Thursday, July 16, 2009

Cerita pemandu teksi


Kami tidak pernah bertemu. Dia dari Segambut, saya dari Selayang. Dia pembawa teksi dari kota ke kota. Saya 'membasuh' dari blog ke blog.

Di dalam teksi- malam 16 haribulan Julai kami bertemu.

Saya sudah tertinggal bas. Nawaitu saya hanya satu- iaitu ingin pulang ke rumah secepat mungkin. Siang tadi kelas dari pagi hingga petang- badan terasa letih.

Dia merayau-rayau mencari penumpang kerana ingin mencari hasil pendapatan. Dia sangat letih- walaupun dia tidak ada kelas.

Takdir Yang Maha Esa- Saya menjadi penumpangnya.

Kerana terlalu letih, saya telah mengemukakan cadangan gila kepadanya iaitu menghantar saya terus ke Selayang dari UIA, Gombak. Dia hanya ketawa- ' Apa yang gilanya. RM 14 je'. Saya tergamam. Seolah-olah saya baru mengetahui Maya Karin sudah kahwin. Cis- selama setahun saya telah membuang masa menaiki bas ke Greenwood, dari sana saya tukar bas. Dua kali kerja. Dua jam masa yang terbuang. Selepas ini, saya akan naik teksi terus pulang ke rumah.

Saya memberi tanda setuju. Maka kami ke Selayang.

Janggutnya tidak terurus, tetapi uniformnya smart. Dari raut wajahnya, sahih dia bukan orang KL. Dia mula menghulur keretek kepada saya. Saya menolak. Saya tidak 'berasap'. Dia menyalakan keretek itu.

Dalam gian asap keretek itu kami mula mengenal antara satu sama lain. Memang kegemaran saya bersembang dengan pemandu teksi. mungkin ada yang bersurah saya seperti 'makcik' kerana kuat bersembang. tetapi saya tak ambik pot pon. Fair Dinkum.

Abdul Hakim- 26 tahun lebih tua dari saya. Si pemandu teksi ini- seperti pemandu teksi lain- mempunyai pekerjaan lain. Dia bekerja sebagai kerani di siang hari. Saya pula hanya tidur di siang hari.

Saya bertanya bagaimana ekonomi abang sekarang. dia berkata ' macam ni lah adik. Sara hidup makin meningkat. duit yang dapat cukup-cukup je'. Kali ini kami telah mesra. Dia bertanya apakah saya membuat pinjaman PTPTN ataupun biasiswa. Saya menjawab FAMA. Dia tidak faham dan terus menasihati saya belajar rajin-rajin dan jangan jadi sepertinya.

Hati saya tersentuh. Sungguh, inikah nasib golongan pertengahan? siang kerja, malam kerja. bila masa hendak berehat? bila masa hendak bermesra dengan anak bini? dan bila masa dirinya harus seperti begitu?

20 minit kemudian, saya tiba di rumah. Saya hulurkan dua not merah dan berkata 'halal'. Dia gembira dalam teragak-agak. Namun ada senyum di bibirnya. Saya gembira. Dia pun suka.

Dari jauh, saya lihat dia membakar keretek baru lalu beransur hilang dengan kereta saganya. Sampai kiamat saya tidak akan lihat kereta saga itu. Dan sampai kiamat pun saya tidak akan bertemu lagi dengan si Pemandu Teksi itu. Yang tinggal..... hanyalah ingatan.

(Saya terbaca kerajaan akan menaikkan tambang untuk teksi. Saya gembira dengan berita tersebut. Entah- saya sahaja yang setuju mungkin? )

24 comments:

Xpuasati said...

lu memang baik la beb.. gua pun pernah rasa macam yang lu rasa.. tapi kekadang keadaan ekonomi kita sendiri tidak mengizinkan untuk bersedekah...

Paan Ovrtd said...

Pernah dengar cerita seorang yang claim dirinya so-called 'anti-poverty humanism activist' yang menolak mentah2 untuk menderma kepada seorang peminta sedekah?

Persoalannya : Kenapa jadi begitu.

mamai said...

bila ada peluang orang akan mengambil segala kesempatan

terlalu baik kita terjebak
terlalu jujur kita hancur

pengalam teksi yang sama cerita yang berbeza.

Cob Nobbler said...

