Thursday, July 23, 2009

Mari Kita Analisa


Jom kita analisis berita utama di semua akhbar tempatan. (kecuali akhbar cina dan tamil sebab tak faham).

*****************************************************************************************

RATES MAY RISE- The Star

PETALING JAYA: The possibility of higher electricity rates will be discussed at the Cabinet meeting today and, if approved, will take effect next month, said Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Peter Chin Fah Kui.

CABINET TO DISCUSS- NST

SEPANG: The cabinet will decide today if there is a need for a royal commission of inquiry into the case of Teoh Beng Hock, who died after he was questioned by the Malaysian Anti-Corruption Commission.

KABINET PUTUSKAN HARI INI- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet hari ini dijangka membuat keputusan berhubung saranan pelbagai pihak supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

PENEGASAN AZLAN- Utusan Malaysia@ Meloya

- Selagi kerajaan dan pihak berkuasa mengurus tadbir kuasa bersandarkan undang-undang, dilaksanakan secara telus dan terbuka, tidak ada mahkamah yang boleh menyalahkan kerajaan.

ROSLIN TUNTUT RM50,000- Harian Metro

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Roslin Hashim, 34, merancang mengemukakan saman RM50,000 terhadap bekas isteri yang dikahwininya 12 hari sebagai tuntutan ganti rugi terhadap belanja dan kos perkahwinan yang dikeluarkan sebelum ini.

PEMBURU COLI ANAK DARA- Kosmo

KEMAMAN - Beberapa anak gadis di beberapa buah kampung sekitar Binjai di sini, 'bingung' kerana seluar dalam dan coli mereka yang dijemur di ampaian kerap hilang sejak seminggu lalu.

******************************************************************************************
Basuh Baju ingin meminta pandangan daripada pelayar sekalian. Akhbar mana yang menyiarkan isu dan akhbar mana yang mencipta isu? Akhbar mana yang bijak dan akhbar mana yang bangang? Adakah akhbar menyiarkan berita mengikut kehendak masyarakat atau akhbar sengaja mahu memandulkan masyarakat?

Sila berikan pendapat anda. :)


Notakaki: Harian Metro merupakan akhbar terlaris. Mingguan Malaysia merupakan akhbar melayu terlaris. Lu fikirlah sendiri.....

29 comments:

Anonymous said...

Metro adlh akhbar yg bangang!

bikin malu je dgn berita2 bodo..

cuba jadi cerdik sket ikut akhbar inggeris..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

gua pilih internet je..

Redz da Tsar said...

Kosmo paling Bangang... haha...

Shahrul Tanaka said...

gua tak tahu la nak komen macam mane..gua dah lama tak baca paper..asyik2 baca blog lu je ;)

Paan Ovrtd said...

Pendapat = subjektif.

Berfikir = subjektif.

Memilih = subjektif.

Membuat pilihan = sorry, wrong answer...

Cob Nobbler said...

harakah?suara keadilan?roket?

aku suka paper The Socialist kat UK.

Paper tabloid,tapi minggu ni cerita pasal pemberhentian kerja di kilang membuat kipas kincir angin untuk janakuasa elektrik hijau di Vestas,Isles of Wight.

baru cerita pasal rakyat.

Anonymous said...

akhbar di Malaysia ni yg betul ada dua jer....nombor ekor ngn berita sukan jer...yg len2 bole baca tp percaya 100 jgn..kena analisa..ngarut jer lebih...cerita artis ilang kasut pon nk kuar akhabar gak...sure bole memandulkan pemikiran rakyat malaysia...

Che said...

Sin Chew adalah akhbar terlaris keseluruhan.

http://www.mysinchew.com/

fatah85 said...

meloya metro kosmo berita sampah.
hairan asyik2 hairan. orang pun naik hairan. aduhai.

Basuh Baju said...

kenapa ek akhbar mellayu beritanya sikit, nipis dan artikel2 pon cekai?

adakah ini kaitan dengan minda org melayu? aku rasa tidak..ini macam nak bodohkian melayu..btl x?

DeeN said...

Fungsi akhbar selalunya kalo tak menyampaikan isu, mestilah mencipta isu. Baru paper leh laku. Itu pendapat peribadi ku lah. Jangan lepas neh semua pemilik akhbar file kan saman kat ku plak. Hehehe..!

azhar said...

metro ..kosmo..terlalu banyak berita sampah..

utusan ..berita hairan..cerita BN saje yang 100 peratus best dan betul..

mie3425 said...

Saya dah lama tak beli akhbar berbahasa Melayu, macam mogok pula. Tapi sebenarnya tidak memberikan apa-apa faedah yang boleh dibanggakan. Lebih baik saya layan blog ke blog.

JIMMY ASMARA said...

adakah LU yg ambik coli2 n seluar dalam mereka?

manalah tau LU mahu tolong basuh ke?

LU kn basuh baju!

lalalaal..

peace!

nama GUA cntik kn?

kn?

kn?

pergh!

hahnin said...

bc the sun je la..free plak tu

Water Lily said...

Surat khabar lameeeeeeee...paper lameeeeeee!
(iklan waktu pagi dari seberang jalan kat kuaters akak)

Entah! " Mengong la suratkhabar Melayu neh"


Tak mo,kutuk banyak2..karang kena saman kapal singh bukan nak bela akak beb!

Guru said...

saya suka kosmo sbb ia menghilankan stres... asik tergelak je baca berita dia..

dah tua2 ni BB, taknak pkir yang sakit hati... baik baca citer benar dan lucu...
eh, bukan ke banyak coli dan seluar dalam kat ampaian rumah BB, akak nampak aritu...

patutla bising anak2 dara tu... coli n sluar dalam sekarang bukannya murah..

