Ramai yang menentang rasuah. Rasuah pula ada pelbagai bentuk. Bukan sekadar membeli undi sahaja. Ada yang kata kronisme juga satu bentuk rasuah.
Apa itu kronisme? Kronisme ialah mengkayakan dan mendahulukan kaum kerabat dan kengkawan.
Ramai juga selain daripada menentang rasuah turut mahukan amalan meritokrasi diterapkan.
Apa itu meritokrasi? Dalam bahasa mudah- siapa yang layak dia yang patut dapat. Tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.
Sekarang cuba kita bayangkan kita menjadi ahli politik. Kita memegang jawatan dan mempunyai kuasa. Antaranya kita mempunyai suara dalam menentukan pengagihan kontrak, lesen dan jawatan.
Bagaimana kalau kita memberi kontrak kepada kengkawan kita sedangkan mereka memang layak untuk projek itu? Bagaimana pula kalau kita melantik kaum kerabat ke sesuatu jawatan tetapi hakikatnya mereka memang memenuhi kriteria.
Adakah ini dikatakan kronisme? Adakah ini rasuah? Dan jangan lupa ia meritokrasi.
Apa pandangan anda?
(kalau para pembaca dapat bercerita tentang pengalaman sendiri lagi best)
Apa itu kronisme? Kronisme ialah mengkayakan dan mendahulukan kaum kerabat dan kengkawan.
Ramai juga selain daripada menentang rasuah turut mahukan amalan meritokrasi diterapkan.
Apa itu meritokrasi? Dalam bahasa mudah- siapa yang layak dia yang patut dapat. Tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.
Sekarang cuba kita bayangkan kita menjadi ahli politik. Kita memegang jawatan dan mempunyai kuasa. Antaranya kita mempunyai suara dalam menentukan pengagihan kontrak, lesen dan jawatan.
Bagaimana kalau kita memberi kontrak kepada kengkawan kita sedangkan mereka memang layak untuk projek itu? Bagaimana pula kalau kita melantik kaum kerabat ke sesuatu jawatan tetapi hakikatnya mereka memang memenuhi kriteria.
Adakah ini dikatakan kronisme? Adakah ini rasuah? Dan jangan lupa ia meritokrasi.
Apa pandangan anda?
(kalau para pembaca dapat bercerita tentang pengalaman sendiri lagi best)
37 comments:
better pemilihan yg semacam di buang mati emak di luah mati bapak ni elok di buat secara berkumpulan.
maksudnya jangan lah die sorang saja yang pilih. sah2 lah org ckp pilih kroni jek. untuk mengelakkan fitnah.
tapi bab rasuah ni.. contohnya kalau kerajaan bagi kita projek, tp dengan syaratnya kita kena menyumbang kepada parti mereka. rasuahke tu?
aku pernah kerja dengan syarikat kontraktor n bila syarikat dapat projek kami kena beri rm pada satu parti politik.
rasuah?
sorrylah, aku x pandai nak susun ayat. aku harap ko faham!
nice blog..terus kan menulis
kronisme lebih di rujuk kepada pemberian kepada kawan dan keluarga yang tidak layak.
mengkalau layak, dan tidak melanggar mana-mana etika , TIDAK lah mendatangkan marah .
layak sekalipun, andai melanggar nilai-nilai yang baik, HARUS mendatangkan marah
nilai baik plak bergantung kepada etika apa yang kita pegang
kah kah kah
bro, aku sgt gembire bile sistem biasiswa diagih gune sistem meritokrasi..
dah xde lagi la istilah ketuanan lagi kan?
kronisme = perkara yang dirujuk kepada kaum kerabat atau yang terdekat dengan tujuan memberi kepentingan dan kelebihan kepada mereka walau tidak berkelayakan
meritrokasi = merujuk kepada sesuatu perkara atau peluang atau memberi keutaman atau kelebihan kepada mereka yang layak tanpa mengira hubungan atau jantina atau kaum atau ugama....
seandainya kroni itu benar-benar layak dengan satu-satu tugas dan percaya akan kemampuan mereka melaksanakan tugas maka itu aku rasa tidak salah.
