40 tahun yang lalu, di Malaysia perayaan Gong Xi Fa Cai dianggap tidak Islamik oleh sebilangan besar pemimpin ultra melayu yang beragama Islam.
Adakah perayaan ini merupakan perayaan yang salah untuk diraikan oleh rakyat Malaysia?
Atau adakah ini perayaan yang betul untuk diraikan tetapi dilihat orang yang salah lantas ia menjadi salah?
*
Hari ini perayaan Gong Xi Fa Cai diadakan Rumah Terbuka yang disambut oleh setiap lapisan masyarakat. Baik yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam.
Adakah sekarang perayaan ini menjadi betul dan pemimpin terdahulu adalah salah? Atau perayaan ini masih lagi salah dan pemimpin terdahulu sebenarnya betul?
Perayaan ini masih sama cara sambutannya- tidak berubah. Yang berubah adalah bagaimana perayaan ini dilihat dari pelbagai perspektif.
Sebenarnya tiada yang benar dan tiada yang salah. Kita memang berbeza pendapat dan pandangan.
Tetapi kita berkongsi satu nilai yang sama iaitu nilai kekeluargaan.
Adakah perayaan ini merupakan perayaan yang salah untuk diraikan oleh rakyat Malaysia?
Atau adakah ini perayaan yang betul untuk diraikan tetapi dilihat orang yang salah lantas ia menjadi salah?
*
Hari ini perayaan Gong Xi Fa Cai diadakan Rumah Terbuka yang disambut oleh setiap lapisan masyarakat. Baik yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam.
Adakah sekarang perayaan ini menjadi betul dan pemimpin terdahulu adalah salah? Atau perayaan ini masih lagi salah dan pemimpin terdahulu sebenarnya betul?
Perayaan ini masih sama cara sambutannya- tidak berubah. Yang berubah adalah bagaimana perayaan ini dilihat dari pelbagai perspektif.
Sebenarnya tiada yang benar dan tiada yang salah. Kita memang berbeza pendapat dan pandangan.
Tetapi kita berkongsi satu nilai yang sama iaitu nilai kekeluargaan.
Gong Xi Fa Cai kepada seluruh rakyat Malaysia.
Gambar dirembat dari iklan Telekom.
11 comments:
selamat tahun baru cina..bila nak buka botol tiger? =P
yups
semangat kekeluargaan tu penting
perayaan just jd issue utk mereka yg x berape rajin berfikir. just enjoy cuti cukup. aku ade terfikir gak camane kalau setiap perayaan dlm malaysia cuti seminggu. fuhhhh...
gong xi fa cai
angpow mane?
erk888
nak angpau jugak la. hehehe.
Salam.
Agak terkebelakang pula saya membaca catatan Encik BB kali ini.
Saya teringat kata seorang ustaz dalam Rancangan 'Tanyalah Ustaz' di TV9. Katanya, mengikut hukum Islam, haram hukumnya kita mengucapkan selamat kepada hari perayaan keagamaan bagi agama lain, tetapi dibolehkan jika perayaan itu bukan perayaan keagamaan.
Sebagai contoh yang diberi oleh ustaz itu, kita boleh mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kerana ia bukan perayaan keagamaan. Tahun Baru Cina adalah perayaan kebudayaan, sekadar menyambut ketibaan tahun baru mereka.
Wallahu'alam. Maaf, saya sekadar menyampaikan apa yang saya tahu. Semoga Allah melindungi kita daripada segala yang tidak benar dan tidak baik... :)
salam..
tahniah menang debat terbuka astar minggu lepas... u ni second speaker uiam kan?? forgot ur name... buat pengetahuan awak, team sy jumpa uiam dlm saringan and pentas final... x perasan sy kot.. huhu..
