Wednesday, September 30, 2009

Kisah Langkawi- 1

PERMULAAN

Minggu lepas, saya ke Langkawi. Tujuan utama saya ke pulau lagenda ini bukannya untuk mencari keturunan Mahsuri. Jauh sekali untuk memborong cokelat murah. Sebaliknya saya ke sana untuk menilai dan mengkaji era pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Langkawi- seperti mana yang kita tahu adalah idea Dr Mahathir selain daripada F1,KLCC, Putrajaya dan PLUS. Jadi untuk mengkaji Dr Mahathir, wajib pergi ke Langkawi. Kalau tak, separuh masaklah kajian itu. Macam pergi ke Terengganu tapi tak makan keropok lekor. Macam datang ke Selayang tapi tak lalu pasar borong. Ibarat MIC dan Samy, begitulah Dr Mahathir dan Langkawi. Keduanya sangat berkaitan.

Ops, sebelum saya berkisah, jangan salah faham- saya bukanlah penyokong kuat Dr Mahathir yang akan memberi komen "salam ayahanda" di blog Che Det. Saya hanyalah anak muda yang mencari jawapan kepada persoalan. Dan persoalan saya berkisar kepada Perdana Menteri kita yang keempat ini. Itu sahaja. Tidak ada bodek. Tidak ada kontrak. Yang ada hanyalah pandangan.


*********************************************************************************
Hari pertama- saya menginap di Pantai Cenang. Kawasan yang paling 'remaja' di Langkawi. Meriah dan hidup. Tidak seperti di Kuah dan Padang Matsirat- yang sudah sunyi sepi menjelang malam. Disebabkan kaki sudah lenguh menapak, saya ke pusat spa tradisional. Sebelum ada pembaca yang berbicara mengenai dosa dan pahala, pusat spa ini bukannya seperti spa yang bersepah di Bukit Bintang. Tidak ada 'extra massage' atau urut batin. Malah yang merefleksologi kaki saya merupakan seorang pakcik tua.

Kami bersembang rancak. Pakcik ni betul-betul peramah. Lebih ramah dari biasa memandangkan saya juga kaki sembang. Dari hal-hal runcit hinggalah kepada hal politik. Saya bertanya bagaimana keadaan bisnes spanya sekarang. Senang ke sempit. Banyak ke tidak sales yang masuk. Beliau diam seketika dan kemudian sedikit mengeluh.

" Langkawi ni maju masa Dr Mahathir jadi PM. Dulu berduyun-duyun pelancong yang datang. Paling ramai pelancong asing. Masa tu Mahathir selalu buat acara antarabangsa kat Langkawi. Tapi tu dululah dik."

Saya sudah mula seronok. Maklumlah ini pun tujuan saya ke mari. Ingin mendengar kisah dari warga tempatan tentang Dr Mahathir. Bagi saya kisah mereka ialah autoriti sebenar. Cakap mereka ialah kajian yang tulen. Saya teruskan lagi dengan bertanya- bagaimana pula keadaan bila Pak Lah naik?
" Pak Lah? Huh, takat buat Pesta Air dia reti la. Itupun tak ramai yang datang. Senang cakap, Langkawi terhenti kejap pembangunan."

Selepas PRU 12 bagaimana?- saya bertanya.
" Bila PAS menang dan jadi kerajaan negeri Kedah, kami ingat adalah pembangunan yang nak dibawa. Tup tup depa ada ura-ura nak tutup pusat spa pulak. Masa tu pening betul kepala pakcik. Mujurlah tak jadi dilaksanakan. Kalau tak, bayangkan berapa ramai orang hilang kerja. Bukan spa pakcik je yang ada kat Langkawi ni."

Kali ini saya diam. Dalam hati dah berfikir- pakcik ni mesti orang UMNO. Tapi saya tersilap.
" UMNO pun tak boleh pakai jugak. Dato' Bakaq- MP sini orang UMNO. Tapi dah tua sangat dah. Cakap pun tersekat-sekat. Macam ni nak bawa pembangunan? Idea pun tak da. Ini salah orang-orang UMNO la yang nak sangat orang tua ni. Depa seronok dapat kontrak. Tapi kami yang kat bawah ni?"

