Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Cai

40 tahun yang lalu, di Malaysia perayaan Gong Xi Fa Cai dianggap tidak Islamik oleh sebilangan besar pemimpin ultra melayu yang beragama Islam.

Adakah perayaan ini merupakan perayaan yang salah untuk diraikan oleh rakyat Malaysia?

Atau adakah ini perayaan yang betul untuk diraikan tetapi dilihat orang yang salah lantas ia menjadi salah?

*
Hari ini perayaan Gong Xi Fa Cai diadakan Rumah Terbuka yang disambut oleh setiap lapisan masyarakat. Baik yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam.

Adakah sekarang perayaan ini menjadi betul dan pemimpin terdahulu adalah salah? Atau perayaan ini masih lagi salah dan pemimpin terdahulu sebenarnya betul?

Perayaan ini masih sama cara sambutannya- tidak berubah. Yang berubah adalah bagaimana perayaan ini dilihat dari pelbagai perspektif.

Sebenarnya tiada yang benar dan tiada yang salah. Kita memang berbeza pendapat dan pandangan.

Tetapi kita berkongsi satu nilai yang sama iaitu nilai kekeluargaan.

Gong Xi Fa Cai kepada seluruh rakyat Malaysia.


Gambar dirembat dari iklan Telekom.

Thursday, February 11, 2010

Terima Kasih

PETRONAS STAFF BID HASSAN MERICAN FOND FAREWELL- The Malaysian Insider


KUALA LUMPUR, Feb 9 — Petronas is one brand that makes Malaysians proud. And for over a decade, one man has been the face of Petronas, the man we bid farewell today.

The mood was mixed with a tinge of sadness as he walked to the foyer of the Petronas Twin Towers, shaking hands with the staff and well-wishers. For Tan Sri Mohd Hassan Marican, who has helmed the corporation since 1995, his term as president and chief executive officer (CEO) ends today.

".........from its humble beginnings in 1974 with a paid-up capital of RM10 million, its shareholders’ capital had grown to RM232.1 billion as of March 2009 while total assets were valued at RM388.1 billion.

Petronas contributed more than 40 per cent to the federal government’s coffers and has since its inception, paid the government a total of RM471.3 billion. It is now ranked among Fortune's 100."

Wednesday, February 3, 2010

Langkah-langkah kreatif dan inovatif

NAJIB LANCAR MALAYSIA KREATIF DAN INOVATIF 2010- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 27 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi melancarkan inisiatif Malaysia Inovatif 2010 ke arah mewujudkan masyarakat kreatif dan berinovatif bagi memperkasakan negara.

*************************************************************************************

Ini adalah keratan iklan sempena tahun Malaysia inovatif dan kreatif. Tapi tak kreatif langsung! Inovatif apatah lagi. Sekali tengok macam iklan Dr Rozmey je.

5 Langkah yang perlu diambil kalau benar-benar nak jadikan Malaysia sebagai negara inovatif dan kreatif:

1) Segala macam iklan-iklan yang mempromosikan agenda dan propaganda kerajaan yang ditayangkan baik di TV, radio, billboard, surat khabar, mahupun di internet mestilah kreatif. Bukan buat iklan yang tangkap muat macam bagi kontrak kat sub-kontraktor sepupu sepapat yang basic graphic design pun takde.

Tapi kreatif yang macam mana? Kreatif macam iklan Petronas. Takpun at least macam iklan potong WiMAX.

Cuba bayangkan kalau ada polisi begini- peh, memang berpeluh-peluh gomen nak cari orang. Tapi sebenarnya anak muda di Malaysia ni ramai je yang kreatif. Budak-budak graphic dah berlambak sekarang. Tengok budak Lim Kok Wing pun dah cukup. Cuma mereka tak ada peluang nak dapat kontrak gomen. Tak ada 'kaki'. Kalau dapat pun, kena ikut 'standard' dan 'formaliti' yang menyekat kreativiti mereka.

Ini iklan gomen yang ikut 'standard' dan 'formaliti'.

Ini pulak iklan yang tak standard.

Mana yang lagi sampai maksudnya? Mana yang lagi kreatif?

