Monday, July 13, 2009

Budaya Politik Bodoh

MENGAPA NAJIB TIDAK MUNCUL DI MANEK URAI?- Harakah Daily

Kuala Krai, 12 Jualai (Hrkh)- Ini persoalan yang belum terjawab biar pun sudah dilontarkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada penamaan calon sebelum ini.

NASHARUDDIN HANYA SANDIWARA- Utusan Meloya

KUALA KRAI 12 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kedatangan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam hanyalah satu sandiwara.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Inilah masalah sebenar yang kita hadapi di Malaysia. Kita terus dibodohkan oleh politikus-politikus. Kita dikhayalkan dengan candu-candu mereka.

Ada apa masalah ke kalau Najib tak datang MU (Manek Urai)?
Penduduk Kg MU akan keluar daripada kepompong kemiskinan ke bila Nasharuddin datang?

Ini tidak dicampur lagi dengan isu-isu bodoh seperti altantuya, siapa lagi Islamik, siapa belajar tak tinggi, dan karut-marut yang lain. Semuanya digunakan untuk menunjukkan lawan mereka 'lagi teruk'. Yang BN akan cakap Pakatan tak bawa pembangunan. Yang PAS akan kata UMNO tidak islamik. Yang UMNO akan cakap PKR pengkhianat melayu. Yang PKR akan kata UMNO korup. Yang MCA akan cakap DAP sokong Negara Islam. Yang DAP akan kata MCA anjing UMNO.

Adakah semua ini adalah isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia terutamanya penduduk Manek Urai?

Tak boleh ke politikus-politikus dari Barisan dan Pakatan berkempen dengan bijak sikit. Guna otak. Jangan guna lutut. Ingat rakyat bodoh ke? Ingat rakyat suka ke isu-isu ini? Cubalah masing-masing tunjuk pandai. Tunjukkan kepada penduduk Manek Urai pelan pembangunan, ekonomi dan sosial parti masing-masing. Jangan sekadar ambil satu isu- dan kemudian sensasikan. Selepas habis pilihan raya- terus senyap.

Ini bukan caranya untuk berkempen. Ini bukan budaya politik yang kita mahu. BUKAN! Budaya politik cara koboi ini sudah lapuk. Ini cara orang dulu-dulu. Cara generasi tua. Cara ini patut diubah. Sudah tiba masanya untuk kita membudayakan cara baru. Cara yang lebih segar. Cara yang lebih bijak bukan bodoh.

Caranya tidak susah. Tidak perlu sibuk-sibuk mengutuk, menuduh, mencabar dan memaki antara satu sama lain. Ini semua tidak perlu. Buang masa sahaja. Kalau benar-benar mahu 'memperjuangkan rakyat', begini caranya untuk berkempen di Pilihan Raya:

Beritahu bagaimana untuk pastikan nelayan-nelayan di sana akan hidup lebih selesa. Adakah dengan menghapuskan orang tengah? Adakah dengan memberi mereka pinjaman tanpa faedah supaya mereka tidak meminjam wang daripada along? Kaji dan bentangkan pelan ekonomi anda!

Beritahu bagaimana pelajar-pelajar di sana dapat terus bersaing dengan pelajar di bandar. Adakah dengan mengadakan tuisyen percuma untuk mereka? Adakah dengan menghantar guru-guru cemerlang ke sekolah mereka? Fikir dan bentangkan pelan pendidikan anda!

Beritahu bagaimana Manek Urai dapat dimajukan. Adakah dengan menjadikan Manek Urai sebagai 'bandar tanpa kereta'? Agar ia dapat dijadikan sebagai tarikan perlancongan. Atau adakah dengan membina jambatan? Beri cadangan dan bentangkan pelan pembangunan anda!

Alangkah indahnya jika kempen yang dilakukan adalah seperti begini. Daripada asyik-asyik mendengar mengenai isu-isu yang merepek, dapat juga kita mendengar idea-idea daripada Barisan dan Pakatan. Di akhirnya kita dapat berfikir sendiri pihak mana yang lagi bagus dan berkualiti.

Bukan sekadar tahu berpolitik tetapi 'akai pun tarak!'

33 comments:

syafiqa salim said...

woho.
this is one of the best entry from you.
mereka memang sepatutnya berkempen seperti yang kamu cakapkan. Tapi nanti tak jadi 'panas' la kan pilihanraya..HEHE

yang paling aku tak puas hati bila Muhyidin yasin kata kalau BN menang, barulah jambatan akan dibina. Oh, ini sudah jadi satu ugutan..