tetapi yang salahnya dan sering berlakukunya pada kronisme ini bila kita memberikan sesuatu pekerjaan atau keperluan pada orang yang kita suka walau tidak layak menerimanya.
semasa Muhammad S.A.W melantik Syaidina Abu Bakar menjadi Khalifah mengantinya. adakah ini diangap sebagai kronisme , ya jawapannya tetapi Nabi Muhammad telah menjelaskan kepada semua menggapa dia memilih Syaidina Abu Bakar.
dan rasanya untuk mengelakkan salah faham tentang perkara yang remeh ini dan sering menjadi masalah besar di sebabkan kefahaman yang kurang maka eloklah sebarang pemberiaa itu di jelasakan sebabnya dan berbincang.
dalam konteks politik kronisme adalah satu kemestian kerana kebanyakan mereka adalah pelabur yang mengeluarkan modal dalam setiap pilihan raya atau sebagainya. itu kamu boleh jumpa dalam buku sains politik bila mana kamu akan jumpa bagaimana mereka memperolehi kekayaan melalui politik.
sorry panjang sikit tulis sampah kat sini..ada banyak yang perlu di perjelaskan tapi mungkin mereka yang lain ada pendapat yang lebih baik
bagi aku..meritokrasi tue penting..
tapi, kita perlu melihat juga keupayaan kelmpok2 tertentu yang kadang kala tdak berjaya untuk bersaing secara sihat dalam meritokrasi..
bagi aku tepuk dada tanya selera
Ini adalah dilema yg terpaksa dihadapi. Tapi sekiranya ia mendatangkan fitnah, eloklah tak payah kerana Islam melarang melakukan perkara yg mendatangkan fitnah...
Umi setuju dgn meritokrasi esp. utk biasiswa, kemasukan ke U, kerja di sektor awam etc.
Aku tak kisah kalau kronisme positif.Katakan nko ada projek tambah rumah,nko suruh member nko buat,member nko buat cantik,itu okay.
Kalau nko jadi pegawai pun,katakan member nko memang ada pengalaman bikin let say projek jambatan,dia memang ada experience dan ada kepakaran,why not,bagi aje lah.
Yang jadi masalah bila pegawai/menteri buat duit rakyat macam duit mak bapak dorang je.Bila buat kerja tak tanya rakyat,berapa bajet,berapa tempoh masa - lepas tu buat tender selection under table.Mana rakyat tak marah.
Lepas tu jambatan retak,jejambat retak,stadium runtuh - mana rakyat tak marah.
Kalau bagi kroni tapi kerja bagus aku rasa takde sape nak bantah.
Rasuah pulak,bagi aku macam ni la.Kenapa orang sanggup merasuah?Kenapa orang sanggup menerima rasuah?Faktor ekonomi.Polis tepi jalan pow Bangla sebab gaji polis kecik,lepas tu harga barang meningkat - manalah dorang tak pow dan rasuah.
Yang berkuasa - kenalah sedar yang kuasa anda datang daripada rakyat.Jadi rakyat hendaklah dipandaikan - janganlah kerana tiga keping kertas merah nko pangkah lepas tu merana 5 tahun.
Meritokrasi.Bagi aku bagus.Sebab setiap orang ada bakat masing-masing.Sebab tu bagi kerja kat orang yang berbakat dalam satu bidang.Sebab main pakai kuota nilah negara hancur.Kalau nak main sumbat orang dalam universiti semata-mata nak ikut kuota,takkan kepandaian manusia ni hanya bergantung kepada universiti?Banyak lagi bidang lain selain daripada akedemik,kan?
Rasanya kalau nak buat ubahsuai rumah pun kita akan ambil kontraktor yang kita dah biasa dan selesa. Kemungkinan juga keputusan kita akan teraruh (skewed) ke arah beberapa perkara contohnya kontraktor yang ada hubungan keluarga, sokong pasukan bola yang sama, sama kaum dan sebagainya.
Setiap projek pasti akan ada objektif dan penanda aras bagi kualiti yang ditetapkan. Jadi bila sesuatu organisasi yang kita kenal dan/atau rapat dengan kita mampu memenuhi objektif dan tuntutan kualiti yang terbabit, pada saya tak perlu kita persoalkan tentang kroni atau tak kroni. Kalau pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan misalnya, takkan ada yang persoalkan dia lebih rapat dengan guru atau tidak kerana ada kepastian dalam penilaian kualiti tadi.