2) Drama-drama syok sendiri kat RTM kenalah dihentikan. Kalau nak bagi kontrak kat kroni pun biarlah hasilnya bagus. Siapa kata punca kualiti drama kat Malaysia (baca: RTM) sebab bakat tak banyak? Tengok sahaja program 15Malaysia. Bakat ada, tapi sekali lagi sebab peluang tak ada. Jadi kerajaan kenalah bagi peluang kat budak-budak muda yang lagi kratif bereksperimentasi dengan video kamera mereka.

Sampai bila RTM nak jadi stesen yang hidup segan mati tak reti? Kalau stesen swasta tu boleh kawtim jugaklah. Tapi ini stesen kerajaan- duit rakyat. Memang benar stesen kerajaan bukan berkiblatkan keuntungan. Tapi setidak-tidaknya biarlah duit rakyat tak disia-siakan dengan drama entah apa-apa. Grafik RTM pun nampak 'tua' dan sepuluh tahun ke belakang nak dibandingkan dnegan stesen swasta lain.

Selagi RTM (stesen media kerajaan) tak jadi kreatif dan inovatif, jangan mimpi nak memupuk budaya kreatif dan inovatif di kalangan rakyat.

3) Buku-buku ilmiah yang diterbitkan kerajaan, universiti, DBP dan seangkatan dengannya wajib 'dikreatifkan' kulit depannya. Orang kata 'don't judge a book by its cover'. Tapi sebenanrya bila orang nak beli buku, ornag tengok kulit jugak. Tak ada maknanya tulis buku panjang berjela-jela tapi kulit depan macam Yellow Pages. Lepas tu nak jual tak laku. (Itu belum dibaca isinya pula). Tak percaya?

Cuba kita bandingkan antara ini..........

Dengan ini....

Mana satu yang kita akan baca?

Kalau ini..............

dengan ini pulak?


4- Sesiapa yang ingin berkreativiti tidak perlu dihalang kreativitnya. Ambil contoh mudah- seni graffiti yang kita selalu nampak kat dinding-dinding. Memang benar ada yang main spray conteng-conteng benda mengarut. Tapi itu bukan graffiti- itu conteng. Samalah macam budak kecik conteng dinding kat rumah ataupun budak sangap yang conteng gambar lucah kat belakang pintu tandas awam.

Masalahnya sekarang, pihak berkuasa macam DBKL ni suka saman budak-budak yang bergraffiti. Lepas saman, pergi padam pulak tu. Okey, mungkin ada kawasan atau dinding-dinding yang tak sesuai. Kalau camtu, bagila kawasan khas yang sesuai untuk sesiapa yang nak bergraffiti. Rasanya kalau bagi kawasan khas pun budak-budak ni dah cukup hepi kerana dapat mempamerkan hasil seni mereka. Di samping itu, dapat jugaklah naikkan imej Kuala Lumpur sebagai bandar yang kreatif. Tak gitu?

Ini adalah dinding-dinding tanpa graffiti..........

Ini pula dinding-dinding yang ada graffiti......

Yang mana lagi kreatif dan inovatif?

5- Pemimpin pun perlu kreatif dan inovatif juga dalam memberi ucapan. Bukan sekadar pemimpin politik, tapi pemimpin mana-mana persatuan sekalipun baik di universiti atau di jalan raya. Sering kita pergi ke majlis-majlis 'formal' dan kita tertidur. Puncanya kerana ucapan yang diberikan oleh pemimpin sangatlah bosan. Kenapa boleh jadi bosan?

Jawapannya sebab baca teks. Okeylah, tak semua orang ada bakat dalam pengucapan awam seperti Anwar Ibrahim. Tapi at least dengan tak baca teks- ucapan anda jujur dari hati. Apa yang anda rasa, anda cakap. Lagipun bukankah sebagai seorang pemimpin kemahiran berinteraksi itu penting? Kalau asyik fikir 'tak ada teks tak boleh berucap' sampai bila lagi nak jadi kreatif?

Teks itu perlu bukan untuk dibaca tetapi untuk rujukan dan panduan. Jadi, bagaimana kalau kita wajibkan siapa pemimpin yang nak berucap mestilah tak bawak teks panjang berjela. Atau kalau nak bawak teks jugak- tak payah berucap. Buat je fotokopi bagi kat semua hadirin yang datang.