Wednesday, April 15, 2009

Kalau tak nak bangkit dosa tak?

BANGKITLAH MELAYU- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini.

Jadi UMNO dan Pas kena duduk, tak kan dalam berbeza tak ada persamaan. Atas persamaan ini kita duduklah semeja dulu,” jelasnya.

Apa dia tuntutan kaum lain tu? Dari dulu dengar tuntutan kaum lain. Cuba cerita sikit apa yang mereka tuntut. Macam mana kalau mereka tuntut nakkan kerajaan yang bebas rasuah? hahaha

Mamat ni biar betul. Belajar matematik tak? Memanglah kerusi melayu paling banyak. Ada 123 kerusi tapi UMNO ada 78 kerusi sahaja. Mana boleh tubuh kerajaan. hahaha Silap-silap UMNO yang jadi pembangkang. Yelah, MCA, MIC, GERAKAN semua masuk Pakatan. hahaha

Kenapa kerjasama melayu hanya dalam UMNO sahaja? UMNO memanglah melayu tapi melayu BUKAN UMNO. Macam mana kalau lagi ramai melayu yang bersatu bawah DAP? Itu dikira bersatu ke tidak? hahaha

Satu persoalan: Kenapa bila kata perpaduan melayu, hanya UMNO dan PAS sahaja? Dalam PKR tak ada melayu ke? hahaha Sila fikir sendiri.

9 comments:

Prof. Era Pasca said...

umno cuma boleh guna PAS je.. sebab PAS ni lembut sikit... lebih menerima... tapi tidak kali ni..hahaha! PAS bertegas! PKR depa takut sebab depa wat macam2 kat ANWAR, DAP lagi depa goyang.. ngan orang atas kursi roda depa branila... setuju tak?

Cob Nobbler said...

Ibrahim Ali,

Saya sarankan anda supaya memotong misai kontot seperti Hitler.Kerana nada anda sama seperti di dalam Mein Kempf.

Tak tau Mein Kempf tu apa?Mein Kempf ni main camping2 kot,sebab bunyik lebih kurang sama je.

Betul tak Basuh Baju..huhu!

Basuh Baju said...

baginda: beselah UMNO. nak bersatu bukan sbb apa pun. sbb pintu ekonomi dah makin sikit. 4 negeri skrg pakatan pegang. bermakna 4 punca ekonomi dh hanngus..

Nami: betul. tapi ibrahim ni mein katakf.hahaha

Danial Izzat Zulbahari said...

haha. mestilah kaum lain nak hapuskan artikel 3(Islam sbg agama rasmi), artikel 152(BM sbg bahasa rasmi negara), artikel 153(keistimewaan org Melayu) dan kedaulatan raja-raja Melayu mcm yg diperjuangkan DAP. konsep Malaysian malaysia.

kalau dibiarkan, org Melayu akan ditindas seperti yang brlaku di Singapura.

itu sebab lah bnar kata-kata "Melayu Mudah Lupa"

Kerana Anwar Ibrahim yg nak jd PM, semua ni dia sanggup gadaikan. Sampai agama pun jadi bahan mainan.

Mahmud said...

Kemanakah perpaduan rakyat Malaysia? Tukarlah kepada, "Bangkitlah Rakyat Malaysia"

Ibrahim Ali ni tidak relevan lagi. Apa penting kepada saya ialah agama, ekonomi dan keluarga.

Cob Nobbler said...

Danial,

Habis orang Melayu tindas orang Asli tu mende?

Tolong la otak tu jangan KBSM sangat.Kita Melayu ni pendatang asing woit!

Cob Nobbler said...

Memang patut kena hapuskan je artikel 3 yang membodohkan orang dan bersifat perkauman ni.

Pergi Singapore la,kalau rajin,jadi kaya la nko.Melayu kaya pun aku dah tengok..Cina miskin pun aku dah tengok.Dia malas dengan rajin je.

Dah kalau Melayu malas,harap subsidi,apa kes?Nak tuduh2 Cina tindas pulak.

Presiden Singapura pertama Yusuf bin Ishak woit!

Basuh Baju said...

masalahnya pakatan rakyat tak kata pun nak hapuskan hak2 tu.. ada nampak dalam manifesto? ada?

tak boleh ke kalau tak nak bersatu dalam UMNO? kenapa mesti UMNO?

UMNO memang melayu. tapi melayu bukan UMNO.

Cob Nobbler said...

kenapa kita tak duduk diam-diam dan amalkan sahaja agama dan budaya masing2?Perlu ke agama Islam ni dirasmikan?Perlu ke budaya Melayu dirasmikan?

Artikel 152,tak pulak lawan masa PPSMI?

Artikel 3,tak pulak lawan masa kerajaan runtuhkan Masjid Bujal.

Artikel 153,apa raja dah buat dengan rakyat?Setakat beli curut Davidoff harga kereta pakai duit rakyat,baik tak payah ada semua ni.

Ini semua adalah hipokrit.