.

berbilang bangsa?

Firol said...

tersangat setuju dengan pendapat lu...

Prejudis dari hati

noorlara said...

tak kenal memang takkan tahu takut bila dah kenal nyesallak pasal dah tahu...

DeeN said...

Ya! Prejudis takkan hilang sampai bila2. Sifat negatif yg popular di kalangan masyarakat dunia. Susah nak kikis. Macam arang kat bontot kuali. Hitam. Berkarat.

Cob Nobbler said...
This comment has been removed by the author.
Cob Nobbler said...

reply kat abg terror:

pakai agama tak jugak.kita tak boleh paksa orang ikut kepercayaan kita.

ada debat pasal azan vs loceng kuil.nkoram tau tak?

bila tang loceng kuil memekak nkoram bising,tapi bila azan dorang pulak bising.

isu teresa kok pun penah nkoram bising,isu kuil bising kat kawasan melayu pun bising.

agama kepercayaan seseorang kepada Tuhan,takde kait mengait dengan bersatu-padu.sebenarnya manusia berperang sebab agamalah.lihat perang salib,perang taliban dan sebagainya.

satukan mereka melalui makanan dan pendidikan.kenapa aku cakap makanan,sebab semua makhluk makan.bukan semua makhluk beragama.

sebab tu aku cakap manusia ni haiwan yang sangat kompleks.mereka lebih suka melihat perbezaan dari persamaan.

melalui pendidikan kita hendaklah merombak sistem kbsm kita.

satu bangsa manusia.

sebab tu aku tak rasa tak boleh,sebab beribu-ribu tahun manusia perang pun sebab perbezaan agama.

muhajirin dan ansar hanya bersatu masa nabi hidup.nabi wafat je mereka perang balik.

tak caya bukak buku perang siffin etc.

reply kepada DeeN:

tak jugak.

cuba kalau kita ajar kepada anak kita daun warna biru(padahal sebenarnya warna hijau),dan bila semua orang ajar anak dia daun warna biru,maka jadi birulah jawabnya.

dalam konteks ini,pendidikan mainkan peranan utama.nkoram nak harapkan KBSM ke?

jangan harap.inilah agen pemisah kaum sebenarnya.

lagi satu adalah dari pemahaman isu kelas seperti kemiskinan,dan pengagihan kekayaan secara adil.

bukan dengan cara birokrasi tapi dengan cara demokrasi.bukan dari atas ke bawah tapi bawah ke atas.

satu bangsa manusia.kalau tak,teruskanlah bersengketa.

fahmi said...

pergh, bagusnya post ini.... masih berleluasa sebenarnya sikap ini, harapnya sudah berkurangan... setiap orang ada prejudis, tp adakah mereka bersikap begitu utk terus cari perbezaan atau bersikap begitu utk belajar atas kekhilafan masing2... mungkin memang ada stigma2 yg dikaitkan dgn bangsa2 tertentu, tapi xkan la kita nk berterusan begini utk selamanya.. merdeka dh lama, tp pemikiran yg begini patut ditinggalkan lama dah....

ikan emas said...

Salam,
prejudis vs persepsi...
mana yg lebih dasat?strategi mana agaknya yg boleh memenangkan ?

zedmagel said...

Salam Bro Basuh Baju,

Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan saudara ke blog saya.

Satu kupasan dan pandangan yang sangat baik dari saudara dalam entry kali ni. Ramai rakan-rakan blogger yang berkunjung memberikan pandangan pro/kontra mereka.

Sikap prajudis ada tuntutan naluri seorang manusia biasa yang Allah SWT ciptakan. Pandangan saudara dilihat sangat idealistik, tetapi saya pasti sikap prajudis itu sendiri sentiasa wujud dalam diri saudara sendiri.

Manusia normal akan sentiasa berprasangka - Jika sudah tidak normal barangkali. Hanya satu blog saudara begitu menarik untuk dilawati.

Basuh Baju said...

mamai: prejudis bukan adat..tp norm..hehe biasalah, manusia ni bila ditakut2kan (pasal hak itu hak ini) lagilah semngat prejudis ni menebal..

sang kamen: aku akan tgk nnti.tp aku dah baca review..best kan?

abgBro: betul. nak hilangkan prejudis mmg susah. on fact, sgt susah. kalau takat membaca dan dengar org ckp je, mmg sampai bila2 akan prejudis..

tp tak bermakna mustahil kan? :)

lionell azry: yup. memahami, mengenali dan menerima segala perbezaan.. dari situ baru wujud persamaan. kan?

abuyusof: siapa mereka itu? :)

akupentoi: prejudis di mana2.. pada sesiapa.dan tidak kira masa..

