Monday, October 12, 2009

Kelemahan Demokrasi dan penyelesaiannya (versi demokrasi Malaysia- limited editon)

1- Basuh Baju,

Adakah tindakan Ong Tee Keat yang mengadakan EGM selepas memecat Chua Soi Lek sebagai langkah yang demokratik? Sepatutnya Mahathir juga melakukan tindakan yang sama seeprti beliau selepas memecat Anwar dari kerajaan dan parti pada 1998. Barulah demokrasi.

(Tanpa Nama Bin Anonymous, Manek Urai)

Memang Dr Mahathir tidak memilih cara yang demokratik. Malah cara beliau menyingkirkan Anwar juga adalah dengan cara lakonan demokrasi. Kes tilam, angkut tilam, sorong tilam, lantik hakim, dan ugut saksi. Semua ini memang jelas sekali bukan cara demokrasi.

Tetapi cuba bayangkan apa akan berlaku kepada negara kita sekiranya Dr Mahathir berbuat keputusan sama seperti Ong Tee Keat. Cara yang dianggap menjunjung konsep demokrasi dengan mengadakan EGM.

Mungkin ekonomi negara tidak akan pulih dengan cepat akibat terlalu banyak politiking. Anwar tendang Mahathir, Mahathir tibai balik, Anwar balas, Mahathir sepuk balik...sampai bila tak sudah. Semuanya kerana demokrasi.

Saya bukannya nak mempertahankan Dr Mahathir tetapi saya ingin bercakap mengenai demokrasi. Di sini membuktikan ada kalanya demokrasi tidak menyelesaikan sesuatu perkara. Lagi-lagi sesuatu krisis yang melibatkan ekonomi.

Demokrasi menyebabkan kita tidak fokus terhadap perkara sebenar. Sebaliknya membuatkan kita berligar-ligar kepada perkara yang sama yang tidak penting. Demokrasi menyebabkan orang yang kalah sentiasa mahu menentang. Orang yang sudah menang pula terpaksa melayan tentangan orang yang kalah atas nama demokrasi. Bila ini yang terjadi, sampai ke sudah tak habis-habis.

Oleh itu ada ketikanya kita memerlukan cara ala autokrasi atau diktator yang tidak ada atau kurang tentangan untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

2- Basuh Baju,

Saya tak puas hati tentang kemenangan Isa Samad semalam. Saya ingin bertanya- adakah mengundi orang yang korup boleh dianggap korup?

(Zulkifli Samad, Bagan Dickson)

Ya dan tidak.

Ya kerana ia menunjukkan masyarakat kita tidak kisah tentang calon yang bersih. Tidak, kerana dalam politik, ada ke calon yang bersih?

Adakah kita perlu bising-bising tentang politikus yang korup sedangkan rakyat kita sendiri mengiktiraf calon korup? Isa Samad sudah menang. Nak bising apa lagi. Korup-korup dia pun- rakyat juga yang mahukannya. Kata demokrasi kan?

Kalau nak bising pun, yang patut dikritik bukan Isa tapi rakyat Bagan Pinang. Ada berani?

Di sini memperlihatkan kelemahan demokrasi. Walaupun demokrasi bermaksud kita mempunyai pilihan, tetapi demokrasi juga membenarkan sesiapa sahaja untuk menjadi pilihan- tidak kira korup atau bersih.

Konsep demokrasi juga mengikut suara majoriti. Yang besar, banyak dan kuat sahaja diambil kira pandangannya. Selalunya pandangan ini adalah popular. Kerana itu ia menjadi majoriti. Tetapi adakalanya suara majoriti ini tidak tepat. Oleh itu di sesetengah keadaan, kita perlu mengikut suara minoriti walaupun tidak popular.

3- Basuh Baju,

Saya tertanya-tanya mengenai keputusan EGM MCA baru-baru ini. Siapa pemenang yang sebenarnya? Ong Tee Keat atau Chua Soi Lek?

(Chua Tee Keat, Ipoh Timur)

Siapa menang dan siapa kalah tak penting. Kerana bila dua orang politkus bergaduh, yang mati ialah rakyat di tengah-tengah. Yang patut kita pelajari ialah bagaimana untuk membuat keputusan sekiranya kita mempunyai dua pilihan yang bangang.

