Tuesday, September 7, 2010

Jawapan kepada Mitos Merdeka (Bhg 1)

Apabila Fahmi Reza menerbitkan dokumentari '10 Tahun Sebelum Merdeka', maka sejarah gerakan kiri mula mendapat perhatian orang ramai. Walaupun tidak salah untuk kita mengetahui sisi sejarah di pihak yang kalah, tetapi terdapat beberapa mitos yang tidak benar yang cuba ditimbulkan bagi 'discredit' perjuangan kemerdekaan gerakan mainstream (baca: UMNO, MCA= Perikatan).

Saya ingin menjawab beberapa perkara yang saya kira jika tidak dijawab- hanya akan membuatkan generasi muda kita tidak menghargai erti kemerdekaan. Lebih teruk- mereka akan memperlekehkan kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

#Mitos 1- Laungan Merdeka mula dilaungkan oleh KMM, bukan UMNO.

1. UMNO tidak pernah mendakwa bahawa merekalah yang memulakan gerakan kemerdekaan. Buktinya- sila baca buku teks sejarah di sekolah. Nama KMM, API, AWAS dan pemimpinnya tidak dihilangkan terus untuk dibaca. Malah UMNO sendiri mengakui bahawa slogan pertama adalah 'hidup melayu' sebelum ditukar kepada 'merdeka'. Jadi, mitos 1 ini hanyalah dibuat-buat oleh penyokong kiri bagi discredit kepada UMNO.

2. Jika benar penggemar sejarah kiri mahu bercerita tentang sejarah kemerdekaan dari perspektif kiri, mereka wajib memberitahu bahawa Dato' Onn Jaafar (Pengasas UMNO) sendiri pernah menganggotai KMM pada April 1942. (Rujuk biografi Dato' Onn terbitan DBP 1992)

#Mitos 2- UMNO tidak menghargai jasa gerakan KMM

3. Aziz Ishak- seorang pemimpin KMM telah dilantik oleh Tunku ke Kabinetnya selepas pilihanraya 1955 dan selepas merdeka. (Rujuk Biografi Aziz Ishak 'Katak Keluar dari Bawah Tempurong' terbitan Karya Bistari 1987)

4. Ini jelas menunjukkan bahawa di zaman pra-kemerdekaan dulu para pemimpin haluan kiri dan kanan mempunyai hubungan yang erat walaupun berbeza pendekatan perjuangan. Malah dengan lantikan ini menunjukkan kerajaan tidak menyisihkan pemimpin KMM.

#Mitos 3- UMNO merupakan tali barut British

5. Kita jangan lupa kalau UMNO dituduh bersengkongkol dengan British bagi meraih kemerdekaan, apa kurangnya KMM yang bersengkongkol dengan Jepun atas tanggapan bahawa Jepun akan bermurah hari memberikan kemerdekaan kepada 'Melayu Raya' yang merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, Borneo dan Selatan Thai.

6. Buktinya- Ibrahim Yaacob- pemimpin KMM telah mendapat $18,000 daripada Jepun untuk membeli akhbar Warta Malay bagi dijadikan alat propaganda anti-British. Ibrahim Yaacob juga mempunyai pasukan tentera yang dilatih oleh Jepun bernama 'Giyu Gan' yang mana beliau sendiri adalah pengasasnya dan merupakan panglima berpangkat Kolonel. (Rujuk 'Red Star over Malaya', Singapore University Press, 1981).

#Mitos 4- UMNO mendapat kemerdekaan dari British di atas 'Dulang Perak'

7. KMM sewaktu kemaraan tentera Jepun menjajah Malaya dan Singapura telah mengambil pendirian untuk menyokong Jepun dan memberi kerjasama sepenuhnya dengan tentera Jepun untuk menewaskan British. Habuannya- KMM diberi peranan besar sebagai pegawai tadbir dan Ibrahim Yaacob menjadi Penasihat hal-ehwal Melayu kepada Jepun di SIngapura.

8. Andainya Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, bukankah ia bermakna KMM juga mencapai kemerdekaan di atas dulang perak sebagaimana didakwa kepada UMNO?

9. Apa bezanya mendapat kemerdekaan dari Jepun dengan dari British? Keduanya tetap sama- iaitu dengan cara bekerjasama bukan dengan berperang.

10. Kenapa kita- yang tidak pernah langsung berjuang mendapatkan kemerdekaan- tidak boleh berlapang dada dan menerima hakikat bahawa sejarah memang ditulis oleh orang yang menang. Mengapa perlu kita menolak sejarah yang ditulis mereka sebaliknya berbangga-bangga dengan sejarah gerakan kiri? Agak-agaknyalah kalau golongan kiri yang menang- adakah mereka akan mengiktiraf dan menyebut nama-nama pejuang aliran kanan?

11. Saya tidak pasti.


BasuhBaju amat berbesar hati dan mengalu-alukan tulisan ini diambil dan disebarkan kepada orang ramai. Terima Kasih!


bersambung..........