Kebimbangan (concerns) berlebihan terhadap memberi kelebihan kepada kenalan atau kaum kerabat sendiri mungkin juga membuat kita tidak adil kepada organisasi yang layak (merujuk kepada kenalan atau kaum kerabat tadi) dalam pasaran terbuka.
Satu lagi yang kurang pasti; kroni ini merujuk kepada kenalan sahaja atau termasuk sekali kaum kerabat (keluarga)? Itu nepotisme, tak ke?
-Naj
Tentang meritokrasi dan kuota kaum, ini panjang sikit debatnya. Pergelutan-pergelutan dalam dunia ni biasanya akan memperjelaskan (emphasize) perbezaan antara manusia. Ia mungkin perbezaan dari segi kelas, kaum dan sebagainya. Dan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pandangan umum, yang berkait rapat dengan demokrasi (yang jika dilihat secara ringkas (simplistic) ialah satu pertandingan populariti).
Begini; jika kumpulan manusia tertentu yang mampu menentukan populariti (dan pemilihan ahli politik) ke arah sesuatu jawatan merupakan kumpulan yang lebih besar daripada kumpulan manusia lain, adalah perkara diterima umum (common sense) untuk ahli-ahli politik 'membela' (boleh guna e pepet atau e taleng untuk perkataan ini) kumpulan besar terbabit.
Tapi cabaran ini bukan hanya membabitkan sistem demokrasi. Jika dilihat dari sudut komunisme pun sama juga; pergelutan proletariat melawan borjuis. Jika kita nak bahagikan masyarakat kita (ini bukanlah inisiatif atau seruan ke arah inisiatif membahagikan masyarakat, hanya sekadar pandangan) kita akan dapati yang golongan proletariat masih mempunyai majoriti daripada kaum tertentu juga.
Harap jangan salah faham yang hujah saya ini menjurus kepada menyokong atau membangkang sistem kuota kaum. Cuma pada pendapat saya; mungkin, MUNGKIN, ini ialah sesuatu yang perlu untuk menghalang pergelutan-pergelutan yang tidak diingini dalam pembangunan negara.
-Naj
takde hal kalau guna meritokrasi dan didapati yg benar2 layak adalah dari geng atau kerabat sendiri..nak elak dari disalahanggap sebagai kronisme/nepotisme,kenalah ada transparensi atau ketelusan..prosedur2 pemilihan betul2 diikut dan penjelasan diberikan
aku bagi contoh yang kecik dulu...
katakan saudara/saudari ada perniagaan kedai makan, lepas tu adik saudara saudara/i ambil barang dari kedai/pasar milik adik beradik saudara..itu pon kroni
kalau Jabatan kesihatan/bandaraya datang buat spotcheck, toilet kedai makan korang kotor, suruh runding ($$$$) bagi dapat gred A, kat sini contoh rasuah
mana nak lari dari rasuah dan kronisma???
~rasuah dimana2..ini yang merosakkan negara ni
"Apa itu meritokrasi? Dalam bahasa mudah- siapa yang layak dia yang patut dapat. Tanpa mengira jantina, bangsa dan agama."
DAN
"Bagaimana kalau kita memberi kontrak kepada kengkawan kita sedangkan mereka memang layak untuk projek itu?"
-------
Banyak juga yang ingin saya komen tapi ada baik nya saya komen ini terlebih dahulu.
Saudara telah bercakap mengenai dua perkara yang ekslusif dan tidak sama. Satu adalah Meritokrasi dan dua adalah Ketelusan (Transparency).
Adalah satu anggapan yang salah jika kita mengatakan jika amalkan Ketelusan maka Meritokrasi akan terbantut.
Sebagai contohnya, kata la saudara adalah seorang menteri seperti contoh saudara, (Nota: insya Allah, saya doakan. Perlukan ramai menteri yang berfikir secara kritis mcm saudara). Jika anda mempunyai kuasa terhadap satu tender dan ada kekawan rapat atau saudara yang juga membida tender tersebut.