Nadine Zuhairra: hilangkan prejudis. kemudian baru kita dapat berfikir dan membuat keputusan utk bertindak utk menerima atau tidak.. :)

a kl citizen: bgsla cmtu.. sikit pon dah okey. tp jgnla pulak benda yg sikit tu tp prejudis ttg perkara yg sgt besar..hehe

dari jalan kopi: prejudis boleh dhilangkan dlm bercinta..haha tp gua bukan awek. gua lelaki..sori..kui3

Basuh Baju said...

Karl: aku ada tgk video tu. in fact aku pernah berbincang dgn Fahmi Reza lg. ada benda yg aku nak tulis pasal sejarah tu dgn keadaan kita skrg.. tnggu :)

btw, aku nk tnya kau la (saje mntk pendapat): kalau kita jadi macam indonesia, agak2 prejudis ni ada x?

Nami: sbb tu kita diberi petunjuk melalui agama nami. manusia ni sentiasa dalam kesesatan. kdg2 dah ada kebenaran, tp masih degil utk diterima.

naratif kehidupan beb. tp jgnlah kita ambik ini sbg excuse. so tugas kita utk memanusiakan kembali manusia.. :)

amacam CWI?

Alex: so tempat yg kamu tinggal tu berjaya x integrasinya?

yg jadi masalah bila masing2 mendakwa diri mereka lg bagus. bangsa mereka lg bagus. agama mereka lagi superior. itu je..

DIK-AN: Ya..ancama adalah salah satu sebab manusia tidak akan berfikir secara panjang. akan terus membuat kesimpulan mudah..kesimpulan ini dinamakan sebagai prejudis..

Abg Din: kalau boleh, mmglah best..so apa kaitan prejudis beb? haha (gurau2 je)

Aney-azri: prejudis membuatkan kita tidak ke mana. lebih baik kita mengenal dan mempelajari benda baru.. daripada diam dan asyik prejudis..

Basuh Baju said...

Reek: okey, from what I've said before, I can understand why u're being such a prejudice towards malays. I can understand the system we have so far is much to suppress others. In this case, suppressing non-bumi. I dont blame u with ur thinking.

however, i can't tolerate when u make a conclusion malays are pig and the most weakest creature in this world. This is unacceptable.

Tell me, how do you want to achieve Bangsa Malaysia when u said like that towards malay? Tell me how?

ps: Utusan Malaysia not Utusan Melayu.. so I changed the term Malaysia not melayu.

pss: meloya means disgusted. It means I 'meloya' with thise kind of news..

wake up Reek! U want us to understand and unite against the bias system but then u urself must also understand what are the problems that Malays had..

:)

Basuh Baju said...

Fahmi, Kusut: tq

blackpurple: apsal nak prejudis kat aku? haha

Ikan emas: prejudia dan persepsi ni dua benda yg berbeza..prejudis ni tanggapan. persepsi ni kebenaran yg palsu. bagi aku dua2 bahaya.

zedmagel: sbb tu saya kata sikap prejudis ni adalah yg pasti mana setiap insan.. selagi kita tak kenal, kita akan prejudis..jadi kenallah.. :)

terima kasih. rajin2kan melawat. :)

Nami: tq di atas ulasan balas kau.

The Island of NAMOYAKI, said...
This comment has been removed by the author.
The Island of NAMOYAKI, said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

salam hormat, salam singgah menumpang lalu wahai anak muda,

apakah yang mahu engkau perjuangkan?
ya, perjuangan yang semahu-mahunya dari hatimu,

perjelaskan perkara, lindungkanlah fakta jika mahu tetapi usahlah bersembunyi,

lantunan pembalikkan suara hasil dari lontaran suaramu amatilah ianya sebaik mungkin,

lantunan-lantunan pembalikkan itu boleh memerangkap pada ungkapan yang tersingkap,

perjelaskan maksud, usah bersembunyi, dan,
bukankah engkau juga suka kepada kebenaran?

salam hormat,

JIMMY ASMARA said...

singgah!

semua org komen pjg2

so GUA xnak komen la!

Anonymous said...

prejudis dan streotaip. di mana2 saja.

Basuh Baju said...

Namoyaki:

apa yg aku mahu perjuangkan? Aku mahu mengubah pemikiran2 rakyat kita terutama generasi muda agar mereka faham ttg politik. kelak mereka tidak akan mudah diperbodohkan..

Jimi asmara:

peh- nama kau...hehe

-aPi- said...

bro....
ni smua adat r bro....
lu mmg tak bleh lari ngan smua2 ni...
lumrah hidup malayu..