(Bhg 2 dan 3 akan menjawab mengenai merdeka tidak ada pertumpahan darah, bendera dan lagu negaraku.)

10 comments:

Holden Caulfield said...

"There's no such thing as independence - until we live in a stateless world" - Dario Fo,comedian,play-wright.

gua uphold benda tu sampai gua tak bernafas.apa benda yang merdeka?tak merdeka pun.

hans said...

thanks 4 da info BB

Pet Shop Boys said...

Nice one Basuh Baju. Keep it up...

Kap said...

ya.
hakikatnya bila berpeluang,
kita pastikan kita lebih kehadapan
(mungkin tanpa sedar).
peace.

muzikri said...

erm,nnti jap,psal KMM bergabung dgn Japanese Army tu,it was by necessity and tactical,sebab mayb ko terlepas pndang the fact that KMM ada salient relationship dengan MPAJA,aku malas nk type,
klu nk tau lebih lanjut,try refer 'social roots of the malay left' by rustam a sani,page 26-27....
mayb clear skit kot relationship between tactical needs and wants to stay in power.
sebab UMNO,made ups of traditional ruling elite,they dont rely care bout the masses,
after KMM and PKMM and all was disbanded by British,then only the splinter group from both parties enter UMNO,tapi in the mould of KMM and PKMM idealisms.
N psal kiri ke kanan,aku x brape kisah pun sgt,as long as the masses who are the beneficiaries,then its ok la.
neway,byk reference ko dpt...mana bleh dpt smua nie?cm best je klu baca...haha

Basuh Baju said...

Muzikri:

1) UMNO berbaik dgn British pn simply because tactical and being pragmatic.

2) UMNO cares about the masses. Even they represent the masses if not all.

Kalau x, kenapa kemerdekaan yg diberi oleh British tidak ditentang oleh rakyat?

boleh rujuk Biografi Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Boestaman- semuanya tulisan Prof Dato' Dr Ramlah Adam dr UM dan DBP.

muzikri said...

erm,x ditentang oleh rakyat?
erm,nanti jap,ko tgk documentary dlm history channel hari tu x?tjuk VAT 69,dlm tu ada klip yg terang2 sorang freedom fighter nie yg btul2 x puas hati,mayb klu ada masa bleh tgk...
neway,in term of medium of struggle,British dh disbanded all any other political parties kan?
its not really a myth to say that UMNO have nothing to do with the merdeka struggle,but credit,i mean real credit should be given to other parties involved...who is the initiator of the struggle...
tu yg kita kena semak blik...history is so subjective...
and yes,cmne nk tentan gklu kita merdeka dalam emergency?try check date kite merdeka,n ble tarikh kita darurat..cmne nk tentang,klu bru nk kuar rmh pn kena tembak?

Anonymous said...

British memang dah tau empayar dia takkan bertahan lebih lama, lambat laun dia akan lepaskan jajahan dia jugak.

So they seek assurance that Malaya can manage itself after they pulled out of it.

Semua talk pasal merdeka ni kebanyakannya purely political.

Pembangkang tried to attack anything that've been accomplished (or seem to be accomplished by the ruling coalition)

Kalau nak merdeka mesti ada pertumpahan darah baru ada kelas? Kalau dapat on silver plate tu maknanya bukan betul2 merdeka?

Look at Indonesia. They fought for their independence with blood. Mereka pandang sinis kat Malaysia kononnya Malaysia capai kemerdekaan dengan cara pengecut.

Tapi in the end...sekarang...suma tau apa jadi. Di mana kedudukan Malaysia sekarang, dan di mana kedudukan Indonesia sekarang.

Tak kisah merdeka dengan cara apa, yang penting adalah apa yang kita kecapi pada hari ni.

Hamba ALLAH yang hina... said...

oh sekali lagi basuh baju,
semoga berjaya menjadi pejuang bangsa,
semoga bila mati kelak,
kau akan mampu jawab soalan2 dari malaikat maut tentang 'bangsa'..
walaupun soalan2nya dah bocor, nampaknya kau sepertinya tidak yakin dengannya..entahlah..
i wish u we're muslim...
REAL OF MUSLIM..
NOT MALAY OF MUSLIM...

ape2 pun..
thankz coz give me a lot of inspiration...

tahu tak bagaimana lembu yang ditarik hidungnya??
jika tidak, sila pulang ke kampung-kampung, dan kaji sifatnya... =)

selamat hari raya =)

zan said...

British beri kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana tahu mereka sudah tak sanggup nak membiayai perang melawan PKM. Dalam erti kata lain, tanggungjawab tu diambil alih oleh Perikatan. Boleh baca dalam memoir Rashid Maidin tentang bagaimana Tunku memungkiri janji untuk mengadakan gencatan senjata dengan PKM.

Pasal UMNO, well rujukan ko cenderung pada buku2 yang ditulis oleh golongan mereka. Sudah menjadi rahsia umum yang sejarah negara kita memang sudah diubah..