**********************************************************************************
Selesai mengurut kaki. Saya bayar dan beredar. Dalam perjalanan pulang ke hotel, saya membuat kesimpulan untuk hari yang pertama.

Kita sebenarnya mempunyai 'dua pilihan yang bangang.' Pakcik itu seperti kebanyakan rakyat yang lain bukannya peduli siapa yang memerintah. Tak ambil pot langsung tentang agenda melayu ke, agenda agama ke- yang penting ialah pembangunan. Yang nak diisi dalam perut ialah makanan bukan ketuanan. Yang nak dibayar macam-macam ialah duit bukan ceramah.

Di sini mungkin Mahathir dikritik kerana suka menganjurkan acara antarabangsa. Mungkin kita boleh berkata ia membazir dan mahal. Tetapi dengan kesan ekonomi (spillover effect) kepada orang biasa seperti pakcik di pusat spa tadi, ia sudah meyakinkan bahawa ada kalanya kita memerlukan acara antarabangsa. Terpulang kepada para pembaca untuk menilai sendiri apa yang Mahathir lakukan ini justify atau tidak. Setakat yang saya kaji, di Langkawi ia justify.

******************************************************************************
Hari pertama di Langkawi- Dr Mahathir dikenang bukan kerana beliau orang UMNO atau Perdana Menteri. Tetapi kerana beliau membawa pembangunan.


ps: Ini pandangan saya yang diperoleh daripada pengalaman. Saya tahu tidak ramai yang akan bersetuju. Tetapi mempunyai pandangan yang tidak popular barulah dikatakan pandangan- setidak-tidaknya saya mengkaji untuk mendapatkan pandangan ini. Bersambung di kisah Langkawi dua.....

27 comments:

Oh Me said...

Satu kesilapan UMNO adalah mereka terus melantik pemimpin lama (seperti ISA) untuk bertanding dalam pilihanraya mereka...sepatutnya mereka sudah memberi jalan kepada pemimpin muda macam partai partai lain...

memanglah ISA banyak berjasa...sesiapa sahaja yang diberi kuasa akan membuat jasa...

asilahmuhajer said...

sedih sket mendengar kisah pakcik tu.

saya ke langkawi november tahun 2007. time tu pun tak ramai orang.

zedmagel said...

Bro Basuh Baju,

Sesiapa pun yang membawa kebaikan kepada negara dan rakyat akan disanjung dan dipuji. Tun Dr Mahathir selayaknya menerima kepujian diatas kepimpinannya semasa menerajui negara ini.

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum bro bb

pemimpin dtg dn pergi..

tp rakyat marhaen bukan nk fikirkn sgt soal parti atau ketuanan

selepas PRU atau PRK, yg menjadi fokus mereka yg kt bawah ni samada dapur mereka akn terus berasap..

mengenai Langkawi..
dh lama tk pegi

tp biasanya pemimpin sesuatu tu akn menumpukn pada pembangunan di tempatnya saja.

mgkin jika Tok Guru berkuasa kelak, pembangunan akn di bawa mengalir ke kelantan..

dan bila kepimpinan berakhir, kesinambungan pembangunan ditamatkn.

hanya krn pemimpin ditampuk kuasa tu nk tnjuk dia punya visi tersendiri dan tk mahu terikat dgn legasi pemimpin sebelumnya..

mgkin Iskandar Malaysia akn jd gajah putih selepas ini..mgkin...

pelabur asing pernah berkata, mereka tidak lagi melabur di malaysia krn malaysia skrg tiada pemimpin..

p.s

apa yg diperlukn ialah pemimpin sejati dan bukannya kepemimpinan bermusim..

wallahualam

SwEetForEst said...

wahhh..sweet ke langkawi dok borong cekelet je..hehehe..

Anonymous said...

Dear Basuh Seluar,

Ko xde buat Q&A dgn anak² muda or golongan belia kat sana ? Maybe they'll have similar answers or yet better in terms of giving more accurate info on what's going on over there. I've been to Langkawi few times b4...once a year i can say.
I've seen some things changes for example the roads & shops in Pt Chenang area...they are pembangunan over there...and it is still going.
Btw, ko pegi Island hoping or singgah Galeri Perdana tak ? hehe :p

- gOTh -

Anonymous said...