Habis, kalau BN kalah, jambatan takkan dibina lah. entah apa-apa!

fahmi said...

salam..lama dh x mngomen ni.. bkn apa, x bawak laptop ke UM ni, ni pun pnjam roomate pnye.. heheh

anyway, aku mmg bosan bila dgr citer2 yg begini, time nk undi, citer berapi, pastu, senyap, ilang begitu saja... tolonglah bekerja, jgn bercakap saja.. meluat la kalu j mpe org mcm ni..

HBM Consultant said...

Salam.

Ulasan yang bagus, bernas dan mantap. Tahniah. Beginilah bakal pemimpin yang kita mahu.

Eh, dalam berita semalam ada dinyatakan BN akan bina jambatan baru di MU dengan syarat mereka menang pilihan raya. Tetapi pengundi muda yang tinggal di KL (yang akan pulang untuk mengundi) kata "Kami tidak perlukan jambatan itu. Kampung kami kecil, kenderaan cuma banyak ketika berlakunya pilihan raya. Jambatan yang ada sudah memadai."

Nah, apa yang rakyat MU mahukan agaknya? Saya sokong pendapat Encik Basuh Baju. Pemimpin mesti pandai berfikir.

azhar said...

cara kempen geng BERBARIS dan geng BERPAKAT memang gitu..

tak pernah gunakan otak..

rakyat yang mengundi yang terpaksa perah otak memikir siapa yang patut diundi..

hai said...

kerana dihidangkan dengan berbagai lawak2 bodoh ni la..aku semakin bosan dengan citer2 politik!!!Masa mengundi nanti wa pikir la sendiri!!!!

Shemmi said...

yg kelakar..tetibe Manik Urai jadi glemer..glemer giler!

sebelum ni...

"ada aku kesah kat benua mana manik Urai tuh?"

kata pemimpin2 Berbaris dan Berpakat dengan gaya bodoh2 alang.

mamai said...

bro mereka tu namapun poli tikus...

Paan Ovrtd said...

Tradisi membodohi.

Shahrul Tanaka said...

sikap yang membodohkan!

lalink7 said...

kata-kata umpama mata pedang yang tajam..
berwaspadalah meluahkan perasaan yang terbuku di sanubari anda..

Peace =D

Dari Jalan Kopi said...

betol lah.
kalau menang dapat jembatan.
kahkahkah.
dah macam realiti tv - menang dapat bungalow.
kahkahkah.
berkempen bodoh - mentaliti?

Redz da Tsar said...

Hehe.. Maka disebabkan kebodohan mereka ini keluar satu teori:

Sapa nak tempat mereka maju/nampak maju/ nampak sibuk, sila pastikan ADUN atau Ahli Parlimen kawasan mereka maut...

Diorang berkempen macam lahanat..

Saya sokong kamu!!

Ikanbilis said...

HARAKAH adalahakhbar parti..lidah parti untuk edaran ahli2 parti..sebab tu banyak berita politik...

tetapi...

UTUSAN yg sepatutnya menjadi sumber berita rakyat tak kir parti terang2 melaporkan dari perspektif UMNo..kenapa tidak letak saja "untuk ahli sahaja" di muka hadapan nashkahnya..

Ikanbilis said...

Budaya politik BODOH adalah dengan memperbodohkan pengundi dengan gula2 politik, beg sekolah, jambatan, agro tani lah,..aper lah..

UMNO tak pernah berubah,dan tak pernah berubah..gaya raya undi macam thn 60an..zaman tv tok penghulu dgn tokeh kaya sajer ada TV..

satu pengalihan isu dari pihak AMNO, yg mn PAS dlm usaha menuntut balik royalti minyak milik warga kelantan dari kerajaan pusat..

- said...

Pemimpin harus pandai berfikir, media harus bijak berkarya. Bukannya sekadar mengambil kira perkara-perkara yang negatif. Media juga antara penyebab berlakunya kekecohan politik, "kerana mulut badan binasa".

Cob Nobbler said...

Hahahaa...dari jauh aku tergelak-gelak..

Selalunya kan,mesti yang miskin dibodoh-bodohkan,kan?

Mat Nashar tak turun Manek Urai pun nak kecoh?Selama ni tak bising pun,tak pernah turun pun.

Macam Israel-Palestin,yang mati orang miskin Israel dan Palestin,Netanyahu dengan Mahmoud Abbas gelak-gelak kat hotel.

Yang Melayu pulak ada yang poyo,nak boikot McD,KFC,Coca-Cola - padahal yang Arab Palestin rilek je minum Coke.

Yang kena boikot sepatutnya ahli-ahli politik yang poyo pakai necktie dan bercakap macam ketua belia.

Joe said...

Biasa la tu, dah dekat2 mengundi ni memang camtu. Kutuk sana kutuk sini, janji sana janji sini tapi semuanya hampeh..

Tengok la nanti dah menang, jangan harap la nak tunai janji, batang hidung pun tak nampak dah..