Pertama, isytiharkan kepada Perdana Menteri (Bos anda) bahawa anda mempunyai kepentingan (interest) dalam tender itu.
Dua, minta secara terbuka bahawa untuk tender itu, anda tidak boleh memberi sebarang kata putus. Dan minta tugas itu diserahkan pada orang lain.
Itu ketelusan. Dari sini, sekarang apa yang akan terjadi adalah terpulang pada budi bicara Perdana Menteri.
Berdasarkan pada cerita anda bahawa kaum kerabat paling layak (bukan sekadar memang layak saja), sepatutnya mereka masih boleh dapat tender walaupun bukan anda yang membuat keputusan.
Kata lah bahawa PM masih berpendapat bahawa anda masih memikul tanggungjawab membuat keputusan, untuk ketelusan, sewajarnya keputusan anda itu disertakan dengan sebab kenapa anda berpendapat kaum kerabat anda paling layak, ulang balik paling layak dapat tender tersebut.
Kesimpulan nya, Ketelusan dan Meritokrasi boleh berjalan seiring tanpa ada masalah.
katakan saudara/saudari ada perniagaan kedai makan, lepas tu adik saudara saudara/i ambil barang dari kedai/pasar milik adik beradik saudara..itu pon kroni
------
Kalau perniagaan sendiri, duit sendiri terpulang lah. Nak bagi duit free pada siapa saja, tak ada siapa boleh persoalkan.
Duit kerajaan yang terdiri yang diambil dari cukai, hasil mahsul bumi itu adalah duit rakyat (public money).
Kalau dalam kes ini, pegawai-pegawai kerajaan dan menteri-menteri adalah pemegang amanah kepada duit itu.
Dalam kata lain, bukan duit persendirian la. Duit persendirian kalau nak buang dlm sungai, tak ada orang kisah. Yang rugi adalah orang itu sendiri. Tapi hak dia lah nak buat apa.
semasa Muhammad S.A.W melantik Syaidina Abu Bakar menjadi Khalifah mengantinya. adakah ini diangap sebagai kronisme ,
------
Komen saya: Yer ker? Bukankah Saidina Abu Bakar dilantik secara syura?
Boleh sertakan hadith untuk menyokong kenyataan saudara?
Rasanya kalau nak buat ubahsuai rumah pun kita akan ambil kontraktor yang kita dah biasa dan selesa.
----
Komen saya: Satu contoh duit persendirian. Tak ada siapa pun boleh persoalkan. Tapi 'public money' adakah sama pengurusan nya?
Dalam duit persendirian=hak kita nak buat apa saja
Dalam duit rakyat=kita pemegang amanah?
Adakah sama cara pengurusan nya?
Aku tak kisah kalau kronisme positif.Katakan nko ada projek tambah rumah,nko suruh member nko buat,member nko buat cantik,itu okay.
-------
Komen saya: Rumah sendiri? Kalau ya, itu duit persendirian (private money)
Tidak sama pengurusannya dengan duit rakyat. Duit persendirian memang hak kita. Duit rakyat, kita cuma pemegang amanah.
bro. walaupun kwn2... paling penting adalah projek itu ini itu baik, selamat dan bagus kerje2 diaorang. tapi bagi aku, taklehla selalu dapat kat kengkawan. kena la bagi kat orang lain. orang lain juga manusia. kena makan, minum dan mandi btol tak bro.
meritokrasi aku sokong 100%! paling penting ialah; sosio ekonomi masyarakat seimbang. mula2 sekali adalah hapuskan cukong2. bila pembahagian ekonomi sama rata dan mata masyarakat tebukak, sistem meritokrasi lebih mudah diterima lebih2 lagi kalau dia tu bekas orang umno rasis.
salam...
a good simple blog to consider...
well, we have ourselves those yg menyokong and those yg membantah, no matter la watever subjects or matters skalipun, good or bad, there will always be some group of people that tends to refute even satu2 benda tu obviously a good decision. What people may see in us are not what we are thinking, kalo rasa bende tu betul, then the person yg buat those things tdk perlu takut becuse he is doing his job, his responsibility.
pertanyaan yg teramat khas(tahap dewa):
Alex Ferguson tetap nak kekalkan Darren Fletcher walaupun si Fletcher ni(with all due respect)memang bukan jenis pemain yg sepatutnya ada kat Man U..ni kronisme tak?sebab dorang berdua Scottish..hehehe
Walaupun dilontar secara semberono dan berbaur kelucuan, soalan Johan agak baik dan relevan sebenarnya. Dek kerana sama-sama Scottish, mungkin juga Fletcher akan lebih bersungguh-sungguh ketika diturunkan kerana berasa terhutang budi. Dek kerana Scottish, Fergie boleh 'menekan' Fletcher lebih berbanding para pemain lain dalam menuntut prestasi.