Oh ye Basuh Seluar,
Bleh ke kalo aku ckp..."salam ayahanda basuh baju"

kah kah kah...lawak dowh
kat sini mesti ada penyokong tegar Basuh Baju kan :p hahaha

- gOTh -

Basuh Baju said...

Oh me: itu salah satu sebab kenapa anak muda macam aku tak berminat dgn UMNO..tp aku minat nak kaji pemimpin lama. hehe

asilahmuhajer: bulan november masa cuti sekolah pun kurang? cuaca tak elok kot..hehe

zedmagel: samalah juga dengan Nik Aziz. Akan disanjung oleh rakyat kelantan terutamanya..betul x? :)

yusof mujahidin: kalau saudara ada membaca ttg persidangan Forbes di KL sekarang, saudara akan dpt lihat betapa bezanya minda Dr M, Najib dan Muhyiddin ketika memberikan pandangan.

Ini jelas membuktikan komen saudara ttg Malaysia tak ada pemimpin yang mempunyai visi.

ps: kenapa agak2nya politikus kita tak reti nak cakap pasal bagaimana nak berasapkan dapur?

sweet: jgn makan sgt cokelat. takut tak sweet lagi..hehe

Goth: ada buat. aku orang muda mesti sembang dgn golongan muda jgk. hehe itu dalam kisah kedua nanti..

True. There are pembangunan over there. But this is not the type of development I talk about.

True, the roads are getting much wider and better. The shops are being built. But the question is- how this going to attract people for coming and visit Langkawi?

While ur point has merits too, but in my case, development is also about organizing international event. The purpose is to attract big spenders and international traveler. At the same time, promote Langkawi ke mata dunia..

ps: beb, kat selayang ni pun jalan makin elok. kedai baru pun ada dibuka. tapi Selayang masih tidak terkenal dan jauh sekali jadi pusat perlancongan..hehe

Island hoping- kisah ketiga.
Galeri perdana- penutup.. :)

Pesal ko panggil basuh seluar? kui3 kalau ada yg panggil ayahanda kat aku- mungkin aku boleh dianugerahkan Tun.. :p

Anonymous said...

oh gi langkawi mggu lepas? knp ek kita x terserempak? sy pn nginap kat pntai cenang tu hari....

about Dr M....

everyone HATES him...but i believe mostly people ADMIRED him (that will included me)...

Anonymous said...

..tambahan......

sy rasa corak pemikiran dr m ptut dikaji...he has the same-minded as japanese people if we look at it closer....

about langkawi...yes...langkawi has less attraction compared during dr m's regime.....

Cob Nobbler said...

Langkawi?

Hmm,dari segi apa yang nko katakan tu memang tepat.Betul - zaman Dr M Langkawi dilihat lebih bertenaga dan lebih menarik dari sekarang.Sama jugak dengan projek PLUS,Jambatan Pulau Pinang,KLIA - idea Dr Mahathir untuk rakyat ni sangat bagus.Malangnya,hanya segelintir sahaja orang yang menikmati kekayaan tersebut.

Contoh nko sebut Langkawi,bila pelancong asing datang,banyaklah hotel-hotel dan chalet-chalet yang membina kat situ.Memang bagus - ekonomi pun berkembang sebab orang berbelanja.Tapi pernah terfikir apa nasib nelayan kat situ?Apa nasib petani kat situ - sedangkan mereka native kat situ.

Lepas tu cuba tengok dari segi ekosistem - hancur punah.Tak caya pergi kat area jeti - sampah botol plastik penuh laut.Betul tak?

Bagi aku,pembangunan tanpa pemikiran bukanlah perkara yang baik.Ya - Langkawi maju under Mahathir,tapi effect terhadap nelayan,terhadap alam sekitar - aku ambil kira bab tu jugak.

Now - about PAS.Mereka yang nak mengharamkan spa urut ni memang bodoh baghal.Sebab dorang ni narrow minded.Asal mengurut je ingat seks,ingat perempuan seksi datang dari China atau Vietnam.Mengurut ni tuntutan kesihatan.Orang lepas bersalin pergi mengurut.Orang lepas bekerja pergi mengurut.

