Saturday, April 10, 2010

Jom Diskusi

REDANG TO BE LUXURY DESTINATION- NST

Only five-star hotels and resorts to be allowed on island.

KUALA TERENGGANU: Pulau Redang, widely regarded as one of the 10 most beautiful islands in the world, may soon be too expensive to visit for the average income earner.

The Terengganu government yesterday announced that now, only five star hotels and resorts would be allowed to operate on the island.


The decision had to be made to protect the island's precious and fragile environment, especially its rich diversity of coral reefs and marine life, said Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

*
Semalam kerajaan Terengganu buat keputusan nak jadikan Pulau Redang sebagai destinasi percutian mewah. Nak target orang-orang kaya duit berkepuk-kepuk datang. Pada masa yang sama nak jaga keindahan alam sekitar pulau itu yang semakin teruk. Caranya dengan membenarkan hotel 5 bintang sahaja dibina di pulau itu. Maklumlah berapa ramai orang yang mampu bayar bilik RM500-RM1500 satu malam. Memandangkan tak ramai orang yang mampu, jadi tak ramailah yang akan datang bercuti ke Pulau Redang. Oleh itu, kemusnahan alam sekitar pulau tersebut dapat dikurangkan.

*
Ada banyak pandangan atau 'angle' yang boleh kita lihat mengenai isu ini. Sudah tentu ada yang bersetuju dan ada yang tidak.

Sama ada pandangan kita benar atau salah, itu tidak penting. Tak ada pandangan yang benar dan tidak ada pendapat yang salah. Benar dan salah adalah subjektif dan bersifat relatif.

Yang penting, kita ingin merayakan budaya berdiskusi. Dari sini kita dapat lihat bagaimana kita mempertahankan pandangan kita serta meyakinkan orang ramai.

Tak perlu mencarut atau mengamuk sakan- kerana ini bukan blog Aduka Taruna.

Tak perlu nak kutuk-kutuk Barisan atau Pakatan- kerana ini bukan kawasan pilihanraya kecil.

Tak perlu nak gaduh pasal Mahathir dan Anwar- kerana ini tak ada kena mengena pun.

BasuhBaju ingin mengajak para pembaca untuk berdiskusi. Adakah langkah menjadikan Pulau Redang sebagai destinasi mewah adalah wajar? Atau tidak?

Selamat Berdiskusi!

23 comments:

poppy said...

tidak wajar! sebab banyak cara lain lagi untuk memelihara alam sekitar.

penggunaan frasa 'memelihara alam sekitar' tu hanya alasan untuk dapat pulangan duit yang berganda.

sama la macam nak naikkan harga gula. ayat 'mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan rakyat' digunakan.

hoh. sungguh cliche

menikmati alam sekitar adalah hak bersama. so, menjaga alam sekitar pun tanggungjawab bersama. sebagai pencinta pulau, aku membantah

najihah said...

tak wajar..

Kalau dilaksanakan juga..memang PRU akan datang ni milik pembangkang lah..

HAHA

najihah said...

OH YA satu lagi..apakah dengan cara ini alam sekitar dapat dipelihara dengan jayanya?

Hanya orang miskin,fakir tidak berduit sahaja kah yang membuat sampah di pulau redang?

orang kaya?

gman said...

saya setuju. kita ada byk lg pulau2 yg lain yg boleh kita pergi. conservation is priority, and conservation needs money. now, bukan org miskin je yg buat sampah, but org kaya buat sampah and they pay good money...lots of money yg beri pulangan kat pulau tu sendiri.less people, the better utk environment pulau tuh.

Cob Nobbler said...

Orang kaya pun buat sampah jugak.

Sape pernah duduk Jalan Telawi tau la sepah tak bersepah sampah-sampah kat belakang food court tu.

Kalau orang kaya raya tapi takde kesedaran sivik pun tak guna.

Aku pernah pergi vacation kat satu tempat kat Belgium,kebanyakan yang melancong kat situ semua orang2 working class @ kelas pekerja.Tapi tempat bersih je,no hal pun.

Copa Cabana kat Brazil tu,walaupun dia letak sewa US$25,000 satu bilik pun,kalau nak bersepah,bersepah jugak.

Ini bukan soal ekslusif,ni soal mentality.

Kalau cakap macam ni,seolah-olah nak associatekan orang miskin dengan sampah sarap.Apa daa..

reverie said...

cadangan pelik yang menjual hak untuk menikmati keindahan semulajadi dengan wang ringgit.

AM said...

Tak wajar. Kalau kata nak protect alam sekitar, proses nak bina resort-resort mewah ni pun akan musnahkan alam sekitar. Alasan ini bunyinya macam escapism.

Apa pulak nasib resort-resort kecil yang sudah lama kat sana? Berapa banyak periuk nasi rakyat yang akan tutup?

Ini ibarat 'menyewa' khazanah tempatan untuk orang luar

Ini adalah idea core capitalist

Anonymous said...

