Tuesday, March 24, 2009

Bahasa, lempang dan fantasinya...

Sama ada artikel 153 wujud atau mati, manusia di Malaysia perlu untuk menguasai bahasa Inggeris.

Manusia di mana-mana ceruk dunia pun akan menggunakan satu bahasa 'standard' untuk berhubung antara satu sama lain. Bahasa 'standard' ini berubah mengikut keadaan, masa dan tempat. Ini semua bergantung kepada kesesuaian- iaitu kesesuaian agar apa yang ingin disampaikan dapat difahami semua.

Satu kesesuaian yang pasti ketika ini ialah- bahasa Inggeris adalah bahasa global. Bahasa dunia.

Sekiranya Stephen Chow bertemu dengan Barack Obama, pasti mereka akan bertutur dalam bahasa Inggeris. Ini hakikat. Begitu juga apabila Mat Korea cuba mengorat gadis melayu, bahasa Inggeris akan digunakan. Ini kebenaran. Tidak perlu terjerit sini, melolong sana.

Lalu adalah menjadi perkara wajib kepada kita semua untuk menguasai bahasa Inggeris. Kita tidak perlu menjadi manusia yang bodoh sombong- seperti orang Perancis yang enggan bercakap bahasa Inggeris. Kita juga jangan mengikut perangai rakyat Jepun yang terlalu bangga dengan bahasanya sehingga menolak bahasa Inggeris.

Dan sekiranya kita terjumpa dengan seseorang yang menggunakan alasan 'bahasa melayu bahasa kebanggsaan' untuk menolak mempelajari bahasa Inggeris, kita wajib melakukan dua perkara. Pertama-kita lempang. Kedua-kita minta maaf. Tidak ada apa-apa nilai 'kebangsaan' pada bahasa Melayu itu sekiranya kita duduk ternganga tidak faham apa yang diucapkan oleh pegawai Kastam di Woodland, Singapura.

Noktah Sebentar.

Apabila susuk bernama Mahathir Mohammad memperkenalkan PPSMI, begitu ramai yang salah faham mengenai dasar ini. Daripada menteri hinggalah kepada pembangkang, baik si cikgu mahupun murid-murid- semuanya berfantasi bahawa tujuan PPSMI adalah untuk menguasai bahasa Inggeris. Bagi saya ini fantasi bodoh. Pertama- bodoh kerana tidak memahami tujuan Mahathir. Kedua- bodoh kerana membiarkan diri terus dibodohi.

Adalah perkara gila untuk seseorang pelajar memperkayakan 'vocabulary' bahasa Inggerisnya dengan simbol +,-,x,%,=. Tidak mungkin juga seorang murid di kampung Durian Runtuh mampu 'speaking' dengan baik hanya dengan menghafal formula pengoksidaan. Kerana itu saya katakan jika PPSMI untuk menguasai bahasa Inggeris- ia adalah fantasi bodoh.

Cara terbaik untuk menguasai sesuatu bahasa adalah dengan mempelajari sasteranya. Dari sastera, barulah kita faham akan lenggok bahasanya. Dari sastera juga, begitu banyak perkataan baru yang dapat dipelajari. Jika tidak percaya- sila lihat generasi atuk nenek kita yang kebanyakannya fasih berbahasa Inggeris. Ketika itu sajak-sajak Ella Wilcox menjadi 'buku teks' di sekolah. Bait-bait puisi A B Banjo Paterson, 'ave ceasar' menjadi hafalan. Begitulah mereka menguasai bahasa Inggeris. Bukan dengan tambah tolak darab bahagi.

Malah ketika ayah saya mempelajari bahasa jepun pun, beliau dipaksa untuk melakonkan watak dalam puisi 'A Cuckoo Sings' karya Kobayashi Issa. Sama jugalah dengan diri saya dalam mempelajari bahasa Arab. Ketika itu jenuh saya dipaksa berlakon untuk sajak 'Andalusia Masa'' tulisan Abu Hasan Al-Husri. Saya tidak dipaksa berlakon menjadi gas metana ataupun proses penyulingan. Ini sekali lagi membuktikan belajar bahasa dengan sastera bukan dengan sains atau matematik.