Xpuasati said...

Gua sokong roslin.. hahahah

Ikanbilis said...

Zaman study time nk balikkampung sambil melangut dekat puduraya tu..aku beli The star..pada aku Rm1.20 (masa tu) beli the star lagi untung dzri aku baca paper Bodek (meloya& hairan) dan paper sampah (kosmo & metro)..



tapi..masa mula2 kosmo keluar (zaman harga senaskah Rm0.80)..aku suka kandungan dier..nampak la cerdik sikit..sekarang out teross..

mamai said...

tak ada satu pun yang menarik minat aku untuk baca

Basuh Baju said...

rasanya kan, kenapa jadi begini?

adakah minda org melayu yg suka baca benda ringan2?

atau tahap pemikiran kita yg sgt lemah?

satu lagi- agaknya kalau tetiba metro, kosmo, utusan siar artikel2 dan berita2 yg berat dan pjg macam the star dan the sun, org melayu akan baca x?

ps: ini bukan isu rasis ok..

Anonymous said...

Assalamualaikum

Terus terang aku baca gak berita harian, tapi setakat untuk tengok perkembangan sukan, kemalangan, jenayah..nak tahu apa yang terjadi dalam lingkungan masyarakat, tu jela. bab2 politik, ekonomi, aku lebih selesa baca online newspaper Star.

Nak harapkan media Malaysia yg betul2 neutral, aku rasa xde pun. Tapi ada bagusnya jugak keadaan ni. Sekurang2nya setiap kali baca berita, kita boleh berfikir, betul ke berita ni? Mengasah pemikiran untuk menganalisis, hehe

Di Malaysia sekarang bidang penerbitan akhbar dan majalah Bahasa Melayu sangat2 menyedihkan. Bandingkan Mastika 20 tahun lalu, sarat dengan isu2 seperti kegagalan pelajar2 menguasai Matematik, isu2 ekonomi. Mastika dahulu x ubah seperti Reader's Digest versi Malaysia..Sekarang, dah sama taraf dengan majalah2 Pesona, Variasari.

Wartawan dan editor akhbar Melayu
sekarang dah semakin ramai mengalami kemandulan intelek

Basuh Baju said...

Karl:

komen yg bernas..

mmg betul, mengharapkan akhbar yg bebas adalah ibarat mengharapkan datuk K cukur misai..haha

tak ada satu pon akhbar yg benar2 bebas. Washington Post pun bias jgk. Apatah lg Utusan, Harakah dan Suara Keadilan..

jd, apa yg boleh kita perjuangkan? kerajaan patut benarkan sesiapa shj utk tulis dan terbitkan bahan bacaan itu..cth plg mudah mengapa perlu nak lesen itu ini nak buat surat khabar? itu shj..

sbb tu la blog makin popular. dan plg syok Malaysia antara negara yg tertinggi di dunia yg rakyatnya ada blog..sbb apa? sbb tak perlu lesen nk tulis..

kan?

psl isu kndgn berita ni--aku rasa ada betulnya bila ko ckp bgs jgk berita2 nyer cekai dan berat sebelah..sbbnya boleh buatkan kita asah minda utk berfikir..tp ramai ke rakyat mas yg boleh berfikir? aku rasa nak tak nak kita kena akui yg media perdana ni ada pengaruhnya..

so kita kena ubah perkara ni..akhbar kena sampaikan berita yg tepat dan betul. bg pandangan kedua belah pihak. baru kita boleh decide sape betul sape salah..

(aku semakin suka nak berdiskusi) :)

sukahati said...

membaca cerita2 didalam akhbar tabloid, adalah suatu bentuk hiburan :D

Joe said...

paper?

lama dah tak beli.
layan kat internet je.

coli tu nak lariskan jualan je. baca tang coli, pastu buang dah.

betul..

fahmi said...

sejak masuk UM, rindu dengan surat khabar yg ada berita2 yg kononnya berkualiti tapi hanyalah sarat dgn maklumat ntah ape2.. hiburan, politik... baik baca blog, xpun basuh baju... hehhee

Anonymous said...

Assalamualaikum

Kalau kita nak mengharapkan berita yang telus, benar, tak berat sebelah, dua perkara yang paling penting perlu diamalkan oleh pengamal media: integriti (kejujuran) dan akauntabiliti (tanggungjawab)

Malangnya, di negara kita ini, mereka2 yang mengamalkan kedua-dua amalan ni takkan berakhir dengan kesudahan yang baik. Hukuman paling ringan, mungkin mereka akan dibuang kerja, atau dikenakan ISA. Paling berat, mungkin berakhir seperti apa yang terjadi pada mendiang wartawan R.V.R Reo yang menyiasat kes penyelewengan Bumiputra Finance dan kes pembunuhan Allahyarham Jalil Ibrahim.

Basuh Baju said...

sukahati: hiburan ni mmg tak dpt dinafikanla..tp adakah hiburan yg membodohkan minda kita? :)

joe: seb baik ada internet kan? haha

fahmi: amacam UM? dapat kolej berapa?

karl: bg aku, nak dpt akhbar yg bebas ni susah da mgkn mustahil..
sbb akhbar kita dah jadi milik syarikat..bila dah kata syarikat tu mesti ada pemegang saham kan? kalau dh ada pemegang saham, sah2 la mereka ada agenda sendiri dlm setiap berita yg disiarkan..

Anonymous said...

baik baca manga dari baca utusan melayau.