Tuesday, August 18, 2009

1Cadangan di Permatang Pasir

Masuk kali ni dah 7 kali Pilihan Raya Kecil diadakan. Rasa dah muak nak tengok cara parti-parti politik berkempen. Orang ni kutuk orang ni, orang tu balas balik. Pihak ni mainkan isu bangsa, pihak lain pulak mainkan isu agama. Dua-dua lebih kurang je.

Saya ada cadangan bagaimana nak menjadikan kempen pilihan raya kali ini lebih segar dan lebih pesta.

Apa kata dibuat perlawanan bola sepak antara Barisan dan Pakatan? Seronok kan? Biar politikus-politkus kita keluar peluh daripada asyik keluar air liur.

Yelah, nak ajak debat terbuka atau forum macam mustahil je. So baik main bola sepak. Apa yang susah sangat?


ps: Siapa ada cadangan lain? Mari-mari kita kongsi bersama!

23 comments:

gemagong said...

dan yang pasti misti ada FRU...belum tiup wisel FRU dah sembur air...he2

mamai said...

lawan gusti or tinju ajer...depa nie kan suka bertumbuk

Hasbullah Pit said...

ramizu main sekali tak?

aint-super-woman said...

Saya cadangkan lawan siapa banyak bawak duit. Sebab bila ada pilihanraya, sah berkodi-kodi duit sampai....duit sapa tu? Duit rakyattttt.....gua cakap lu...hehehehe.....

zedmagel said...

Salam Bro Basuh Baju,

Bulan Ramadhan Al Mubaraq ni, saya rasa PAS tak main maki-maki lagi dan kutuk mengutuk BN agaknya. BN memang lah tak pernah maki orang pun. Bukan nak kata BN baik, tapi memaki ni dia orang tak pandai..He he..

Itulah hikmahnya PRU bulan puasa. Tahnian SPR

JIMMY ASMARA said...

cadangan bernas.

gua pon nak main bola gak!

Anonymous said...

apa punya penyokong parti.
asyik nak mengumpat tak habis2.. nak tegakkan islam konon, mulut tak henti2 ngumpat!
cuba jgn kita cita buruknya parti lawan. cerita baiknya parti kita. apa yg parti kita boleh buat kalau menang.. yakinkan orang ramai.
barisan kutuk pakatan,
pakatan kutuk barisan,
sampai bila pun tak habis.
gua suka debat anwa, sbery ari tu. anwa kasi pdpt camane nk tangani mslh. cam gitu la. bkn melalak cita slh orang!

aku said...

bro..

cadangan ditutup! hehehe

yg penting minda penyokong kena free baru bleh nk debat ke, forum ke, bola ke, lari dlm guni ke..

yusuf mujahidin ™ said...

cadangan sy

kita buat iftar besar2an. pelawa semua tk kira PAS UMNO PKR - pastu solat maghrib isyak, terawih sama2. ada gk solat hajat mintk jauh h1n1

lepas terawih wt moreh dlm pada tu ade sket tazkirah psl akhirat.

asyik ckp psl dunia je..
sekali skala telinga ni nk gk dgr janji2 Allah ttg Akhirat

esok tu pi la berkempen cm biasa.

amcm bro?

Basuh Baju said...

gemagong: pastu bila dh hbs game, penyokong pakatan berdemo lak sambil dikejar FRU? haha

mamai: bergusti? Tak aci ar beb. Barisan ada muhyiddin. Pakatan takkan nak taruk hadi awang..kui3

Hasbullah Pit: ramizu tu apa?haha

aint-super-woman: fuh, tak boleh cdgn ni..nanti org afrika jual black money..haha

zedmagel: BN tak pandai maki org? hahahaha kalau BN tak pandai maki org, mknanya Ibrahim Ali ialah Presiden UMNO..haha

bro, bulan ramadhan ke bulan syawal ke, politikus ni berkempen sama je..tak percaya?