Basuh Baju said...

api: adat? aku tak rasa prejudis ialah adat melayu.. ada je melayu yg tak prejudis terhadap kaum lain..aku rasa ini ialah sikap.. dan sikap boleh diubah.. :)

Anonymous said...

ramai yg prejudis terhadap politik...yg mereka tahu, politik itu kotor....satu andaian yg tersasar sama sekali...politik itu tidak kotor, yg mengotorinya adalah org politik iaitu sndri..

Anonymous said...

Basuh Baju said...
btw, aku nk tnya kau la (saje mntk pendapat): kalau kita jadi macam indonesia, agak2 prejudis ni ada x?

prejudis akan sentiasa ada, tapi mungkin tak seteruk sekarang.Di Indonesia, pernah terjadi peristiwa berdarah di Ambon (konflik Islam - Kristian) dan Kalimantan (etnik Madura vs Dayak n Melayu).

Lari sikit daripada topik.Aku pernah baca sebuah buku, himpunan cerpen2 karya Baharuddin C.D., Doa Kerana Kebenaran (buku ni wujud, boleh check di Google, hehe). Terus-terang aku cakap, karya beliau memang bagus, kalau ko berkesempatan cubalah cari.

Salah satu ayat dalam cerpen beliau yang aku ingat betul:

"Kemerdekaan sekarang hanya pada isinya. Kau tahu sekarang berapa banyak kedai arak di Kuala Lumpur? Kau tahu perempuan zaman sekarang dah macam ayam panggang, boleh dijual beli, diratah-ratah? Kau tahu tak di kilang2 besar, tauke2 memeras tulang dan keringat anak bangsa kita, sampai mereka jadi bangsat?"

Dan memang betul, merdeka kita selama ini cuma pada zahir saja. Kita tak merdeka daripada sifat prejudis, kita tak merdeka daripada hutang World Bank, IMF, kita tak merdeka dari segi ekonomi (berapa banyak korporat yang lahir dan bertapak di Malaysia? kita banyak mengharapkan pelabur asing)

Apa yang aku nak cakapkan, apa yang dizahirkan oleh penulis ni dalam karya beliau adalah realiti Malaysia pada zaman beliau. Dan sampai sekarang pun macam tu.

Abang said...

Nami:
Ya mmg kita tak boleh paksa org lain ikut agama kita. Itu bukan maksud aku pun. Maksud aku mcm yg dijelaskan oleh Basuhbaju, iaitu diberi petunjuk oleh agama.

Sebab semua agama dlm dunia ni menyuruh pada kebaikan. Hanya pengikut masing2 je yg melencong. Jadi kalo masing2 faham agama masing2, mgkin perasaan prejudis pada hal2 mcm perkauman, bahasa etc dapat dihilangkan.

Dan pada karya Baharudin C.D oleh Basuhbaju tu pun, diungkit pasal kedai arak n pelacuran etc, kalo rakyat dipupuk nilai agama dari awal, rasanya x wujud hal2 mcm ni. Tp apa nak buat, pemimpin kebanyakan pun tak faham agama.

Perbezaan mmg akan ada. Tapi jika semua org memahami agama masing2,kaum, bahasa etc akan dipandang sebagai perbezaan yg kecil, yg diraikan bersama.

Sikap bersatu padu ini lahir dari sesuatu yg spiritual, rohani. Samalah juga dgn sikap cintakan tanahair. Jadi perkara yg spiritual, sesuailah jika dipupuk dan dirawat secara spiritual juga, iaitu agama.

Tapi malangnya perkara kunci dalam bersatupadu (agama) inilah yang paling banyak berpecah belah sekarang ini. Even dalam Islam sendiri banyak perpecahan. Tak lain disebabkan hal-hal sprti wang ringgit, harta, kekuasaan etc..

Mana2 agama pun akan cuba berdakwah kepada agama yg lain. Dan sudah pasti setiap agama berhak mempertahankan pendirian masing2, bagi kamu agamamu, bagiku agamaku. Dan aku mengharapkan cuma mungkin inilah satu-satunya perbezaan yg patut wujud dikalangan manusia. Lain2 perbezaan mcm bangsa bahasa etc sepatutnya sudah pupus kerana semua org telah memahami ajaran baik agama masing2, iaitu bersatupadu dan saling meraikan dikalangan manusia. Tapi malangnya ramai manusia belum cukup memahami agama masing2.

Entah, apa2 hal pun selalunya aku berbalik kpd agama. Inilah pandangan aku. Boleh saja berbeza dengan pandangan orang lain :). Dan boleh saja jika mahu bersatupadu melalui jalan lain, makanan contohnya ;).

http://www.kodam-jaya.mil.id/arsip-artikel-kontribusi/780-damai-dan-bersatu-ditinjau-dari-sisi-agama