Basuh Baju,apabila kerajaan bercadang mahu menaikkan harga tambang teksi,sebenarnya saya sangat sedih sebab akan lebih ramai akan mengelak dari Abdul Hakim dan rakan sekerjanya.Ini secara psikologinya - akan menyebabkan pemandu teksi akan kehilangan sumber pendapatan.

Saya secara peribadinya pernah jugak berborak dengan pemandu teksi.Namanya Ah Keong,masih lagi dalam ingatan.Dari Cheras hendak ke CM.RM20 harganya.Tetapi bercerita dan bercerita dia berkata dia cuma dapat RM10 setiap hari.Sebab orang jarang naik teksi.Orang lebih suka naik bas atau naik kereta sendiri.Dan dia kata dia terpaksa bayar sewa.

Kepada siapa?Kepada towkey teksi yang berbangsa Melayu.Datuk katanya.

Nah,siapa cakap kapitalis menindas kaum pekerja mengikut kaum.Kaum Tionghua - yang secara anggapan umum sebagai kaya,selalu jadi towkey dan sebagainya - ditindas Melayu.

Begitu juga dengan saya semasa bekerja di FOS.Saya tidak dibenarkan solat Jumaat.Bukan kerana dia Cina saya Melayu,bukan kerana dia beragama Buddha saya beragama Islam,tapi sebab dia bos dan saya kuli.

Saya harap orang dapat melihat perkara ini dengan jelas.

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum.

Moga Allah bls dgn kebaikan.
pasal isu tambang teksi, ada byk pro dan kontra.

Ramai yg ckp, org yg naik teksi srmai yg mampu. tapi hakikatnya tiada pilihan lain.

Mgkin kerajaan patut fikir situasi menang-menang.

RM3 sekali naik teksi agk membebankan. tambahan kalau pergi tempat yg dekat. bagi meningkatkan ekonomi pemandu teksi atau golongan pertengahan, byk sbnrnya yg kita kena syura balik.

Wallahualam.

> Tulisan yg baik.

abuyusof said...

kali terakhir aku tahan teksi di bas stand kelang hendak ke gombak.. seekor teksi pun tak nak pergi.. terpaksa telepon member ambik.. takan nak naik bas bawa sekodi canvas..

Ikanbilis said...

SALAHKAN SISTEM!

pemandu nak memandu kena mintak permit teksi..ini lubang rasuah..
...

"Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang. "

ini hadiah 100 hari pemerintahan Najib..jangan terpedaya dgn PERMIT TEKSI INDIVIDU..permit tetap milik kampeni teksi..kampeni2 ini pula akan berebut kuota permit teksi ini..ini satu lagi lubang rasuah..

Kalau betul rakyat diutamakan..milik negarakan semua pengakutan awam..hapuskan org tengah..

Ikanbilis said...

itu cerita teksi..


Tiket bas express pon sama naik..

1. sebelum raya tahun lepas surcharge 30%..30% tu beb...palahotak dier..
time petrol dah turun RM1.80 (time USD45 segelen pon RM1.80!..) Govt. buat pekak..buat tak reti tak mansuhkan surcharge..
2. january 2009..terus serapkan surcharge dalam kos tiket..(dalam kata lain naik kan harga tiket la tu..) time petrol harga RM1.80 beb!!!
3. ni bulan Ogos nak naik lagi..musim raya karang naik lagi..kepala bana dier...

Bodoh Punya Sistem..sapa la pergi pangkah!

Redz da Tsar said...

Memang pemandu teksi terbeban... Tapi bila sahaja kerajaan menaikkan tambang teksi, maka orang awam akan fikir tambang teksi mahal lalu berpindah menggunakan prkhidmatan awam yang lebih murah seperti KTM komuter, rapid KL dsb... Dan kompeni syarikat perkhidmatan awam tue dimiliki oleh kroni besar...

Balk-balik, bila tambang teksi naik, yang rugi tetap orang awam dan pemandu...

Lagi satu, yang menyebabkan pemandu terseksa ialah bayaran sewa kereta tue sendiri...

Bila sebut pasal harga barang dan harga tambang naik (30% untuk bas cthnya), sebenarnya kenaikan tue tak patut berlaku kerana bas dan lori komersial masih lagi membayar harga minyak menggunakan harga subsidi... Tapi ramai yang tak tahu lalu mengiyakan sahaja kenaikan harga itu...

Bila harga minyak turun, takda pulak yang nak turun... EIsh...