Noktah Sebentar.

Kalau masih ada yang menolak PPSMI dengan alasan 'bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan', kita perlu lakukan dua perkara. Lempang dan minta maaf. Jika sesiapa yang menyokong PPSMI dengan fantasi 'untuk penguasaan bahasa Inggeris'- ingat dua perkara juga. Lempang dan minta maaf. (BB)

12 comments:

HBM Consultant said...
This comment has been removed by the author.
IZZATI HALIM said...

dulu,ak sgt menentang PPSMI..skarang,ak tidak menentang dan agak menyokongnya..sebab,kite perlu fikirkan perkara ini dalam pelbagai perspektif..ape yg mahathir cuba lakukan,untuk kemajuan bangsanya..percayala..ak bukan penyokong kuat beliau bukan juga orang kuat umno..tp,ak cuba memahami maksud tersirat di sebalik semua ini..org eropah dahulu blaja bahasa arab utk menguasai ilmu2 org islam..fikirkan..

Anonymous said...

Aku menntang PPSMI sbb xbnyk vocab yg kite le gune dlm kehidupan seharian..
setuju dgn kate radzi yg kite kene fham sateranye..n insyaAllah kite dpt kuasai bi itu sendiri secara xlangsung

Unknown said...

knape dgn bhsa melayu kte x blh maju??
spe kate??radzi??sape radzi??
komen sy bukn nk memaki sape2 tp jgn la smp bangsa kte kte gadaikan...
mmg bi penting...tp x semestiny kene terapkn dlm sains dn matematik..d skolah pn ade subjek english..knape dgn keputusan seorg pmimpn yg x pndg ke depan kte kne sush..org yg tggl d bandar mgkn xsedar, atau xnk ambk taw yg sbenarny org melayu makin teruk dgn de ny ppsmi ni..budak2 kpg, luar bndar smain hilg mint nk blaja sains ngn math..xkn 2 kte nk slhkn budak2 sbb x usaha??
kalau bnd 2 dh sush..lme2 kte pn feed up..
jgn pndai2 nk lempang org..lempang dri sblum ckp..

Anonymous said...

Damha..ko ckp yg budak kg susah nak belajar dan xminat. hbs tu mcm mana klau aku pulak ckp bdk bandar makin minat dan suka blja math dn sc dlm BI?

ha, dua2 pon golongan pelajar. dua2 jg rakyat. jgn main sentimen la..

saudara basuh baju dh terang baik2. dia tak kata sokong PPSMI atau tentang. yg dia cuba terangkan di satu sudut yg cukup berbeza.

Pertama, memperjuangkan bahasa melayu jgn terlalu sempit sampai tolak BI.

Kedua, nak belajar baahsa bukan dgn math dan sc. Itu pon xnmpak ke?

Basuh Baju- tulisan ko berhantu. teruskan. ala2 tukar tiub.

sape radzi?

Amran

deennasour said...

aku rasa nak lempang muka sendirik!

ahaha. lepas lempang muka sendirik,
kita akan kata "what the hell?"

terus pandai speaking english.
waduh.

deennasour said...

DAMHA!!!!

mempelajari satu matapelajaran bahasa inggeris tidak cukup untuk menguasai bahasa inggeris.
math dan science dibahasainggeriskan bukan saja untuk berfantasi bodoh iaitu menguasai bahasa inggeris, tetapi ada macam2 lagi istilah bahasa inggeris yang belum dimelayukan,dan di IPT buku2 rujukan kebanykkan dalam bhs inggeris.

budak2 melayu rosak bukan sebab ppsmi. sbb mak bapak tak reti jaga anak. saya ulangi, mak bapak tak reti jaga anak. semuanya bermula dari rumah. apa gunanya ibu bapa utk support anak2 supaya belajar.

usaha tangga kejayaan. Susah sangat ke bahasa inggeris? ALLAH jadikan AKAL sorang satu. AKAL SORANG SATU. tak lebih tak kurang.
banyak bahasa boleh kita kuasai asalkan kita berusaha!
Al-quran huruf belit2 pun kita boleh baca, siap hafal lagi surah2 nya, kenapa tidak kita aplikasikan pula dengan bahasa inggeris.
penerapan dalam hati tu penting.
terapkan dalam hati, segalanya tidak mustahil adalah penting.