nice blogs and kandungannya.. bleh la jd follower ek.. =)
Wahai Saudara, tahukah bahawa IKLAN Adalah satu medium yang menipu rakyat semata-mata.... terutama sekali iklan produk .. so jangan tertipu dengan iklan telekom itu.. saye merupakan orang yg pernah berada di dalam sebuah agensi periklanan yang tersohor di Malaysia.. wassalam..
ustat yg ckp haram mengucapkan selamat kepada perayaan keagaan org lain adalah uztat yg bodoh..orang yg percaya ckp ustat tu adalah bebal...xkn xboleh pikir sendiri kot?
ingatlah..lakumdinukum waliyadin!
p/s;ustat pon manusia..dia tak maksum mcm nabi..kata2nya pon bukan 100%bole caya..(ada sapa mau sangkal statement aku?)
Asparados...
Teman kurang faham dengan pendirian kamu... kamu setuju ucapkan selamat kpd perayaan bukan Islam atau tidak setuju sebenarnya?
Mulanya kamu mcm setuju, sbb kamu ckp ustaz tu bodoh (ustaz tu x setuju ucpkan selamat pd bukn perayaan Islam).
Then kamu cakap "ingatlah lakumdinukum waliyadin". Apa maksud kamu dgn ayat ini? Adakah sebagai supporting statement bagi pendirian kamu yg setuju ucpkan selamat pd bukn peryaan Islam?
Maaflah saya bukan pandai sgt, tapi agak konfius. Ayat tu dari surah Al-Kafirun. Sbb turunnya ayat adalah sebagai jwpn kpd permintaan org kafir yg mahu Nabi ikut sembah berhala mereka, secara gilir2, cnthnya hari ni diaorg setuju sama2 ikut Islam, esoknya Nabi kena setuju sama2 ikut berhala pulak, begitulah seterusnya.
Dan Allah menurunkan ayat ini kpd Nabi, yg memberi maksud bahawa dalam bab agama tak boleh campur2, hal agama kamu, kamu punya pasal, hal agama kami, kami yg punya pasal.
Jika Asparados nak gunakan ayat ni utk menyokong pendirian beliau yg setuju ucapkan selamat pd peryaan bukan Islam, ertinya beliau dah tersalah pilih dalil. Itu saja maksud saya.
p/s: Ramai pun tahu ustaz2 tidak maksum, tiada siapa ahli sunnah wal jamaah mahu sangkal perkara asas akidah sebegitu, kecuali golongan syiah mungkin. Kerana itulah kita dgn bijaknya tidak patut mengatakan bhw ustaz itu bodoh, kerana lumrah sesiapa yg tidak maksum pasti membuat kesilapan (dlm kes ni ustaz tu x buat silap pun). Pernah dgr konsep ijtihad? Dalam agama, bila ada 2 pendapat berbeza dari kalangan ulamak, bukanlah bererti satu pendapat itu pasti salah dan bodoh manakala satu lagi pendapat itu adalah betul dan bijak. Dan bagi ulamak yg berijtihad, jika betul 2 pahala, jika salah satu pahala. Jadi dimana bodohnya? Bab ucapkan selamat bagi peryaan bukan Islam ni mmg ulamak berbeza pendapat. Jadi kita berlapang dada sajalah. Saya percaya ustaz tersebut ada hujahnya tersendiri.
menyokong kata-kata Abang
buat Asparados, sila berfikir sebelum menaip. bahasa anda melambangkan sifat peribadi anda.
anda berhak mengemukakan pandangan anda sendiri. begitu juga orang lain. tapi anda tidak sepatutnya mengatakan orang lain bodoh hanya kerana dia mengemukakan pandangannya. siapa yang bodoh sebenarnya? orang yang cuba berkongsi apa yang dia tahu, atau orang yang tak tahu apa-apa tapi mengatakan orang lain bodoh?
marniyati hanya menyampaikan apa yang dia tahu. bukannya memaksa semua orang percaya apa yang diberitahu.
siapa yang lebih nampak bodoh di sini?
asparados atau asparados?
Post a Comment