Monday, April 13, 2009

Kaji penggunaan kotak- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Kebanyakan pemborong ikan di Utara dan Pantai Timur Semenanjung meminta Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) meneliti semula penggunaan kotak ikan berinsulasi (KIB).

KIB dikatakan tidak tahan lama serta mudah pecah berbanding kotak fiber yang dibeli dari Thailand kerana ia lebih murah dan tahan lama.

Beliau berkata, harga bagi satu kotak fiber keluaran Thailand adalah RM150 berbanding RM225 yang dijual oleh LKIM.

LKIM telah mewajibkan penggunaan KIB kepada nelayan-nelayan pada beberapa bulan yang lepas bagi meningkatkan produktiviti perikanan dan juga menjamin kesegaran.

Hahahaha sejak bila tukar kotak dapat banyak ikan? hahaha

Mesti kotak baru ni cantik dan kotak lama buruk. Tukar kotak sebab nak naikkan imej negara di persada dunia. Lepas tu keluar berita cakap nelayan di Malaysia berkelas dunia.hahaha

Kenapa kotak baru yang mudah rosak lagi mahal dari kotak lama yang bagus? hahaha Kenapa penggunaan kotak ni diwajibkan? hahaha

Cuba teka apa maknanya..hahaha Maknanya ada orang buat duit atas kotak.hahaha Celaka ini orang. Menyusahkan nelayan-nelayan. Ingat nelayan ni gaji tinggi ke?

Kalau nak tingkatkan hasil bukan tukar kotak mahal lah! hahaha Tau tak bila tukar kotak mahal nanti harga ikan naik sebab kos operasi naik?

Ini penyelesaian atau tak selesai-selesai?

3 comments:

Cob Nobbler said...

Kotak pun nak buat duit.Memang kapitalis aparat keparat betul la.

Nko cuba tengok,nelayan pun dorang nak rompak.RM150 banding dengan RM225,beza RM75 tu.RM75 tu seminggu punya makan bagi orang miskin anak sepuluh.

Sebab tu perlu la sangat-sangat shadow cabinet.Nak pantau benda2 macam ni.

Basuh Baju said...

betul2..perlu ada shadow cabinet..

nampak tak nak wat duit senang. ko wat undang2 sendiri je. macam rompak siang hari kan..

kalau ada beribu nelayan dah berapa juta dia ngap.. tu belum kita tgk lagi kroni mana yg bekalkan kotak tu..

aku rasa satu kotak tu silap2 dia untung berapa ratus percent ntah..

ni baru kotak..byk lagi contoh..aaaarrrrggggghhhh!!!

geram!

Anonymous said...

Tak boleh buat sendiri ke kotak fiber tu. Ngaper nk diimport dari Thailand? Nampak sgt le teknologi Thailand lebih maju dari malaysia..