hari ni punya berita dah kuar dah pasal nik aziz dan jg calon BN bukan peguam..apa cer? :p

Jimmy: ko tak boleh main. ini utk politikus je..haha

anonymous: betul3..ini yg aku cuba sampaikan sejak daripada pru manek urai lagi..ubahlah cara kempen tu.. takat nak pertikai calon BN atau nak serang nik aziz, rakyat kat permatang pasir tak dpt apa pon..

aku: aku rasa minda rakyat dah byk dh free. masa debat anwar dulu tu, xde pon org merusuh pas debat..haha
'
yusof: cdgn ni bagus. kalau dap dan mic yg bertanding? hehe

crewradix said...

Org POLITIK MAIN TELO BOLEH lerrr...

Sweet Thinker said...

cadangan den... bek kurang bercakap. nnti dpt hindar mulut berbau.

hehe. tp den rasa yg plg best adalah... dua2 tokoh pegi jumpa penduduk skali gus. face2face. pehhh. kalo wat camtue. br pembaharuan.

a kl citizen said...

pertandingan memasak...
sapa masak paling sedap...tu yang menang

bangunberdiri said...

politikus nak keluar peluh?
ni game bolasepak yang ada komisen ke?
kalau tadek komisen ko suruh politikus2 ni maen bolasepak kt PS2, PS3 ata PSP... nak berpeluh tendang bola tengah padang tak nampak cool di mata politikus...hahaha

Aku... said...

Hahahahahaha..cantik lah pandangan tu....kalau badan sihat tak ada la kes kena pilihanraya kecil...Maaf bukan nak mengata sesiapa...

Oh Me said...

Ye Pilihan raya kecil memang merugikan, sebab;

1) memakan belanja banyak. Duit parti hanis, duit SPR habis duit kerajaan pun banyak habis(termasuk nak bayar overtime polis dan FRU)
2) Penyokong fanatik pun sibuk berkempen sampai takde masa untuk kekrja dan anak bini kat rumah
3) Hubungan antara parti semakin tegang sebab asyik bergaduh sesama sendiri...

Dan yang lagi tak boleh pakai adalah walau diadakan pilihanraya kecil, tapi yang memang pun parti yang sama jugak dahulu ie PAS dan PKR ...so sama je. Baik tak payah buat pilihanraya...kan?

Lagipun penyokong undi parti bukan calon....

Dan silap juga parti sebab asyik pilih calon yang dan berumur dan ada masalah kesihatan(Ni pulak silap PAS)

bagilah can orang2 muda pulak jadi calon..Insyallah kesihatan terjamin takyah buat pilihanraya kecil selalu.

nami o fish said...

mesti macam chelsea vs kedah(biru vs hijau).

kalau lawan pkr bolehlah al-mansour taja jersi man city..

Firol said...

terus terbayang formasi 4-4-2

Najib dengan Muhyiddin striker

Golkeeper- Noh omar....

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum

kpd Oh Me

calon muda dan sehat pn lum tentu umur pjg..


wallahualam

=)

aku said...

salam BB,

maaf oh me,

lu cam tak caye kuase Allah je..
muda ke, tua ke, dh sampai masa, jalan..

yang tak patut diadakan prk sebab resign dan lompat je. bg gua la.
kalau mati, wajib..

Oh Me said...

Aku percaya Kuasa Allah...haha kau ni Aku, kan ke aku sebut Insyallah tu...

kau tau tak Insyallah tu apa maksudnya?

aint-super-woman said...

Oh Me sebut InsyaAllah untuk yang muda je, yang tua pun InsyaAllah kan? :)

Kebetulan yang meninggal tu dah berumur sikit.....kalau dah ajal, pilih yang muda dan sihat pun...mati juga.....wallahua`lam....:)

Basuh Baju said...

woit, apa bincang pasal tua dan muda ni?

tua dan muda- dua2 minat bola sepak kan? haha