Wednesday, July 29, 2009

Bekas-bekas yang melompat


SUBRAMANIAM SERTAI PKR- Berita Hairan

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden MIC yang juga bekas Ahli Parlimen Segamat, Datuk SS Subramaniam menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam.

CHUA JUI MENG SERTAI PKR- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 18 Julai - Bekas Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

ZAID IBRAHIM MASUK PKR- Malaysiakini

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR.

**************************************************************************************************
Ramai penyokong Pakatan yang berasa gembira apabila Zaid, Chua dan Subra (macam versi baru untuk ali, ah chong dan muthu) mengumumkan kemasukan mereka ke dalam PKR. Seolah-olah parti mereka telah berjaya dilihat sebagai parti yang hebat. Dalam kepala penyokong Pakatan, mereka pasti berfikir 'padan muka orang Barisan. Sampai pemimpin korang pun dah lompat keluar.'

Bercakap mengenai pemimpin Barisan yang melompat masuk ke dalam Pakatan, saya kira ia bukanlah budaya yang patut kita rayakan. Malah kita jangan ambik pot sangat. Buat tak tahu sahaja. Kalau ada yang nak masuk pun- kita benarkan. Itupun sebagai ahli biasa. Tak perlu sampai nak jadikan mereka sebagai ahli Supreme Council PKR. Apatah lagi menyambut mereka di dalam majlis khas. Ini semua tak perlu. Mengapa saya katakan begini?

Kita semua tahu kebanyakan politikus yang melompat ini adalah jenis yang pergi tersepak pulang terlanggar. Maksudnya mereka sudah tidak diterima oleh orang ramai lagi. Sokongan pun dah merosot. Bukti yang paling jelas ialah kesemua mereka tidak berjawatan di dalam parti masing-masing. Kesemuanya ialah bekas (ex) sahaja. Zaid Ibrahim- bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Chua Jui Meng- bekas Naib Presiden MCA. SS Subramaniam- bekas Naib Presiden MIC. Itu belum lagi dicampur dengan banyak lagi 'bekas-bekas' dari parti Gerakan dan PPP.

Saya amat pasti mereka yang bersorak apabila bekas-bekas politikus melompat masuk ke dalam Pakatan tidak memahami apa itu politik. Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa dilihat dengan kedudukan dan jawatan. Untuk berjawatan dan berkedudukan, sokongan diperlukan. Ada politikus yang menagih sokongan dengan agama. Ada yang menggunakan bangsa. Ada yang menggunakan rakyat. Dan ada juga politikus yang membeli sokongan. Ini hakikat. Politikus akan berbuat apa sahaja demi kuasa.

Inilah yang sebenarnya berlaku apabila bekas-bekas politikus ini melompat masuk ke dalam Pakatan. Mereka bukannya melompat kerana suka-suka ataupun hobi. Mereka bukan melompat kerana tertarik dengan ketuanan rakyat. Mereka bukan melompat kerana ingin memperjuangkan rakyat kelas bawahan. Apa yang mereka mahukan ialah kuasa. Kerana mereka sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan dalam parti lama mereka. Jadi dengan melompat masuk ke dalam Pakatan, mereka mendapat kuasa. Dan paling penting mereka mendapat sokongan daripada orang ramai yang tertipu dengan bekas-bekas politikus ini.

Jika tidak percaya- sila berasa hairan, mengapa sehingga sekarang masih belum ada ahli parlimen atau politikus yang berjawatan di dalam Barisan melompat masuk ke dalam Pakatan? Jawapannya kerana mereka masih lagi mempunyai kuasa dan sokongan. Jadi untuk apa mereka mahu melompat? Untuk jadi katak seperti Ibrahim Ali?

Kita menulis dan berbincang di blog mahukan budaya politik yang baru. Kita berhimpun di jalanan menuntut kepada perubahan. Kita berpeluh-peluh turun mengundi dan memangkah Pakatan Rakyat kerana kita percaya Pakatan Rakyat akan membawa kepada perubahan. Jika kita benar-benar jujur mahukan budaya politik kita berubah- kita perlu menolak budaya bekas-bekas politikus yang melompat ke dalam Pakatan Rakyat. Mereka tidak menyumbang kepada idea baru sebaliknya membawa budaya lama- budaya politik bodoh yang mereka warisi daripada parti lama mereka.

Kenapa Pakatan suka sangat nak ambil 'bekas-bekas' politikus ini sebagai pemimpin mereka? Adakah dalam PKR sendiri tak ada pemimpin lain yang lebih berbakat? Adakah Pakatan tidak mempercayai kebolehan pemimpin mereka sendiri? Hebat sangat ke bekas-bekas politikus ini sehinggakan Pakatan memerlukan mereka di dalam parti? Mungkin selepas ini Pakatan boleh menukar nama mereka kepada Pakatan (bekas) Rakyat.