Allah bagi akal sorang satu. tak ada lebih tak ada kurang. yang membezakan setiap orang adalah usaha dan cara menggunakannya.

renung2kan dan selamat beramal!

DAMHA~ kau insan2 yang tertewas. say goodbye.

Cob Nobbler said...

aku belajar 3 bahasa.Inggeris,Perancis dan Sepanyol disamping bahasa lidah aku sendiri iaitu Melayu dan Jawa.

Aku rasa tak rugi pun belajar banyak bahasa.

HBM Consultant said...

Jika kita hendak mahir menguasai bahasa, masuklah ke kelas bahasa. Apa pula kena mengenanya dengan sains dan matematik?

Kalau ada teori mengatakan 'hendak menguasai BI, kita perlu belajar sains dan matematik dalam BI', maka teori ini salah sama sekali.

Jika cara pengajaran dan pembelajaran BI yang selama ini lemah sehingga pelajar masih gagal menguasainya selepas tamat sekolah, mengapa tidak sukatan mata pelajaran BI itu sahaja yang diperbaiki?

Kami menentang ppsmi tetapi kami TIDAK menentang penguasaan BI. Belajarlah bahasa Inggeris. Kuasailah bahasa Inggeris. Ia sesuatu yang baik. Namun, bukan melalui ppsmi.

Mungkin benar, budak bandar semakin minat belajar sains dan matematik dalam BI. Tetapi mereka ada banyak kemudahan yang boleh membantu kalau mereka tidak faham BM. Apa pula kisahnya dengan anak-anak luar bandar, anak-anak orang asli yang tidak faham BI? Adakah mereka semampu anak orang bandar yang berderet-deret kelas tuisyennya?

Anonymous said...

orang yang bijak sentiasa belajar dari kesilapan orang lain..kita tahu bahawa INdia,Filipina dan Afrika sudah masuk ke dalam lubang biawak dgn PPSMi,maka kita pun nak ikut masuk lubang biawak jugak?

Sedarlah,bangsa Jerman pun mundur ketika mereka mengamalkan sains dalam bahasa Perancis.Bila Leibniz menjermankan pendidikan,barulah muncul golongan2 pencipta dan pemenang Nobel.

Katakan satu hari meteorit akan melanggar Bumi dan boleh menyebabkan kemusnahan hidupan.Bangsa Vietnam hanya tahu bahasa ibunda saja tetapi mereka pandai mencipta roket untuk pindah ke planet lain kerana berjaya memahami sains.Bangsa Melayu pula tahu 10000 bahasa,tetapi tak reti nak cipta roket sebab belajar sains hanya untuk sekadar menghafal masa exam.Siapa yg akan mati dihempap meteorit?

LU PIKIRLAH SENDIRI!!!!

Anonymous said...

bagi menjawab soalan anonymous di atas. Bangsa Melayu tidak akan akan mati dihempap meteorit kerana, mereka fasih pelbagai dlama kes diatas(10000) bahasa.Ini akan mempermudahkan mereka berkomunikasi,mempelajari dan memahami ilmu dari bangsa(yang lebih maju) lain. Kemudian mengaplikasikan ilmu itu dengan berfikir dalam bahasa melayu,untuk menyelamatkan diri. malah saya percaya bangsa melayu akan lebih pantas menyelamatkan diri mereka,kerana mereka berjaya mengambil semua ilmu2 dari pelbagai bangsa tadi. Rasanya orang Vietnam(dlam kes di atas bukannya bangsa Vietnam secara umum) yang tidak memahami bahasa lain selain dari bahasa mereka sendiri dapat mencipta roket hanya kerana ilham tiba-tiba turun dari langit kepada mereka?.

Anonymous said...

ya,tidak lupa.bagaimanakah bangsa vietnam itu memahami sains jika mereka tidak memahami bahasa lain.kerana kebanyakan fakta-fakta sains berasal dari bahasa asing yang kemudiannya dialihbahasa kepada bahasa mereka? ini seperti mepertikaikan ayam atau telur? yang mana dicipta dulu? bukankah begitu?