-bokbon-

marahkan nyamuk,kelambu yang dibakar. situasi ni sama la jugak dengan suara-suara yang menginginkan motosikal diharamkan kerana adanya mat rempit. banyak lagi cara lain untuk memelihara alam sekitar, malas pula nak nyatakan salah satu, takut nanti jadi mengarut.

lagi pula, keindahan alam sekitar adalah milik bersama. bukan hanya milik manusia dengan jumlah duit yang banyak. orang kaya pun, kalau buang samaph merata-rata, kotor juga pulau tu nanti.

tak nak la cakap lagi, nanti nampak gua lagi bijak dari orang yang mencadangkan benda ni, keh keh keh..

remgold said...

salam,
saya terkejut kerana laporan menulis ada penginapan di pulau ini yg membuang isi jambannya ke laut.
ini apa hal!?!?! kita bukan di zaman batu lagi. kenapa dibiarkan sekian lama!?!?!
saya tak pernah ke pulau itu, dan setelah membaca berita ni, lagi tak akan pergi.

saya rasa tak perlu kasi orang kaya saja pulau ni. buatlan sistem kumbahan yg betul. dan lepas tu suruh hotel-penginapan yg buang najis kat laut tu suruh bayar.
tentu harga bilik naik, dan dengan sendirinya mengurangkan pengunjung.

jika hanya selera orang kaya nak dipuaskan, saya rasa lebih baik MB Terengganu gunakan sebuah pulau kosong yang berdekatan utk dinaikkan hotel lima bintang yang harganya mahal - seperti yg dilakukan oleh YTL dekat pulau pangkor -
baca di sini:
http://www.pangkorlautresort.com/

Noel St Augustine Meldan said...

Apa kata kita tutup Pulau Redang?

Habis cerita.

Riise said...

golongan elit dah bersuara. mungkin benda ini berlaku disebabkan idea 'bernas' mat ni http://is.gd/bnQh4. sedikit orang yang buat masalah, habis satu golongan itu dipersalahkan, c'mon lah.

tak lama lagi ada lah highway untuk orang kaya je, sebab jalan yang dipenuhi kereta-kereta murah menyakitkan mata golongan elit ini. memandangkan Malaysia ni tak banyak pulau yang tinggal, tak perlulah kategorikan pulau ini untuk ini, pulau itu untuk itu. bagilah semua orang enjoy.

Basuh Baju said...

cuba korang fikir, kerajaan nak naikkan pendapatan rakyat melalui MEB.

kalau dah berjaya MEB tu, bermakna ramailah golongan kaya kat Malaysia.

Bila dah ramai orang kaya, tak ke ramai juga orang yang boleh pergi ke Pulau Redang?

Tup tup tercemar juga keindahan alam sekitar Pulau Redang..haha

deus X machina said...

tak setuju!!!!

Pulau Redang adalah milik semua, bukan hanya untuk mereka yang berpendapatan tinggi n mewah...

mungkin penguatkuasaan alam sekitar perlu lebih tegas....

Besi Karat said...

eh.para pekerja kat pulau redang pulak nanti macam mana?kena amik orang2 kaya/berada jugak ke?ye lah,nanti kalau amik golongan "working class" takut banyak pulak sampah dorang buat.atau pun nanti pekerja nya digantikan dengan robot je?
amacam?

hans said...

pulau redang memang cantik
adoi
baru nak pergi
xtercapai la hajat

Lun said...

tu lah akibat tidak pandai jaga alam sekitar, kan nikmat dah ditarik, bru nak menjerit.

yat said...

xyah vbuat exsklusif, buat limited permit, sehari cam kata la boleh 50 orng jek datang..., and max tourist nak tinggal situ pun x boleh lebih dari 3 hri...lagi berkesan, and kalo mosun season, tutup terus, bagi coral pulak hidup....

Hazrul D. Nizam said...

Ini idea orang malas..seperti kata ramai komentar, ada banyak cara yg lebih efisien dan praktikal untuk mengawal pencemaran dan memelihara alam sekitar.

Kalau malas sangat berfikir, boleh buat kajian tentang pulau-pulau di negara lain yang berjaya mengawal pencemaran (Australia, etc) dan ikut sahaja.

Anonymous said...

Salah satu contoh cadangan dari salah seorang pemimpin yang malas nak berfikir jauh. Typical Malaysian. Budaya mengkaji sesuatu perkara secara kritikal masih lagi belum diamalkan secara menyeluruh.

Fa-T said...

mungkin keindahan dunia selepas ini akan terus dimiliki golongan yang ber-wang-
marhain hanay mampu menatap makalah di khutubkhanah...

Kak Ellie said...

Marhein,
kau sekadar tengok gambar
dalam akhbar
dan makalah buruk

AkuKopiKauSiapa? said...

dalam pelancongan ada satu benda yang kita panggil carrying capacity.

Membuatkan redang sebagai tempat berdensiti rendah dengna pembinaan resort mahal akan dapat mengurangkan jumlah kemasukan pelancong jadi seterusnya mengawal carrying capacity tu.

jadi dapat memelihara alam sekitar.

lagi banyak pelancong, lagi rosak.

Jadi ia perlu dikawal.

salah satu measure nya ialah buat resort mahal lah.

Jadi perkara yang kerajaan nak buat itu ada betulnya.

CaDLyNN said...

tak wajar..keindahan semulajadi patut dinikmati bersama..adakah lepas ni rakyat malaysia sendiri tak mampu lagi untuk bercuti dinegara sendiri..