Sedarlah, perubahan hanya dapat dilakukan oleh generasi baru. Golongan yang belum menjadi bekas-bekas. Mereka masih segar dengan idealisme. Masih suci dari rasuah. Masih bertenaga untuk menentang ketidakadilan. Mereka inilah yang patut Pakatan lantik menjadi pemimpin. Bukannya merekrut bekas-bekas politikus yang melompat.

Saya amat yakin perubahan tidak akan dicapai jika bekas-bekas politikus ini masih berkeliaran di dalam Pakatan Rakyat. Lagilah malang jika mereka diberikan kuasa sebagai pembuat dasar dan keputusan. Silap-silap Pakatan akan menjadi sama dua kali lima seperti Barisan. Jika ini berlaku, lebih baik kita mengundi blogspot di pilihanraya akan datang. Lagi cool. (BB)

31 comments:

mamai said...

itulah namanya gimik politik mmg ada kesannya....

aku tak kisah siapa lompat mana pun yanga ku kisah apa yang aku nak tetap sama. keseimbangan untuk semua

sekurang-kurangnya kita masih ada pilihan dan yang memerintah akan lebih berhati2

Basuh Baju said...

macam mana tu keseimbangan utk semua?

triple x malaya said...

yang penting pas 4ever...satu2 nye parti islam sedunia...


salam dari gua...

bangunberdiri said...

aku pernah tulis artikel tentang kuasa... mmg betul pun.. orang akan buat apa saja demi kuasa, termasuk lompat parti... dorang senang2 je tukar pendirian bila dah jadi bekas...orang macam tu xlayak jadi pemimpin...

hai said...

kes lompat parti ni cam berita besar sangat!!!loya betul ngan akhbar2 ni...dulu abah aku pernah gak jadi wartawan bebas...dia kata akhbar sekarang banyak dah melanggar etika!!!tapi yang peliknya dia baca gak...mungkin dia tak de sumber lain,layan je la....

Dari Jalan Kopi said...

dalam tiga makhluk itu - zaid lebih cool. letak jawatan ketika jadi menteri. celah dari UMNO dan masok pakatan.

bukan mcm chua jui meng. bukan mcm subra.

BB,
bila kau sepak mamat-mamat ni?
bila kau langgar mamat-mamat ni?

kau jgn langgar zaid - dia cool lah beb!! gua minat dia. sama mcm gua minat valentino rossi.
walaupun ra,bot rossi gerewel otak dia tak sewel.

buat zaid - selamat berjuang!!

Faiz Farhan said...

pndangan yg mnarik..
kte hrp je dorg yg mlompt tu smata-mata nk tolong rkyt..btul gak pndgn dari jln kopi tntg zaid ibrahim..

kuSut said...

aku stuju ngan dari jalan kopi...

mahathir pena kata, sapa x stuju dgn dasar kerajaan, letak jawatan...ramai je hipokrit, haprak...tpi zaid cool je, periuk nasi bukan mahathir yg jaga...dia letak jawatan...

finally, masuk pkr...
congrats zaid...

aku said...

jgn smp pkr jadi parti org2 yg kecewa, org2 yg inginkan kuasa, org2 yg haloba..

Shahrul Tanaka said...

dasar lalang!

abgBro said...

ada gak kwn2 gua bilang dia sokong UMNO hanya untuk cari makan(kontraktor la tuh)...dan mereka yg keluar UMNO BN ni nak cari apa dlm PR? Cari penyakit? gila kuasa pangkat harta? atau cari kepuasan berjuang sementara hidup masih bersisa ini?

balqissy said...

yups. ahli politik yang sebegini biasanya hanya mahukan kuasa dan sokongan. jadi, saya menyokong anda.

cuma, mahu menambah. mungkin PR menggunakan dasar terbuka. kenapa masih memilih mereka jadi pemimpin? Oh, sudah pasti PR juga punya objektif tersendiri. Mana mungkin mereka akan berbuat sesuatu yang tidak ada faedah, bukn?

1. menarik penyokong2 setia kepada wakil itu sendiri.
2. 'kawan baik = kroni' sesetengah pemimpin PR.
3. idea yang bernas etc.

*p/s politik penuh muslihat.

Basuh Baju said...

Dalam byk2 yg bekas yg melompat- Zaid je yg bgs.. tp yg lelain tu?

kalau semuanya nak amek bekas-bekas politikus, mcm mana kita nak lihat pemimpin muda yg baru?

dah bosanlah, asyik2 muka sama je..