Pernah sekali aku keluar statement pasal yoga.Sama la jugak bila dulu kes nak haramkan yoga.Bagi aku,kalau orang bukan Islam nak rukuk,nak sujud,nak buat macam sembahyang tapi tak baca Fatihah atau ayat-ayat dalam solat,tak jadi masalah.

Bila orang buat yoga tapi tak baca mantera Buddha,aku rasa takde salah jugak.

Macam tu jugak dengan mengurut.Kalau mengurut untuk kesihatan,aku rasa agama Islam lagi galakkan.

Apa-apapun,memang betul la kata nko - kita diberi pilihan yang bangang.

p/s:Jumpa hari Ahad kat Freedom Film Festival kat Annexe Central Market.

DivaScarf #scarfwithstory said...

whatever it is, memang Mahathir the only pemerintah yang memerintah.. Dier the only Kuku besi yang berani. Kalu kaya No, Tetap NO.

Perlu diingati, demi pembangunan dan kemajuan, sesuatu perlu dikorbankan..
Subjek Korban itu terpulang pada anda.

lafemmerouse said...

I think Mahsuri curse is a myth.Langkawi should be develope ages ago,before Mahathir.But admit it,Mahathir is super-genius person.He knew what's best for Langkawi.

Abdullah Badawi does not.So for Mahathir lovers,you have to be sorry for yourself not having leader as genius as Mahathir.

Basuh Baju said...

Deepo: kalau terserempak pun mana nak cam muka. tak kenal pun..hehe

Dr M mmg mempunyai corak pemikiran jepun. Kalau tak, tak adalah dasar pandang ke timur.

Nami: Hanya segelintir? aku tak rasa begitu. Sektor perlancongan ni bukan setakat bukak hotel dan chalet je. Lebih dari tu. Hinggakan akak jual nasi lemak pun dapat kesannya bila pelancong datang ke Langkawi..

Nelayan dan petani pulak, mmg ada yg masih hidup susah. tapi tak seramai dulu. (zaman sebelum Langkawi meletup). Ada yang aku sembang, dulunya kerja petani, tp sekarang dah buat sewa kereta. Hidup pun dah senang sikit. Nelayan pulak dah boleh bukak company utk island hopping. So nak kata petani dan nelayan kat sana tak dapat kesan pembangunan adalah salah.

Pembangunan di Langkawi ada pemikirannya. Airport dinaiktaraf, buat LIMA, Cable Car, etc. Semua ni ada utk perlancongan dan hasilnya dapat kita tgk sekarang.

Pasal sampah kat laut tu, mmglah ada. Tapi takkan tu pun nak salahkan Mahathir. Yang buat tu rakyat Malaysia dan pelancong. Habis tu kalau ada pelancong datang kat Langkwai dan tak sembahyang, nak salahkan Mahathir lagi? hehe

Ps: kalau aku dtg, aku roger ko.

Legally Diva: betul. The fact is we can't please everyone.

Lafemmerouse: Mahsuri is beautiful. Isn't it? hehe

Now it seems for Mahathir lovers, they are remembering the good old days.. :)

abu muaz said...

salam. jangan lupa jenguk saudara kita di indonesia.

Anonymous said...

Salam.

Saya hanya nak komen sedikit. Mungkin spa-spa yang ingin ditutup oleh Kerajaan Kedah itu adalah spa-spa yang telah didapati haram kerana menawarkan khidmat-khidmat yang dilarang agama. Bak kata pepatah, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang meniup.

Kalau nak kata Kerajaan Kedah sekarang tak bawa pembangunan, kita harus berfikir dulu. Mereka dinafikan hak yang sepatutnya mereka dapat, macam mana nak bawa pembangunan kalau tiada duit? Inilah salahnya Kerajaan Pusat.

Memang benar Mahathir telah banyak berjasa kepada negara. Kerana pembangunan dan pembaharuan yang dibawa oleh beliau ketika zaman pemerintahan beliau. Tapi, lupakah bahawa beliau juga yang membawa banyak kerosakan kepada negara, bangsa dan agama?

Maaf, terkomen banyak.

Anonymous said...

Salam,

Sudah setahun ditinggalkan lngkw setelah menetap selama 9 tahun..kenangan kehidupan yg sgt indah,daripd bujang..berkahwin dan belajar bermasyarakat di sana..