Tentang pilihannya, Fergie pasti rasa diyakinkan (vindicated) bila melihat persembahan bersungguh-sungguh Fletcher, sepertimana persembahan bersunguh-sungguh Park Ji Sung dan Gaby Heinze. Kriteria pemilihan Fergie kadangkala memang melucukan; dia pilih Giggs dulu kerana tertarik melihat mamat tu lari (apa kejadahnya?). Di akhir hari Fergie masih pengurus paling berjaya di BPL kerana barisan pemain yang dipilih secara 'tidak telus' dan 'bukan paling layak' tersebut masih berjaya melakukan tugas memenangi BPL beberapa kali.
Dalam dunia sebenar kita kadangkala terpaksa melakukan pilihan yang kurang mudaratnya (the lesser evil) kerana lebih banyak masa yang kita habiskan untuk membuat pilihan yang paling baik dan layak, lebih banyak juga duit akan dibelanjakan (..tapi ini bukan dunia sebenar, ini hanya medan idea..). Dan tidak adil juga menolak sesebuah organisasi yang layak dan memenuhi kriteria sebagai tidak layak semata-mata kerana kita takut dituduh sebagai mengamalkan kronisme dan/atau nepotisme. Mereka pun rakyat juga.
Kalau kenal, 'kemahuan' spesifik kita dalam mencapai sesuatu dalam proses tersebut dapat disampaikan dengan lebih berkesan (aku bukan nak hijau yang ni, aku nak hijau yang tuuu..!). Organisasi yang ditugaskan itu tadi juga kurang kebarangkaliannya untuk lari dan tidak menyiapkan kerja.
..sebenarnya bagi saya, yang lebih parah dan menjengkelkan ialah projek-projek, peranan-peranan atau jawatan-jawatan yang sengaja diwujudkan demi untuk mengkayakan kroni dan kaum keluarga.
ps: Patutnya Fergie ambik kau la Johan. Kalau tak menang BPL pun, tetap dapat Johan, ye tak? hehehe (lawak je, jgn bengang pulak)
-Naj
kroni...
emm..ada sesape nak jd kroni saya x?
tentang cerita rasuah ni, saya terbaca di blog kwn saya http://www.ceriteramarhaen.blogspot.com
urm..intresting blog.
remaja sekarang quite "idealistic".
refreshing, tp if terlalu taksub to their own prisip, efek akan jd buruk jugak..
so back to the topic,
secara teori, kronisme, nepotism and rasuah memamg salah.
practicality,
well, lagi senang cakap dari buat.
just bear in mind, if we want to discuss this from religion perspective, definitely i'm in the losing battle,but in life perspective, sometime we need those thing for our stability.
i believe, anything that we do moderately is harmful..
-shah-
Alex Ferguson - dictator yang paling berjaya.
Tapi dictatorship alone cannot be successful beb.Cuba tengok perancangan Pep Guardiola.Semua ada peranan,semua ada fungsi.
Ada masanya orang yang dikatakan paling star pun,kalau selalu diangkat sangat dia akan jadi naik lemak.Contoh bila orang angkat Eto'o lebih2,Pep buang je.Orang angkat Ronaldinho langsung Pep buang.Sebab Pep menuntut semua untuk bagi contribution.Siapa nak main bola sorang-sorang boleh blah.Sebab tu Messi tak menyerlah kat team Argentina sebab Maradona harap Messi menyerlah sorang-sorang macam dia gak.