Sekadar pendapat~

-aPi- said...

lorh...
lu bdak uiA rpenye....huhu.
aku bab2 teksi ni bnci skit,
bru aku dduk da rm2,
ade jlan dkat2 yg lmbat gak yg d'redahnye....
ade plak tu,dwet myk rm5 je kalo kire(siap bleh ptah blik),tp cas rm15...adei
aku pon tak pham...

sang kegelapan said...

sistem yang di anjingkan oleh anjing!!

fahmi said...

pemandu teksi x bersalah, tp mereka yg kaut untung dr pemandu2 ini yg bersalah... org lain berpenat lelah, dorang hanya kutip sewa... smoga dpt la dibuat sistem yg jauh lebih baik dr skang, yg bebas kapitalisme

Shemmi said...

hohoho....

(tumpang bace sambil naik teksi)

tambang nk naik lg yer..

emh..."tabung" "mereka2" dah bocor gamaknya...

mcm biasa la..org bwh kerja mcm hanjing..orang atas atas kaut keuntungan....

najis!

reverie said...

Bagus dia. Rajin cari duit. Idea: susah2 dulu. Senang2 kemudian. Memang betul, elak jadi sepertinya.

*Rujukan komen blog DariJalanKopi.
TanpaNama tu bagi komen kondem. tapi dia dah delete. Mungkin sebab tu kau tak faham.

nahmy said...

lumrah rasanya utk 'kehidupan' di negara camni...yg miskin tak kaya2, yg kaya bertambah kaya, yg di tgh..buntu tak tau nak pi mana

DilOt said...

tambang naik pun..kdg2 bukan menguntungkan org bawah..hanye org atasan saje yg untung..yg bawahan...tetap same..merane dan kesempitan..

tasekM said...

salam singgah...

:)

thumbnail said...

teharu!teharu!

:))

aku said...

moga tuhan sayangkan lu bro..

Basuh Baju said...

kesian kan mendengar luahan nasib pemandu teksi?

kdg2 aku fhm- caj yg mereka kenakan adakalanya mahal. tp bila dgr citer cmni, kita pon tersentuh mereka ni letih bekerja utk sara hidup..

so?

apa yg ptt dilakukan ialah gi bakul sampahkan sistem permit syarikat teksi..makan untung hasil daripada penat lelah orang..

dahlah sewa teksi mahal giler. lagi mahal daripada bayaran ansuran kereta..pastu, ada caj lain lg..aku geram ar kat tokey2 ni..

eL said...

saya baru je turun dari teksi malam tadi. dia baru 2 hari bawak teksi. saya kata sedang elok lah, kerajaan baru je naikkan tambang teksi. dia cakap, kena tukar meter dulu. nak tukar meter je memakan RM250!

IT'S Me N.a.N.a said...

Kalau kenaikkan tambang bas mungkin pemandu bas tue x rasa apa2. Tp, kalau pemandu teksi? Kasihan golongan pertengahan sebegini.. Umur makin meningkat.Kdg2 aku pun terfikir. Mana pergi anak-anak diorang. Tak akan orang tua yang semakin tua tue masih lagi perlu membanting tulang? =(

Basuh Baju said...

betul. pemandu bas tu gaji tetap.. pemandu teksi?

sbb tu aku sokong kenaikan tambang teksi..

tp sbnrnya penyelesaian yg sbnr ialah hapuskan sistem org tengah yg sewakan permit tu..tu je..

Anonymous said...

Dengan menghapuskan sistem "orang tengah" atau syarikat pemegang permit teksi, BELUM TENTU LAGI MASALAH SEDIA ADA AKAN SELESAI.

Hal ini kerana, sudah pasti para pemandu teksi akan berasa selesa dan gelap mata melihatkan tambang yang biasa diterima (misalnya RM10 dari KTM Serdang ke KLIUC) yang sebelum itu terpaksa dibayar kepada syarikat dalam bentuk sewa teksi. Dengan itu, mereka akan cenderung mengekalkan tambang sedia ada yang sudah dikenakan.

Selepas itu, boleh jadi juga akan ada malaun yang akan meng-"ali-baba"kan permit teksi yang dimiliki, dari situ kadar tambang yang berpatutan akan jadi suatu mitos semata-mata.

Pemantauan yang lebih menyeluruh, penguatkuasaan yang lebih tegas, itu kunci kedua untuk menjaga kepentingan pengguna dan pemandu teksi selepas penghapusan permit syarikat teksi "penghisap darah" ni.