Ehem...mengenali PAS di sana.Sangat bererti sehingga kini..

Maaf,rasanya sekali melawat utk tahu segalanya..umpama baca sinopsis ja bagi sebuah novel..Selamat baca sinopsis.

QenQen

lafemmerouse said...

reply to Anonymous:

Angin tiup pokok bergoyang tapi kalau angin tu sepoi-sepoi bahasa,kenapa nak marah angin kalau pokok tu bergoyang?Admit it,even Pope Benedict pun tak boleh stop hedonism kat bandar Rome,even anak keturunan Raja Saud a.k.a Penjaga Dua Masjid Suci pun minum arak,book whore semua.Come on,tolonglah kalau bercakap tu guna logik sikit.

Bila you stop spa-spa kesihatan,tourist tak cakap banyak.Antara Langkawi dengan Phuket tu tak sampai 200km je.Lagi murah pergi Phuket.Tapi yang susah adalah orang Langkawi.

I admit ada dikalangan you all tak nak Langkawi macam Phuket,ada child molest,sexual abuse macam tu,tapi bagi I,ada duit maka ada business.You tak boleh nak preach macam-macam sebab no matter what pun,orang cari tempat lain.You tak boleh buat maksiat kat sini,tempat lain boleh pergi.But tak semua tourist datang semata-mata because sex tourism.Ada yang datang nak melihat kecantikan tempat.Dan bila berjalan mesti penat,bila penat mestilah nak berurut.Masa nilah spa tradisional ni berfungsi.

Kalau you tak nak pergi berurut,is up to you.Tapi bagi orang lain nak berurut,itu hak mereka.

Haramkan pun tak guna.You haramkan,ada orang buat underground.Lepas tu nak lepas,orang sogok rasuah dekat pegawai.Selalu jadi macam tu,takkan tak tau.Sedangkan dulu masa I kat Malaysia pun ada tok imam berkas pasangan berkhalwat ada berita minta rasuah sex.

Itulah akibatnya bila berfikir secara logik mudah.betul tak Basuh Baju..hik hik!

Nbl Fzr said...

slm langkawi

Basuh Baju said...

Abu Muaz: tak lupa. Ni busy ni tak update blog tgh dok buat apa yg boleh buat utk bantu mereka.

Tanpa nama 1: pertama, saya ckp dlm konteks Langkawi. Bukan general. Sekalipun nak nilai Dr M secara general seluruh Malaysia, pun susah nak keluar dgn konklusi sama ada beliau ni merosakkan agama, bangsa dan agama..

Setuju kerajaan pusat salah kerana tak beri dana. (walaupun kita tak tahu sejauh mana kebenarannya)

tp takkan asyik2 nak bagi alasan camtu je? Pemimpin yg bagus adalah pemimpin yg cari jalan..bukan lari dari jalan dgn alasan2..

Jadi mungkin kemajuan dan pembaharuan yg dibawa Dr M tu memerlukan kerosakan kepada negara spt hak kebebsan bersuara.

Kalau diberi pilihan, saudara nak yg mana? Maju tapi tak boleh bersuara atau boleh bersuara tp tak maju?

oh ye, mmg ada spa2 yg menyediakan benda2 begitu. tapi tanya satu soalan, kenapa oerkhidmatan tu ada? sebab ada permintaan la kan. So kalau haramkan pun, ttp org mencari. samalah macam yg sy ckp ttg isu arak tu. Juallah depan rumah pon, kalau tak minum, ttp tak akan minum.

Dlam isu spa ni, kalau org yg tahu hukum hakam, takdenya nak request urut2 yg lain yg tak betul tu..hehe

Tanpa nama 2: dari sinopsis pun kita boleh tahu buku tu best ke tidak. Saya ibarat pengulas buku. Pandangan saya mmg bias. Bias kepada dirir sendiri.