Kembali kepada topik asal - ada ke kronisme positif.Jawapannya memang ada - contoh macam Alex Ferguson dengan Darren Fletcher.Permainan Fletcher sekarang pun improve.Aku rasa takde pun fan MU marah sebab kekronian ini.Walaupun kroni,Alex Ferguson bagi jugak peluang kat Park Ji Sung,Michael Carrick,Paul Scholes untuk main.Jadi semua dapat fair and square.
Tapi kronisme negatif - inilah yang buat orang marah.
Kalau nko ada business repair komputer,tapi nko bagi kat member baik kamceng nko yang lebih mengenal sayur-sayuran daripada wayar letrik,nko nak bagi?
hehehe berjaya jugak aku provoke org tuk bincang dgn pakai contoh bola..
naj-haha lawak nama gua tu dah basi lah..lawak zaman sekolah haha..
nami-sama mcm Maradona dan menantu dia Aguero..takde orang bising dan tuduh Maradona amalkan nepotisme sebab Aguero memang berhak ada dlm team..
I have one conundrum to share,about cronyism and nepotism.
Rasulullah were saying there were some of his closest ally(or we called it sahabat) will go to heaven straight without being asked by Allah.
So,it's that cronyism?Sorry,I may look cynical but this is a question.
Is cronyism good?Is nepotism good?It's good for you and people surround you,not the people who not afflicate with you.
si tedi: itupun yg berlaku. biasalah, setiap org mengharapkan balasan kan?
parti politik aka kerajaan bagi kontrak, mestilah nak share kan?
even kalau kita bagi something kat kengkawan kita, mesti kita nak return. betul x?
buat sistem secara berkumpulan pun ada masalahnya jugak.
1- projek akan lambat approve. byk sgt prosesnya. nak kenna pergi itu ini. ini dipanggil birokrasi.
2- bila ada birokrasi, wujud juga rasuah. daripada nak kena bayar kat seorang, lagi ramai yg nak disogok.
akhirnya projek jadi lagi tinggi kosnya dan mahal.
moon: Anak mahathir jadi chairman sepang. F1 berjaya dan industir permotoran maju.
adakah ini kronisme yg tidak layak?
mamai,ummi dan ankabdullah: meritkorasi tidak mengira kaum, agama..tp adakah mengikut kelas masyarakat? bagimana pelajar 10A1 tapi anak ahli politik dan anak pekerja biasa yg dapat 9A1.
mana yg kita pilih? meritkorasi kata ikut siapa yg layak. Layak diukur dgn keputusan akademik.
bagaimana?
Nami: tender tertutp mmg byk kekurangan. senang nak charge gila2 kat kerajaan.
tp colose tender ada bagusnya. projek jadi cepat dan tak byk karenah.
di akhirnya org yg memilih tu jgk kan. kalau ada integriti dan perasaan malu- mesti akan lantik org yg benar2 layak. walaupun bukan open tender.
Sistem kuota mmg jadi masalah bila org rasa selamat. pastu tak payah berusaha nak capai sesuatu.
tp kuota perlu utk perjuangkan nasib org2 bawahan. cthnya nasib pekerja yg kau selalu ckp. tak ada kuota, lagi senanglah pemodal2 kapitalis nak rembat. haha
Naj: kuota tak ada masalah. yg penting dlm mengisi kuota, ada unsur meritokrasinya.
pilih org yg layak utk masukkan ke dalam kuota.
tak ada guna meritokrasi membabi buta tanpa mengambila beberapa faktor sekeliling sprti faktor ekonomi misalnya.
Nizam: bila pula sy berkata ttgk ketelusan? hehe
yg sy sentuh ialah rasuah,korni dan meritokrasi shj.
mmg betul ketelusan adalah baugs, terutama dlm kita melihat bagaimana duit rakyat digunakan.