Perwakilan MCA telah mengajar kita tentang penyelesaiannya. Jawapannya ialah- buang dua-dua.

Kadangkala untuk menyelesaikan sesuatu perkara, kita perlu ambil langkah yang seringkali kita anggap bukan penyelesaian.

Contohnya sekarang ni kita menyampah dekat Barisan Nasional tetapi pada masa yang sama tak suka Pakatan Rakyat. Jadi cara terbaik ialah menolak dua-dua pihak ni. Biar muncul kuasa ketiga (third force). Sebenarnya memilih untuk tidak memilih juga adalah satu bentuk demokrasi.

Di sini walaupun demokrasi memberikan pilihan dan membenarkank ewujudan pilihan-pilihan yang bangang, demokrasi juga membenarkan kita menolak kedua-duanya.



ps: Oh ye, kalau masih nak tahu juga siapa yang menang, jawapannya bukan Chua atau Ong. Tetapi Isa Samad.

16 comments:

Anonymous said...

good post bro!

analisis yg m'dalam tapi santai mengenai MCA dan Isa. Gua respek kat lu.

btol ka 20 thn?

Anonymous said...

good post bro!

analisis yg m'dalam tapi santai mengenai MCA dan Isa. Gua respek kat lu.

btol ka 20 thn?

nami o fish said...

Basuh Baju,

Saya membaca suratkhabar Utusan hari ini.Saya tahu saya tidak boleh percayakan suratkhabar Utusan seperti yang Basuh Baju selalu cakap,tapi ini melibatkan rezeki saya.Saya dengar Alex Ferguson nak beli David Villa,jika benar,ini boleh menyebabkan politiking antara saya dan David Villa.Tambahan pula apabila Bulgaria dibelasah 4-1 dengan Cyprus semalam,sila bagi pandangan.

-Dimitar Berbatov,Bulgaria.

tinta kasturi said...

post ini memberikan pelajaran setiap permasalahan ada penyelesaiannya,
penyelesaiannya tidak datang bergolek,
tapi datang bila baju yang dipakai selalu dibasuh,
dan tingkap yang pecah sudah dibetulkan.

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum bro

yg dikatakn korup dh pn menang..

psl EGM MCA, sy tk ikuti perkembangan sgt tp kalo btol MCA nk buang dua2, sy sokong

parti bergantung kpd kepimpinan yg baik.

kalo pemimpin tu pincang, maka eloklah disanggah saja.

pemimpin dtg dan pergi

demokrasi sbnrnya bukanlah sistem terbaik.

bila yg bertanding itu si korup (boleh juga rujuk kpd pemilihan umno) dan dianya menang maka tkde sape yg boleh menolaknya krn demokrasi menentukn suara majoriti melebihi suara minoriti

itu antara kepincangan demokrasi..

apepn..

rakyat bagan pinang telah pn buat pilihan.

terbaik atau tidak, itulah demokrasi yg kita sanjung

wallahualam

umi said...

"democracy is very imperfect but it is less imperfect than all other forms of govt."-Winston Churchill.

Bgan Pinang: Ya, salahkan rakyatnya yg mahukan pemimpin korup! Hancurlah Msia kalau majoriti rakyatnya mahukan pemimpin korup. Korup tapi mesra dan popular..hancuss

BN vs PR: kalau dlm pilihanraya yg takder calun bebas, nak tak nak kena pilih salah satu..takkan nk buat undi rosak..kurang cerdik la tu..tapi kalau dua2 calunnya korup, berbaloi buat undi rosak

IZZUDDIN said...

Pilihan rakyat. Rakyat nak pemimpin yang rasuah, jadi pemimpin macam tu la yang rakyat dapat. Rakyat harus terima apa sahaja kesannya. Baik atau buruk.