Buku novel pon ada yg kata best ada yang kata tidak..hehe

Lafemmerouse: betul. Politikus dan kebanyakan org selalu fikir, dgn undang2 segalanya dapat diselesaikan..But they are wrong. Educate no legislate. :)

(ps, bila nak tulis blog?)

noorlara said...

sebagai penduduk negara yg mengamalkan demokrasi berpelembagaan maka kita bebas nak sokong sape jak.
Sapa sape jak sebaik-baik mereka ade jahatnye, sejahat-jahatnye tentu ada baiknye lalu kenang je le yg baik-baik...penduduk Langkawi kalaupun ada pro dan kons akibat dari perancangan Che Det namun banyak yg baik mereka dah dapat...yg tak baik tu carile jalan untuk menyingkirkan nye...tak sabar tunggu PRU13

lafemmerouse said...

i layan twitter je.tulis pendek2.tulis panjang2 nanti ada orang tak suka pulak hik hik!

Anonymous said...

Ada ke spa seks kat Langkawi ? Takde nampak pun.
Kalau KL banyaklah , masa jalan jalan kat bukit bintang banyaklah , menyemak tanya apek apek tahan kita sapa ' Want girl , want girl ?

Nizam Mahmud said...

Saudara,

Saya baru first time masuk blog ini.

Baca-baca ada sebut psal fikir secara simple logic.

Tapi artikel ini pun pakai simple logic gak. Pergi interview Pakcik Spa, buat conclusion: Mahathir bagus!

Cuba hang tanya sikit, baper spend untuk acara antarabangsa, baper Kerajaaan dapat collect tax, baper average pendapatan orang kat Langkawi. Lepas tu compare sikit, berbaloi ker tak.

Pastu pergi makro sikit, tanya perbelanjaan buat acara tue leh buat baper banyak sekolah, universiti, jalan raya, infra struktur kat tempat-tempat lain. Baper boleh bayar utk rawatan penyakit kronik utk orang kurang mampu, buat research ubat ka, penyakit ka.

Tak nak simple logic? Kena la byk faktor kena masuk sekali bro.

Digital Mukmin said...

"Tak ambil pot langsung tentang agenda melayu ke, agenda AGAMA ke- yang penting ialah pembangunan. Yang nak diisi dalam perut ialah makanan bukan ketuanan. Yang nak dibayar macam-macam ialah duit bukan ceramah."

salam...
saya kurang setuju dgn pandangan yg ni..(yg lain ok la..)

sebab betapa jahil nya manusia malaysia ttg agama sampai xmau amik pot..
hanya pikir perut utk diisi nasik..sama mcm makhluk yg ada perut tapi xda akal..(binatng)..
sedangkan..pada akhir zaman nnt(zaman pemerintahan Dajjal)..org x ingkar terhadap dajjal..tidak makan dan minum..meraka hanya kenyang dgn beribadat dan zikrullah..- sekian..

wallahua'lam..

Basuh Baju said...

Nizam Mahmud: ya, memang aku nyer yardstick dan cakupan kajian aku hanya terhad kat langkawi dan pakcik spa je..

tp kau lupa satu perkara:

taraf hidup orang kat langkawi jauh lagi meningkat dan lebih baik sebelum Langkawi dibangunkan.

setuju?

pasal berapa banyak Universiti, sekolah dan hospital boleh dibina di Langkawi tu, aku rasa tak konkrit juga hujah ni.

bukan Langkawi je yang masih kekurangan infrastruktur, tapi banyak lagi kawasan.

cuma kita perlu faham, enjin ekonomi Langkawi ialah perlancongan. Buat sekolah, hospital dan jalan raya boleh tarik pelancong dtg ke tak?

bila pelancong tak datang, ada income tak? bila income takde, boleh tak nak bina2 semua infrasturktur ni?

aku simpulkan: kita tarik pelancong datang- ada income- dapat bina infrasturktur.

cara kau ialah, bina infrasturktur- tak dapat tarik pelancon- pastu ke mana?

Digital mukim: apa yang AGAMAnya tentang tutup spa?

Islam tak benarkan spa ke?

zikir tu makanan rohani. makanan secara fizikal pun kena jugak.

dalam Al Quran pun cakap- dunia wal akhirat..

machu pichu said...

Salam Bro. BB,

Ulasan gua, kerajaan yang baik adalah kerajaan yang boleh mengenyangkan perut rakyat.

Gua really admire ur writing and comment before gua ni.. u really nailed it! Cayalah.

Teruskan menulis ...

Yang benar,
Gua yang membaca dalam diam untuk kesekian kalinya