Basuh Baju said...

bangunberdiri: yg aku peliknya, Pakatan bukan main kutuk org2 barisan. tp bila org barisan lompat masuk ke dalam pakatan, tup2 terus politikus tu dilihat sbg pejuang rakyat.. bagi aku, kalau yg nak lompat tu, at least biar ar ada jawatan macam ahli parlimen ke. berguna ar jgk..haha

hai: surat khabar kat mas ni tak boleh pakai. kalau org pas masuk barisan. utusan akan jadikan berita depan. kalau org umno masuk pkr, suara keadilan akan jadikan berita hangat..sama je..

aku: jgn sampai pkr jadi parti org2 tua je..takut golongan muda macam kita semua segan dah menyampah nak join pkr..

abgbro: cmni, yg kuar umno tu sbb dah tak dpt cari makan lg. diorg masuk PR sbb diorg nak test rezeki kat sana lak..

Basuh Baju said...

balqissy:

sbnrnya PR ketandusan pemimpin. pd pndgn aku la..sbb tu mereka perlukan bekas-bekas politikus ni..tp aku tak rasa ia langkah yg bgs. sbbnya nak tukar budaya politik ni, kita kena tukar org jg..ni kalau org yg sama yg pernah memimpin di dalam barisan, apa citer nak berubah kan?

pasal penyokong tu, aku rasa mgkn betul. (wlpn tak ramai mana)..sbb tu aku ckp, kalau nak masuk, masuklajh..tp tak payahlah smpai nak bagi jawatan tinggi2..cmtu, senang ar org barisan.agak2 rasa dah nak hilang kuasa, gi lompat masuk pakatan..terus berkuasa balik...haha

balqissy said...

mungkin PR masih belum jumpa kita untuk jadi pemimpian agaknya. *kesian*

abu muaz said...

Biasanya yang jenis lompatmelompat ni tak berapa boleh dipercayai sangat.Kalau tak melompat mereka ni akan dapat penyakit awal.....lompat apek lompat ayaaaa.....lompat ayaaa.......apek lompat dapat wang ooooo......

azmi yusof said...

salam ziarah..
thanks sudi jenguk blog saya..pasal lompat parti ni..ada ura ura mengatakan disebabkan nak membalas jasa katak katak ni, maka mereka yang benar benar berjuang bersama PR dari awal mungkin akan menjadi korban..itulah harga yang perlu dibayar...ingat bekas bekas BN ni bodo bodo ke nak melompat?mesti ada harga yang perlu dibayar..kalau tidak wang..jawatan...pendapat sayalah..tq

Riise said...

setuju dengan Basuh Baju. PKR(PR juga) ketandusan pemimpin yang hebat, yang ada pontensi pun adalah mereka yang masih muda(30-40). Tapi aku rasa PR akan bersedia menjadi kerajaan seterusnya jika rakyat memilih mereka.

ye, aku merasakan BN sengaja menghantar orang untuk masuk PR ni, untuk rosakkan keseimbangan dalaman, contoh yang terjadi di Perak.

aku memang ada masalah dengan orang yang kalah ni, pastu terus tukar parti, ketara sangat motif. tak kisah la dari mana2 parti.

zedmagel said...

Salam Bro Basuh Baju,

Satu entry dan polemik yang menarik dan bagus dari anda. Isu yang bro jolok ramai yang respond.

Saya melihat ex BN yang melompat ke PR semuanya yang dah skrap. BN sendiri dah tak pakai dia orang, Jika ada dalam BN pun tak berapa menyumbang. Lalu mereka cuba-cuba mensumbang dalam PR.

He he... saya tidak melihat lain-lain parti politik yang lebih berdaya saing selain dari BN. PKR parti yang sering menangguk di air keruh. PAS tak cukup kerusi untuk memerintah jika menang semua parlimen. Kalau memerintahpun akan menjadi kuda tunggangan kepada parti yang lebih cerdik membuat agenda politik mereka.

Kecuali UMNO , memang kita tiada pilihan parti lain untuk berkuasa di negara kita sendiri. Ramai rakan-rakan yang berfikir, tetapi fikran mereka tidak menjangkau ke dasar.

ayampinko said...

politik pada wa ader ribuan cara..ribuan helah..ribuan maksud.. owang bawah takkan tau apa yang sebenarnya terjadi..

Dari Jalan Kopi said...

balqissy : "mungkin PR masih belum jumpa kita untuk jadi pemimpian agaknya. *kesian*"

kahkahkah.

mcmana nak jumpa. awak tutup muka. begambar pun suruk muka. kahkahkah.

ikan emas said...