Kepada pengundi Manik Urai, mengundi la dengan bijak!

endiem said...

kalau tak kuar isu2 macam tu bukanlah kempen namanya..Kempen kenalah keluar isu2 panas biar pihak lawan jawab pulak..pas tu senanglah depa tu bedal balik..

Anonymous said...

Bila rasa diri pandai sangat memang sedap kritik orang, satu hari nanti aku harap ko jadi pemimpin, aku nak anak-anak ko malu bila orang kritik nko.

Anonymous said...

Bro,

Manek Urai kan bakal anak angkat UMngok. Kalo menang dptla macam-macam. Kalo kalah jadi anak haram...hahaha. Nampak sgt desperate nak menang.

Dua-dua sama tp bagi gua, PR is a better choice from UMNgok.

-gOTh-

abu muaz said...

Haji Hadi. Anwar Ibrahim, Husam Musa, Muhyidin Yasin, Najib, Hishamuddin, Sabree Cheek dan ramai para ahli politik negara kita ni orang cerdik dan pandai belaka. Janganlah kau orang menyibuk memperlekehkan mereka. Ini masa mereka jadi pemimpin. Kalau nak jadi pemimpin juga masuklah politik.Jangan sembang kat luar je...jangan marah ya nanti tak dapat jambatan....

Unknown said...

Anonymous (not Goth) and Abu Muaz:

Why do we need to become a leader in order to criticize somethings?

How about if our leader has done something terrible? Do we need to silence ourself? Or do we need to contest in By-election so then we can speak?

You too has criticize Mr BB. But then you're not a leader. Even worse, the anonymous don't write a blog!

Come on. This is the idea from a young man. If his view are not tangible with your belief, just counter it with another arguement.

Not simply blasted him.

To Mr BB, your view is good and well written. I enjoy reading your blog.

Basuh Baju said...

Endiem, kalau camtu, apa sje isu yg diorg mainkan walaupun xde kaitan dgn pilihanraya, kita patut sokong dan tepuk tangan ke? :)

Cob Nobbler said...

abu muaz dan anonymous bukan goth:

Bijak pandai ke?

Apa pelan rancangan ekonomi yang mangkuk2 ahli politik tu untuk selamatkan ekonomi rakyat?

Sorang liberalisasi ekonomi,sorang nak bawak investor sampai 1 trillion,sorang cakap berpadu2,rakyat makin lama makin miskin.

Hahaha buat apa la nak jadi pemimpin2 ni?nak contract2 besar?nak duit banyak2?

Pemimpin ni la yqng songlap duit rakyat.

Baik jadi pembancuh kopi kat universiti.Nampak cool.

Che said...

Sory lama xkomen,

Itulah ko silap bro, jgn kritik PAS, sensitif, kritik umnobn je. Play safe ok.

Basuh Baju said...

Che,

hehe blog ni kritik mana benar dan mana salah. tak kisah siapa yg buat..kalau dua2 salah lgla teruk..hehe

:)

Unknown said...

BB,

ramai kita mmg pro PAS, atau pro-PR, tapi tu tak bermakna kita pak turut saja dlm arus politik semasa...Kita mau budaya politik baru yg lebih harmoni, integriti, bijak & menguntungkan semua pihak. Apa ada maki hamun, mempersenda lawan, memperbodohkan pengundi, retorik saja.

Teruskan BB, i'm with u on this crusade.

Hanggokan said...

aku ingat nak komen.
tp ape yg aku nak komen sama dgn kebykan org komen kat sini. so...pe aku nak tnye sini, agak2 bile kite bolih ubah mentaliti itu?

Basuh Baju said...

aku rasa skrg pon boleh..terutama generasi sekarang.. pelajar2..org muda..

mereka semua ni masih belum terikat dan terikut dgn rentak budaya generasi lama..

btl x?

fatah85 said...

itu la pasal. ngundi2 sampai gaduh2 masuk hospital. apa cerita pemimpin ohh.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Selepas menjenguk ke beberapa buah blog, saya telah berjumpa dengan beberapa blogger yang sealiran fikiran dengan saya, termasuk la saudara. dan berdasarkan komen2 di atas nih, maksudnya ramai lagi yang berfikiran seperti kita.

Budaya politik di Malaysia adalah budaya politik bebal.

Malangnya bagi kita sebab golongan pelapis di dalam parti2 politik sekarang pun masih berfikiran seperti golongan2 tua nih. Mungkin senario yang sama bakal disaksikan oleh anak cucu kita untuk 20 - 30 tahun akan datang.

Basuh Baju said...

Karl, sebab tu la kita kena berubah dari sekarang.. kita itu ialah generasi baru. aku rasa dan aku yakin hampir semua anak2 muda dah menyampah dgn budaya politik bebal (lama) ni..

Abang said...

How do you know when a politician is lying? His mouth is moving... hehehe...