Tapi, BN tak abis2 lagi dok jaja kemenangan Isa Samad tu. Seminggu mungkin tak abis lagi. Azwaliza Azman pun tersenyum lebar bila nak start baca berita.

mamai said...

demokrasi tunjukan pada kita di malaysia ini di mana letaknya demokrasi hahahah pada PAS,PRK,DAP,MCA,MIC,UMNO,PPP dan sebagainya lagi

demokrasi di jalanraya,di balai raya, di dewan parlimen di dewan rakyaat adakah mereka di sana

demokrasi pada TG Nik Aziz,Mahathir,Anwar,Najib,guan eng,samy vellu or pada sesiapa sahaja cari kalau jumpa hatta dalam diri kita pun kita tak jumpa

demokrasi itu pada dasarnya baik tapi yang tak baik itu pendokong demokrasi bila kuasa menguasai.

jijik bila kita melaungkan demokrasi tapi praktikalnya kita berkuku besi

dalam politik siapa bijak dan kuat dia boleh hidup...manupulasi adalah permainan mereka yang bodoh adalah kita yang rela di perbodohkan.

satu penyelesaian masalah bukan bergantung pada sistem apa yang di pakai tapi kebijaksanan akal.

demokrasi ikut kita-kita sendiri....

Johan said...

Basuh baju,

Saya terbarai ketawa membaca perkembangan politik sepanjang minggu lepas.soalannnya,kenapa saya ketawa walaupun saya bukan berasa gembira dengan semua yang berlaku ini?

Johan Hadi

ZULKIFLI said...

Kalau Tun Mahathir ikut demokrasi, insya-Allah tidak akan ada PKR. Pertelagahan mereka tidak akan sampai mencacamarbakan orang Melayu seperti sekarang. Yang ada mungkin dua puak yang berbeda kem dalam parti yang sama.

Anasir luar telah berjaya memporak-perandakan Melayu melalui tindakan orang tua itu. Percaya?

Oh Me said...

very nice one BB...keep it up

Johan said...

basuh baju: sekarang kita sedang merasa akibat dasar autokrasi Mahathir..yang tinggal sekarang semuanya pemimpin2 yang bonsai pemikiran akibat dicantas Dr Mahathir..bukan itu je,pemikiran rakyat turut dikontotkan..efisiensi,keberkesanan,kemampuan macam2 badan,agensi pun menerima akibat..

kepimpinan Mahathir memang berkesan pada waktu tu..cara Mahathir tidak mengambilkira impak kepada masa hadapan..padahnya besar pada kita sekarang..

YobSumO said...

setuju dgn no 1


no2, ye aku sendiri pergi kawasan sana nak dekat2 pilihanraya. rakyat di situ sendiri bilang, kalo bukan Isa Samad di situ mereka mmg taknak mengundi BN. KAMI NAK ORANG SINI, ORG YANG BOLEH BELA KAMI! nampaknya, Isa Samad itu bagus juga. jgn la dipertikaikn byk sangat.


no 3. taknak ambik kisah sangat.

urak said...

kenapa orang bagan pinang pilih isa samad?mungkin ada yg tak kena dgn calon PAS...renung2kan...

Basuh Baju said...

Nami:

Berbatov, kalau lu perform, datang messi pun mesti lu tak kecutlah. Kalau takut sangat pada persaingan, sila improve kan diri anda. Atau mungkin boleh mintak Alex Ferguson jual anda ke Selangor

Tinta kasturi: post ini lebih memberitahu ada kalanya penyelesaian itu adalah langkah yang tidak popular dan cara yang paling tidak demokratik. :)

Yusof: siapalah kita nak menghukum rakyat Bagan Pinang kan?

Umi: true. But sometimes democracy doesn't works. So you need dictatorship.

undi rosak? ini cara paling mudah. Tapi apa kata kita harapkan ada kuasa ketiga menjelang PRU nanti?

Johan: itu perkara biasa. Ada kalanya kita ketawa kerana terlalu sedih. Cthnya macam dalam drama, ada watak akan ketawa berderai-derai bila diberitahu ttg berita kematian.

Zulkifli: atau anasir luar yang menggunakan anwar utk memporak perandakan kita?

entahlah. susah nak cakap. ada benarnya. Mahathir cantas pemimpin yang berkaliber. tapi utk mengatakan Anwar adalah calon yg sesuai jadi PM- mgkn kita perlu minum kopi bersembnag.hehe

yat said...

mahathir pun bukanla perfect, ada salah dia gak, tapi apa2 pun, dia memang sorang yg kira out of the box punya orng, at least boleh la cakap apa dia sumbangkan pada malaysia, tapi kalau pak lah, anwar? nak sebut satu pun susah...

mengenai isa samad, xtau nak cakap, but everyone deserve a second chance, kalo betul dia insaf, alhamdulillah la, kalo x, antara dia ngan tuhan, xtau nak cakp la....

just my 2 cents