Ketelusan juga boleh seiring dgn meritokrasi.
malah ketelusan jg boleh seiring dgn sistem kuota.
out off topic sikit: kenapa di sebalik ketelusan2 yg dilakukan oleh bank2 dan syarikat besar di dunia, tapi masih lagi membuatkan kerugian yg begitu besar?
hehe
Nami, johan: pasal bola ek.
diktator pun adalah sistem yg kdg2 diperlukan.
amek chelsea juga sbg cth. bandingkan masa zaman Mourinho. mana berani player2 ni nak lawan. tgk time scolari, rilek je kena tibai.
malah pep Barcelona pun diktator juga. dia tak guna demokrasi in nature bila nak singkirkan eto dan ronaldinho. ada dia tnya kat puyol, xavi dan messi? tak sure la kan. tp yg sure mmg ramai yg syg dua player ni..hehe
cuma cara pep adalah berbeza dgn ferguson.
org tua ni jenis tak mesra player. pep jenis get along.
masing2 ada caranya. malah cara yg digunakan berbeza dgn setiap pasukan.
ps: kalaulah cara pep digunakan kat team england. buang semua star2 yg naik lemak mcm gerrard dan lampard, ko rasa boleh berjaya ke tidak? haha
out off topic sikit: kenapa di sebalik ketelusan2 yg dilakukan oleh bank2 dan syarikat besar di dunia, tapi masih lagi membuatkan kerugian yg begitu besar?
er,macam mana ketelusan boleh mengurangkan efisiensi?
Sampai satu peringkat, rasanya yang penting projek berjalan lancar.
Lihat pada output dan hasilan.
Rasuah ka.. kronisme ka... jangan ada bumbung roboh, jangan ada jambatan retak, jangan ada nyawa melayang... sudah.
Meritokrasi ka... yang penting hasil. Jika pilih yang pandai-pandai, cemerlang IQ; tapi EQ dan SQ gagal. Akan berbalik pada isu pertama dan kedua tadi(amalan rasuah dan kronisme)
Jika, sebaliknya gagal, maka hancur...
Johan: sebab bank2 ni lakukan transaksi yg salah. cthnya dlm urusniaga hedge fund dan derivatives.
Its legal but morally wrong.
Mereka telus dalam transaksi tu. Publish kat laman web, bertihau public, etc..
samalah cthnya buat perkara salah tp jujur beritahu org.
telus tapi?
faham?
KRONISME POSITIF DAN KRONISME NEGATIF?
Rata-rata pembaca bersetuju bahawa kronisme bukanlah rasuah- setidak-tidaknya kronisme positif. Yang menjadi rasuah ialah kronisme negatif. Pada pandangan mereka, asalkan kos tidak melambung, bangunan tak runtuh, ada kelayakan dan kepakaran- segalanya tak menjadi masalah.
Memang benar. Tapi bagaimana untuk kita mengetahui kronisme positif dan negatif? Malah syarikat-syarikat kroni yang dianggap layak pun adakalanya gagal menyiapkan projek. Begitu juga syarikat yang pada awalmya dirasakan tidak layak tetapi pada akhirnya berjaya menyiapkan projek dengan bagus.
Johan: sebab bank2 ni lakukan transaksi yg salah. cthnya dlm urusniaga hedge fund dan derivatives.
Its legal but morally wrong.
Mereka telus dalam transaksi tu. Publish kat laman web, bertihau public, etc..
samalah cthnya buat perkara salah tp jujur beritahu org.
telus tapi?
faham?
its not the fault of ketelusan in the first place..
its transparent. but what kind of transparent.
telus dlm melakukan sesuatu yg tak etikal ttp dibenarkan dlm undang2 adalah telus juga. :)
lafemmerouse, I am in no way is the most fit or knowledgeable person to answer your question, hence all that I can offer is a piece of my opinion based on what I know and understand, which is very little;
Rasulullah, being the prophet that he is, of course has all the confidence of Allah. As such, anyone who's directly in contact with him would surely be touched in such a way that muslims of today can only dream of being touched.
The sahabats who have his confidence would be those who confided and trusted him wholeheartedly. And because Rasulullah have the 'insider' knowledge that normal human beings do not have, he had the privilege to be able to utter such words. The judgment is by Allah the Almighty, and Allah alone.
I, a muslim who have never met the prophet, can only speculate. Please seek a more proper answer should you still be intrigued. I thank you for your interest.
-Naj
senang ajer siapa pun yang dapat keputusan terbaik dan layak maka dia harus diberi peluang tak kira darimana dia datang....dan bagi mereka yang kurang berupaya itu tanggungjawab untuk kita membantu bukan susah pun na,k buat keputusan..andai perkara remeh tak dapat di selesaikan, tak mustahil perkara besar disembunyikan
Post a Comment