Nape Chandra Muzaffar keluar dan tak lompat ke parti lain?

Sebagai negara yg mengamalkan demokrasi tak kira lah berapa byk parti yg blh ditubuhkan..tp kt sini nmpaknya golongan politikus ni dlm kelompok yg sama jg,pusing-pusing dok kerabat yg sama aje.KUASA BERKUASA MENGUASAI

syahid said...

geoge galloway keluar parti sbb taksetuju dengan dasar tony blair dan menang election seterusnya..di sini adalah berbeza antara lompat ke pakatan dari barisan dengan loncat ke barisan dari pakatan.BERBEZA seperti che guevara meninggalkan cuba dengan thaksin yang meninggalkan thailand

Aidi Rahimi Ibrahim said...

hmm.. penat jugak no klu asyik melompat-lompat ni tapi bagus untuk 'exercise'..:-)

Kacik Kamarudin said...

Simpan Saja Kisahmu

Simpan saja kisahmu
Buat budak - budak.
Aku tak mahu tahu
Tentang katak - katak
Dan burung belatuk
Terangguk - angguk.
Simpan saja kisahmu
Buat atuk atuk.
Aku tak mahu tahu
Tentang beruk - beruk
Di kerusi empuk
Terbatuk batuk,
Dan ular - ular
Mematuk matuk
dalam belukar.
Simpan saja kisahmu
Buat surat khabar!

Penanggah said...

tak tau ler brapo lama diorang bleh tahan.. silap2 melompat blik dalam BN.. orang politik ni bukan bleh percayo sangat..

Basuh Baju said...

anak abdullah:

macam mana pula dgn ADUN bota yg masuk pakatan kemudian masuk BN balik dalam masa seminggu?

susah kita nak tahu niat politikus yg melompat ni..

george galoway tu dikenali dgn track rekod yg bagus..tp adakah track rekod ahli parlimen dan adun BN bagus2 seperti beliau?

apa yg aku cuba timbulkan persoalan di sini ialah, selagi mana orangnya sama selagi itulah perubahan tak dapat dilakukan..

cthnya begini..kita tahu anifah aman (adik kepada musa aman yg korup giler) ditawarkan utk lompat parti..katakan anifah aman setuju, adakah rekod beliau sbg pemimpin yg teruk sepjg dlm BN akan berubah terus menjadi suci bersih bila mana beliau masuk pakatan?

susah bukan nak tahu niat dan tindakan politikus ini? :)

Ikan emas: ini lagi satu masalah ketara dan besar di dalam negara kita..asyik2 golongan yg sama. kalau tak keluarga razak, keluarga hussein on..mcm diorg ni je yg ada kat Mas ni..

azmi yusof: yup, semestinya ada tawaran dibuat. tapi tak semstinya wang ringgit. mungkin kuasa, pangkat dan pengaruh..begitu juga halnya bila adun pakatan lompat masuk ke dalam BN, mesti ada tawaran jgk kan? :)

Shemmi said...

lagu untuk mereka yang suke lompat2 parti...

"lompat si katak lompat..
lompat la tinggi tinggi
cepat la encik cepat
cepat lompat ke sana sini.."


sambung sambung....

Amermeftah said...

Terngiang-ngiang di telinga aku sorakan orang "Undur katak undur!" ketika Ibrahim Ali berceramah yg waktu tu dia masih Umno.

Nampak jugaklah kuasa yg dicari sebab kalau tidak kenapa Zaid Ibrahim tak join PAS saja. Atau malu alah sebab nak saman kerajaan Kelantan kalau buat hudud?

Anonymous said...

hahahahahahaha...nice...mcm yg saya fikirkan...lompat nyer lompot, kutip nyer kutip last skali pkr akan jadik BN versi baru...adei kita orang undik pr bukan nak parti baru atau kerajaan versi baru berjanama lain, kita nak kan perubahan dalam kepimpinan dalam "sume" hal...govt skang dah x leh, mereka sume x leh di modified coz dah fully modified, kalo letak accessories pun x tau nak tambah ape, tambah gak nampak huduh biasak la "OLD" and "STATIC VERSION"...software pon x leh up grade, coz hardware x leh support.....hahahahahahahaha...tapi yg dah lompat pepandai la ubah attitude and especially "MINDED", coz nih umah baru, rule pon lain...sok kalo pilihan raya jgn pepandai and gatal nak kecoh mintak jadik wakil, kat cni no special treatment...x der pakai"CABLEx2", coz kita orang pakai wireless, supaya x "SEMAK" and sume org leh access....hahahahaha...
p/s=kita bukan tengok "BRAND", kita tgok kualiti especially those manufacture from XX factory...