Saturday, May 30, 2009

Komunis, Biasiswa, Along dan Calon Sihat

KOMUNIS

1- Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia. Gerakan komunisme harus ditentang habis-habisan. RTM akan menyiarkan dokumentari. Pesara-pesara tentera polis menunjukkan bekas kekejaman komunis.

2- Dan.... Najib akan membuat lawatan kerja ke negara Komunis- China.

BIASISWA

1- Isunya biasiswa JPA tidak telus. Cina 14 A1 tak dapat tapi Melayu 6A1 3a2 boleh dapat. Semua pihak mahu JPA keluarkan senarai nama pelajar yang dapat dan tunjukkan apa kelayakannya.

2- Tup tup Muhyiddin kata SPM tahun depan pelajar hanya dihadkan ambil 10 subjek. Sedangkan isu bilangan subjek SPM dan pembahagian biasiswa JPA adalah dua isu yang berbeza.

3- Pasal bilangan subjek- Ia tindakan yang agak bijak untuk tidak menjadikan pelajar kita hanya mengejar bilangan A semata-mata. Ada rasional.

4- Namun tindakan yang lagi bijak ialah- kita benarkan pelajar ambil seberapa banyak subjek yang mereka mahu tetapi bagi penilaian biasiswa, kita hanya kira 10 subjek wajib. Kan situasi menang-menang di situ?

5- Dalam hal pembahagian biasiswa JPA- mengapa perlu ada kuota kaum? Bukankah untuk Bumiputra sudah ada 1300 tempat dari MARA? Bukankah JPA ini dananya datang daripada cukai rakyat? Mengapa tidak diwujudkan meritokrasi? Siapa yang layak, dia yang dapat.

6- Kemudian wujudkan kriteria mengikut tangga pendapatan. Kalau pelajar itu bijak tetapi kaya raya- bagi dia tempat di Universiti luar negara. Duit yuran, tiket dan makan minum- keluarga dia tanggung. Kalau pelajar itu golongan sederhana, bagi dia biasiswa separuh. Separuh ditaja separuh lagi berbentuk pinjaman. Untuk pelajar bijak dan golongan susah, bagi dia biasiswa penuh.

7- Tak payah nak pening-pening fikir kuota 90%,70%,45% atau 10% lagi. Kadang-kadang penyelesaian terbaik ialah the simple solution.

ALONG

1- Tiba-tiba kecoh pasal along. Yang hairannya kenapa polis susah sangat nak cari along ini?

2- Dekat tiang-tiang lampu bersepah-sepah no telefon along. Pergi call dan siasat.

3- Masalah along ni muncul kerana bank susah sangat bagi pinjam. Nak buat pinjaman kena ada aset, penjamin, cagaran dan bermacam bentuk borang kena isi. Ini menyusahkan. Orang nak pinjam duit sebab dah terdesak. Kalau semuanya dah ada (aset, penjamin, cagaran) tak perlu pun nak pinjam duit.

4- Sepatutnya bank ikut stail along- longgarkan peraturan. Jangan kata mengarut. Sila baca kisah kejayaan Muhammad Yunus daripada Bangladesh yang mendapat Nobel Prize bagi khidmat banknya yang memberi pinjaman kepada golongan miskin di sana.

CALON SIHAT

1- SPR kata setiap parti perlu letakkan calon yang sihat supaya wakil rakyat tak ada yang mati lagi.

2- Masalahnya- orang sihat pun boleh mati juga.

3- Mungkin SPR boleh memohon kepada Tuhan agar jangan matikan calon?

13 comments:

fahmi said...

bout Komunis: pada kjaan kita x jd komunis xpe, tp dia geng komunis boleh pulak... gila bangang, igt kita x tw ke yg ni hanya mainan politik je... menyampah aku

bout biasiswa: kadang2 nk amek result permohonan pun segan bile fikir sama ada kite btul2 layak @ layak hanya kerana kuota Bumiputra.. kalau sokong kuota, org2 lain yg lebih layak xdpt tmpat, klu x sokong kuota, org2 Bumiputra marah pulak... harap2 biarla dipilih buat mereka yg betul2 layak.. nk bantu bangsa kita boleh, tp jgn jd mcm Yahudi smpai menindas bangsa lain

bout Along: knape rmai pi pinjam kat Along walaupun merbahaya, sbb ia mudah.. tiada kerenah birokrasi.. cmonla bank2, fikirla klu org susah nk pnjam duit, korang susahkan lagi apsal... Muhammad Yunus? boleh jadi ikutan yg baik...

Calon Sihat: apa org sehat ni xkan mati ke?? supaya wakil rakyat x mati lagi?? tgok statement SPR pun dh tahu tahap pemikiran org yg bcakap... lain kali pk dulu sblum cakap.. hehehe

BUJANG SUSAH said...

best n3.. mohon copy ya pak..

abu muaz said...

Komunis bahaya,biasiswa sensitif,along mati ooooo, tapi yang tang calon sihat ni aku nak cakap sikit.

Masa UMNO kuat dulu tak pernah timbul benda-benda pelik cam ni. Dulu ada je pilihanraya kecil parti pembangkang yang kecut perut.Sekarang niii eh eh eh macam macam la undang-undang nak dibuat.Ape kene ni jang oooiiii.Dunia makin maju kamu dok pikir benda yang pelik-pelik.

