Monday, May 11, 2009

Pengumuman pendek

Basuh Baju mengajak semua pembaca sama-sama membaca talkin dan yassin sempena ulang tahun UMNO yang ke 20..ops silap..yang ke 63.

Mengikut teori popular, sesiapa yang hidup lebih daripada 60 tahun dikira mendapat 'waktu bonus' daripada Tuhan.

Mengikut teori tidak popular pula, sesiapa yang sudah lebih 60 tahun dikatakan seperti 'rumah kata pergi, kubur kata mari.'

Tidak kisahlah teori popular ataupun tidak, yang pasti malam ini selepas maghrib atau sebelum Isyak, silalah bertalkin.

Mudah-mudahan roh ketuanan melayu UMNO mudah 'tercabut' dari jasadnya.

Untuk lebih afdhal, bacalah di depan bangunan UMNO di tepi PWTC. Dinasihatkan bawa sejadah sendiri kerana takut tiada tempat.

Satu peringatan: TIADA makanan free lepas talkin. Sesiapa yang mintak, memang kena pelempang.






Sila jangan gelak. Menggelakkan orang tua adalah perkara yang salah. Hahahahaha ops.....

9 comments:

HBM Consultant said...

Seorang Ustaz pernah beritahu, bila kita berdoa hendaklah berdoa yang baik-baik sahaja walaupun untuk musuh yang paling kita tidak suka...

Maka berdoalah saya (tidak saya ketahui sama ada doa ini baik atau tidak)...

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Jika telah tertulis hayatnya masih panjang, maka Kau pulihkanlah dia dari penyakitnya dan jika telah tertulis hayatnya hanya setakat ini, maka Kau tamatkanlah riwayatnya segera. Janganlah dia terus diseksa sebegini kerana sesungguhnya penyeksaan itu tidak memberi kesan kepadanya melainkan kepada orang lain yang hidup bersamanya.

Ameen.

sheikh teluk intan said...

Salam Basuh baju,

Bagus entry ini. Pecah perut Pak Sheikh membacanya.

Doa yang dipetik oleh Murniyati adalah untuk makhluk yng bernyawa. Memang dilarang.

Tetapi UMNO adalah Parti politik. Ianya macam sebuah kereta. Kalau ganas pemandunya maka mudah cepatlah lingkup kereta itu atau cepat pemandunya menemui ajal kalau ditakdirkan oleh Allah. Tapi kita tak boleh doakan: "Ya Allah kau matikanlh pemandu itu". Doa untuk pemandu itu sepatutnya:" Ya Allah kau letakkan keinsafan dalam hati pemandu itu( si polan) supaya dia tidak merbahayakan dirinya sendiri dan orang lain".

Lagipun entri ini adalah berunsurkan satira. Ini yng perlu dimafahami.

Minta izin Pak Sheikh salin dan tampal kat blog pak sheikh.

kuSut said...

ahahaha...
tulisan ini bagi memperingati perjuangn umno...
khabarkan ke pasukan umno...
pasti ramai yg lupa da...
basuh baju- u mmg kool...ahahaha

azhar said...

nazak sungguh dah UMNO nie...

kesian...

abgBro said...

KALU LIAT SGT NYAWA NAK KELUOR, ORG TUA2 PESAN CABUT SEKEPING ATAP..INSYAALLAH

hehe..

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam petang Basuh Baju,

santai sekali satira saudara ini ...,

tapi pukulannya kuat sekali.

Hanggokan said...

kahkahkah!
ops,maaf kerana tergelak kpd yg tua. sungguh kurang sopan saya.
saya tergelak kerana baca berita mengenai keputusan mahkamah utk MB perak. patutkah kita bertalkin dan membaca yasin sekali?

Basuh Baju said...

marni: Amin.. betul tu. kita patut layan musuh dgn baik. tp ada hadnya.. takut nnti sbbkan kita layan bebaik, dia makin naik kepala..

Syeikh: Amin. Silakan amek posting ni. tak kesah...

Kusut: sebarkan pd org UMNO.. kita perlukan UMNO. kerana kalau tidak, pakatan akan menjadi terlalu kuat dan akan menjadi UMNO kedua pula.. cuma yg kita nak UMNO yg berubah ideologinya..

Azhar: nazak dah.. cuma masih berlagak sihat..

abgBro: cabut atap? hahaha cabut bumbung bangunan UMNO? haha

Zulkifli: pukulan ini akan jadi kuat jika org2 UMNO insaf..

Cob Nobbler said...

UMNO terus lara,
rompak rakyat malaysia.

hahahaha!