Cob Nobbler said...

about komunis:najib nak pergi china "bincang isu ekonomi" tu,pinjam duit ngan komunis,takpe pulak.

about biasiswa:milikrakyatkan pendidikan.senang cerita.toksah pening-pening pasal biasiswa.

about along:bank islam masih lagi riba,bank rakyat pulak bukan nak back up rakyat,pinjam mana lagi,pinjam along la..apa lagi.

teringat aku kat kucing nama Along.PNB punya maskot.patutlah,permodalan nasional berhad pun maskot along.

gunakan sistem barter,tak payah print duit lagi.settle problem.

about calon sihat:sedangkan Antonio Puerta pemain Sevilla punya fit dan tough boleh mati sakit jantung main bola,apatah lagi calon pilihanraya.Terutama pacik-pacik kuat ceramah,mesti mau tercabut jantung bila nak bagi ceramah.

IBAN MUSLIM said...

Apabila manusia tidak berhukum dengan hukum Allah, maka urusan dunia menjadi kacau bilau. Sekadar memuaskan hawa nafsu masing-masing. Keadilan dalam Islam jelas. Keadilan dalam sunnah nabi juga jelas.

Manusia yang berhukum dengan selain daripada hukum tuhan adalah manusia yang berada dalam zaman kebatilan.

Sikap 'double standard' inilah sebenarnya sikap perkauman yang ditunjukkan oleh penguasa.

Hanggokan said...

kahkahkah...
tiada apa yg aku ingin ucapkan melainkan aku setuju benar pendapat anda.
kahkahkah...

kuSut said...

semua ada benarnya...

tpi biasiswa tu mmg nampak kepincangannya...pembahagian x telus, walau kite isi borg yg sama, latar belakang ekonomi kuarga hampir sama, result standard sama. tup2, sorg dapat sorg x...aku mcm nak karate2 je kpm x bagi biasiswa kat aku...lgi parah, hya kursus2 tertentu saja ditawarkan biasiswa, diskriminasi yg jelas lagi bodoh...

calon sihat tu...aduhai spr, mau lawan tuhan ka...sat gi korang mati jugak

Basuh Baju said...

Jadi di mana silapnya?

Komunis: Rasional tak bagi chin peng pulang kerana kekejamannya. Tetapi kita lupa siapa yg mulakan kekejaman itu iaitu British. Yang hairannya, British boleh pulak masuk Malaysia?

Biasiswa: Kita nak bina negara bangsa. Kita nak sistem pendidikan kita maju. Kita nak lahirkan generasi cerdik pandai. Tetapi kita adakan kuota yg SGT melampau? Kita nafikan peluang pelajar2 yg masih lagi racial blind ini. Hasilnya, bila mereka besar, mereka akan berasa dendam.

Along: Kita tak nak bagi orang pinjam along ttp kita menekan rakyat kita dgn pelbagai kesusahan.

calon sihat: memang dah silap dah..haha

Khazinatul Asrar said...

komunis: sume menntang nak bawa chin peng balik..
aku cuma xbp nak phm..
ape rasional bawa dia balik n ape rasional larang dia balik..
Sebelah pihak kata kita xhargai jasa perajurit tanah air, konon2 nak idopkan balik ideologi komunis..
sebelah pihka lagi kata dia nak mati kat tanah air dia, kita perlu maafkan dia..

biasiswa: di luah mati emak ditelan mati bapak...

Along: kesian pada anak2 sulung yg adik2nye panggil dia along..

Calon sihat:mereka umpama takot dgn bayang2 sendiri..

Abang said...

Basuhbaju, mungkin kalau x buat kuota khas kaum Melayu, al-jawabnya abis semua biasiswa disapu bangsa lain yg cemerlang2. Melayu x ramai yg skor full A. Entahlah mungkin aku silap :) Tp aku setuju cadangan lihat tangga pendapatan tu.

Anonymous said...

salam..basuh baju..yg kuota scholar 2..kalo x diletakkn kuota utk bangsa mlayu,agknye ada la dua 3 kerat je anak mlayu yg akn dpt..sb..ank2 mlayu skg rmai yg ad kt kaki2 lima asah jarum, d tgh2 jalan tayang motor..tgk anak2 bangsa laen..ad memekak tgh2 jln bazir mase??..ank2 bangsa laen tgk sibuk memajukn dri,,anak mlayu?? dok tdo lg.. so kjaan sdiakn kuota 2 spaya ank2 mlayu yg btl2 ad ksedaran ad tmpt utk majukn dri..lagipn dlm Islam ad mnyebut.."Bertegas lah kamu dengan org kafir"....ni juz my opinion..by the way,n3 laen sumenye smart!!

Unknown said...

basuh baju, sekolah vernakular wujud kerana kaum cina dan india tidak mahu budaya dan bahasa mereka lenyap,

pada pendapat saya, antara faktor teras dalam membina panduan adalah keseragaman pendidikan,

disebabkan bukan kita yang minta supaya sekolah jenis kebangsaan diadakan, maka isu biasiswa itu adalah antara perkara yang dipersetujui supaya sekolah jenis kebangsaan dapat diwujudkan,

dalam laporan-laporan pendidikan terdahulu telah dicadangkan agar dihapuskan sekolah jenis kebangsaan, agar sekolah menggunakan hanya satu bahasa iaitu bahasa Melayu memandangkan bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara, dan bahasa Tamil dan Cina diajar sebagai subjek kepada semua pelajar, tetapi telah di tentang oleh masyarakat Cina dan India,

jadi,nampak di situ?
kerajaan telah memperkenalkan sekolah wawasan untuk memupuk perpaduan, tetapi itu hanya terbatas kepada pengurusan fasiliti, pelajar2 masih lagi bersembang dan beraktiviti dalam kelompok kaum masing2,

itu yang menimbulkan permasalahan,
bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak,kadang2 ada yang kita harus korbankan untuk membolehkan kita mendapatkan sesuatu yang lain,

Munirah said...

dah ada mangsa baru nak siasat kes along. yang pergi bagi lesen niaga tu kenapa?